Pantai Kok,Cenang, Tengah, Datai and Teluk Burau

Pantai Kok,Cenang, Tengah, Datai and Teluk Burau

Pantai Kok, Cenang, Tengah, Datai and Teluk Burau

Pantai Kok, Cenang, Tengah, Datai and Teluk Burau

 

Pantai Kok  yang dikelilingi hutan hujan tropika, pantai dan gunung merupakan lokasi pilihan pengunjung yang inginkan ketenangan pantai. Ia juga merupakan tempat daya tarikan dunia seperti Langkawi Cable Car, Skybridge, Harbor Park, air terjun, galeri-galeri dan banyak lagi.

Pantai Cenang merupakan lokasi tersibuk pilihan pengunjung dalam dan luar negara. Pelbagai daya tarikan terdapat disini yang pasti membuatkan pengunjung tidak akan bosan dan menyesal berkunjung. Menampilkan daya tarikan yang tersendiri dari waktu siang sampai malam membuatkan Pantai Cenang lokasi wajib dikunjungi. Antara daya tarikan terdapat disini ialah pusat membeli-belah, Underwater World, kelab, restoran, pantai cenang, bar, kafe, banana bot, jetski dan macam-macam lagi.

Pantai Tengah merupakan lokasi pilihan keluarga untuk bercuti di Langkawi. Dikaitkan dengan Pantai Cenang yang cukup popular, pantai ini akan memberikan perasaan ketenangan kepada pengunjung. Manakala aktiviti perahu merupakan aktiviti yang terkenal disini.

Pantai Datai merupakan lokasi terletak “Datai Bay Golf Course” dan hotel bercirikan 5 bintang. Pantai ini mempunyai hutan tebal sebagai berlatarbelakangkan hotel merupakan lokasi yang sesuai untuk melihat matahari dan inginkan gaya mewah dan eskslusif sambil bermain Golf.

Burau Bay Beach dikenali Pantai Teluk Burau dan merupakan habitat untuk pelbagai jenis burung. Panorama indah boleh dilihat dari Pantai Teluk Burau adalah Gunung Mat Cincang, ia merupakan gunung kedua paling tertinggi di Langkawi. Walaupun Pantai Teluk Burau dianggap sebagai pantai awam, anda pengunjung boleh ke pantai ini melalui “Mutiara Burau Bay Resort”.  Menikmati keindahan pantai dan laut biru sambil berkelah dan berjalan-jalan disekitar pantai pada waktu petang dan malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *