Blog

  • Tisu basah Alcosm lebih berkesan membasmi virus

    Tisu basah Alcosm lebih berkesan membasmi virus

    KUALA LUMPUR – Tisu basah merupakan produk yang menjadi pilihan kebanyakan orang untuk menjaga kebersihan tangan dan benda-benda di sekitar. Tidak terkecuali ketika wabak Covid-19 yang sedang melanda sekarang ini.

    Kebanyakan orang membeli tisu basah untuk membersihkan tangan dan benda-benda di sekitar mereka apabila mereka tidak memiliki air dan sabun atau hand sanitizer untuk memcuci. Tapi apakah tisu basah biasa ini sama dengan tisu basah disinfektan yang mampu membunuh virus termasuk virus Covid-19?

    Perlu diketahui bahwa tisu basah untuk bayi atau baby wipes tidak digunakan untuk membasmi virus kerana hanya bersifat anti septik atau anti bakteria sedangkan Covid-19 itu adalah virus.

    Untuk membasmi virus kamu perlu tisu disinfektan yang mengandung alkohol.

    Ini kerana tisu disinfektan adalah tisu yang mengandung alkohol (biasanya etanol) dengan kandungannya antara 45 hingga 95 peratus.

    Ia sama dengan kandungan alkohol pada hand sanitizer dan sebab itulah mengapa kedua-duanya amat efektif membasmi virus.

    Justeru itu ketika penularan wabak Covid-19 masih berlaku di negara ini, Alcosm Pte Ltd memperkenalkan tisu basah dengan kandungan alkohol sebanyak 75 peratus di Malaysia.

    Jenama Asia yang berpengkalan di Singapura itu merupakan syarikat pertama memperkenalkan produk tisu basah dengan kandungan alkohol 75 peratus di rantau ini.

    Pengarah Urusan Alcosm Pte Ltd, Tai Zi Kang, berkata, kandungan alkohol sebanyak 75 peratus adalah yang paling optimum dalam membasmi virus.

    “Pencegahan itu lebih baik dari penyembuhan. Kami mempunyai piawaian operasi yang sangat ketat dalam mematuhi saranan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dalam memastikan kandungan alkohol di dalam tisu basah kami berada dalam lingkungan 75 peratus supaya kerja pembasmian lebih berkesan.

    “Ujian makmal ke atas barang-barang peribadi seperti beg tangan dan telefon bimbit telah menunjukkan bahawa ia mengandungi lebih banyak kuman daripada tempat duduk tandas.

    “Oleh itu, pada saat dunia dilanda wabak COVID-19, kita ingin menjadikan kerja-kerja membasmi kuman di permukaan tangan dan barang-barang peribadi lebih mudah dengan menghasilkan tisu basah,” katanya.

    Menurutnya, pengguna Asia lebih gemar menggunakan tisu basah berbanding tisu biasa.

    Ia berdasarkan rekod penjualan dari pengedar syarikatnya iaitu Zupital Holdings Sdn Bhd yang telah menjual lebih dari 20,000 pek dalam masa kurang dari lima hari sejak pelancaran laman sesawangnya di www.alcosm.com pada 31 Mac lalu.

    “Untuk memenuhi permintaan dari pasaran Malaysia, Alcosm Pte Ltd mengedarkan lebih daripada 500,000 pek tisu ke lebih dari 1,500 kedai serbaneka, pasar raya dan farmasi di negara ini termasuk 7-eleven, BIG Pharmacy, Caring, Jaya Grocer, Family Mart dan Watson,” katanya.

    Sebelum ini, pakar penyakit berjangkit China, Li Lanjuan dalam wawancara TV China pada Januari lalu, mendakwa tidak semua pembasmi kuman alkohol berkesan membunuh virus.

    “Laporan Suruhanjaya Kesihatan Nasional China menyatakan bahawa apabila berada di luar badan manusia, virus itu tidak dapat bertahan jika terdedah kepada suhu 56 darjah celcius selama 30 minit.

    “Pembasmi kuman 75 peratus eter alkohol, klorin, peroksida dan lain-lain dapat mematikan virus dengan berkesan. Bagaimanapun, WHO mengesyorkan agar kita menggunakan pembasmi kuman dengan kandungan alkohol sebanyak 75 peratus,”katanya.

    Zi Kang berkata, produk tisu basah keluaran Alcosm Pte Ltd adalah yang terbaik untuk membasmi kuman.

    Katanya, syarikatnya itu turut mengutamakan keselesaan dan kemudahan pengguna dalam pembuatan tisu basah itu.

    Maklumat lanjut boleh layari laman web Alcosm di sini



    Sumber

  • Buttonscarves X Elfira Loy satukan dua rumpun, gaya Muslimah ‘modest’

    Buttonscarves X Elfira Loy satukan dua rumpun, gaya Muslimah ‘modest’

    Satu ketika Elfira Loy cukup dikenali di negara Jiran kita, Indonesia. Beliau telah beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana. Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri baru baru ini telah mencipta sejarah tersendiri apabila disunting bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves yang berpangkalan di Indonesia.

    Ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf ini masih kekal anggun hingga kini. Malah lebih tepat, artis bertudung yang memiliki seramai 4.8 juta pengikut di Instagram itu menjadi artis Malaysia pertama bersatu dengan jenama dari seberang ini.

    Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy hadir dengan sebuah koleksi istimewa dipanggil The Maharani Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak.

    Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan.

    Apatah lagi isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu.

    Koleksi itu dilancarkan di Indonesia pada hari ini (24 April) yang juga hari pertama kita meraikan Ramadan penuh mulia.

    Koleksi The Maharani Series memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India. Koleksi ini menggunakan bahan scarf kapas voal dan satin silk yang selesa untuk dipakai.

    Hasil penjualan koleksi tudung The Maharani Series ini juga akan digunakan untuk membantu mangsa wabak covid 19 di Indonesia dan Malaysia

    “Pada awalnya kerjasama itu mahu dimulakan selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu.

    “Ketika itu pihak mereka memikirkan perancangan itu terlalu tergesa gesa dan akan menyusahkan saya. Namun
    apabila saya bersetuju, mereka tidak menyangka. Akhirnya terjadilah kerjasama koleksi The Maharani Series ini.

    “Buat permulaan kerjasama ini berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei. InsyaAllah tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan,” menurut Elfira Loy

    Menurut ibu kepada bayi berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram.

    “Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp. Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung.

    “Saya sejak dua ketiga tahun lalu juga sebenarnya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini. Kalau terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas.

    “Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani ,” katanya.

    Ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid 19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.

    “Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.

    “Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih.

    “Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” katanya.

    Sementara itu, pihak Buttonscarves melihat kerjasama terjalin dengan Elfira cukup tepat dengan personaliti, aura dan imej bertudung dimilikinya.

    “Ini juga kerjasama perdana dan sulung kami dengan artis dari negara lain. Cita cita itu sudah lama dan akhirnya berjaya direalisasikan kini. Malaysia dan Indonesia sendiri negara serumpun yang berhubungan baik.

    “Selama ini kami mencari calon yang sesuai berkolaborasi dengan Buttonscarves. Ternyata Elfira sudah menjadi seorang penggemar Buttonscarves sejak dulu. Personaliti dimilikinya juga menjadi terjemahan nuansa fesyen kami.

    “Setelah berbincang kami pun memutuskan untuk menjalinkan kerjasama khusus di bulan Ramadan ini. Kami juga merancang untuk membuka premis jenama tudung ini di tiga pusat beli belah di Malaysia termasuk Avenue K kelak,” ungkap Linda Anggrea selaku Pengarah Kreatif Buttonscarves.

    Kata Linda lagi, koleksi ini dinamakan Maharani kerana gelaran itu di India diberikan kepada pemimpin wanita.

    “Dalam bahasa sanskrit India, erti nama Maharani merupakan gabungan dari kata Maha yang bererti Agung dan Rani yang dimaksudkan sebagi Ratu.

    “Koleksi ini diilhamkan dari istana di Jaipur, India yang merupakan destinasi terbaru Buttonscarves ketika sesi fotografi koleksi diadakan.

    “India merupakan destinasi yang masih tergolong unik dan patut diteroka keraan banyak menonjolkan keunikan seni bina, motif, dan budaya,” kata Linda lagi.

    The Maharani Series boleh dibeli di laman sesawang, www.buttonscarves.com. Malah ia juga boleh dibeli di aplikasi Buttonscarves. Ketika ini pihak Buttonscarves turut memberi diskaun free shipping kepada pembeli dengan pembelian RM200 ke atas

    Harga jualan bermula dari RM125 hingga ke atas.

    Ketika ini jenama yang bermula sejak 2016 itu terus sukses bukan hanya di Indonesia. Malah di pasaran Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam hingga sempat bertandang ke negara Uncle Sam.

    Info
    www.buttonscarves.com

    Instagram: buttonscarveselfiraLoy buttonscarves

  • Bursa Malaysia dibuka rendah

    Bursa Malaysia dibuka rendah

    KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini seiring dengan kebanyakan pasaran Asia dipengaruhi prestasi lemah Wall Street dalam tempoh semalaman walaupun harga minyak mentah terus berada dalam aliran meningkat, kata peniaga.

    Pada jam 9.15 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.82 mata kepada 1,371.82 daripada 1,381.64 ketika ditutup semalam.

    Indeks itu dibuka 5.47 mata lebih rendah pada 1,376.17.

    Lingkungan pasaran bagaimanapun positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 192 berbanding 174, manakala 209 kaunter tidak berubah, 1,336 tidak kaunter diniagakan dan 28 yang lain digantung.

    Jumlah dagangan sebanyak 470.27 juta saham bernilai RM173.83 juta.

    Malacca Securities berkata pada Khamis, momentum belian telah diselangi oleh aktiviti pengambilan untung yang pantas memandangkan peningkatan semula FBM KLCI telah terhenti.

    Selepas dua minggu berturut-turut mengalami kenaikan semula yang kukuh, pelabur kini perlu mempertimbangkan keputusan pelaburan masing-masing memandangkan kebimbangan mengenai kesan ekonomi akibat Covid-19 kembali wujud, kata firma pembrokeran itu.

    “Pada masa yang sama, aktiviti penjualan berterusan dari dana asing juga mengehadkan kenaikan bagi jangka terdekat.

    “Berdasarkan situasi cenderung ke arah penurunan, kami berpandangan FBM KLCI mungkin akan mengalami prestasi tidak banyak berubah, iaitu dalam julat di antara paras 1,360 dengan 1,410.

    “Sekiranya melepasi paras atasan, pemulihan semula akan dilihat dengan indeks utama bergerak ke paras 1,420 dan 1,455,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

    Ia berkata jika sebaliknya, paras sokongan disandarkan pada 1,360 buat masa ini.

    Malacca Securities berkata, saham berharga murah dan saham pasaran meluas juga didagangkan secara tidak begitu baik kerana pelabur tidak melabur semula hasil daripada kenaikan baru-baru ini untuk mengurangkan pendedahan dalam turun naik seterusnya yang dijangkakan.

    “Bagaimanapun, kestabilan harga minyak mentah mungkin menarik minat dagangan kepada saham minyak dan gas,” menurutnya.

    Antara saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM7.43, namun TNB turun 28 sen kepada RM12.02, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing susut enam sen kepada RM15.80 dan RM5.14 manakala Petronas Chemicals kurang 10 sen kepada RM5.29.

    Bagi saham aktif, Tiger Synergy naik 1.5 sen kepada 11.5 sen, Sanichi Technology menokok setengah sen kepada lima sen sementara Vortex Consolidated dan Xidelang masing-masing tidak berubah pada lapan sen dan tujuh sen.

    Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 46.46 mata kepada 9,571.43, Indeks FBM Emas Syariah turun 67.26 mata kepada 10,608.80, sementara Indeks FBMT 100 kurang 49.17 mata kepada 9,449.24.

    FBM 70 menokok 16.54 mata kepada 11,465.05 dan FBM Ace susut 1.84 mata kepada 4,396.50.

    Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.90 mata kepada 115.94, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 24.52 mata kepada 12,284.38 sementara Indeks Perladangan naik 11.47 mata kepada 6,169.70. – Bernama



    Sumber

  • Aplikasi dari AppGallery ini lebih menarik berbanding Google App

    Aplikasi dari AppGallery ini lebih menarik berbanding Google App

    SEIRING dengan kemajuan terkini, Huawei kini memiliki galeri aplikasi sendiri iaitu Huawei AppGallery.

    Aplikasi untuk semua peranti Huawei ini mempunyai banyak kelebihan berbanding aplikasi yang terdapat di Google Play.

    Apa sahaja aplikasi dan perkhidmatan yang terdapat di Google Play Store, anda kini boleh mendapati semua aplikasi tersebut dengan fungsi yang sama di Huawei AppGallery.

    Walaupun Google Play Store terkenal dengan aplikasi Gmail, namun pengguna peranti Huawei boleh menggunakan lebih daripada satu emel termasuk Gmail.

    Ini akan memudahkan anda untuk mengakses emel peribadi dan kerja melalui satu aplikasi.

    Anda juga tidak perlu risau dengan fungsi popular yang terdapat di Google kerana semuanya boleh didapati di AppGallery bagi memudahkan kehidupan seharian anda.

    Aplikasi seperti Facebook, WhatApps, Tiktok, Lazada, perbankan, hiburan dan pelbagai lagi boleh didapati di Huawei AppGallery.

    Terdapat pelbagai kelebihan AppGallery ini antaranya Google Drive yang diperkenalkan Huawei Cloud sebelum ini mampu menyediakan penyimpanan sehingga 50GB secara percuma selama setahun berbanding Google yang hanya menyediakan storan 15GB sahaja.

    Bukan itu sahaja, Huawei juga telah memperkenalkan fungsi Huawei Video dan Huawei Music yang mampu menandingi Google Play Music dan aplikasi Google Movie & TV dan Huawei Video yang memberikan akses premium percuma selama 3 bulan.

    Jadi anda boleh melayari muzik tanpa henti dan memanfaatkan masa terluang anda dengan video-video menarik dengan menggunakan AppGallery semasa Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

    Huawei juga telah memperkenalkan MeeTime iaitu aplikasi yang boleh membantu meningkatkan prestasi video audio dan resolusi tinggi yang stabil

    dengan peranti Huawei lain walaupun pada kadar pencahayaan yang rendah atau rangkaian yang lemah.

    Pada masa yang sama, anda juga boleh berkongsi skrin kepada rakan anda untuk mendapatkan nasihat membeli-belah atau membimbing ibu bapa anda menggunakan telefon mereka dengan memberi petunjuk langkah demi langkah.

    Bukan itu sahaja, Huawei MeeTime membolehkan anda menikmati panggilan yang menarik, pertemuan yang produktif dan pemandangan yang berbeza.

    Huawei AppGallery juga diyakini selamat kerana dilindungi empat lapisan perlindungan dan telah dianugerahkan siji keselamatan CC EAL5+.

    Ia turut dilengkapi dengan Quick Apps yang menyediakan pengalaman mengakses sesuatu aplikasi tanpa memuat turun. Ia sekaligus membantu pengguna menjimatkan storan peranti mereka.

    Buat peminat games, Huawei AppGallery juga mengandungi pelbagai permainan video tempatan dan antarabangsa dari seluruh negara. Menarik kan.

    Bagi menghargai pengguna, Huawei AppGallery turut menawarkan baucar, kupon diskaun dan keistimewaan secara eksklusif buat pengguna peranti Huawei.

    Kehebatan aplikasi popular yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia kini boleh didapati di Huawei AppGallery.

    Buat mereka yang berminat untuk membeli produk keluaran terbaru Huawei seperti Huawei P40, Huawei MatePad Pro, Huawei Watch GT2e, boleh mendapatinya di sini (https://shop.huawei.com/my/april2020-new-launches.html )

    Untuk maklumat lanjut tentang Huawei AppGallery boleh layari https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/



    Sumber

  • Jangan bazir elektrik! Guna secara berhemah ketika PKP

    Jangan bazir elektrik! Guna secara berhemah ketika PKP

    PENGUMUMAN diskaun elektrik berperingkat oleh kerajaan kepada pengguna domestik dalam pakej rangsangan ekonomi berikutan penularan virus Covid-19 bukan bererti pengguna boleh bermewah-mewah.

    Penggunaan elektrik secara berhemah perlu diteruskan bagi mengelak pembaziran sekali gus mengoptimumkan manfaat diskaun.

    Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, penggunaan elektrik di kediaman pasti meningkat kerana isi rumah menggunakan elektrik lebih kerap atau lebih lama berbanding kebiasaan.

    Peningkatan sebenar penggunaan elektrik ini hanya akan diketahui selepas berakhirnya pelaksanaan PKP kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) menangguh sementara pembacaan meter dan menggantikannya dengan bil anggaran bagi mematuhi arahan PKP.

    Diskaun berperingkat untuk pengguna domestik diumumkan Perdana Menteri selama enam bulan bermula 1 April 2020, sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan bagi mengurangkan beban rakyat selepas PKP diperkenalkan pada 18 Mac lalu dan disambung lagi sehingga 28 April 2020.

    Diskaun diberi mengikut jumlah berbeza iaitu:

    • Diskaun 50 peratus kepada pelanggan domestik/kediaman bagi penggunaan elektrik hingga 200 kWj sebulan.
    • Diskaun 25 peratus bagi penggunaan elektrik antara 201 hingga 300 kWj sebulan.
    • Diskaun 15 peratus bagi penggunaan elektrik antara 301 hingga 600 kWj sebulan.
    • Diskaun 2 peratus bagi penggunaan elektrik melebihi 600 kWj sebulan.

    Bagi mendapatkan diskaun yang optimum, pengguna perlu menggunakan elektrik secara berhemah. Pengguna boleh mengimbangi keperluan menggunakan peralatan elektrik dengan selesa tanpa pembaziran menerusi beberapa tip mudah.

    6 cara jimat elektrik

    1. Tutup semua pintu, tingkap dan lubang edaran udara ketika menggunakan pendingin hawa supaya hawa sejuk tidak keluar dari bilik. Pasang kipas untuk sejukkan hawa bilik agar suhu pendingin hawa dapat dilaraskan lebih tinggi (contohnya, antara 24 ke 26 darjah Celcius).

    2. Bersihkan penapis pendingin hawa bagi memaksimumkan proses penyejukan. Penapis yang kotor menghalang aliran udara dan mengurangkan kecekapan pendingin hawa.

    3. Elak mencuci pakaian menggunakan air panas, melainkan perlu dan guna mesin basuh dengan muatan penuh.

    4. Kurangkan penggunaan pengering pakaian. Ambil kesempatan cuaca panas untuk keringkan pakaian secara semula jadi.

    5. Tanggalkan palam peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Jangan biarkan

    peralatan elektrik seperti kipas dibiarkan terpasang di dalam bilik yang kosong.

    6. Jika menggunakan alat pemanas air ketika manid, kurangkan masa mandian.

    Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah penggunaan tenaga yang berhemah dan bijak, layari https://www.mytnb.com.my.

    Untuk sebarang urusan transaksi, pengguna dinasihatkan guna kemudahan dalam talian, seperti menerusi portal dan aplikasi myTNB.

    Sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik, pengguna diminta menghubungi TNB CareLine di 15454 dan Facebook TNB CareLine.

    Layanan dan tindakan sewajarnya akan diambil TNB.



    Sumber

  • Jadikan al-Quran sebagai petunjuk dalam memberi khidmat

    Jadikan al-Quran sebagai petunjuk dalam memberi khidmat

    JOHOR BAHRU – Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) berharap petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus-lumus menangani wabak pandemik Covid-19 menjadikan al-Quran sebagai petunjuk serta kekuatan untuk terus berbakti kepada negara.

    Penyelaras Pertubuhan Pendidikan Rumah Ngaji Negeri Johor, Roziah Kamal berkata, bertepatan dengan slogan ‘Kita Mesti Menang’, pasukan barisan hadapan terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan agensi yang penting untuk memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan.

    “Kita tahu pasukan PDRM dan juga petugas-petugas frontliner yang lain bertugas dengan sepenuh tenaga dan kita yakin mereka pasti akan letih dan momentum berjuang berkurangan.

    “Jadi kita berharap dengan adanya program Wakaf al-Quran ini dapat menaikkan semangat serta petunjuk untuk terus berjuang sehingga ‘Kita Mesti Menang’ melawan Covid-19,” katanya.

    Roziah menyerahkan 500 naskhah al-Quran kepada Ayob Khan di IPK Johor, Johor Bahru

    Roziah menyerahkan 500 naskhah al-Quran kepada Ayob Khan di IPK Johor, Johor Bahru

    Roziah berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas menyerahkan 500 naskhah al-Quran kepada pasukan Polis Kontinjen Johor yang diterima Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

    Ayob Khan mengucapkan penghargaan kepada WUIF bersama Sinar Harian, Ideaktiv, Majlis Dakwah Negara dan Solidariti Ummah untuk Ummah yang mewakafkan al-Quran menerusi Projek Wakaf al-Quran.

    Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pewakaf al-Quran serta berharap al-Quran yang diwakafkan dapat dimanfaatkan seluruh warga kerja Polis Johor sempena ketibaan Ramadan esok.



    Sumber

  • Watsons tawar kereta Nissan Almera kepada pelanggan setia

    Watsons tawar kereta Nissan Almera kepada pelanggan setia

    WATSONS Malaysia menawarkan hadiah sebuah kereta Nissan Almera baharu kepada pelanggan setianya yang memenangi pertandingan dianjurkan bermula dari 31 Mac hingga 30 April 2020.

    Dalam satu kenyataan, peruncit kecantikan dan kesihatan antarabangsa terbesar dunia itu menjelaskan, pelanggan setia hanya perlu membeli mana-mana jenama yang mengambil bahagian dalam pertandingan dan menghantar penyertaan secara dalam talian.

    “Mereka perlu menyatakan maklumat dan nombor pesanan atau nombor resit sebagai bukti pembelian di laman sesawang www.watsons.com.my/promo-membercontest.“Peraduan ini layak untuk ahli Watsons yang berumur 18 tahun ke atas dan dengan akaun ahli Watsons yang aktif sepanjang tempoh promosi,” menurut kenyataan itu.

    Pemenang akan diumumkan secara langsung menerusi Facebook Watsons Malaysia.

    Seorang pemenang akan membawa pulang Nissan Almera baharu tajaan Edaran Tan Chong Motor.

    Antara jenama yang mengambil bahagian termasuk Alia, C Code, Naturals by Watsons, PINK by Pure Beauty, Pure Beauty, Watsons Brand, Bio-essence, Cetaphil, Colgate, Cosmoderm, Flavettes, Good Virtues Co., Lifebuoy, Maybelline, NH Detoxlim, Pond’s, Rimmel, Safi, Silky Girl, Sunsilk dan Aiken.

    Dalam pada itu, orang ramai yang mendaftar sebagai ahli #WatsonsRewards! melalui Watsons.com.my berpeluang mendapat RM10 percuma (Watsons 2,000 mata).

    Pelanggan juga boleh mendaftar untuk kad Watson Touch ‘n Go edisi eksklusif dengan 2,000 mata Watsons percuma dan baucar RM300 Watsons dengan bayaran pendaftaran serendah RM20.



    Sumber

  • Unifi perkenal pelan istimewa untuk penuntut universiti

    Unifi perkenal pelan istimewa untuk penuntut universiti

    UNIFI memperkenalkan pelan pasca bayar mudah alih baharu kepada penuntut universiti, Pek Pelajar Unifi Mobile yang menawarkan ciri-ciri data, panggilan dan SMS tanpa had pada harga RM59 sebulan.

    Ketua Pegawai Komersil, Telekom Malaysia Berhad (TM), Anand Vijayan berkata, inisiatif berkenaan bertujuan memudahkan golongan berkenaan mengikuti pengajian mereka secara dalam talian.

    “Kami memahami penuntut universiti sangat memerlukan sambungan mudah alih yang menawarkan data tanpa had dan mampu dilanggan setiap bulan.

    “Justeru, Unifi komited membantu mereka untuk kekal berada di rumah, terhubung, terhibur, bermaklumat, produktif dan dilayani sepanjang tempoh ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Beliau berkata, penuntut universiti yang mendaftar boleh terus menggunakan pelan tersebut walaupun tempoh Perintah Kawalan pergerakan (PKP) tamat.

    Pek Pelajar Unifi Mobile terbuka kepada semua penuntut universiti awam dan swasta yang mempunyai emel rasmi pelajar.

    Mereka yang berminat boleh mendaftar melalui www.unifi.com.my/studentpack.Kad SIM akan dihantar dalam tempoh satu hingga lima hari waktu bekerja.

    “Sebagai permulaan, kami bekerjasama dengan Universiti Multimedia (MMU) untuk membekalkan lebih 13,000 sambungan mudah alih kepada pelajar, ahli fakulti dan kakitangannya.

    “Maklumat lanjut berkaitan pelan boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan unifi dengan mendail 100 atau melayari laman sesawang unifi di www.unifi.com.my,” katanya.



    Sumber

  • Ringgit ditutup lebih tinggi selepas sentimen minyak pulih

    Ringgit ditutup lebih tinggi selepas sentimen minyak pulih

    RINGGIT ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas sentimen risiko ke atas perdagangan minyak menjadi bertambah baik pada sepanjang sesi hari ini, kata penganalisis.

    Pada jam 6 petang, unit tempatan itu telah diniagakan pada 4.3650/3750 berbanding dolar AS daripada 4.3880/3950 yang direkodkan semalam.

    Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes berkata, harga minyak menokok berikutan harapan campur tangan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan ini telah melemahkan permintaan untuk dolar AS berbanding mata wang yang sensitif minyak dengan itu menguntungkan ringgit.

    Perubahan positif ini berlaku selepas laporan yang mencerminkan kemungkinan OPEC+ akan mengambil langkah lanjut bagi menyokong minyak, mungkin melibatkan OPEC ++ yang diperluaskan, sekurang-kurangnya cukup untuk mengekang cabaran ketika permintaan mula stabil dan pulih.

    “Pasaran mudah berubah-ubah sekarang ini kerana ia sedang menjejaki arah pasaran minyak tetapi saya fikir senario terburuk sebelum ini sudah berakhir dan harga minyak mula stabil memandangkan kepentingan terbuka sedang menurun dalam petanda niaga hadapan bagi kontrak Jun. West Texas Intermediate (WTI), yang mana ini akan mengurangkan risiko penghantaran.

    “Selain itu, sentimen risiko terus berjalan positif berikutan China merancang untuk menawarkan lebih banyak rangsangan,” katanya kepada Bernama.

    Ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain hari ini.

    Ia menokok berbanding yen kepada 4.0525/0626 daripada 4.0841/0918 yang direkodkan semalam dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0582/0659 daripada 3.0676/0734.

    Ringgit turut naik berbanding pound kepada 5.3964/4106 daripada 5.4122/4226 dan berbanding euro, ia meningkat kepada 4.7400/7517 daripada 4.7526/7620. – Bernama



    Sumber

  • Giant, TFLP agih makanan kepada rumah kebajikan

    Giant, TFLP agih makanan kepada rumah kebajikan

    GIANT Malaysia berkolaboratif dengan The Lost Food Project (TFLP) untuk mengagihkan bekalan makanan kepada 26 rumah kebajikan.

    Jurucakap GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd berkata, inisiatif berkenaan memberi manfaat kepada 1, 422 penerima yang terdiri daripada rumah warga emas, orang kurang upaya, anak yatim, orang asal, ibu tunggal dan pelarian.

    “Mereka akan menerima barang keperluan makanan selama sebulan seperti beras, tepung, gula, minyak, bawang dan kentang untuk mengatasi masalah mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan.

    Sebagai perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi, beliau berkata, Giant sentiasa berusaha membantu komuniti yang lebih terkesan dalam tempoh PKP agar keperluan mereka mencukupi.

    Katanya, Giant meningkatkan usaha untuk memberi kembali kepada masyarakat dengan membantu penghuni rumah kebajikan yang terjejas.

    “Giant bekerjasama secara aktif dengan TFLP sejak April 2016 untuk menyelamatkan lebihan makanan daripada dibuang ke dalam tong sampah,” kata kenyataan itu.

    Inisiatif tersebut menyaksikan kedua-dua pihak mengagihkan semula makanan dan barang keperluan lain kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira agama, jantina, umur, kecacatan atau etnik.



    Sumber