Blog

  • Guardian lancar set termos edisi terhad tokidoki

    Guardian lancar set termos edisi terhad tokidoki

    GUARDIAN Malaysia (Guardian) melancarkan promosi terbaru Siri Thermal Eksklusif tokidoki berikutan kejayaannya mengadakan siri kembara dengan jenama berkenaan pada Oktober lalu.

    Pengarah Pemasaran Runcit Guardian Malaysia dan Singapura, Anna Ng berkata, promosi itu diadakan sempena Ramadan untuk menggalakkan pelanggan makan dan minum secara sihat.

    “Dengan Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki, pelanggan boleh membawa bekal makanan dan minuman yang sihat dari rumah ke tempat kerja atau diberikan kepada yang tersayang.

    “Termos tahan panas dan balang makanan berdinding kembar ini boleh menyimpan makanan dan minuman sejuk selama 10 hingga 12 jam atau panas untuk 8 hingga 10 jam,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

    Tambahnya, Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki itu mengandungi beg tahan panas/sejuk, termos tahan panas/sejuk 350 mililiter (ml) dan balang makanan tahan panas/sejuk 500ml.

    “Pelanggan boleh mendapatkan set tiga barangan ini pada harga RM80 setiap set dengan pembelian RM20 dan ke atas dalam satu resit melibatkan jenama yang mengambil bahagian.

    “Mereka juga boleh mendapatkannya dengan pembelian RM40 dan ke atas dalam satu resit sekiranya tanpa jenama yang mengambil bahagian.

    Katanya, koleksi eksklusif itu juga boleh didapati secara dalam talian di www.guardian.com.my.

    Guardian melancarkan Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki pada 1 Mei nanti.



    Sumber

  • Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya

    BURSA Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.

    Pengendali bursa itu melaksanakan AGM ke-43 secara dalam talian semalam sebagai langkah melindungi kesihatan dan keselamatan pemegang saham berikutan keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ekoran pandemik koronavirus (Covid-19) serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

    Para pemegang saham menyertai dan mengundi dari jarak jauh menerusi kemudahan Penyertaan dan Pengundian Jarak Jauh (RPV).

    Mesyuarat secara maya itu disiarkan dari Bilik Persidangan bangunan Bursa Malaysia yang terletak di Bukit Kewangan.

    Langkah berkenaan adalah sejajar dengan saranan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) supaya syarikat-syarikat mengendalikan mesyuarat secara maya sepenuhnya semasa tempoh PKP.

    Pada 18 April, pengawal selia itu telah mengeluarkan Nota Panduan mengenai Pengendalian Mesyuarat Agung untuk Penerbit Tersenarai, yang antara lain menyatakan mesyuarat itu seharusnya melibatkan tidak lebih daripada lapan individu yang perlu hadir secara fizikal di tempat penyiaran.

    Ini merangkumi pengerusi mesyuarat agung, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai kewangan, setiausaha syarikat, juruaudit dan mereka yang menyediakan sokongan audio-visual.

    “Nota panduan ini adalah perlu bagi memastikan syarikat dapat memenuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang dan kepada pemegang saham dalam tempoh PKP ini.

    “Kami juga menggalakkan syarikat untuk memanfaatkan teknologi walaupun di luar tempoh PKP dalam mengadakan mesyuarat yang membolehkan penyertaan pemegang saham sepenuhnya, walaupun dari lokasi jauh,” kata Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar.

    Sebelum ini, Bursa Malaysia turut melakar sejarah sebagai syarikat pertama di negara ini yang menganjurkan AGM ke-42 secara hibrid yang memberi pilihan kepada pemegang saham untuk menyertai AGM secara fizikal atau menerusi jarak jauh. – Bernama



    Sumber

  • MARii bantu PKS hadapi era pasca PKP

    CYBERJAYA – Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bersedia untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) meningkatkan tahap pendigitalan seiring dengan perubahan ekosistem perniagaan

    Sumber

  • Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini

    Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini

    RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas didorong kenaikan harga minyak mentah global, di tengah-tengah pengumuman awal pagi oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) bagi mengekalkan kadar faedah tidak berubah.

    Pada 9 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.3300/3400 berbanding dolar AS daripada 4.3450/3500 ketika ditutup semalam.

    Penanda aras antarabangsa, minyak mentah Brent naik 4.61 peratus kepada AS$23.56 setong ketika peniaga tenaga berspekulasi bahawa permintaan minyak mentah akan terus meningkat susulan paras pengeluaran global dikurangkan selepas kapasiti penyimpanan semakin berkurangan.

    Penganalisis Kanan Pasaran Oanda, Edward Moya berkata, Fed akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah sehingga mereka yakin ekonomi AS akan pulih semula.

    Beliau berkata Fed juga akan mendapatkan pakar kesihatan dalam menentukan unjuran, oleh itu bank pusat tersebut tidak dapat memberi sebarang ketetapan hari ini.

    Katanya, dolar AS meneruskan penurunan selepas Fed mengatakan sekiranya sokongan lanjutan diperlukan, bank pusat AS itu akan mempertingkat langkah rangsangan ekonomi.

    “Pelbagai rangsangan oleh Fed bagi menangani pandemik (koronavirus) Covid-19 ini berkemungkinan menjadikan dolar AS lebih lemah,” katanya.

    Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes berkat,a lengkungan rata jangkitan Covid-19 di Malaysia, kenaikan harga minyak mentah serta komitmen Jawatankuasa Terbuka Fed yang melaksanakan dasar monetari bagi Fed untuk mengewangkan hutang, merupakan petunjuk baik bagi Malaysia.

    “Sentimen risiko global semakin meningkat dan semua faktor ini seharusnya memberi dorongan kepada ringgit,” katanya.

    Pada pembukaan, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang utama.

    Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0653/0739 daripada 3.0720/0757 ketika ditutup pada Rabu, dan tinggi berbanding yen kepada 4.0551/0652 daripada 4.0790/0849.

    Mata wang tempatan juga meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3870/4003 daripada 5.3948/3023 dan stabil berbanding euro kepada 4.7019/7132 daripada 4.7165/7228 semalam. – Bernama



    Sumber

  • Ringgit ditutup tinggi

    Ringgit ditutup tinggi

    RINGGIT ditutup lebih tinggi berbanding dengan mata wang utama yang lain hari ini selepas mendapat momentum positif berikutan para pelabur menanti keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS.

    Pada 6 petang, unit tempatan itu naik kepada 4.3450/3500 berbanding dolar AS daripada 4.3610/3680 yang direkodkan semalam.

    Menurut seorang penganalisis, dengan beberapa ekonomi mula melonggarkan sekatan dan pengurangan pengeluaran oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum mula berjalan dalam minggu ini, ini semua mencerminkan tekanan ke atas permintaan untuk minyak.

    “Selepas kemuncak harga, keadaan sekarang bersifat terlebih bekalan, daripada perspektif asas, ini seharusnya memberikan sedikit sokongan kepada ringgit,” katanya.

    Rizab Persekutuan dijangka mengumumkan keputusan kadar faedah pada 2 pagi hari ini (waktu Malaysia). Sementara itu, para pelabur akan mencari hala tuju mengenai prospek kadar pinjaman bank pusat AS itu memandangkan negara tersebut akan membuka kembali ekonominya secara berperingkat.

    Pada penutup, unit tempatan didagangkan lebih tinggi berbanding dengan mata wang utama lain.

    Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0720/0757 daripada 3.0787/0847, naik berbanding yen kepada 4.0790/0849 daripada 4.0872/0945.

    Berbanding pound, ringgit meningkat kepada 5.3948/3023 daripada 5.4425/4521, manakala berbanding euro, ia bertambah kepada 4.7165/7228 daripada 4.7404/7493 yang direkodkan sebelum ini.- Bernama



    Sumber

  • [DIKEMASKINI] Petronas nafi dakwaan tutup pelantar penggerudian

    [DIKEMASKINI] Petronas nafi dakwaan tutup pelantar penggerudian

    KUALA LUMPUR- [DIKEMASKINI] Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menafikan dakwaan bahawa ia menutup pelantarnya, di luar pesisir Malaysia, selain daripada yang telah menamatkan operasi penggerudian mereka atau ditangguhkan sementara berikutan pandemik koronavirus (Covid-19).

    Katanya sebanyak 18 pelantar penggerudiannya masih beroperasi di perairan Malaysia.

    Syarikat minyak nasional itu berkata demikian dalam kenyataan hari ini bagi mengulas laporan berita pada Jumaat, yang mendakwa sebanyak 14 pelantar penggerudian Petronas tidak aktif dan 14 projek ditutup.

    “Petronas juga ingin menjelaskan bahawa terdapat penangguhan sementara projek di beberapa lokasi kerja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan.

    “Pada masa ini, kebanyakan projek ini sama ada telah menyambung semula aktiviti kerja mereka atau disambung semula tidak lama lagi selepas mendapat kelulusan yang diperlukan daripada kerajaan,” katanya.

    Petronas berkata pihaknya sedang berusaha untuk mengurangkan impak pandemik tersebut terhadap program perbelanjaan modal (CAPEX) domestik yang dirancang.

    “Bagaimanapun, kami menjangka terdapat beberapa projek akan mengalami kelewatan berikutan sekatan pergerakan yang berpanjangan di peringkat global dan PKP di Malaysia, serta gangguan yang dijangka terhadap rantaian bekalan global,” katanya.-Bernama



    Sumber

  • Huawei P40 Series bersama pelan Digi

    Huawei P40 Series bersama pelan Digi

    Tawaran hebat kembali lagi. Kali ini HUAWEI dan Digi bergabung menawarkan pelan istimewa buat pelanggan setia dua syarikat telekomunikasi ini.

    Telefon pintar terbaharu Huawei P40 Series ini ditawarkan dengan pelan ansuran telefon PhoneFreedom 365 dengan pakej terendah RM178 sebulan (telefon + pelan).

    Pakej ansuran all-in yang sangat berpatutan ini membantu anda merakam kenangan dan mengeratkan hubungan dengan orang tersayang sepanjang Ramadan ini.

    Apa yang menarik, mereka yang melanggan pakej Huawei P40 Series akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,300.

    Bukan itu sahaja, anda juga bakal mendapat hadiah percuma iaitu Sarung Pengecasan Tanpa Wayar HUAWEI P40 bernilai RM289 atau Pengecas Kereta Tanpa Wayar HUAWEI SuperCharge bernilai RM289.

    Selain itu, anda juga bakal menerima HUAWEI Freebuds 3 bernilai RM679, langganan video HUAWEI 3 bulan bernilai RM113.40 dan storan HUAWEI 12GB 50 bulan bernilai RM46.80.

    Menarikkan? Semua barang-barang ini diberi percuma sahaja khas buat pelanggan pelan ansuran ini.

    Huawei P40 Series terbaik dalam fotografi

    Seiring dengan inovasi dan kecemerlangan unggul, Huawei P40 Series mengekalkan kedudukannya sebagai yang terbaik dalam fotografi dan hubungan manusia.

    Dilengkapi dengan kamera Ultra Vision Leica, HUAWEI P40 Series menghasilkan fotografi yang luar biasa sama ada subjeknya dekat atau jauh dari jangkauan anda.

    Teknologi AI akan melengkapkan sistem kamera untuk memastikan kualiti gambar yang tinggi pada bila-bila masa sama ada siang atau malam.

    Dikuasakan dengan kecanggihan Kirin 990 5G, sistem EMUI 10.1, HUAWEI P40 Series dibina untuk membawa kesinambungan yang tiada tandingannya dalam kehidupan seharian terutamanya dengan ciri HUAWEI MeeTime dan HUAWEI Share features.

    AppGallery HUAWEI kini mengandungi sebahagian besar aplikasi yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Netflix, Instagram, AirAsia, TikTok, Lazada, dan banyak lagi.

    Apa yang menarik, AppGallery ini selamat kerana diperkuat dengan empat lapisan perlindungan yang telah disahkan oleh standard industri tertinggi.

    Pengguna dapat menjimatkan lebih banyak penyimpanan dengan hanya menggunakan Aplikasi Pantas untuk membuka aplikasi yang anda inginkan tanpa memasangnya.

    Pengguna siri P40 dan MatePad pro kini boleh menebus hadiah bernilai sehingga RM2,381 di Cawangan HUAWEI dan juga mendapat storan HUAWEI 50GB percuma selama 12 bulan.

    Bukan itu sahaja, HUAWEI Malaysia juga menawarkan tiga bulan akses premium percuma ke semua pengguna siri P40 dan MatePad Pro!

    Untuk maklumat lebih lanjut layari https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/

    Cepat dapatkan tawaran hebat ini hari ini, hanya tersedia di Digi.

    Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi yang tersedia untuk HUAWEI P40 dan HUAWEI P40 Pro, atau klik pada pautan ini: https://bit.ly/2YcY9hh

    Untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai HUAWEI P40 Series di laman web rasmi HUAWEI sila layari https://shop.huawei.com/my/



    Sumber

  • Axiata Group prihatin bantu PKS mikro

    Axiata Group prihatin bantu PKS mikro

    Ketika peniaga-peniaga kecil dilanda keresahan mengenai nasib perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak Covid-19, Axiata Group tampil untuk merungkai kemelut itu dengan menawarkan dana tunai berjumlah RM150 juta menerusi Program Bantuan Covid-19 Axiata, yang disokongi oleh platform digital Aspirasi Assist.

    Ikuti penjelasan lanjut mengenai dana tunai berkenaan.



    Sumber

  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

    Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

    RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini seiring dengan penyusutan harga minyak mentah global.

    Pada jam 9.02 pagi, unit tempatan itu berada pada paras 4.3550/3650 berbanding AS daripada 4.3530/3630 sewaktu ditutup semalam.

    Harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global susut di bawah AS$20 setong berikutan kebimbangan mengenai kemudahan simpanan serta keadaan ekonomi global.

    Minyak mentah tersebut didagangkan pada paras 0.6 peratus lebih rendah pada AS$19.87 ketika isu membabitkan tempat simpanan yang terhad khususnya di AS manakala sentimen ekonomi global terus dijejaskan oleh penularan koronavirus (Covid-19).

    Rakuten Trade Sdn Bhd berkata, kebimbangan itu terus ketara ketika AS menjadi negara penyumbang utama kepada angka membabitkan Covid-19 berkenaan.

    Dalam pada itu, pada sesi pembukaan dagangan hari ini, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.

    Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0673/0759 daripada 3.0672/0754 sewaktu ditutup pada Isnin namun meningkat berbanding yen kepada 4.0591/0688 daripada 4.0610/0715.

    Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4120/4261 daripada 5.4121/4254 manakala berbanding euro, ia turut naik kepada 4.7169/7290 daripada 4.7221/7347 semalam. – Bernama



    Sumber

  • Sumber makanan haram punca anak derhaka

    Sumber makanan haram punca anak derhaka

    SHAH ALAM – Golongan lelaki bergelar ayah dinasihatkan memastikan sumber makanan yang diberikan kepada ahli keluarga supaya memperoleh keberkatan hidup dan anak yang soleh.

    Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, makanan daripada sumber rezeki yang tidak halal menjadi antara punca anak menderhaka kepada ibu bapa.

    Menurutnya, ibu bapa yang diuji dengan perkara tersebut perlu bermuhasabah diri dengan mengenal pasti sumber rezeki masing-masing.

    “Daripada kajian yang saya lakukan, antara sebab salah satu anak derhaka walaupun dibekalkan dengan ilmu pengetahuan tinggi kerana makan makanan haram.

    “Daging, tulang dan darah yang timbul daripada makanan haram itu maka neraka lebih utama tempatnya. Maksud neraka di dunia, inilah berlaku masalah dan ujian.

    “Kadang-kadang kita tidak bentuk dan didik mereka begitu. Tapi ibu bapa jangan putus asa, dalam Islam tidak ada putus asa,” katanya pada program Majlis Ayah: Ayah Pemimpin Masuk Syurga Sekeluarga bertajuk Ibrahim Kalilullah, Ayah Tauhid di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam di sini semalam.

    Hadir sama, Johan Qari Kebangsaan dan Antarabangsa 2014, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali manakala Fazrul Ismail sebagai pentadabbur.



    Sumber