Blog

  • MPWIM ajak penghuni fokus ibadah

    MPWIM ajak penghuni fokus ibadah

    TIRAI besi bukan penghujung sebuah kehidupan, sebaliknya bagaikan sebuah ‘institusi kehidupan’ untuk seseorang itu bangkit dari kejatuhan, penyesalan dan dosa, serta tidak mengulangi lagi kesalahan lampau.

    Menurut Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) di bawah Yadim, Dr Hafidzah Mustakim, kehidupan di sebalik tembok pemisah itu, bukanlah semata denda mahupun penyeksaan, tetapi peluang untuk seseorang itu dibimbing agar menjadi insan yang lebih baik di sisi Tuhannya.

    Jelas beliau, keperitan terperangkap dalam dinding bata, pada saat seluruh umat Islam bakal menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi sudah tentu menyakitkan. Namun, di sebalik ujian itu, sebenarnya tersimpan hikmah yang cukup manis untuk direnungi.

    “Mereka ini sebenarnya insan terpilih. Kehidupan di penjara membolehkan pesalah menjadi lebih fokus untuk beribadah serta bebas dari godaan dunia. Sekiranya mereka memahami hakikat diturunkan ujian, nescaya hati akan terasa tenang, serta dapat merasai manisnya iman. Maka, raikanlah Syawal dengan penuh sabar, gembira dan kemenangan,”katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Iftar Jamaie dan ceramah Perdana Ramadan di Penjara Wanita Kajang pada 29 Mei 2019 lalu.

    Turut hadir, Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abd. Kadir Rais, Timbalan Pengerusi Yadim, Ustaz Zolkharnain Abidin, ahli jawatankuasa MPWIM, Hadijah Ishak, Farwina Faroque, Rohani Mohd Shahir, Hazlina Abd Razak dan Azlina Roszy Mohd Ghaffar.

    Program anjuran Yadim dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Penjara Malaysia dan Penjara Wanita Kajang itu turut diisi ceramah daripada Dr Hafidzah Mustakim dan Ustaz Zolkharnain Abidin.

    Membincangkan tajuk ‘Ramadan Mendidik Hati dan Peribadi. Di antara intipati forum tersebut adalah, mengingatkan para penghuni tentang takdir dan melihatnya dari sisi positif.



    Sumber

  • Keterampilan Subaru XV GT Edition

    Keterampilan Subaru XV GT Edition

    TC Subaru Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan berjenama Subaru di Malaysia baru-baru ini memperkenalkan model edisi khas Subaru XV dikenali sebagai Subaru XV GT Edition.

    Model XV GT Edition merupakan hasil kolaborasi antara Moto Image, Giken Co. Ltd. dan Masahiko Kobayashi, bekas ketua pereka Subaru Global Advanced Design Studio yang bertanggungjawab menghasilkan lebih daripada 12 model produksi termasuklah Subaru WRX STI.

    










Lampu utama LED dan lampu nyalaan siang LED.

    Lampu utama LED dan lampu nyalaan siang LED.

    Model terkini itu didatangkan dengan kit badan yang merangkumi empat elemen iaitu sambungan lip bampar hadapan, skirt sisi, spoiler bumbung dan sambungan bampar belakang yang tampil sedikit agresif dengan elemen jalur perak. Subaru merupakan pengeluar automotif dari Jepun yang cukup terkenal dengan pembuatan produk lasak dan berketrampilan berbeza dalam segmennya. Justeru, XV GT juga tidak terkecuali dengan dilengkapi ciri asas terbaik untuk kegunaan off-road.

    










Bampar belakang yang tampil sedikit agresif dengan elemen jalur perak.

    Bampar belakang yang tampil sedikit agresif dengan elemen jalur perak.

    Jentera itu didatangkan dengan enjin boxer aspirasi natural (NA) 2.0L Suntikan Terus Boxer berkuasa [email protected],000rpm dan tork 196Nm @4,000rpm. Ia membolehkan XV GT mencapai kelajuan dari 0-100 kilometer perjam (km/j) hanya dalam masa 10.4 saat dan kelajuan maksimum yang mampu dicapai ialah 194 km/j. Berdasarkan ujian dilakukan, enjin tersebut mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 7.9 liter bagi 100km.

    










Enjin XV GT Edition mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 7.9 liter bagi tempoh 
perjalanan 100km.

    Enjin XV GT Edition mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 7.9 liter bagi tempoh
    perjalanan 100km.

    Jenteranya juga dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 17 inci dan kemasan logo GT di tengah bersama tayar Continental UltraContact bersaiz 225/60 R17. Ciri lainMenjengah bahagian kabin pula, XV GT Edition menampilkan karpet tersendiri, kemasan serba hitam serta tempat duduk kulit yang direka dengan inspirasi daripada kabin jentera Grand Tourer dari Jerman dan Britain.

    Selain kemasan hitam dalam kabin, ambien kontra dapat dilihat pada sulaman benang oren pada stereng, kerusi, konsol tengah, tombol gear, papan pemuka dan panel pintu. Material kulit lembut pada kerusi pasti dapat memberikan keselesaan kepada pemandu. Ini ditambah pula bentuk sokongan penuh pada kerusi belakang yang memegang tubuh dengan selesa.

    










Ruang kabin serba hitam dan nampak sporty.

    Ruang kabin serba hitam dan nampak sporty.

    Selain itu, terdapat juga sistem Dual Side View Monitor yang memaparkan pandangan dari kamera pada cermin sisi sebagai ciri standard bagi memudahkan pemandu mengakses ruang parkir dengan lebih cermat. Ciri lain yang masih sama seperti varian XV lain termasuklah lampu utama LED, lampu nyalaan siang LED, brek parkir elektronik, pedal penukar gear, PIN Code Access, Arahan Pengesan Suara dan pendingin hawa automatik dwizon.

    Subaru XV GT Edition dilengkapi dengan kemasan kulit menguasai bahagian tempat duduk disulami dengan jahitan berwarna jingga. Model tersebut dijual pada harga RM130,788.00 dan kekal dengan ciri keselamatan seperti tujuh beg udara, ABS, EBD, ESC, cagak ISOFIX dan ciri Steering Responsive Headlamp yang hanya ada pada kereta mewah!



    Sumber

  • ‘Kami mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir & batin’

    ‘Kami mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir & batin’

    KAMI daripada Editorial Meja Rencana, Sinar Harian mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca Sinar Harian dan juga seluruh rakyat Malaysia.

    Maaf Zahir dan Batin, Hati-hati memandu ketika pulang ke kampung halaman. Ingatlah insan tersayang.

    #Teruskan menyokong Sinar Harian ya!



    Sumber

  • Wak Doyok sentuhan emas, stail unik

    Wak Doyok sentuhan emas, stail unik

    NAMA Wak Doyok rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri seni mahupun fesyen.

    Penampilan persis jejaka maskulin zaman Inggeris era 1960-an yang bermisai lentik, berjanggut tebal, berkaca mata dan padanan busana yang terletak pada badannya membuatkan empunya badan pantas meraih populariti.

    Sentuhan idea baju Melayu Wak Doyok buat peminat sempena lebaran tahun ini

    Sentuhan idea baju Melayu Wak Doyok buat peminat sempena lebaran tahun ini

    Bayangkan, pada satu ketika ‘jelmaan’ Wak Doyok ada di mana-mana. Dalam erti kata mudah, penampilannya yang unik menjadi ikutan dan viral! Semua lelaki mahu jadi sepertinya.

    Apa perasaan Wak Doyok ketika dirinya menjadi tular?

    “Saya tidak kisah,” katanya sambil tertawa kecil.

    Mantan pengacara siri travelog Ke Korea Ke Kita berkata, beliau suka berkongsi ilmu fesyen yang diperolehnya menerusi YouTube dan bahan bacaan.

    Menurutnya, apa yang digayakannya adalah inisiatif beliau untuk menghargai diri sendiri.

    “Saya seorang yang menitikberatkan keselesaan dan stail yang dibawa apabila mengenakan sesuatu pakaian.

    Koleksi baju raya untuk peminat Wak Doyok

    Koleksi baju raya untuk peminat Wak Doyok

    “Bukan itu sahaja, saya juga akan pastikan setiap baju yang saya pakai mengikut ukuran badan.

    “Saya tahu kebanyakan lelaki sambil lewa membeli pakaian dan mereka tidak tahu ukuran yang sesuai. Tidak dinafikan, ada di antara mereka, ibu atau isteri yang belikan dan biasa mereka tak berapa pasti ukuran sebenar. Sedangkan ukuran itu amat penting bagi menentukan keselesaan, gaya, pesona dan stail,” ujar ikon fesyen itu kepada Oh! Lelaki semalam.

    Bertitik tolak daripada itu, Wak Doyok berkata, beliau berkongsi ilmu tentang etika berpakaian untuk lelaki melalui Youtube yang bertajuk The Garment Movement.

    Buah tangan lebaran

    Tidak lengkap rasanya jika tidak bertanya apa ‘buah tangan’ beliau sempena Hari Raya Aidilfitri kelak.

    Pada tahun lalu, rekaan baju Melayunya diintai ramai para jejaka hingga laku keras.

    Apa strategi pada kali ini? Ujarnya, seperti pada tahun 2018, buat kali kedua beliau membuat usaha sama dengan Starvillion Sdn Bhd untuk mereka cipta baju mengikut cita rasanya.

    “Benar, saya sendiri tidak menjangkakan koleksi baju raya tahun lepas mendapat sambutan begitu hangat terutama dalam kalangan mereka yang berumur 15 tahun hingga 30 tahun.

    “Mungkin kerana baju Melayu yang saya hasilkan jenis slim fit yang digemari berbanding yang berumur 40 tahun ke atas,” katanya.

    Namun, dalam koleksi kali ini, Wak Doyok mengetengahkan jenis slim fit dengan saiz yang lebih besar iaitu daripada XS ke XL.

    Jelas figura itu lagi, pada rekaan baju Melayunya kali ini, beliau masih lagi mengekalkan kolar baju Melayu tradisional berukuran satu setengah inci.

    “Memang selesa dipakai kerana saya memilih kain jenis linen dan baju itu dihasilkan tidak terlalu slim fit.

    Ikon fesyen ini tampil dengan salah satu rekaan Wak Doyok sempena lebaran bersama Starvilion

    Ikon fesyen ini tampil dengan salah satu rekaan Wak Doyok sempena lebaran bersama Starvilion

    “Saya tidak menggunakan pesak baju tetapi menggantikan dengan zip. Nampak lagi kemas dan senang untuk dipakai dan dibuka,” katanya.

    Secara keseluruhannya, terdapat 23 jenis warna baju Melayu sentuhan Wak Doyok yang boleh dipilih pengguna.

    Antaranya seperti warna biru laut dan peach. Ia juga dijual pada harga antara RM170 hingga RM220.

    Beliau meminta orang ramai membeli secara pakej kombo yang mempunyai baju Melayu, wangian, sampin dan songkok. Harga pakej kombo lebih menjimatkan dan lebih berbaloi.

    “Saya harap para peminat dapat membuat pembelian awal. Tahun lalu, kita tak dapat keluarkan lagi stok tambahan selepas 50,000 pasang baju Melayu Wak Doyok habis terjual,” katanya.

    Pembelian boleh dilakukan di Isetan, KLCC; Butik Starvilion Seksyen 7, Shah Alam, Selangor; Bangi Sentral, Selangor dan Butik Starvilion Kota Bharu, Kelantan.

    Penampilan hebat Wak Doyok

    Penampilan hebat Wak Doyok

    ANEKDOT

    NAMA: Mohd Azwan Md Nor/ Wak Doyok

    UMUR:40

    ASAL: Klang, Selangor

    BANGSA: Melayu (berketurunan Melayu-Jawa)

    HOBI: Permotoran

    JENAMA LAIN: Krim Jambang Wak Doyok, minyak rambut Pomade, Kopi Wak Doyok dan syampu rambut

    KERJAYA: Perunding fesyen artis, ahli perniagaan, pengacara dan pelakon (bakal membintangi filem Abang Long Fadil III)

    Tip berfesyen macho style daripada Wak Doyok:

    1. Jangan mengeluh apa yang kita hendak pakai.

    2. Hindarkan apa yang orang ingin cakap.

    3. Berpakaian jangan melebihi apa yang kita hendak pakai dan harus mengikuti stail dan kemudian jenama.

    4. Kita pakai dan sendiri berasa puas.

    5. Jika kita sudah menyukai satu jenama, usah berubah.

    6. Seorang lelaki harus yakin apa yang ingin dipakai.



    Sumber

  • The request could not be satisfied

    ERROR: The request could not be satisfied

    The request could not be satisfied.


    CloudFront attempted to establish a connection with the origin, but either the attempt failed or the origin closed the connection.
    We can’t connect to the server for this app or website at this time. There might be too much traffic or a configuration error. Try again later, or contact the app or website owner.


    If you provide content to customers through CloudFront, you can find steps to troubleshoot and help prevent this error by reviewing the CloudFront documentation.


    Generated by cloudfront (CloudFront)
    Request ID: wj2QXB4tHx23jYHpKlrHqwFo_DubrwOpyvAdC7F_Flyc7PTQWoJgBg==
    

    Sumber

  • Pokok pecah beling anti kanser

    Pokok pecah beling anti kanser

    POKOK pecah beling atau nama saintifiknya strobilanthes crispus berasal dari wilayah Madagascar hingga ke Indonesia. Ia dijumpai pertama kali oleh Thomas Anderson sebagai satu bahan kajian.

    Pokok herba ini sudah lama digunakan di Asia sebagai bahan ubat tradisional untuk mengurangkan kesakitan pada tubuh badan.

    Ia hidup subur di tepi-tepi sungai yang lembab dan padang terbiar. Mempunyai pelbagai nama mengikut lokasi seperti pecah beling, pecah kaca, enyoh kilo, kecibeling, pokok batu karang, remek dan sebagainya. Dalam bahasa Cina pula dipanggil ‘hei mian jiang jun‘.

    Pokok pecah beling mempunyai ketinggian lebih kurang satu hingga dua meter dan bercabang banyak.

    Daunnya berwarna hijau muda ke hijau tua dan agak keras, berbunyi nyaring jika digosok atau direnyuk. Ia mempunyai bunga seperti loceng saiz kecil berwarna kuning tetapi sangat jarang berbunga.

    Hasil kajian mendapati, tumbuhan ini berfungsi sebagai anti kanser.

    Melalui kajian kes pembenihan in-vitro dan in-vevo didapati bahawa pokok pecah beling melalui ekstraknya dapat merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti sel kanser kolon, sel kanser hati dan sel kanser payu darah.

    Ia mampu menghapuskan kanser secara semula jadi tanpa kesan sampingan yang dialami oleh penghidapnya.

    Cara menggunakan pokok herba pecah beling:

    1) Ambil lima hingga tujuh helai daun.

    2) Cuci bersih dan toskan.

    3) Masukkan dalam bekas untuk memasak dan tambah 500 ml air bersih.

    4) Masak hingga air menjadi 200 ml. Tapis air dan daun pecah beling serta sejukkan.

    5) Minum segelas pada waktu pagi dan setiap hari hingga penyakit beransur sembuh.

    Selamat mencuba!

    Sumber: https://tanomkinotuan.com



    Sumber

  • Ubat boleh bertukar racun. Ini cara elak…

    Ubat boleh bertukar racun. Ini cara elak…

    KERACUNAN ubat jangan dianggap sebagai perkara remeh. Ia boleh membawa kecelakaan dan berakhir dengan maut.

    Masalah ini biasanya boleh berlaku kepada kanak-kanak yang menganggap ubat sebagai gula-gula atau bahan mainan mereka.

    Mereka tidak sedar bahaya yang menanti terutamanya ubat untuk merawat penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung boleh menyebabkan keracunan apabila dos yang diambil berlebihan.

    Gejala keracunan ditunjukkan seperti:

    – Sakit Kepala

    – Rasa Loya

    – Muntah-muntah

    – Rasa pedih/ panas seperti terbakar pada bahagian mulut dan perut

    – Melepuh di bahagian bibir, bingung dan meracau

    – Pergerakan terhuyung-hayang

    – Warna kebiruan pada bahagian mulut

    – Sawan

    – Koma atau pengsan

    – Nadi tidak menentu

    Justeru langkah pencegahan perlu dibuat untuk mengelak keracunan ubat ini, antaranya:

    1. Jangan panggil ubat-ubatan sebagai gula-gula.

    2. Elakkan daripada mengambil ubat di hadapan kanak-kanak kerana mereka akan meniru apa yang dibuat.

    3. Simpan ubat di dalam bekas asal

    4. Pasang lampu semasa memberi atau mengambil ubat.

    5. Semak tarikh luput ubat dari semasa ke semasa. Jika tiada label anda boleh membuat anggapan bahawa ubat tersebut akan luput dalam tempoh enam bulan selepas dibeli.

    6. Elak membuang ubat ke dalam tong sampah tidak bertutup.

    7. Pastikan beg yang mengandungi ubat-ubatan disimpan jauh daripada kanak-kanak pada setiap masa.

    Sumber: MyHealth



    Sumber

  • Ziarah membawa berkat

    Ziarah membawa berkat

    WALAUPUN pada hari ini sudah memasuki tiga Syawal, rasanya kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa.

    Penulis percaya, ketika ini, masih ramai yang menghabiskan sisa cuti mereka di kampung halaman masing-masing bersama keluarga tercinta.

    Bagi yang tidak berkesempatan pulang ke kampung, sudah tentu mereka menyambut lebaran bersama rakan sepejabat mahupun jiran tetangga.

    Ya, pada musim perayaan, amalan kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi pastinya menjadi agenda paling signifikan.

    Islam sendiri sangat menggalakkan umatnya berbuat demikian demi mengeratkan silaturahim sesama manusia.

    Bagaimanapun, agama menggariskan adab ziarah perlu dititik beratkan oleh setiap umatnya.

    Justeru, jangan sampai matlamat ziarah dicemari hingga boleh menimbulkan rasa kurang senang antara tetamu dan tuan rumah.

    Minta izin

    USTAZAH SITI FATAHIYAH

    USTAZAH SITI FATAHIYAH

    Mengulas mengenai adab ziarah, Sinar Islam mendapatkan pandangan Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood.

    Ujar Ustazah Siti Fatahiyah, budaya berziarah sebenarnya bertujuan untuk menguatkan lagi silaturahim kekeluargaan dan persahabatan.

    Maka, pada Hari Raya Aidilfitrilah peluang yang perlu digunakan sebaiknya untuk melakukan ziarah.

    “Amalan itu bukan sahaja kerana untuk merapatkan hubungan dengan kasih sayang tetapi juga bagi mendapat rahmat dan berkat daripada ALLAH SWT.

    “Sebenarnya, amalan berziarah tidak hanya dikhususkan pada bulan Syawal sahaja tetapi ia perlu diamalkan secara berterusan bila ada kelapangan,” katanya baru-baru ini.

    Seperkara lagi, kata Ustazah Siti Fatahiyah, budaya tersebut sangat penting terutamanya untuk memperbaiki hubungan silaturahim bagi mereka yang bertelingkah atau yang renggang dalam perhubungan.

    Ia sebagaimana firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat, ayat 10).

    Apapun, Ustazah Siti Fatahiyah yang juga perunding motivasi mengingatkan supaya setiap daripada umat Islam haruslah memperbetulkan niat terlebih dahulu sebelum memulakan kunjungan agar ia tidak dilakukan hanya kerana untuk menunjuk-nunjuk atau berlagak sombong.

    “Ingat, Niat kunjungan adalah untuk menguatkan persaudaraan kerana ALLAH SWT,” jelasnya.

    Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu ALLAH menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: ‘Ke manakah engkau mahu pergi?’ Jawab lelaki itu: ‘Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini’. Malaikat berkata: ‘Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya?’ Lelaki itu berkata: ‘Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana ALLAH SWT’. Malaikat itu berkata: ‘Sesungguhnya aku adalah utusan ALLAH yang dihantar kepada engkau. ALLAH mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu’.” (Riwayat Muslim)

    Di samping itu, kata Ustazah Siti Fatahiyah, budaya ziarah-menziarahi ini juga menjadi platform kepada generasi muda agar dapat memupuk sifat terpuji dan akhlak murni dengan menghormati orang tua, tolong-menolong, menjaga adab dan sopan santun ketika bergaul.

    Minta izin dahulu

    Siapakah yang patut diutamakan ketika berziarah? Kata Ustazah Siti Fatahiyah, ia sebenarnya perlu melihat kepada keperluan dan keutamaan.

    “Memang benar keluarga perlu diutamakan, namun hubungan dengan jiran juga perlu dijaga kerana mereka juga punya hak untuk dipenuhi.

    “Jiran juga merupakan mereka yang paling terdekat untuk membantu kita ketika kecemasan tetapi jangan lupa dalam kesibukan kita membuat jemputan untuk rumah terbuka atau apa-apa majlis keraian, pastikan kita turut menjemput jiran tetangga,” jelas beliau.

    Kepada satu soalan, Ustazah Siti Fatahiyah berkata; “Waktu yang sesuai untuk berziarah atau bertandang ke rumah seseorang adalahapabila kita dijemput ataupun jika ada keperluan untuk kita bertandang, maka kita harus meminta izin tuan rumah terlebih dahulu.

    “Ini perlu bagi memastikan mereka bersedia untuk menyambut kehadiran kita dengan hati yang lapang dan pada waktu yang selesa dengan kehendak mereka.

    “Ia juga dapat membantu kita untuk menguruskan perjalanan kita sekiranya mereka tidak berada di rumah ketika itu. Paling penting, pastikan kita memberi salam ketika sampai di rumah mereka dan kiranya salam tidak dijawab sebanyak tiga kali, maka kita perlu beredar,” kata beliau.

    Dalam pada itu, beliau turut menegur sikap sebilangan masyarakat yang memberi salam di tengah-tengah pagar atau halaman kediaman tuan rumah sambil mengintai ke dalam rumah berkenaan.

    “Adab memberi salam yang betul ialah pastikan kita berdiri di tepi kiri atau kanan pagar rumah ketika memberi salam.

    “Satu lagi, kita kena duduk di tempat yang telah disediakan oleh tuan rumah. Jangan pula kita sibuk mengintai ruang lain atau ke sana ke mari sesuka hati bagi mengelakkan perasaan kurang senang tuan rumah. Ia juga bagi mengelakkan kita mencari keaiban tuan rumah dengan rumah mereka,” katanya.

    Selain itu, ujar beliau, beberapa adab ziarah lagi juga perlu dititik beratkan iaitu memakai pakaian yang menutup aurat, tidak terlalu lama bertandang. Paling penting, elakkan daripada bertanyakan soalan yang sensitif.

    “Makanlah makanan yang disediakan dengan tertib. Seandainya minuman tumpah atau ada bekas jatuh dan pecah, pastikan kita cepat-cepat membantu dan jangan biarkan begitu sahaja tanpa rasa bersalah,” katanya.

    Muliakan tetamu

    USTAZ HANAFI

    USTAZ HANAFI

    Sebagai tuan rumah, bagaimana adab kita melayan tetamu pula? Dalam hal tersebut, pendakwah Ustaz Hanafiah Abd Malek atau dikenali sebagai Ustaz Hanafi berkongsi ilmu mengenainya. Jelas agamawan itu, umat Islam dituntut supaya memuliakan tetamu yang bertandang ke rumah menziarahi kita.

    Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamu yang datang menziarahinya serta mengeratkan silaturahim dengan semangat persaudaraan Islam. Sesiapa yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat, hendaklah bercakap dengan perkataan yang baik dan manis didengar ataupun berdiam sahaja dari bercakap perkara yang sia-sia.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Ustaz Hanafi menyambung hujah. Katanya, sebagai tuan rumah, jauhilah sikap bermasam muka dengan tetamu. Sebaliknya, layan mereka dengan sebaik-baiknya.

    “Percayalah, apa yang kita bagi sama ada tenaga mahupun harta benda yang dikorbankan untuk diberikan kepada tetamu dengan ikhlas demi melaksanakan perintah ALLAH, setiap satunya akan dibalas ALLAH dengan kebaikan.

    “Orang yang melayan tetamunya akan sentiasa murah rezeki dan mendapat rahmat dari ALLAH. Kita juga akan mendapat pahala sedekah atas layanan yang diberikan kepada tetamu,” ujarnya.

    Berikut ialah adab melayan tetamu seperti yang disarankan Ustaz Hanafi:

    1) Tuan rumah perlu menyambut dan mengalu-alukan kedatangan tetamu.

    2) Tuan rumah hendaklah menjemput tetamu masuk dan menunjukkan kemesraan dengan muka yang manis.

    3) Tuan rumah perlu menyediakan tempat duduk yang bersih dan selesa untuk tetamu.

    4) Sajikan makanan dan minuman yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing.

    5) Apabila tetamu hendak pulang, iringilah mereka ke muka pintu.

    Kepada para suami dan bapa, Ustaz Hanafi turut menitipkan pesanan agar didiklah isteri serta anak masing-masing untuk turut sama memuliakan tetamu.

    “Tidak perlulah membuat pelbagai alasan sehinggakan ada yang sanggup menipu hanya sekadar untuk mencipta alasan untuk mengelak dirinya daripada menerima tetamu ataupun supaya tetamu memendekkan waktu ziarah.

    “Perbuatan itu bukan sahaja berdosa akibat bercakap bohong, malah, rahmat ALLAH juga akan meninggalkan kita,” katanya.



    Sumber

  • Proton lancar Exora Facelift 2019

    Proton lancar Exora Facelift 2019

    Model terbaharu yang menerima proses penambahbaikan luaran, dalaman selepas Persona, Iriz

    PENGELUAR kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) secara rasminya telah melancarkan Exora Facelift 2019 di bilik pameran Crystal yang terletak di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

    Exora menjadi model terbaharu yang menerima proses penambahbaikan luaran serta dalaman selepas Proton Persona dan Iriz. Naik taraf itu sememangnya tiba tepat pada masanya kerana Exora kini sudah berada di pasaran hampir 10 tahun.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong berkata, harga bagi Exora 1.6T Premium tidak termasuk insurans dan cukai jalan ialah RM66,800, manakala Executive 1.6T CVT ialah RM59,800.

    Rekaan baharu pada ruangan dalaman Exora 2019 sesuai dengan prestasi dan pengendalian terbaik dalam kelasnya.

    Rekaan baharu pada ruangan dalaman Exora 2019 sesuai dengan prestasi dan pengendalian terbaik dalam kelasnya.

    “Exora juga telah menerima penambahbaikan seperti perubahan rekaan, peningkatan komponen untuk menambah kualiti produk serta dilengkapi ciri-ciri pintar pertama dalam kelas yang menjadikannya berbeza berbanding pesaing yang lain,” katanya ketika ditemui Sinar Turbo di Subang Jaya baru-baru ini.

    Chunrong menambah, kedua-dua model tersebut didatangkan bersama pakej selama lima tahun dengan percuma upah pekerja atau pakej data internet (percuma) satu gigabait (GB) sebulan selama lima tahun.

    Ciri pintar bawa perubahan

    Berikutan pada ciri yang telah ditetapkan pada model Proton X70, Persona dan Iriz 2019, Exora versi 2019 menggunakan slogan Intelligence That Moves atau Kepintaran yang membawa perubahan.Ia bagi memperlihatkan bukan sahaja ciri-ciri pintarnya tetapi juga prestasi dan keluasan terbaik di dalam kelasnya yang menawarkan muatan sehingga tujuh orang dewasa.

    Exora 2019 turut dilengkapi dengan sistem infotainmen pintar, menjadikan Proton pengeluar yang memperkenalkan ciri-ciri yang pertama untuk segmen pasarannya.Didapati pada varian Premium 1.6T, kad eSIM yang terbina di dalamnya memastikan terdapat sambungan internet mudah alih bagi memberi pengalaman multimedia yang tiada tandingan.

    Aplikasi penstriman muzik, navigasi dalam talian dan kemas kini cuaca turut ditawarkan dan boleh diakses menerusi skrin sentuh tujuh inci dengan paparan warna penuh.Sebagai kemudahan tambahan, sistem tersebut menawarkan sambungan telefon pintar dan fungsi pencerminan untuk peranti Android.

    Aplikasi Hi Proton!

    Menjadi kebiasaan bagi kesemua model Proton yang memaparkan sistem infotainmen pintar semasa, aplikasi pengecaman suara juga ditawarkan dan boleh diakses menggunakan kata kunci Hi Proton!Aplikasi berkenaan merupakan permulaan penggunaan bagi pelbagai fungsi melalui arahan suara yang membolehkan pemandu terus menumpukan pemanduan mereka walaupun ketika melakukan pencarian kompleks seperti mencari destinasi atau memilih lagu.

    Untuk memastikan perisiannya tidak ketinggalan, kemas kini bagi Over The Air (OTA) akan ditawarkan secara berkala sekiranya terdapat aplikasi-aplikasi baharu diperkenalkan.Exora 2019 juga menerima penambahbaikan pada rekaan luarannya untuk memastikan ia sentiasa memberikan pembaharuan.

    Dilengkapi dengan sistem infotainmen pintar.

    Dilengkapi dengan sistem infotainmen pintar.

    Dalam pada itu, satu antena sirip ikan yang baharu telah dipadankan dengan panel bumbung luar hitam untuk kelihatan lebih sporty manakala satu warna baharu iaitu Rosewood Maroon, memperlihatkan MPV itu lebih menonjol tidak kira di mana sahaja anda memandunya.Di ruangan dalaman pula, rekaan upholsteri baharu menambah sentuhan mewah dan meningkatkan lagi keselesaan tempat duduk.

    Sementara gabungan meter baharu memberikan pandangan yang jelas pada maklumat penting dengan pantas.Cermin pandang belakang tanpa bingkai memberikan pandangan yang lebih luas untuk melihat pengguna jalan raya yang lain selain keluasan ruang dalaman kekal sebagai titik jualan utama.

    Untuk pengetahuan anda, model itu merupakan satu-satunya MPV di dalam kelasnya yang menawarkan ruang untuk tujuh orang dewasa dan dilengkapi enjin pengecas turbo 1.6 liter, dengan 140PS pada 5,000 rpm dan 203Nm tork dari 2,000-4,000 rpm.Selain itu, pada Exora 2019, terdapat dua beg udara hadapan, kawalan kestabilan elektronik (ESC), brek cakera di sekeliling, brek anti-kunci (ABS), agihan brek elektronik (EBD) dan tali pinggang hadapan dengan fungsi pengetat.

    Secara keseluruhan, kenderaan baharu itu lengkap dengan teknologi keselamatan yang digabungkan dengan kemudahan-kemudahan lain seperti sensor tempat letak kereta di belakang dan kamera undur.

    Antena sirip ikan.

    Antena sirip ikan.


    Sumber

  • ‘Bukan Syawal terakhir buat Aimi’

    ‘Bukan Syawal terakhir buat Aimi’

    KANSER merupakan satu penyakit yang sangat ditakuti semua. Penyakit itu memang sangat pelik. Barangkali pada hari ini, seseorang itu nampak sihat walafiat, esok lusa dia terlantar di hospital.

    Ada yang cepat mengalah, namun lebih ramai yang memiliki sikap juang yang tinggi. Antara yang mempunyai sikap itu ialah seorang wanita hebat, Wan Musfirah Aimi Wan Supian, 35, atau Aimi yang merupakan penghidap kanser payudara tahap empat.

    Beliau dilihat cekal meskipun sudah kehilangan payudara sebelah kiri selepas membuangnya beberapa tahun lalu bagi mengelak ia merebak ke anggota badan yang lain. Perkhabaran duka itu diterima pada tahun 2015.

    Pun demikian, dia cukup kuat. Baginya, kanser bukan penghalang untuknya meneruskan kehidupan dan mengulit rasa bahagia bersama keluarga tersayang.

    Ikuti perkongsian beliau dengan Femina bagaimana beliau melalui kehidupan tanpa rasa takut dan terus berjuang demi anak-anak dan orang tersayang.

    1) Setiap manusia akan diuji dengan ujian yang berbeza, ada yang mampu ditangani bahkan sebaliknya. Puan telah diuji dengan kanser, bagaimana perasaan ketika disahkan perkhabaran duka itu?

    Sejak awal lagi, saya sudah dapat teka apa yang bakal diperkatakan oleh doktor. Memang hati rasa tak sedap pada waktu itu. Saya cuba kuatkan hati dan perasaan. Namun, saya sedikit tewas, perkhabaran itu betul-betul buat saya jadi lemah.

    Tiba sahaja di rumah, saya bertindak mengurungkan diri. Dua hari saya bermain dengan perasaan antara percaya atau tidak, saya menangis sepuas-puas hati. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu.

    Selepas dua hari, saya mula mencari kekuatan dan bangkit. Saya nekad untuk meneruskan kehidupan normal. Saya mahu buktikan kepada dunia bahawa saya seorang yang kuat demi suami dan anak-anak.

    Saya tidak pernah terfikir untuk terus menyendiri dan melarikan diri, sebaliknya saya sedaya upaya mencari jalan melawan sel kanser dalam diri saya. Selepas berbincang dengan pakar, dia mencadangkan saya menjalani pembedahan membuang payudara sebelum ia merebak.

    Berat rasanya cadangan itu, jadi saya ambil masa enam bulan untuk bersedia dari segi mental dan fizikal. Selepas menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur, akhirnya saya reda dengan ‘kehilangan’ itu.

    Suami dan anak-anak merupakan insan yang paling terkesan dengan ujian yang melanda puan, jadi bagaimana pula dengan penerimaan mereka? Saya membuat keputusan untuk berterus-terang dan mereka menerimanya meskipun sangat terkejut pada awalnya.

    Suami paling terkesan, dia memang sukar terima kenyataan. Lama juga masa dia ambil untuk reda dengan ketentuan-Nya. Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan suami dan anak-anak yang menyayangi saya, setiap kali rawatan mereka akan teman saya.

    Cuma mereka akan menangis setiap kali saya ke hospital dan pulang sebaik menjalani rawatan kimoterapi. Perasaan itu normal buat keluarga pejuang kanser seperti saya. Pun begitu, saya seboleh-bolehnya cuba menyembunyikan kesakitan, saya tak mahu mereka pandang saya negatif.

    Ya, saya perlukan aura yang positif. Bila sakit, saya akan menyendiri dalam bilik tidur. Jadi, mereka faham saya tidak mahu diganggu. Selain keluarga, ibu bapa juga tidak putus-putus memberi sokongan dan bantuan dari segi kewangan meskipun mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing.

    Saya bertuah dikelilingi mereka yang positif dan tidak putus-putus memberi semangat sama ada melalui doa dan juga tindakan.

    2) Pada waktu malam sebelum tidur, adakah puan pernah terfikir andai kata keesokan harinya suami dan anak-anak akan kehilangan anda selama-lamanya?

    Tipu jika saya katakan perasaan itu tiada. Persoalan itu sebenarnya selalu bermain dalam fikiran saya lebih-lebih lagi bila saya mengalami kesukaran untuk tidur. Kesukaran itu muncul bila rasa sakit yang melampau pada bahagian tulang belakang.

    Sebenarnya jauh di sudut hati, saya sudah bersedia jika ALLAH mahu menjemput ajal ketika tidur. Saya hanya hamba-Nya, saya kena reda. Begitu juga dengan suami dan anak-anak saya.

    Keadaan saya ketika ini sangat lemah sejak terkena denggi hinggakan suami tidak sanggup meninggalkan saya bersama anak-anak di rumah. Jadi, dia ambil keputusan untuk menunaikan solat tarawih di rumah, di sebelah katil saya.

    Saya nampak dia begitu takut kehilangan saya. Paling terkesan apabila anak-anak pernah meluahkan rasa tidak sanggup kehilangan saya jika saya dijemput ILLAHI. Saya jelaskan kepada mereka lumrah kehidupan sebenar. Saya sakit atau tidak, ajal pasti datang.

    3) Adakah puan pernah terfikir andainya Aidilfitri atau Ramadan kali ini merupakan yang terakhir?

    Ya, persoalan ini sentiasa bermain-main dalam fikiran saya sejak kebelakangan ini. Pun begitu, saya sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana ajal kita hanya ALLAH sahaja yang tahu.

    Saya akui sejak disahkan kanser pada 24 Januari 2015 lalu, Aidilfitri sangat suram buat saya dan keluarga. Lebih-lebih lagi sejak saya disahkan kanser tahap empat. Kebetulan pula, saya baru melakukan rawatan kimoterapi pada 1 Ramadan lalu yang mana memerlukan saya mengambil masa yang lama untuk sihat sepenuhnya.

    Ketika ini, badan saya agak lemah apabila terkena denggi. Tiada persiapan raya pada tahun ini, memang saya dan suami tidak membuat sebarang persediaan. Anak-anak amat memahami, kami langsung tidak membeli-belah seperti keluarga lain.

    Sebaliknya, hanya mengenakan pakaian yang sedia ada. Jika diikutkan hati saya memang tak nak raya tetapi disebabkan anak-anak, saya ikutkan juga. Sehari sebelum raya, kami sekeluarga akan pulang ke Kuala Terengganu dan kemudian ke rumah mertua di Kota Bharu.

    Sebenarnya, saya sentiasa memberitahu anak dan suami bahawa kematian akan menjengah saya pada bila-bila masa, jadi mereka perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.

    Justeru, saya tekankan aspek kerohanian (agama) sebagai persediaan termasuk meminta suami dan anak-anak melakukan perkara yang serupa. Saya beritahu mereka sekalipun saya tiada di dunia kelak, mereka harus teruskan amalan itu.

    Sebenarnya jauh di sudut hati, saya ada terfikir andai saya tidak berkesempatan untuk menyambut Aidilfitri.

    Meskipun kehilangan sebelah payudara, namun Aimi dilihat cekal dan tabah melawan penyakit itu.

    Meskipun kehilangan sebelah payudara, namun Aimi dilihat cekal dan tabah melawan penyakit itu.

    Anekdot:

    NAMA PENUH: Wan Musfirah Aimi Wan Supian

    PANGGILAN: Aimi

    UMUR: 35 tahun

    ASAL: Kuala Terengganu, Terengganu

    PEKERJAAN: Case Manager CFRM di Menara Maybank, Kuala Lumpur

    STATUS: Berkahwin

    SUAMI: Nik Mohd Yusoff Nik Jaaafar

    BILANGAN ANAK: Tiga anak lelaki

    1) Nik Harris Danial, 14 tahun

    2) Nik Harraz Danish, 10 tahun

    3) Nik Hadiff Dani, 6 tahun



    Sumber