Blog

  • Cara taubat selepas tinggalkan puasa

    Cara taubat selepas tinggalkan puasa

    KITA seringkali dengar tentang cara bagaimana untuk bertaubat apabila melakukan kesalahan.

    Bagaimana pula dengan dosa apabila kita meninggalkan puasa pada bulan Ramadan dan langsung tidak pernah menggantikannya?

    Adakah sama caranya untuk bertaubat seperti mana kita melakukan kesalahan lain?

    Dalam hal ini, para ulama sependapat. Bagi mereka yang telah bertaubat daripada tidak menunaikan puasa, mereka perlu:

    1. Qada atau ganti puasa yang tertinggal mengikut jumlah hari.

    2. Bayar fidyah mengikut gandaan tahun yang tertinggal. Kaedah kiraan ada disediakan di pejabat zakat.

    3. Apapun, cuba ganti sedaya yang mungkin ikut kemampuan walaupun memakan masa yang lama.

    Saidina Ali mengatakan bahawa satu hari puasa Ramadan tertinggal / terbatal, ia tidak akan mampu diqada walaupun sepanjang hayat kita.

    Mudah-mudahan ada jalan untuk kita menggantikan puasa itu.

    Sesungguhnya, ALLAH mengetahui niat kita yang sebenarnya.

    Apa yang penting, niat kita mesti betul untuk menggantikan puasa yang tertinggal atau terbatal.

    (Sumber: Portal Rasmi Kemusykilan Agama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)



    Sumber

  • Guzzi retro

    Guzzi retro

    SANTAI, klasik dan ringkas tetapi tetap memberi kepuasan maksimum kepada si penunggang. Itulah kata-kata yang boleh disimpulkan mengenai model Moto Guzzi V9 Roamer.

    Dikeluarkan sejak tahun 1921, Moto Guzzi pernah melahirkan beberapa model motosikal untuk siri perlumbaan suatu ketika dulu.

    Rekaan kemas Guzzi V9 Roamer.

    Rekaan kemas Guzzi V9 Roamer.

    Mula diperkenalkan di pasaran tempatan sekitar Julai 2017, jentera ini dikuasakan oleh enjin 850cc V Twin yang diinspirasikan daripada model terdahulu iaitu sekitar tahun 1979 hingga 1985, antaranya V35, V50, V65 dan V75. Enjin ini kemudiannya dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan dan kuasa disampaikan ke tayar belakang melalui sistem syaf. Secara tidak langsung, tetapan ini sudah tentu memerlukan penyelenggaraan yang kurang berbanding sistem rantai. Jumlah kuasa yang mampu dihasilkan pula adalah sebanyak 55 hp pada 6,250 rpm dan 62 Nm tork pada 3,000 rpm.

    Tunggangan santai

    V9 Roamer mempunyai keistimewaan tersendiri. Ia dibangunkan dengan tetapan untuk tunggangan yang lebih santai dengan pemegang mudah dicapai serta tempat letak kaki sedikit ke hadapan. Model itu diimport sepenuhnya dari Mandello, Itali oleh Didi Resources Sdn Bhd yang juga pengedar utama motosikal Moto Guzzi untuk pasaran tempatan.

    V9 Roamer mudah dikenali dengan rekaan tangki berlekuk dan ekzos rendah untuk membezakan dengan model terdahulu, V7. Penulis berpeluang menguji kehebatan motosikal itu bersama Fast Bikers ketika menjayakan program Jelajah Utara Malaysia 2019 baru-baru ini. Kami berlepas dari Petaling Jaya, Selangor, Tambun, Perak hingga menuju ke Perlis.

    Penulis boleh menyimpulkan bahawa V9 Roamer memang bagus untuk perjalanan jauh sesuai dengan kapasiti 15 liter penggunaan bahan api. Walaupun penulis memecut pada kelajuan 160 kilometer sejam (km/j), pendikit masih berbaki untuk mencapai kelajuan lebih tinggi sama ada ketika memintas kenderaan, membelok atau memecut di laluan lurus.

    Kuasanya dapat dirasakan apabila pendikit dipulas cukup padu dan sempurna. Anda hanya perlu menggenggam kuat pemegang supaya badan tidak akan terkebelakang. Memotong dan memecut sudah tentu tidak menjadi masalah dengan motosikal itu selagi penunggang masih mampu bertahan dengan tarikan kuat tersebut dan dengan rintangan angin.

    Posisi duduknya agak baik tetapi kedudukan tempat letak kakinya terasa agak canggung bagi mereka yang biasa menunggang motosikal cruiser berkapasiti tinggi. Penulis lebih berpuas hati sekiranya tempat letak kaki diletakkan ke hadapan sedikit bagi mendapatkan rasa yang lebih ala-cruiser.

    Rekaan kemas

    Kerangka tiub besi berkembar ALS menjadikan rekaannya lebih kemas dengan berat sekitar 199 kilogram (kg), antara paling ringan dalam segmennya. Apabila penulis mencapai butang penghidup pada V9 Roamer, penulis dapati switchgearnya mempunyai rekaan yang baharu dihiaskan dengan garis bentuk aluminium.

    Ciri aerodinamik terserlah melalui rekaan tangki.

    Ciri aerodinamik terserlah melalui rekaan tangki.

    Rekaan tangki model V9 ini juga nampak unik. Bahagian sisinya mempunyai bucu tajam dan disertakan dengan kemasan jalur hitam. Melihat dari sisi ia nampak nipis tetapi apabila dilihat dari atas pula ia kelihatan lebar. Jika diteliti, tangki tersebut juga memiliki garis-garis tajam bersegi pada bahagian sisi bagi membantu meningkatkan aspek aerodinamik jentera secara fizikal.

    Namun, bagi penulis, sudut paling menarik untuk melihat motosikal itu adalah dari bahagian belakang. Keseluruhan badan motosikal nampak seimbang dan tegap dengan terdapat ekzos serta bahagian enjin yang terkeluar pada kedua-dua sisi. Jentera ini dilengkapi bersama roda aloi hadapan bersaiz 19 inci dan belakang 16 inci menyerlahkan gaya cruiser sporty. Sistem brek daripada Brembo dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) adalah ciri standard.

    Keseluruhan badan motosikal nampak seimbang dan tegap dari sudut pandang belakang.

    Keseluruhan badan motosikal nampak seimbang dan tegap dari sudut pandang belakang.

    Meter tampak ringkas dengan gabungan analog untuk kelajuan dan LCD digital bagi paparan maklumat penggunaan bahan api, masa, trip dan suhu. Lengan ayun berkembar dengan suspensi belakang boleh laras menyerap hentakan dengan baik terutama ketika melalui jalan tidak rata.

    Lampu hadapan bulat menyerlahkan gaya retro manakala lampu belakang terpisah daripada lampu isyarat berciri klasik. Panel meter yang disediakan juga ibarat memberi pengaruh supaya ia ditunggang secara santai. Bahagian analognya cuma menunjukkan kadar kelajuan. Jika mahu melihat kadar rpm, anda perlu memilihnya supaya ia muncul pada bahagian digital yang lebih kecil.

    




Lampu hadapan bulat menyerlahkan gaya retro.

    Lampu hadapan bulat menyerlahkan gaya retro.

    Selain itu, bahagian digital ini juga boleh memaparkan beberapa informasi lain termasuk kedudukan gear, odometer, trip meter, penggunaan bahan api semasa dan purata, kelajuan purata, jam dan suhu luar. Lampu-lampu amaran pula menyala secara berasingan. Berkenaan suspensi, fork teleskopik 40 mm serta dua penyerap hentak pada bahagian belakang memberikan kualiti tunggangan yang selesa dan pada masa sama, masih meyakinkan ketika berhadapan dengan selekoh. Tunggangan penulis juga lebih selesa, ditambah dengan kehadiran pelana tempat duduk empuk.

    Aspek keselamatan

    Walaupun kedudukan tunggangan motosikal ini adalah santai, Moto Guzzi tidak mahu mengabaikan aspek keselamatan dan telah melengkapkan V9 Roamer dengan antara peralatan yang terbaik dalam kelasnya. Brek hadapannya dilengkapi unit Brembo empat piston dengan cakera terapung 320 mm. Bagi penulis, kuasanya cukup kuat untuk menghentikan motosikal yang mempunyai berat 199 kg ini.

    Pada bahagian belakang pula terdapat cakera 260 mm berserta angkup dua piston serta kedua-dua brek depan dan belakang dilengkapi dengan sistem ABS two channel. Ia kemudiannya disokong pula dengan MGCT (Moto Guzzi Traction Control) yang boleh dipilih dalam dua tahap.

    Secara keseluruhannya, Moto Guzzi V9 Roamer sesuai bagi mereka yang mahukan jentera dua roda dengan karakter dan gaya tersendiri. Walaupun, nampak klasik, V9 Roamer ini tetap sebuah motosikal berteknologi moden. Itulah sebenarnya karakter unik sebuah Moto Guzzi yang mungkin mahu dikekalkan oleh pengeluarnya. Bagi penulis, ia juga sesuai sebagai tunggangan harian.

    Untuk pasaran tempatan, Moto Guzzi V9 dijual pada harga RM73,900 dengan waranti pengeluar dua tahun tanpa had perbatuan. Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman web rasmi Moto Guzzi Malaysia, https://www.motoguzzi.com/my_EN/.

    Spesifikasi Moto Guzzi V9 Roamer 2017

    Enjin: Empat lejang 90 darjah V-Twin

    Sesaran: 853cc

    Gerek × Lejang: 84×77mm

    Kuasa: 55Hp @ 6,250rpm

    Puncak Tork: 62Nm @ 3,000rpm

    Transmisi: Enam kelajuan

    Panjang/Lebar: 2,240/865mm

    Tinggi Pelana: 785mm

    Muatan Petrol: 15 liter

    Berat: 199 kilogram

    Harga: RM73,900



    Sumber

  • Punca berlakunya kencing manis

    KENCING manis atau nama saintifiknya diabetes adalah pembunuh dalam senyap. Penyakit ini merupakan antara penyakit pembunuh utama di Malaysia selain kanser dan sakit jantung.

    Ia berlaku apabila metabolisme

    Sumber

  • Ucapan terakhir buat Lagerfeld

    Ucapan terakhir buat Lagerfeld

    **media[206204]**Terima kasih genius kreatif. Mendiang mempunyai kemurahan hati dan gerak hati dalam fesyen yang luar biasa. Hari ini saya bukan sahaja kehilangan seorang kawan tetapi kehilangan minda

    Sumber

  • Teruja pengalaman pertama ke Istanbul

    Teruja pengalaman pertama ke Istanbul

    LAWATAN musim sejuk di Istanbul, Turki baru-baru ini memberi pengalaman yang mengujakan kepada Nor Rizan Abdul Rani, 52 bersama rakan-rakan sekolahnya.

    Nor Rizan (dua dari kanan) bersama rakan-rakannya sempat bergambar di kawasan stesen keretapi di sekitar Istanbul.

    Nor Rizan (dua dari kanan) bersama rakan-rakannya sempat bergambar di kawasan stesen keretapi di sekitar Istanbul.

    Beliau yang tinggal di Taman Meru, Ipoh, Perak bersama bekas rakan-rakannya, alumni Sekolah Menengah Convent, Batu Gajah, Perak sesi tingkatan lima tahun 1985, Suzana Ahmad (ketua rombongan), Faziah Alias, Nor Baya Bidin, Halinda Samsudin, Safazalina Anida Ishak dan Rozana Abdul Rahim melancong ke Istanbul dan Bursa, Turki selama lapan hari.

    Tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk merapatkan semula hubungan mereka yang terputus selepas persekolahan di samping bercuti sambil berehat di musim sejuk di rantau orang.

    “Saya amat teruja apabila mempunyai pengalaman pertama kali dapat menjejakkan kaki di situ.

    “Kenangan manis bersama rakan-rakan sekolah ini tidak mungkin dapat saya lupakan sepanjang hayat,” katanya ketika ditemui di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

    Tempat menarik

    Nor Rizan berkata, antara tempat menarik yang dikunjungi ialah Aya Sofia iaitu kawasan gereja zaman kerajaan Constantinopal ditukar menjadi masjid di zaman Othmaniah tetapi kemudiannya menjadi gereja semula apabila kerajaan berkenaan dijatuhkan.

    Tempat lain yang turut dilawati mereka ialah Blue Mosque, Topkapi Palace dan muzium tempat tinggalan sejarah kerajaan Othamaniah.

    Pameran tinggalan nabi-nabi dan sahabat Rasulullah SAW termasuk pedang serta helaian janggut Nabi Muhammad SAW turut dikunjungi.

    Selain itu mereka sempat berkunjung ke Grand Bazaar dan Spice Bazaar yang terbesar dan tertua di dunia dan kawasan bunga tulip di Gulhane Park di samping melawat bandar Bosphorus Cruise.

    Di Bursa mereka sempat singgah menaiki kereta kabel terpanjang di dunia menuju ke kawasan salji di Mount Uludaq dan seterusnya ke Green Mosque.

    Menurutnya, kesan sejarah, bentuk muka buminya yang cantik, binaan bangunan lamanya yang masih kekal dan indah di samping mempunyai tempat membeli-belah barangan istimewa menjadikan ia sebagai daya tarikan besar kepada pelancong datang ke negara berkenaan.

    “Kawasan yang dikunjungi berada di kawasan berdekatan memudahkan perjalanan dengan hanya berjalan kaki atau menaiki keretapi disediakan,” katanya.

    Belanja RM4,000

    Rombongannya yang tinggal di Hotel Comfort, Istanbul membelanjakan wang sebanyak RM4,400 bagi menyertai pakej pelancongan itu termasuk bayaran tiket kapal terbang, pengangkutan, menaiki kereta kabel ke kawasan salji, makan malam dan persembahan atas kapal di samping mengelilingi Bandar sekitar Istanbul dengan menaiki bas hip hop.

    Peserta rombongan menaiki bas hip hop mengelilingi sekitar bandar.

    Peserta rombongan menaiki bas hip hop mengelilingi sekitar bandar.

    Nor Rizan berkata, melalui lawatan itu dia dapat menyaksikan suasana kehidupan masyarakat Eropah Islam yang mempunyai pelbagai jenis makanan dan budaya yang luar biasa.

    Bagaimanapun katanya, loghat bahasa Inggeris penduduknya sukar difahami berbanding negara lain.

    Beliau berkata, antara makanan yang sedap dan istimewa diperoleh di sana ialah kebab, jus buah-buahan dan kuih manisan.

    Menurutnya, harga barangan yang dijual agak murah setanding dengan negara sendiri.

    “Suhunya yang mencecah 11 hingga 13 darjah Celsius di puncak Mount Uludag yang diseliputi salji melahirkan rasa dan suasana lebih nyaman. Ia memberikan rasa keselesaan dan keseronokan berada di negara orang yang tidak mudah dilupakan sehingga akhir hayat.

    “Saya bercita-cita datang semula bersama ahli keluarga ke tempat ini suatu masa nanti,” katanya mengakhiri perbualan.

    Peserta rombongan menikmati makan tengahari di restoran di Istanbul.

    Peserta rombongan menikmati makan tengahari di restoran di Istanbul.



    Sumber

  • Cara membersihkan luka dengan betul

    Cara membersihkan luka dengan betul

    TATKALA mengalami luka pada anggota badan, ramai yang bertindak menutupnya dengan plaster. Tahukah anda bahawa cara itu tidak tepat sama sekali.

    Anda sepatutnya membersihkan luka tersebut terlebih dahulu untuk mengurangi risiko infeksi dan mempercepatkan penyembuhannya.

    Di sini Femina kongsikan langkah-langkah yang tepat bagaimana cara membersihkan luka anda sepertimana dipetik daripada helloSEHAT:

    1) Cuci tangan

    Sebelum membersihkan luka, cuci tangan anda terlebih dahulu menggunakan sabun dan air mengalir. Sebaiknya, cukup gunakan ‘hand sanitizer’ pada kedua tangan dan lap sampai kering. Gunakan sarung tangan bagi mengelak terkena jangkitan kuman.

    2) Tekan kawasan kulit yang luka

    Tekan perlahan-lahan kawasan tersebut menggunakan kain bersih sehingga perdarahan berhenti. Untuk luka atau goresan yang kecil tidak perlu ditekan. Perlu dicatatkan bahawa langkah ini hanya berlaku untuk luka yang mengeluarkan darah sahaja. Jika luka yang serius anda perlu segera berjumpa doktor.

    3) Bersihkan luka dengan air

    Bersihkan luka dengan air bersih yang mengalir selama 5-10 minit. Langkah ini penting bagi menghilangkan kotoran yang menempel pada luka tersebut.

    Kemudian bersihkan dengan sabun yang lembut untuk membersihkan kawasan yang luka. Elakkan sabun tersebut daripada terkena pada tempat yang terluka kerana boleh menyebabkan iritasi.

    4) Oleskan krim atau antibiotik

    Sebaik selesai membersihkan luka, oleskan kawasan tersebut dengan krim atau antibiotik. Jenis antibiotik ini berfungsi untuk menjaga kulit agar ia tetap lembab dan mencegah pertumbuhan jaringan parut pada bekas luka.

    5) Balut luka dengan kain kasa

    Sebetulnya, tidak semua jenis luka harus dibalut dengan kain kasa. Jika lukanya hanya sedikit dan tidak dalam, cukuplah dengan membersihkan luka tersebut tanpa harus menutupnya. Namun begitu, kain kasa perlu segera ditukar apabila kotor dan basah saat terkena air.



    Sumber

  • Diri korang bermasalah jika ada sifat cemburu ini

    Diri korang bermasalah jika ada sifat cemburu ini

    APABILA perasaan cemburu menguasai diri, biasanya si lelaki lebih selesa berdiam diri. Namun, ada juga yang marah, berang. Lebih teruk, habis barang dihempasnya. Kepada lelaki, apa ciri lain yang menunjukkan anda seorang kaki cemburu?

    1. Berkelakuan lain daripada biasa

    Anda pada asalnya tidak kisah apabila melihat teman wanita/isteri bergambar dengan lelaki lain. Anda tidak mengendahkan pasangan sedangkan hati anda sedang bergelora. Secara tiba-tiba, anda membangkitkan isu lelaki tersebut dan akhirnya pergaduhan tercetus.

    2. Terlalu mengongkong

    Berkelakuan pelik dan tidak seperti kebiasaan. Agresif dan adakalanya terlalu mengongkong pasangan.

    3. Mula mengintip

    Semua perkara yang dibuat pasangan, anda intip. Bahkan anda mula mencuri kata laluan emel, laman sosial atau telefon untuk mengetahui perihal pasangan anda.

    4. Memutuskan tali hubungan orang lain

    Tidak betah melihat pasangan mesra bersama rakan-rakan dan keluarganya. Anda mula memasang jerangkap agar mereka tidak suka pasangan anda.

    5. Cemburu kehidupan lelaki lain

    Beberapa subjek dijadikan topik perbualan bersama pasangan. Semuanya menjurus tentang kehidupan mereka. Anda akan terus mengulangi perkara sama. Ini menandakan yang anda sedang yang kuat cemburu.

    6. Pandangan tajam

    Sering memerhati pasangan dengan sangat terperinci. Anda memandang tajam seolah-olah cuba membaca fikiran pasangan. Jangan terkejut jika pasangan mengatakan anda psycho, itulah menunjukkan anda sedang cemburu.

    7. Mood swings

    Tiba-tiba sahaja anda tidak boleh duduk diam dan bertindak pelik atau mungkin menjadi pemarah secara tiba-tiba. Mood swings ini berlaku secara tidak langsung setelah melihat pasangan bergembira dengan orang lain, tanpa anda tahu hujung pangkal apa yang berlaku.



    Sumber

  • Khasiat buah kering dan kekacang

    UNTUK memastikan keseimbangan di dalam makanan, anda harus memasukkan buah-buahan kering dan kekacang dalam diet makanan anda.

    Ia mungkin membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan dan mengurangkan risiko penyakit merbahaya apabila dimakan secara berterusan.

    Kaya dengan vitamin, protein, mineral dan serat membuatkan ia boleh dijadikan snek berkhasiat.

    Kebanyakan pakar kesihatan dan makanan mengesyorkan buah kurma, kismis, buah tin, kacang badam (almond), walnut, pistachio dan buah kering aprikot untuk kekal sihat.

    Antara khasiat yang terkandung di dalam buah kering dan kacang ini adalah seperti berikut;

    Buah tamar (kurma):

    Buah kurma sememangnya diketahui antara buah yang mempunyai nutrisi yang seimbang kepada manusia. Vitamin, mineral dan gula semula jadi ini membekalkan tenaga yang lebih kepada kita selain melegakan sembelit dan merawat penyakit anaemia.

    Buah Tin (Fig):

    kebaikan buah tin datang daripada kehadiran mineral, vitamin dan serat yang biasa ditemui di dalam buah-buahan. Ia juga mempunyai vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium dan klorin. Terdapat lima gram serat dalam setiap tiga hidangan buah tin. Ketinggian kandungan seratnya membantu terutama pada bahagian usus iaitu mengelakkan masalah sembelit dan juga cirit-birit. Kandungan serat ini juga membantu mengurangkan berat badan. Justeru, ia selalu dicadangkan kepada mereka yang mengalami obesiti.

    Kismis (Raisin):

    Kajian mendapati resveratrol mampu melindungi tubuh daripada kanser kulit, kolon dan prostat selain membantu menjaga kesihatan jantung, melindungi dari masalah kemerosotan fungsi saraf, strok, Alzheimer dan jangkitan kulat atau virus. Khasiatnya adalah mengelak sembelit, menyihatkan mata, baik untuk jantung, memperkuatkan tulang dan menurunkan berat badan.

    Aprikot: Aprikot sendiri adalah buah yang memiliki aroma manis lembut dan menggiurkan. Aprikot mengandung vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin K, kalium, tembaga, mangan, magnesium, fosfor, dan niasin.

    Kacang Badam (Almond):

    Biasanya dimakan sebagai snek yang berkhasiat. Kacang badam mengandungi antioksidan yang tinggi dan tiada kolesterol. Dipercayai melegakan sembelit, masalah respiratori, dan jantung selain memberi khasiat kepada kulit, gigi dan rambut.

    Pistachio:

    Kacang ini dapat membantu mengurangkan kolesterol di dalam badan. Pistachio adalah kacang yang padat dengan nutrisi yang berkhasiat. Ia mampu meningkatkan imunisasi dan diabetes.

    Gajus (Cashew Nut):

    Kacang gajus antara kacang yang mengandungi vitamin E dan B6 yang tinggi. Vitamin E sangat diperlukan dalam badan untuk mengurangkan sel-sel rosak. Manakala, vitamin B6 pula penting untung metabolisme, hati, dan pembuatan sel darah merah di dalam badan.

    Walnut:

    Di sebalik kerang yang keras ini terdapat kacang walnut yang penuh dengan Omega-3, asid lemak, serat, anti-oksida, vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tumbesaran dan pengembangan otak. Selain itu, ia dipercayai mengurangkan risiko diserang penyakit strok dan sakit jantung. Walnut juga membantu kesuburan lelaki dan membantu mengawal berat badan.

    Sumber: https://kioskmakanansunnah.com



    Sumber

  • Petua sembuhkan luka dengan cepat

    Petua sembuhkan luka dengan cepat

    BILA anda mengalami luka pasti bimbang jika lambat sembuh. Namun, harus dingat bahawa tidak semua orang boleh sembuh dengan segera kerana ia bergantung kepada antibodi badan seseorang.

    Lebih-lebih lagi jika seseorang itu mempunyai penyakit kencing manis, ia akan menyebabkan luka lambat sembuh dan mengambil tempoh masa yang lama.

    Pun begitu, jangan risau. Femina ada petuanya yang anda boleh cuba dan pastinya sangat mujarab.

    Pertama sekali, ambil kunyit hidup dalam 1.5 inci (ambil kunyit yang tua, berwarna oren pekat), kemudian, kupas kulitnya dan tumbuk sehingga lumat.

    Titikkan sedikit air bersih dalam kunyit tadi dan sapukan di tempat yang luka. Selepas itu, balut dengan kapas dan kain bersih sehingga empat hingga lima jam.

    Selepas lima jam, bersihkan semula tempat luka tadi dengan air bersih dan gantikan semula kunyit yang baru di tempat luka tadi.

    Pucuk jambu batu.

    Pucuk jambu batu.

    Anda juga boleh gunakan petua yang kedua, rebus pucuk jambu batu seberapa banyak sehingga mendidih. Kemudian, biarkan ia suam sedikit.

    Rendamkan bahagian luka ke dalam air jambu batu tersebut.

    Amalkan setiap hari sehingga anda dapat lihat kesannya. Selamat mencuba ya!



    Sumber

  • Tak mau perut buncit lagi, ini petuanya.

    Tak mau perut buncit lagi, ini petuanya.

    Perut buncit berlaku disebabkan masalah pencernaan tidak lancar hasil daripada pola hidup tidak sihat. Masalah ini membuatkan lemak bertimbun dan mengeraskan perut. Masalah ini tidak hanya berlaku kepada lelaki gemuk, lelaki kurus pun alami masalah sama.

    Namun, usah bimbang, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Tinggal lagi disiplin mengamalkannya. Ikuti langkah di bawah:

    1. Makan perlahan-lahan dan kunyah lumat. Ini bertujuan menghindari udara tertahan dalam usus lalu membentuk gas dan perut kembung. Ikut sunnah pun ok kunyah 40 kali.

    2. Kurangkan garam dalam diet kerana akan menambah ekstra sodium dalam tubuh dan ini akan melambatkan cairan tubuh sehingga mendorong air keluar daripada sel. Senang je jika rasa banyak sangat makan makanan bergaram tu, jangan ambil dalam masa beberapa jam.

    3. Makan dengan selang seli minum air satu tabiat pemakanan yang salah. Ikut sunnah Nabi, makan kemudian baru minum air. Lagi senang jangan biar air ada depan mata. dah siap makan baru cari air.

    4. Pastikan makanan dihadam terlebih dahulu, ambil masa selama dua jam selepas makan. Sebelum anda berbaring atau dibuai mimpi.

    5. Sediakan minuman detoks. Ramuan lemon bantu membakar lemak dan buang toksin.

    Kurma mengurangkan rasa pahit dan air suam dan bawang putih pula mengurangkan selera makan.

    Tak sedap pun tak apalah, try dulu, jika dah lihat kesannya nanti berbaloi pengorbanan yang dibuat.

    6. Jadikan kewajipan mengambil menu rendah lemak, rendah karbohidrat, rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisi, serat, mineral dan vitamin.



    Sumber