SEMUA orang mempunyai sahabat, bukan?
Tidak kiralah sama ada sahabat karib, rakan sekerja mahupun teman serumah, semuanya tetap dianggap sebagai sahabat meskipun panggilannya berbeza.
Tujuan bersahabat
Sumber
SEMUA orang mempunyai sahabat, bukan?
Tidak kiralah sama ada sahabat karib, rakan sekerja mahupun teman serumah, semuanya tetap dianggap sebagai sahabat meskipun panggilannya berbeza.
Tujuan bersahabat
Sumber

CARA terbaik untuk memastikan keperluan makanan ahli keluarga dipenuhi adalah dengan mengambil pelbagai jenis makanan dan mengamalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat iaitu:
Makan pelbagai jenis makanan:
Mengambil pelbagai jenis makanan dapat memastikan tubuh badan mendapat semua khasiat makanan yang diperlukan.
Gunakan Piramid Makanan sebagai panduan untuk memilih makanan sekeluarga.
Makan bijirin dan kekacang secukupnya
Bijirin merupakan sumber tenaga yang utama. Bijirin juga kaya dengan serat terutamanya bijirin atau hasil bijirin mil penuh. Contoh bijirin dan hasil bijirin adalah nasi, roti, mi dan mihun.
Kekacang merupakan sumber serat yang baik. Ianya juga kaya dengan protin dan mempunyai kandungan lemak yang rendah. Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang pis dan kacang dal.
Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lemak yang rendah dan membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A, vitamin C, asid folik, zat besi dan kalsium yang kesemuanya penting untuk kesihatan. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga kaya dengan serat. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat adalah penting untuk melawaskan pembuangan najis dan dapat membantu mencegah penyakit sembelit yang kronik, buasir dan penyakit usus (diverticular diseases). Serat juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser.
Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang berlebihan daripada makanan. Ia dapat membantu mengawal berat badan.
Jika berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti fizikal.
Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu menyerap vitamin-vitamin larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga melazatkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan.
Lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak badan. Kehadiran lemak badan ini akan menyebabkan berat badan anda bertambah.
Lemak yang berlebihan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok, obesiti dan masalah-masalah kesihatan yang lain.
Kurangkan pengambilan garam dan gula
Kebanyakan makanan yang diawet dan diproses mempunyai kandungan garam dan gula dan lebihkan makanan segar.
Jika menggunakan kicap atau sebarang sos, garam tidak perlu ditambah di dalam masakan. Rasalah makanan terlebih dahulu sebelum menambah garam.
Kurangkan juga penggunaan gula dalam penyediaan minuman dan kuih muih.
Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari
Air adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan dan mengeluarkan bahan sisa dari badan. Air diperlukan untuk menggantikan cecair tubuh yang hilang, terutamanya jika kita melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Minumlah air sebanyak enam hingga lapan gelas sehari. Dan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti bekerja di dalam bilik berhawa dingin, minumlah air dengan banyak walaupun tidak merasa dahaga.
SETIAP AHLI KELUARGA MEMERLUKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN SEIMBANG SETIAP HARI
Panduan berikut boleh digunakan ketika anda merancang hidangan harian untuk keluarga:
SARAPAN PAGI
Hidangkan sarapan yang berkhasiat.
Sebaik-baiknya mulakan dengan buah-buahan segar atau jus buah-buahan. Ini merupakan pembuka selera dan pembekal serat.
Sajikan makanan berasaskan bijirin seperti nasi, bubur, mi, roti dan bijirin sarapan. Jika memilih roti, sebaik-baiknya pilihlah roti mil penuh. Hidangkan makanan ini dengan sedikit daging tanpa lemak, ikan atau telur. Roti boleh dimakan dengan keju rendah lemak, mentega kacang atau susu.
Susuli dengan minuman yang berasaskan susu.
MAKAN TENGAH HARI
Sediakan hidangan yang ringkas.
Jika makan di luar, pelbagaikan pilihan anda setiap hari. Dapatkan pilihan yang lebih sihat dan berkhasiat. Pilihlah hidangan yang mengandungi makanan dari kesemua kumpulan makanan mengikut Piramid Makanan
MAKAN MALAM
Makan malam merupakan masa yang terbaik untuk melengkapkan pengambilan makanan dalam sehari. Contohnya, sekiranya terdapat kekurangan jenis-jenis makanan yang diambil pada siang hari, makanan tersebut boleh diambil pada waktu ini. Sebaik-baik sediakan dua hidangan sayur-sayuran dan salah satu daripadanya ialah sayur-sayuran berdaun hijau. Elakkan daripada makan terlalu hampir dengan waktu tidur. Makanlah sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.
SNEK
Jika perlu makanlah dengan sedikit. Pilihlah snek yang berkhasiat dan yang kurang kandungan lemak dan gula, contohnya buah-buahan, sandwic, kacang rebus, jagung rebus dan biskut. Setiap makanan mengandungi nutrien tetapi perlulah dipilih jenis makanan yang mengandungi lebih nutrien. Gunakan panduan berikut ketika memilih dan menyediakan makanan.
Sediakan pelbagai jenis makanan dalam setiap hidangan.
Utamakan makanan yang kaya dengan karbohidrat sebagai sumber tenaga seperti nasi, roti, mi dan ubi. Juga pentingkan makanan yang membekalkan vitamin, mineral dan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Biasakan memilih buah-buahan yang segar dan berwarna serta sayur-sayuran berdaun hijau yang mengandungi banyak vitamin dan mineral.
Pilih makanan yang membekalkan protin seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang.
Pilih makanan yang kaya dengan kalsium contohnya susu, keju dan dadih. Makanan lain seperti ikan bilis, ikan tamban dan ikan sardin juga kaya dengan kalsium.
Kurangkan menggoreng makanan terutamanya makanan yang disaluti tepung dan kurangkan masakan yang bersantan.
Guna susu rendah lemak atau susu skim bagi menggantikan santan kelapa dalam masakan anda. Masukkan kentang, tomato atau bawang yang dikisar untuk memekatkan kuah.
Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak, minyak, gula dan garam seperti snek dan makanan segera. Hadkan memakan makanan segera tidak lebih daripada dua kali sebulan.
Gunakan kaedah memasak yang dapat mengekalkan warna dan rasa asal makanan.
Selalulah menghidangkan makanan yang baru dimasak.
Apabila membeli makanan bertin atau berbungkus, bacalah label bagi membantu anda memilih makanan yang berkhasiat dan menjimatkan.
Sumber: http://www.jpapencen.gov.my

PENIAGA sah Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HMSM) melancarkan satu program latihan pemanduan selamat iaitu Ujian Kecenderungan Memandu dan Latihan Keselamatan Pemandu baru-baru ini.
Program latihan dengan kerjasama Yamato Transport Malaysia Sdn Bhd (YTM) itu bakal beroperasi secara langsung di Pusat Sokongan Menyeluruh Hino (HTSCC) di Sendayan.
HMSM yang mula ditubuhkan sejak 1977, berpegang kepada prinsip Total Support iaitu memberi sokongan penuh kepada pelanggan bagi memastikan setiap pembelian kenderaan berat Hino menyumbang kepada peningkatan prestasi perniagaan para pelanggan. Sehubungan itu, penubuhan HTSCC bertujuan menyediakan program latihan yang memberi penekanan terhadap cara pemanduan selamat dan cekap tenaga bagi meningkatkan jangka hayat serta mengurangkan kos kitaran hayat kenderaan.
Hino melaksanakan program latihan itu bagi pengendali dan pengusaha industri logistik serta pengangkutan di Malaysia berikutan minat mereka dalam latihan pemanduan selamat yang menggalakkan. Pengarah Urusan Yamato Transport Malaysia, Takeshi Kitaoka berkata, YTM juga memperkukuhkan penubuhan jurulatih dalaman bagi menambah baik kemahiran mereka.
“Dalam usaha ke arah pembangunan keselamatan jalan raya di Malaysia, kedua-dua buah syarikat telah mengambil inisiatif bagi memperkukuhkan operasi keselamatan kenderaan dalam industri logistik dan pengangkutan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran. Program latihan itu dilaksanakan di HTSCC merangkumi ciri-ciri keselamatan yang terdiri daripada kombinasi ujian kecenderungan memandu, latihan kuliah dan pemanduan praktikal.
Kitaoka berkata, latihan itu adalah bertujuan meningkatkan pemahaman, kesedaran dan kemahiran memandu berdasarkan gaya pemanduan si pemandu. Pegawai bertugas khususnya akan menggunakan keputusan kualitatif Ujian Kecenderungan Memandu dan memberi konsultasi melalui latihan kuliah serta menyampaikan pemahaman dan kesedaran mengenai pemanduan selamat, kata beliau.
“Keputusan ujian dan latihan juga akan dimaklumkan kepada pemandu dan pengusaha sebagai rujukan untuk mereka memperbaiki gaya pemanduan,” ujarnya.
SESUNGGUHNYA, apa sahaja yang dimakan dan diminum ibu yang hamil, akhirnya akan sampai juga kepada bayi dalam kandungan anda.
Bagaimana keadaan bayi anda membesar, berkembang, berinteraksi dan bergerak di dalam kandungan bergantung sebahagiannya daripada pemakanan anda.
Terdapat segelintir ibu mengandung mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Apa kata Ramadan kali ini anda cuma amalkan pemakanan sihat bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan dan bayi dalam kandungan.
Elok diamalkan ketika berbuka puasa:
– makan tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah).
– susu atau yogurt rendah lemak.
– sup (yang rendah kalori).
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
– sepinggan salad
– ulam-ulaman atau sayur-sayuran sebagai hidangan pembuka selera
– protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang
– karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat termasuk pengambilan makanan kurang berkhasiat dan sukar dicernakan.
Pada masa sama, hindarkan diri daripada meminum teh semasa berbuka puasa kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.
Ibu hamil juga perlu makan sahur jika berpuasa kerana ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang.
Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang.
Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.

PADA tahun 2006, Puma dan MTV pernah melancarkan koleksi PUMA YO MTV Raps di mana kasut-kasut Puma yang klasik diberi olahan semula dengan berinspirasikan muzik hip hop 1980-an.
Kini kolaborasi mereka kembali lagi dengan menampilkan persilangan budaya pop dan fesyen sukan yang diterjemahkan pada kasut-kasut sniker RS-X edisi khas, sekali gus meraikan semula kegemilangan budaya muzik yang terdahulu.
”Kami sangat gembira untuk sekali lagi bekerjasama dengan sebuah jenama ikonik yang relevan dengan zaman dahulu dan kini,” kata Pengarah Global untuk Jenama & Pemasaran Puma, Adam Petrick.
MTV telah merevolusikan industri hiburan. Penggabungan industri fesyen dan budaya pop jelas menggariskan usaha mereka untuk mencapai golongan muda di seluruh dunia.
“MTV dan Puma adalah dua jenama yang kekal sinonim dengan representasi budaya dan gaya jalanan untuk pelbagai generasi, dan kerjasama ini berjaya menyatukan kedua-dua jenama ikonik ini untuk masa kini,” kata Naib Presiden Kanan, Kerjasama Global dan Softlines, Viacom Nickelodeon Consumer Products, Jose Castro.
Sniker RS-X Puma diilhamkan oleh unsur-unsur muzik dan era digital, sekali gus mencerminkan evolusi MTV sendiri, menjadikannya sebuah koleksi yang mesti ada buat peminat fesyen nostalgia.
Koleksi Puma x MTV Capsule, Kolaborasi Puma x MTV juga melancarkan olahan reka bentuk terbaharu sniker RS-X Tracks. Mengetengahkan iterasi warna pop neon yang menonjol, koleksi ini memaparkan keluaran dua jenis warna, iaitu RS-X Tracks MTV Gradient Blaze dalam warna Puma White-Sweet Lavender dan RS-X Tracks MTV Gradient Gloom dalam warna Puma Black-Sweet Lavender colorways.
Menyempurnakan rupa dengan pakaian musim yang sesuai, koleksi bergaya ini turut melancarkan kemeja T, tank top, baju trek dan seluar pendek yang dilingkari dengan logo grafik Puma x MTV.
Koleksi Puma x MTV akan dilancarkan di butik-butik Puma terpilih seluruh negara bermula 14 Mac ini.
#Ohlelaki!

AROMATERAPI kerap disebut dengan minyak esensial dibuat daripada tanaman dan minyak tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan wangian.
Aromaterapi dapat membantu memperbaiki suasana hati, sehingga mampu meningkatkan kesihatan secara fizik mahupun emosional.
Ia banyak digunakan sebagai terapi tambahan mahupun terapi alternatif.
Aromaterapi mungkin dapat membantu individu menjadi lebih baik secara umum. Akan tetapi, pengkaji masih belum membuktikan bahwa aromaterapi dapat mencegah atau mengubati penyakit.
Cara menggunakan aromaterapi demi mendapatkan manfaat maksimal
Teknik Pengolahan dan Cara Kerja Aromaterapi
Di dalam proses pengolahan untuk membuat aromaterapi, tanaman dicampur dengan losyen, minyak atau alkohol. Di Eropah, bahan-bahan wangian ini sudah digunakan sejak awal era 1900-an.
Cara kerja aromaterapi adalah menstimulasi saraf pada hidung. Saraf ini akan mengirimnya ke otak. Setelah itu, otak yang akan mengatur mengenai fungsi aromaterapi ini dan menyesuaikannya dengan jenis wewangian dan pengaruhnya bagi tubuh. Hormon dan enzim di dalam tubuh juga dapat dipengaruhi oleh aromaterapi sehingga mampu menstabilkan tekanan darah, meringankan gangguan saraf dan gangguan pada bahagian tubuh lainnya.
Para ahli juga mengungkapkan teori bahwa aromaterapi bisa dimanfaatkan untuk membantu mengurangi depresi, insomnia, meredakan stres dan menurunkan tekanan darah.
Aromaterapi Dapat Digunakan Dalam Pelbagai Cara:
Menghidu wap aromaterapi
Minyak aromaterapi yang digunakan dengan cara menghidu wapnya dapat membantu meringankan penyakit pernafasan, seperti selesema dan batuk. Pilih minyak aromaterapi mint, eucalyptus, dan pinus. Cara menggunakannya, siapkan air panas di besen. Tambahkan 10 titis minyak aromaterapi pilihan. Selanjutnya tundukkan kepala di atas besen dengan menutup kepala dengan dengan penutupan kain. Hidu wap tersebut selama beberapa minit.
Memanaskan minyak aromaterapi
Minyak aromaterapi boleh digunakan dengan cara dipanaskan. Gunakan bekas kecil dan tungku yang sudah dilengkapi dengan wadah untuk menempatkan minyak aromaterapi. Letakkan enam titis minyak aromaterapi, lalu panaskan menggunakan api kecil. Aromanya akan menyebar dengan cepat ke seluruh ruangan. Sayangnya, minyak aromaterapi yang dipanaskan akan merosakkan manfaat pengubatannya. Jadi, cara ini hanya disarankan apabila anda ingin menikmati aromanya, bukan manfaatnya bagi kesihatan.
Menyemburkan minyak aromaterapi
Masukkan 180 ml air ke dalam botol semburan. Tambahkan 5-10 titis minyak aromaterapi pada tiap sekitar 30 ml. Goncang dahulu, lalu semburkan ke ruangan untuk mendapatkan wangi serta manfaatnya.
Menggunakan diffuser
Alat ini menggunakan elektrik. Alat ini lebih memungkinkan minyak aromaterapi untuk lebih menyebar ke seluruh ruangan yang lebih luas. Kelebihan lain dari penggunaan alat ini adalah mampu memecah minyak menjadi molekul yang terpisah sehingga aroma akan lebih mudah dihirup. Oleh karena itu, kaedah ini dianggap paling efektif dalam mengubati.
Untuk menuam
Mungkin anda baru tahu bahwa minyak aromaterapi dapat digunakan untuk menuam bahagian tubuh yang sakit. Caranya, siapkan satu liter air hangat dengan ditambahkan tiga ke enam titis minyak aromaterapi. Kacau hingga merata. Rendam kain basah ke dalam campuran, pulas kain, lalu tampalkan pada bagian tubuh yang sakit selama paling lama 20 minit. Ulangi hingga sakit terasa mereda.
Otot yang terasa sakit karena cedera olahraga, sakit gigi, sakit kepala, dan luka akibat gigitan serangga adalah beberapa penyakit yang dapat diringankan dengan cara menuam menggunakan minyak aromaterapi.
Untuk mandi
Minyak aromaterapi yang digunakan untuk mandi dapat meningkatkan manfaatnya hingga 10 kali ganda. Tambahkan enam titis minyak aromaterapi atau campurkan lebih banyak minyak aromaterapi ke dalam air mandi. Ada dua keuntungan ketika anda mandi menggunakan campuran minyak aromaterapi. Pertama, anda dapat menghirup aromanya. Kedua, minyak aromaterapi akan meresap ke dalam tubuh melalui pori-pori dan meredakan otot-otot yang lelah.
Untuk urutan
Campurkan minyak aromaterapi dengan minyak urutan, lalu gunakan untuk memijat. Minyak yang terserap oleh tubuh akan memberikan manfaat bagi kesihatan. Sementara, wangi yang menyentuh otot akan membuat otot lebih rileks dan menenangkan.
Meskipun minyak aromaterapi memiliki banyak manfaat, pastikan anda sudah faham penggunaannya. Hindari menggunakan minyak aromaterapi pada anak di bawah lima tahun karena kulitnya yang masih terlalu sensitif terhadap pelbagai jenis minyak. Pastikan juga minyak tidak tertelan karena pada dasarnya minyak aromaterapi hanya untuk pemakaian luar. Perlu diketahui bahawa belum ada bukti ubatan yang menunjukkan aromaterapi dapat menyembuhkan suatu penyakit sepenuhnya. Maka fahami dulu manfaat khusus dan prosedur penggunaannya secara tepat.
Sumber: https://www.alodokter.com

BAGI yang gemar berbuka puasa di rumah, radio dan televisyen menjadi medium utama untuk kita mengetahui sama ada sudah masuk waktu Maghrib atau belum.
Namun, kita kena ingat. Azan itu menandakan waktu Maghrib di Kuala Lumpur yang tidak semestinya sama di sesetengah kawasan.
Ada tempat yang masuk waktu solatnya lebih awal daripada Kuala Lumpur dan ada juga yang lebih lewat dari di ibu kota.
Barangkali, ada yang pernah terbuka puasa awal sebaik sahaja mendengar azan, sedangkan lokasi tempatnya berbuka agak lewat masuk waktu solat berbanding di ibu kota.
Bagaimanakah dengan puasa kita? Apa hukumnya dan adakah ia membatalkan puasa?
Menjawab persoalan itu, sunah Nabi Muhammad SAW adalah melewatkan sahur dan segera berbuka puasa iaitu sejurus sahaja masuknya waktu azan Maghrib di kawasan masing-masing.
Pada asasnya, jumhur ulama Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan sebahagian Ulama Mazhab Hanbali menyatakan, batal puasa dan wajib qada.
Sementara, Imam al-Muzani dan Mazhab Zahiri menyatakan tidak batal puasa kerana tidak sengaja.
Bagaimanapun, pandangan jumhur adalah lebih utama diambil yang menyatakan puasa batal dan wajib qada.
Lebih-lebih lagi, zaman moden kini, segala kelengkapan untuk menentukan waktu berbuka puasa wujud.
Ia juga sepertimana yang diputuskan oleh Imam Nawawi dan Mazhab Syafie di dalam kitab.
***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah bebas dan penulis.

NAZA Kia Malaysia Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, dijangka mampu memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggannya di pantai timur selepas membuka Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) baharunya di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.
Kumpulan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, ruang pameran terkininya itu mempunyai keluasan kira-kira 3,500 kaki persegi bagi memberi lebih keselesaan kepada pengunjung dan pelanggan.
Katanya, ruang pameran yang dimiliki syarikat pengedar Raza Motors Sdn Bhd itu mampu memuatkan lima kenderaan pada setiap masa, selain melakukan kerja penyelenggaraan sehingga 100 kenderaan setiap bulan. Terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, outlet baharu ini juga mempunyai sasaran jualan sebanyak 18 unit sebulan.
“Saya begitu kagum dengan pengedar di sini kerana sanggup melabur sehingga RM1 juta bagi membangunkan Pusat 3S yang lengkap termasuk mempunyai ruang jualan, khidmat selenggara kenderaan serta kemudahan alat gantian. “Selaku antara peneraju jenama antarabangsa bagi pasaran tempatan, Naza Kia Malaysia berharap dapat memberi perkhidmatan terbaik terutama kepada pelanggan sekitar pantai timur dengan pembukaan pusat baharu ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Pusat 3S itu turut dilengkapi dengan ruangan menunggu yang selesa berserta dengan kemudahan surau.
SM Nasarudin menambah, selepas pembukaan Pusat 3S Kota Bahru, pihaknya akan membuka enam lagi cawangan baharu di Lembah Klang, utara, selatan, pantai timur serta Sabah dan Sarawak. Untuk maklumat lanjut atau untuk mengaturkan pandu uji di Kia Kota Bharu, sila layari www.kia.com/my.

SOAL jodoh adalah isu yang sangat sensitif. Bila ditanya pasal jodoh pasti ada yang berkecil hati. Sukar hendak diterjemahkan kerana jodoh, ajal dan maut semua di tangan Tuhan. Pun begitu, buat mereka yang belum diketemukan
jodoh boleh mengikut petua ini, yang penting berusaha. Lambat atau cepat semua urusan Tuhan.
1) Perbetulkan kembali niat
Dalam apa-apa perkara, semuanya kembali kepada niat. Jika niat kita ikhlas, maka kita akan dapat sesuatu sejajar dengan apa yang kita niatkan.
Jika kita berniat mendapatkan jodoh kerana kerana Allah, InsyaAllah, beliau akan pertemukan anda dengan seseorang yang memiliki niat yang sama.
2) Muhasabah dan menerima kekurangan diri
Tidak ada salahnya kerana sudah lumrah manusia mahukan sesuatu yang paling cantik seperti juga ketika membeli beg tangan.
Begitu juga berkenaan dengan soal jodoh. Kalau sampai sekarang anda belum bertemu calon pasangan, maka ada baiknya anda melihat kembali diri sendiri, melihat dan menilai kekurangan pada diri anda. Harus diingat bahawa bab penampilan antara faktor yang penting dalam mencari jodoh, jadi perbaiki penampilan anda dengan berpakaian kemas, merapikan rambut, bersukan dan sebagainya.
3) Tingkatkan rasa percaya pada diri dan ketepikan rasa malu tidak bertempat
Jangan pernah menyerah kalah dalam soal mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan, maka anda harus segera bangkit.
Malu itu perlu, tetapi jika malu tidak bertempat ia akan menyusahkan diri sendiri.
Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu?
4) Memperluaskan jaringan pergaulan
Antara sebab anda lambat bertemu jodoh lantaran kurangnya pergaulan dengan masyarakat.
Luangkan masa untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan.
Jangan segan untuk bergaul dengan mereka yang sudah berusia, kerana mungkin ada pengalaman yang boleh mereka kongsikan, atau jodoh anda ada dalam kalangan sanak saudara mereka.
Jangan malu untuk meminta bantuan mereka dan mengulangi permintaan anda secara rutin agar dia sentiasa ingat bantuan yang dipinta.
5) Baiki diri sendiri dahulu
Jika inginkan pasangan anda baik dalam agamanya, maka pastikan diri anda juga baik dalam beragama.
Jadi, perbaikilah ibadah dan akhlak anda seperti solat tepat pada waktu, membaca ayat suci al-Quran setiap hari dan lakukan solat dhuha dan tahajud secara kerap.
6) Berkhidmat kepada ibu bapa dan keluarga
Bagaimana tanggungjawab kita dengan ibu bapa kita sendiri? Adakah sudah tertunai semuanya?
Dalam bab ini anda perlu bersangka baik dengan Allah, mengambil pendekatan positif mungkin beliau inginkan anda yang masih ‘single’ untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa tanpa perlu memikirkan perihal yang lain.
Sampai saatnya, Allah pasti akan gantikannya dengan rezeki perkahwinan.
7) Amalan bersedekah dan amalan sunat yang lain
Jika mahukan jodoh cepat maka anda juga perlu mendekati Allah dengan lebih dekat.
Selain ibadat wajib, anda juga perlu menambah ibadat sunnah seperti solat tahajjud, puasa, tilawah al-Quran, infaq, dan lain-lain.
Antara amalan yang paling mujarab untuk menarik rezeki (termasuk jodoh yang baik) adalah dengan mengamalkan solat dhuha.
8) Lapangkan hati dan fikiran
Anda digalakkan untuk bersangka baik dalam setiap perkara, termasuklah apabila diuji dengan soal jodoh yang belum kunjung tiba.
Secara tidak sedar, anda akan mendidik hati untuk tidak bersedih dan menjadi lebih kuat. Latih minda anda untuk lebih fokuskan kepada kebaikan dan kelebihan diri sendiri.
Ingat, pemikiran negatif hanya akan melemahkan dan memerangkap anda dalam kesedihan.

Demikian kata Timbalan Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka, Kamaruddin Mustafa.
Menurutnya, sumbangan 200 naskhah al-Quran wakaf itu telah diagih-agihkan kepada bahagian-bahagian dalam jabatan itu dan 10 balai di seluruh Melaka untuk mewujudkan Quran Corner.
“Kami harap boleh memanfaatkan al-Quran wakaf untuk membaca dan memahaminya pada bila-bila masa di tempat kerja. Selain itu, al-Quran terjemahan tersebut boleh digunakan untuk tazkirah dan tadabbur walaupun tiga ayat al-Quran sehari.
“Tahun lepas, kami membeli sebanyak 17 naskhah melalui Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka untuk diagihkan setiap satu ke bahagian-bahagian dalam jabatan dan balai bomba.
“Sebelum ini kami menerima sumbangan al-Quran daripada individu yang diletakkan di surau. Kami ada Cawangan Hal Ehwal Islam di JBPM Negeri Melaka yang menguruskan program kerohanian dan kebajikan anggota bomba,” katanya di sini semalam.
Pada 13 Mei lalu, warga JBPM Negeri Melaka menggunakan al-Quran wakaf yang diterima pada program World #QuranHour.
Turut serta, Pengarah JBPM Negeri Melaka, Abu Obaidat Mohamad dan Timbalannya, Saiful Iswandy K Hassan.