Blog

  • Kismis California semarakkan kasih sayang raya

    Kismis California semarakkan kasih sayang raya

    KISMIS merupakan makanan snek sihat yang sangat digemari oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak. Sesungguhnya buah kering yang kecil ini kaya dengan pelbagai khasiat yang dapat membantu mengekalkan gaya hidup sihat dan boleh digunakan untuk mencipta pelbagai sajian makanan yang lazat.

    Chef popular Ili Sulaiman menunjukkan cara menyediakan “Beriani Ayam Kismis California” dan “Roti Sosej Masala Kismis California” dengan menggunakan Kismis California.

    “Raya adalah masa untuk bersama keluarga dan juga masa untuk menyediakan sajian makanan yang lazat tetapi tidak mengambil masa terlalu lama untuk menyediakannya.

    “Beriani Ayam Kismis California” dan “Roti Sosej Masala Kismis California” adalah sajian makanan kegemaran keluarga saya yang boleh disediakan lebih awal dengan menggunakan bahan serba guna dan berkhasiat.

    “Ini mengurangkan masa yang perlu dihabiskan di dapur dan membolehkan saya meluangkan lebih banyak masa yang berkualiti bersama keluarga,” kata Chef Ili pada majlis Jawatankuasa Pentadbiran Kismis atau Raisin Administrative Committee (RAC) mempersembahkan keistimewaan Kismis California kepada 24 tokoh media sosial Malaysia di Berjaya University College of Hospitality, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Tokoh-tokoh media sosial yang berpengaruh kemudian menyertai cabaran satu jam untuk mencipta resipi menggunakan Kismis California untuk hari lebaran, yang mencerminkan semangat kasih sayang, kemaafan, penghormatan, penghargaan, keredaan, kesyukuran, kerahmatan, keakraban, kebaikan dan saling menghormati.

    Pemenang yang membawa pulang Hadiah Utama RM800 ialah pasukan Spice Girls, disusuli oleh pemenang Hadiah Kedua RM500, pasukan Abanjers dan pemenang Hadiah Ketiga RM300, pasukan Mahalo Aidilfitri. Masing-masing mengetengahkan sajian menyelerakan Ramadan Blessings, Ayam Masak Masam Manis Kerinduan Bersama Ketupat Kemaafan dan Bumbu Kacang Nenda dan Sate Goreng.

    Richard Lieu (baris belakang, dua dari kiri) bersama pasukan pemenang.

    Richard Lieu (baris belakang, dua dari kiri) bersama pasukan pemenang.

    Pengarah Promosi Perdagangan RAC bagi Asia Tenggara, Richard Lieu berkata, Kismis California adalah juga bahan serba guna yang boleh mengilhamkan pelbagai masakan – baik sajian pembuka selera dan sajian utama mahupun manisan pencuci mulut dan minuman – memandangkan semakin ramai pengguna kini menitikberatkan kesihatan dan gemar mencuba sajian masakan yang sihat tetapi lazat.

    Kismis California bukan sahaja boleh menambah kelazatan sajian masakan, tetapi juga boleh menjadi sumber pemakanan yang sesuai untuk menambah khasiat dalam keadaan semasa yang menimbulkan banyak isu kesihatan, seperti diabetes (kencing manis).

    Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengesyorkan orang dewasa mengambil 1½ hingga 2 cawan buah-buahan sehari. Buah kering yang sedia untuk dimakan dan mudah dibawa ke mana-mana, seperti Kismis California, sesuai untuk mengisi kuota ini.

    Untuk maklumat dan resipi Kismis California, sila kunjungi www.calraisins.org dan www.caraisins.com.



    Sumber

  • Sembelit, gastrik setiap kali berpuasa

    Sembelit, gastrik setiap kali berpuasa

    ANDA MUSYKIL, DOKTOR JAWAB

    SOALAN 1

    DOKTOR, saya seringkali mengalami masalah sembelit setiap kali berpuasa pada bulan Ramadan. Buat pengetahuan pihak doktor, saya sudah mencuba minum banyak air semasa bersahur tetapi kurang makan buah atau sayuran. Sebenarnya saya juga seorang yang sibuk dengan tugas sebagai pekerja dan rutin menguruskan rumah tangga. Adakah itu puncanya? Adakah terdapat kaedah mudah menangani masalah ini secara semula jadi atau dengan ubat-ubatan?

    – Pekerja Resah, Siti Maisarah Yaakob, 38, Shah Alam, Selangor

    JAWAPAN:

    MEMANG menjadi perkara biasa kita akan mengalami sembelit semasa berpuasa.

    Ini adalah berpunca daripada diet kita yang kurang air dan serat.

    Pengambilan air yang cukup sangat penting pada bulan Ramadan lebih-lebih lagi cuaca di Malaysia yang panas.

    Berdasarkan konteks kesihatan, setiap orang disarankan untuk minum air dalam lapan gelas atau dua liter sehari.

    Mungkin ramai yang bertanya bagaimana mahu menghabiskan air sebanyak itu?

    Sebenarnya, kita mampu. Air juga boleh didapati daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan jenis makanan seperti sup.

    Oleh yang demikian, tidak mustahil untuk kita mencapai jumlah tersebut.

    Di samping itu, kurangkan minum kopi dan teh kerana ia menyebabkan kita kerap buang air kecil yang sekali gus mengakibatkan badan kita kurang hidrat.

    Daripada cerita puan, sekiranya puan tiada masalah lain dan puan sihat, saya merasakan masalah sembelit puan berpunca daripada kekurangan serat daripada buah dan sayuran.

    Saya juga sarankan puan untuk mengambil jenis makanan yang tinggi serat seperti roti jagung, oat dan sebagainya sekiranya tidak gemar makan sayur ataupun buah.

    Puan juga dinasihatkan untuk menyukat jumlah air yang diminum sehari dan pastikan ia lebih sedikit daripada yang disarankan. Lakukan juga senaman yang seperti berjoging dan brisk walking contohnya selama 15 minit sebelum berbuka.

    Perlu diingatkan, pemakanan semasa berpuasa mestilah cukup komposisinya dan masih mengikut piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Elakkan juga pengambilan minuman yang manis dan air berkarbonat.

    Sekiranya masalah sembelit puan masih berlarutan walaupun diet telahpun diperbaiki, puan dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

    SOALAN 2

    DOKTOR, ramai orang memberikan alasan gastrik untuk tidak berpuasa. Sebenarnya saya juga mempunyai masalah tersebut hingga takut untuk berpuasa. Bagaimanapun, saya tetap mahu berusaha menunaikan kewajipan ini. Bolehkah penghidap gastrik tetap berpuasa seperti orang normal lain tanpa mendatangkan kesan sampingan?

    – Pesakit Gastrik, Azlan Mohamad, 41, Rembau, Negeri Sembilan

    JAWAPAN:

    TAHNIAH kerana tuan ada rasa tanggungjawab untuk menunaikan ibadah puasa.

    Sebenarnya, ramai yang bertanya soalan itu.

    Sebenarnya, penting untuk kita ketahui apakah itu gastrik?

    Dalam perubatan, ia dipanggil dyspepsia yang bermaksud apa-apa perkara yang menyebabkan kesakitan pada ulu hati.

    Simptom lain yang bersama-sama muncul adalah muntah, loya tekak dan kurang selera makan.

    Antara puncanya yang paling teruk ialah luka pada dinding perut yang dipanggil peptic ulcer disease.

    Mereka yang ada masalah seperti itu disarankan tidak berpuasa kerana tindakan itu akan menyebabkan asid ‘mengikis’ dinding perut yang sedia luka dan mengakibatkan pendarahan berlaku. Perlu ditegaskan di sini, hanya melalui ujian endoskopi tahap ‘keterukan’ diagnosis ini dapat ditentukan.

    Doktor akan menyarankan pesakit gastrik untuk menjalani ujian tersebut jika dirasakan perlu.

    Gastrik yang ringan sebenarnya tidak mendatangkan kemudaratan apabila berpuasa.

    Banyak kajian saintifik menunjukkan pesakit gastrik boleh berpuasa.

    Bagaimanapun, pemeriksaan dan nasihat daripada doktor perlu dilakukan kerana punca gastrik terlalu banyak.

    Kita tidak mahu gastrik yang kita hidapi adalah disebabkan barah perut atau masalah pundi hempedu yang mana langkah perubatan segera amat perlu bagi menyelesaikan masalah tersebut.

    Bagi kes pihak tuan, sekiranya tahap gastrik adalah rendah dan tidak menghidap sakit lain, bolehlah tuan berpuasa.

    Pastikan tuan elakkan makanan yang boleh mencetuskan gastrik seperti makanan pedas, minuman bergas dan berkafein.

    Merokok juga boleh mencetuskan simptom. Makan dan minum secukupnya semasa berbuka dengan kadar yang sederhana.

    Tuan dinasihatkan tidak berbaring atau terus tidur sejurus menjamah makanan.

    Sekiranya gastrik tuan semakin teruk, jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

    Profil

    Dr Mohd Radzniwan A Rashid

    Pensyarah dan Pakar Perubatan Keluarga di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pemegang Ijazah Sarjana Perubatan Keluarga ini juga ialah Timbalan Pengarah Klinik Pakar Kesihatan USIM. Beliau aktif dalam aktiviti kemasyarakatan fakulti dan Klinik Pakar Kesihatan USIM melalui program jejak asnaf dan program tabaru’.

    Dr Mohd Radzniwan

    Dr Mohd Radzniwan



    Sumber

  • Hidup biarlah memberi manfaat kepada semua

    Hidup biarlah memberi manfaat kepada semua

    KITA hidup di dunia ini hanya sementara sahaja dan yang kekal adalah di alam akhirat nanti.

    Dalam hidup kita yang singkat ini, cuba renungkan kembali, apakah hidup kita selama ini banyak memberi manfaat atau menyusahkan orang lain?

    Sebenarnya, ALLAH SWT mencipta semua makhluk dengan taraf yang sama di sisi-Nya.

    Tidak kiralah apa pun bangsa atau warna kulit kita.

    Yang membezakannya hanyalah sama ada kita dimuliakan atau dihina oleh-Nya.

    Siapakah yang terbaik dalam kalangan manusia?

    Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Berdasarkan hadis itu, manusia yang dimuliakan ALLAH SWT ialah yang sentiasa berbuat kebaikan dan perkara itu memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya.

    Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata, “Rasulullah SAW ditanya, ‘Siapakah orang terbaik?’ Baginda menjawab, ‘Yang paling bermanfaat bagi sesama manusia’.”

    Apa yang dimaksudkan dengan perkataan manfaat itu tidak terhad kepada memberi sesuatu seperti harta, barangan atau pertolongan sahaja.

    Malah, ia mempunyai maksud yang begitu luas.

    Contohnya, memberi tunjuk ajar dengan ilmu dan dipraktikkan pula di dalam kehidupan kita. Ia juga sesuatu yang bermanfaat.

    Kita perlu ingat bahawa keperluan setiap orang adalah tidak sama.

    Mungkin seseorang tidak memerlukan ilmu kerana sudah memiliki ilmu dan ada pula yang tidak memerlukan harta kerana dia sudah berharta.

    Namun, dari segi aspek lain barangkali, individu itu berasa terasing walaupun sudah memiliki segalanya kerana dia tiada keluarga atau saudara-mara.

    Dalam hal ini, individu itu sebenarnya memerlukan kasih sayang daripada kita iaitu orang yang berada di sekelilingnya.

    Oleh itu, manfaatkanlah hidup kita dengan sebaik-baiknya. Biarlah apa yang kita lakukan turut memberi manfaat kepada orang lain.

    (Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)



    Sumber

  • Mercedes-Benz perkenalA-Class Limousine

    Mercedes-Benz perkenalA-Class Limousine

    MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) mengukuhkan kedudukannya dalam segmen peneraju barisan kereta kompak di Malaysia apabila melancarkan model terbaharu A-Class Limousine baru-baru ini.

    A-Class Limousine ditawarkan dalam dua varian iaitu A 200 Progressive Line dan A 250 AMG Line yang dijana enjin 1.4 liter dengan kuasa 163 hp serta 250Nm dan 2.0 liter dengan 224hp serta tork 350Nm.

    




KENDERAAN ini direka dengan ciri rupa bentuk sportiness yang unggul dan moden.

    KENDERAAN ini direka dengan ciri rupa bentuk sportiness yang unggul dan moden.

    Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Mark Raine berkata, model ini tampil bersama ciri utiliti yang terbaik dalam segmennya untuk keselesaan pemanduan serta penumpang.

    “Ruang kepala bahagian belakang seluas 944 milimeter (mm) dan but berkapasiti 420 liter (l) dengan bukaan 950mm bagi kemudahan dan ciri fleksibel untuk memasukkan barangan antara kelebihan model limousin kompak ini,” katanya ketika pelancaran model itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Menurut Raine, model sedan ini mempunyai ruang kepala belakang dan ruang bahu serta siku paling luas dalam kelasnya. Ruang but pula berkapasiti 420 l atau 50l lebih besar daripada model hatch.Ia turut dilengkapi dengan ciri teknologi terkini seperti sistem multimedia Mercedes-Benz User Experience (MBUX) yang hadir dengan skrin sesentuh untuk hiburan dan maklumat serta sistem bantuan pemanduan iaitu Bantu Brek Aktif dan Bantu Kekal Laluan.

    Sportiness

    A-Class Limousine direka dengan ciri rupa bentuk sportiness yang unggul dan moden. Jentera ini berukuran 130mm lebih panjang daripada hatchback dan mempunyai jarak roda yang serupa iaitu 2,729mm.

    Rekaan badan dengan drag coefficient terendah dalam kelasnya.

    Rekaan badan dengan drag coefficient terendah dalam kelasnya.

    A-Class Limousine juga tampil rekaan badan dengan drag coefficient terendah dalam kelasnya iaitu 0.22. Ciri tersebut dibantu oleh rekaan badan yang licin dan kemas.

    Grill baharu yang tampil sporty dan garang.

    Grill baharu yang tampil sporty dan garang.

    Reka bentuk luaran A 200 Progressive Line dilengkapi dengan lampu depan LED dengan DRL, rim 18 inci dan lampu belakang LED. Manakala A 250 AMG Line pula menerima penampilan lebih sporty bersama kemasan rim 18-inci aloi rekaan AMG.

    Rekaan dalaman

    Ruang kabinnya masih menyerupai model hatchback dengan papan pemuka berbentuk sayap bersama panel paparan skrin berdiri sendiri. Liang pendingin hawa berbentuk turbin juga masih diberikan bersama lampu suasana 64-warna dengan 10 tema.

    Kusyen kemasan kulit.

    Kusyen kemasan kulit.

    Jentera ini juga dilengkapi bersama paparan 10.25 inci untuk panel instrumen dan infotainmen.

    Ruang kokpik serba hitam.

    Ruang kokpik serba hitam.

    Ia juga dilengkapi roda stereng sports, tempat duduk depan berkuasa, lampu suasana dengan 64 warna, MBUX dengan arahan suara, Apple CarPlay serta Android Auto. Sementara A 200 datang dengan kemasan kayu, A 250 pula diberikan kemasan aluminium longitud, roda stereng dengan kulit Nappa serta sisi bawah pintu dengan tulisan AMG menyala.

    




MBUX dilengkapi dengan arahan suara, Apple Car Play dan Android Auto.

    MBUX dilengkapi dengan arahan suara, Apple Car Play dan Android Auto.

    Kelengkapan standard lain turut serupa dengan versi hatchback termasuk sistem kunci pintar dengan suis penghidup enjin, tempat duduk larasan berkuasa dengan fungsi memori dan larasan lumbar empat hala dan cruise control.

    Enjin dan transmisi

    A 200 dipacu oleh enjin 1.33-liter turbo empat-silinder daripada Renault. Enjin ini menghasilkan 163hp dan 250Nm tork. Ia mampu memecut dari 0 ke 100 kilometer per jam (km/j) dalam 8.1 saat dan mempunyai kelajuan maksimum 230km/j.

    A 250 pula menerima enjin 2l turbo empat silinder M260 yang menjana 224hp dan 350Nm tork.

    




Kemasan rim 18 inci aloi rekaan AMG.

    Kemasan rim 18 inci aloi rekaan AMG.

    Pecutan ke 100km/j mampu dibuat dalam 6.3 saat dan kelajuan maksimum lebih tinggi iaitu 250km/j. Kedua-dua varian menggunakan transmisi automatik dwiklac tujuh kelajuan. Namun, terdapat perbezaan pada suspensi belakang yang mana A 200 diberikan torsion beam manakala A 250 diberikan suspensi multi-link.

    Kemasan rim 18-inci aloi rekaan AMG.

    Kemasan rim 18-inci aloi rekaan AMG.

    Ciri keselamatan

    Ciri keselamatan standard yang hadir pada A-Class Limousine adalah tujuh beg udara, sistem penggera antipencuri, sistem pemantauan tekanan tayar, Active Brake Assist, Active Parking Assist dan kawalan lampu tinggi.

    Ruang but simpanan yang cukup luas

    Ruang but simpanan yang cukup luas

    Varian A 200 Progresive Line dijual pada harga atas jalan tanpa insurans RM229,888 manakala model A 250 AMG Line dijual pada harga RM267,888.

    Kesemua harga disertai waranti empat tahun tanpa had perbatuan.



    Sumber

  • Sajian tradisi 14 negeri di Hotel Seri Pacific

    Sajian tradisi 14 negeri di Hotel Seri Pacific

    HOTEL Seri Pacific, Kuala Lumpur menawarkan sajian bufet Ramadan mengikut selera masyarakat di negara ini.

    Berkonsepkan Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman, pihak hotel menggabungkan sajian dari 14 buah negeri.

    Selain itu, bagi meraikan kepelbagaian adat resam, masakan Cina, India, ala Barat dan Jepun juga termasuk dalam senarai bufet Ramadan.

    Penulis menggemari kerabu kaki ayam Kampung Kerinchi (Kuala Lumpur), umai ikan merah (Sabah) dan talang masin cili bawang Pangkor dari Perak.

    Kepada yang meminati masakan kampung, hidangan yang dicadangkan untuk anda cuba ialah ayam panggang/percik kuah putih, udang rendang daun kunyit, telur itik masak lemak Rembau, asam pedas ikan pari Merlimau, ikan patin masak tempoyak Temerloh dan nangka masak lemak Gelang Patah.

    Pada masa sama, pihak hotel menyediakan dua tempat bufet sebagai pilihan kepada pengunjung iaitu di tingkat 4, Atrium dan di lobi Restoran Zende.

    Berkenaan harga pula, RM120 bagi dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak).

    Ulam-ulaman enak dinikmati bersama sambal belacan, budu atau cencaluk.

    Ulam-ulaman enak dinikmati bersama sambal belacan, budu atau cencaluk.

    Anda boleh menikmati pelbagai hidangan dari 14 negeri.

    Anda boleh menikmati pelbagai hidangan dari 14 negeri.

    Aneka kuih yang menyelerakan

    Aneka kuih yang menyelerakan

    Kuih badak berendam yang enak

    Kuih badak berendam yang enak

    Warna kuih yang pelbagai membangkitkan keinginan untuk menikmatinya

    Warna kuih yang pelbagai membangkitkan keinginan untuk menikmatinya

    Anda juga boleh menikmati bubur sebagai pencuci mulut

    Anda juga boleh menikmati bubur sebagai pencuci mulut



    Sumber

  • 10 makanan utama untuk jaga kesihatan rambut

    10 makanan utama untuk jaga kesihatan rambut

    SYARIKAT rangkaian produk penjagaan rambut Amino Mason mengesyorkan pengambilan lebih banyak makanan mengandungi vitamin, antioksidan, zink, kalsium, zat besi, iodin, asid amino dan asid lemak poli tak tepu.

    Pengarah Pemasaran Amino Mason Malaysia, Joyce Lee berkata, ini berikutan semua nutrien ini penting untuk memastikan kita dapat mengekalkan kesihatan kulit kepala dan folikel yang menjadikan rambut sihat dan cantik berseri.

    Sebanyak 10 makanan utama untuk menjaga kesihatan rambut dicadangkan produk berasal dari Jepun dan diiktiraf sebagai jenama penjagaan rambut paling laris di Jepun, UK & Amerika Syarikat ini:

    1) Salmon / Makerel: Asid lemak Omega-3, Protein, Vitamin B12, Zat Besi

    2) Sayuran Berdaun Hijau Gelap (Bayam, brokoli): Vitamin A, Vitamin C, Zat Besi, Kalsium

    3) Kacang: Protein, Zat Besi, Zink, Biotin

    4) Kekacang: Kekacang Brazil (selenium),

    5) Walnut (zink, asid alfa-linolenik),

    6) Gajus, badam (zink)

    7) Ayam Itik: Protein, zat besi

    8) Telur: Protein, biotin, vitamin B12

    9) Bijian penuh: Zink, zat besi, vitamin B

    10) Tiram

    Selamat mencuba!



    Sumber

  • Pek percuma Shell Helix HX8 untuk pelanggan online

    Pek percuma Shell Helix HX8 untuk pelanggan online

    SHELL Malaysia Trading Sdn Bhd melancarkan Shell Helix HX8 baharu, minyak enjin sintetik sepenuhnya yang premium dan bermutu tinggi di Malaysia.

    Minyak ini menawarkan kawalan deposit dan kestabilan kelikatan suhu tinggi 58 peratus lebih baik.

    Ia juga memberi perlindungan lebih bagus terhadap hakisan (78 peratus) dan kehausan (40 peratus) dalam keadaan pemanduan berhenti dan bergerak di bandar.

    Hasilnya, pemilik kereta dapat menikmati jangka hayat enjin yang lebih lama dengan penjimatan bahan api dipertingkatkan serta selang masa penukaran minyak hitam yang lebih panjang dan kos penyelenggaraan lebih rendah. Shell Helix HX8 baharu boleh didapati dalam dua pilihan kelikatan untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia.

    Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan melahirkan keyakinan beliau bahawa rakyat Malaysia akan mengagumi kehebatan nilai Shell Helix HX8 yang baharu berbanding jenama lain di pasaran.

    “Shell Helix HX8 yang baharu menawarkan prestasi minyak enjin sintetik sepenuhnya yang premium agar para pemilik kereta boleh memberikan produk yang terbaik untuk kereta mereka tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

    Sempena meraikan pelancaran, sebanyak 888 pek Shell Helix HX8 disediakan secara percuma untuk para pemilik kereta yang mendaftar secara dalam talian. Tiada pembelian diperlukan dan pemenang bertuah akan menerima kod promo menerusi SMS.

    Untuk maklumat lanjur, layari www.shell.com.my/helix atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan Shell 1300 88 1808.



    Sumber

  • Tip langsing sempena lebaran

    Tip langsing sempena lebaran

    MENGIDAM kurus di pagi Aidilfitri? Apa kata anda cuba 8 tip yang disenaraikan agar impian anda menjadi kenyataan. Apa yang penting keinginan dan usaha perlu ada. Jangan mudah mengalah. Jom ikuti tip seperti

    Sumber

  • Kucing terkaya pewaris harta Karl Lagefeld

    Kucing terkaya pewaris harta Karl Lagefeld

    CHOUPETTE kucing baka Burma bakal mewarisi kekayaan yang ditinggalkan oleh pereka fesyen Karl Lagefeld bernilai RM815 juta.

    Setelah kematian Lagefeld merupakan Pengarah Kreatif jenama mewah Chanel dan Fendi, Choupette dianggap kucing paling kaya. Kucing itu telah diangkat sebagai pewaris harta yang ditinggalkan Lagerfeld Berdasarkan rekod, kekayaan terkumpul sepanjang hidup Lagerfeld.

    Sepanjang hayat Lagerfeld, beliau tidak pernah berumah tangga. Beliau lebih selesa hidup solo. Namun Lagerfeld dikatakan mempunyai hubungan songsang selama 18 tahun dengan model Perancis, Jacques de Bascher.

    Sejak kehilangan ‘temannya’ itu, Lagerfeld lebih selesa menghabiskan masanya di apartmen Reu de L’Universite, Paris dan Manhattan.Lagerfeld kemudiannya memelihara seekor kucing betina, untuk menghilangkan kesunyian hidupnya itu.

    Berita kucing Lagerfeld memang popular dengan akaun instagram haiwan itu mendapat lebih 128,000 pengikut. Lagerfeld pernah menghasilkan sebuah koleksi yang dinamakan Choupette in Love yang diinpirasikan daripada mata kucing itu.

    koleksi Choupette in Love yang diinpirasikan daripada mata kucing

    koleksi Choupette in Love yang diinpirasikan daripada mata kucing

    Kucing ini diperoleh oleh Lagerfeld pada Jun 2013, model Perancis, Baptiste Giabiconi telah menghadiahkan seekor kucing kepada Lagerfeld. Figura ini pernah mengatakan, dirinya sanggup berkahwin dengan Choupette jika perkahwinan itu sah!.

    “Saya lebih selesa membela seekor kucing daripada mengambil anaCk angkat,” guraunya sambil berkata, membesarkan seorang anak akan membuat seseorang itu kelihatan berusia 100 tahun.

    Lagerfeld dilaporkan memberikan kepada waris yang terdekat dengannya. Namun, menolak menyebut nama-nama pewaris itu.



    Sumber

  • Tak perlu korek tahi telinga

    KESAKITAN telinga biasanya disebabkan masalah sama ada telinga luar (dari cuping telinga hingga gegendang telinga) atau telinga tengah (di belakang gegendang telinga).

    Ia boleh disebabkan oleh masalah

    Sumber