Blog

  • 6 produk EC bantu penjagaan rumah cara selamat, sihat

    6 produk EC bantu penjagaan rumah cara selamat, sihat

    KEBIMBANGAN terhadap pandemik dan penyakit yang disebabkan oleh serangga seperti denggi, meningkatkan permintaan terhadap produk penjagaan berkaitan.

    Justeru, peneraju global dalam produk penjagaan rumah dan racun serangga, Earth Corporation Jepun (EC) tidak ketinggalan memperkenalkan produk bertaraf dunianya di Malaysia.

    Pengarah Urusan Earth Home Products (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat subsidiari milik EC, Nobuhito Hosaka berkata, sebagai permulaan pihaknya memperkenalkan enam produk penjagaan rumah dan kawalan serangga di Malaysia.

    “Kebanyakan produk ini terlaris di Jepun dan di negara-negara di mana produk EC dipasarkan. Salah satu yang terunggul adalah penyembur penyahbau fabrik bebas alkohol yang dihasilkan menggunakan pati minyak, yang menghilangkan lebih 99 peratus bakteria, virus dan menghalau tungau.

    “Produk ini membantu menjadikan persekitaran rumah lebih selamat dan sihat. Harganya juga berpatutan. Kami yakin produk ini akan disambut baik di Malaysia,“ katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

    EC yang ditubuhkan sejak 128 tahun lalu pada tahun 1892 merupakan peneraju pengeluar produk penjagaan rumah dan kawalan serangga perosak, penghalau serangga, penjagaan mulut, bahan tambahan mandian, penyegar udara dan penyahbau serta alatan berkebun dan produk haiwan peliharaan.

    Enam produknya yang kini dijual di pasar raya utama di Malaysia dipasarkan di bawah beberapa jenama yang berbeza.

    1. Penyembur Fabrik NATUCAIR – Terdapat dalam tiga varian – Relaxing Purple, Sparkling Yellow dan Pink Blossom.

    Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM12.90

    2. Gel Penyegar Udara dan Penghalau Nyamuk NATUCAIR – Terdapat dalam 3 varian – Relaxing Purple, Lively Green dan Pink Blossom. RRP: RM13.90

    3. ARS Hoy Hoy Trap-A-Roach – Perangkap lipas No 1 di Jepun dengan umpan penarik bebas racun. Ia direka khas sesuai dengan tabiat lipas dan menyembunyikan pandangan lipas yang terperangkap pada gam. RRP: RM5.60

    4. Umpan Lipas Semula Jadi ARS White Cap – Ia berupaya menghilangkan keseluruhan sarang lipas dan berkesan sehingga enam bulan. RRP: RM11.90

    5. Perangkap Tikus Bergam ARS – Perangkap tikus bergam terlaris di Thailand! Gam yang sangat kuat dan bebas bau. Termasuk alas plastik kalis air tahan lama dalam dua saiz (satu alas besar dan dua alas kecil) RRP: RM10.90

    6. Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH – Ringkas, mudah digunakan. Mempunyai muncung pemicu jet membantu mengurangkan pertumbuhan kulat dan kulapuk di antara bilah penyejuk. Ia menghilangkan bakteria dan menyahbau dengan wangian ekstrak daun teh hijau. RRP: RM24.90



    Sumber

  • Keropok lekor Danga laris sampai Singapura

    Keropok lekor Danga laris sampai Singapura

    SEBUT saja keropok lekor, pasti terbayang keenakan makanan yang cukup popular di negeri pantai timur itu khususnya Terengganu.

    Tidak hairanlah, keropok lekor menjadi pilihan buat pengusaha makanan di mana sahaja kerana permintaan tinggi terutamanya daripada pengusaha gerai dan warung.

    Permintaan yang tinggi itu mendorong Shahril Azmi Jamil dari Kampung Sungai Danga, Johor Bahru, Johor mengusahakan keropok lekor secara komersial atas nama Lekor Danga Enterprise.

    Usahawan berusia 36 tahun itu berkata, beliau berbangga kerana perniagaan berkenaan kini mampu mencapai pendapatan kasar tahunan mencecah RM1 juta ringgit melibatkan pasaran eksport ke Singapura.

    Katanya, perniagaan keropok lekor yang dimulakan sejak 13 tahun lalu oleh ayahnya, Jamil Darja, 61, itu kini diusahakan bersama lima adiknya iaitu Sahmil Ashrul, 34; Sairil Hizam, 33; Saiful Rizal, 31;Sarihan, 30, dan Muhamad Raffil Rizuwan, 29.

    50 tan seminggu

    Beliau berkata, hasil gabungan tenaga adik-beradik dengan bantuan pekerja seramai 30 orang, Lekor Danga Enterprise berjaya mengeluarkan 50 tan keropok lekor seminggu (50,000 pek dengan berat 1 kilogram setiap satu).

    Bagaimanapun, katanya, jumlah pengeluaran itu masih tidak belum memenuhi permintaan pelanggan terutamanya dari Singapura.“Ikan tamban dan selayang bermutu tinggi dari Endau, Mersing, Johor digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan keropok lekor kami,” katanya Bisnes Sinar.

    Selain keropok lekor, lekor Danga Enterprise turut mengeluarkan otak-otak gulung.

    Namun, keropok lekor adalah produk paling popular keluaran syarikat berkenaan.Shahril Azmi mengakui, bukan mudah untuk berjaya dalam perniagaan produk makanan, lebih-lebih lagi apabila produk dikeluarkan masih baharu dan belum dikenali.

    Itulah yang dihadapi ketika memulakan perniagaan keropok lekor pada tahun 2007.

    Mereka berdepan dengan kesukaran untuk memasarkan keropok lekor dikeluarkan oleh Lekor Lekor Enterprise.

    Katanya, beliau dan adik-adiknya mengambil masa tiga tahun untuk meneroka, memposisikan dan menjenamakan produk mereka di pasaran.

    Tiada pengalaman

    “Kami mulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan selepas mengambil alihnya daripada ayah.

    “Memang banyak kesusahan dilalui kerana kami semua memang tiada pengalaman dalam perniagaan,” katanya yang pernah bekerja sebagai tukang masak.

    


Dua produk keluaran Lekor Danga Enterprise iaitu keropok lekor dan otak-otak gulung.

    Dua produk keluaran Lekor Danga Enterprise iaitu keropok lekor dan otak-otak gulung.

    Bagaimanapun, katanya, keberkesanan program penjenamaan yang dilakukan berjaya menarik ramai pelanggan, sekali gus meningkatkan jualan mereka.

    “Pembungkusan pek keropok lekor yang baik dengan paparan nombor telefon dan alamat memudahkan orang ramai mendapatkan keropok lekor kami.

    “Pengedar kemudiannya datang mendapatkan produk kami untuk diedarkan ke gerai, warung dan pasar raya di sekitar Johor Bahru,” katanya.

    Shahril Azmi berkata, perkara paling tidak disangka apabila seorang pemborong dari Singapura datang membeli produknya pada 2010 untuk dijual di sana.

    “Sehingga hari ini, peniaga itu masih datang mengambil stok keropok lekor daripada kami untuk diedarkan kepada peniaga-peniaga pasar malam di Singapura.

    “Dianggarkan, setiap minggu jualan ke Singapura sahaja mencecah lima tan tapi masih tidak mencukupi kerana permintaan tinggi dari sana,” katanya.

    Berkongsi wawasan untuk memajukan perniagaan Lekor Danga Enterprise, Shahril Azmi berkata, mereka merancang untuk meneroka pasaran Lembah Klang dengan membuka sebuah kilang di sempadan antara Muar dan Melaka.

    “Pasaran Lembah Klang cukup menarik kerana kepadatan penduduknya amat tinggi, ia mampu menyumbang kepada permintaan tinggi terhadap produk makanan sejuk beku terutama keropok lekor,” katanya.



    Sumber

  • Panggilan Talian Pusat Sehenti Keusahawanan melonjak

    Panggilan Talian Pusat Sehenti Keusahawanan melonjak

    KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) memberitahu jumlah panggilan Talian Pusat Sehenti Keusahawanan diterima melonjak sehingga 259,856 bermula dari 15 April hingga 20 Julai lepas.

    Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, lonjakan tersebut adalah respons daripada usahawan melalui 90 talian yang disediakan oleh agensi di bawah MEDAC seperti Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SME Corporation Malaysia, Institut Koperasi Malaysia, SME Bank dan TEKUN Nasional.

    “Sejak bermulanya koronavirus (Covid-19) sehingga 20 Julai lepas keseluruhan jumlah panggilan yang diterima adalah sebanyak 382,255.

    “Daripada jumlah tersebut, bank Rakyat menerima 348,955 panggilan, SME Corp (9,061), MEDAC (8,023) TEKUN (7,994), SKM (4,128), SME Bank (4,069) dan IKM (28),” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

    Justeru, beliau berkata, kementerian komited memberi khidmat nasihat keusahawan dan bertindak sebagai medium saluran maklumat dan sokongan kepada usahawan.

    Talian Pusat Sehenti Keusahawanan yang diwujudkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan membantu usahawan yang terjejas akibat Covid-19.



    Sumber

  • VAO mudahkan pelanggan Bank Islam

    VAO mudahkan pelanggan Bank Islam

    BANK Islam Malaysia Berhad menggalakkan pelanggan individu memanfaatkan platform Virtual Account Opening (VAO) bagi membolehkan mereka membuka akaun terpilih meliputi Akaun Simpanan Asas Bank Islam, Akaun Simpanan Qard dan Akaun Pelaburan Al-Awfar mengikut keselesaan tempat dan waktu masing-masing.

    Penyelesaian berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi digital Bank Islam ke arah memperluaskan akses perbankan, menjimatkan kos dan mesra alam.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Muazzam Mohamed berkata, VAO bertujuan untuk menambah manfaat dan nilai kepada pelanggan bank berkenaan, sekali gus membentuk industri perbankan masa hadapan.

    Menurutnya, pengenalannya telah merevolusasikan prosedur pembukaan akaun tradisional yang memakan masa lama di cawangan.

    Katanya, pelanggan hanya perlu mengisi e-borang yang boleh didapati di laman sesawang https://vao.bankislam.com.my/.

    “Setelah maklumat lengkap dihantar, pelanggan hanya perlu hadir ke cawangan Bank Islam pilihan. Mereka tidak perlu beratur untuk melengkapkan proses pengesahan pembukaan akaun,” katanya semalam.

    Beliau berkata, sejak diperkenalkan pada Februari 2018, pihaknya menerima purata hampir 2,000 pembukaan akaun melalui platform berkenaan pada setiap bulan.

    Justeru, katanya, Bank Islam merancang untuk mengintegrasikan fungsi VAO ke dalam aplikasi mudah alih GO by Bank Islam dalam masa terdekat susulan permintaan yang tinggi.

    “Bank Islam sentiasa peka terhadap keperluan pelanggan serta seiring dengan trend digital masa kini dan penting dalam mendepani Covid-19. Kami sentiasa berinovasi bagi menggiatkan inisiatif peka pelanggan, mewujudkan perkhidmatan perbankan yang lebih mudah, bijak dan fleksibel,” katanya.



    Sumber

  • Sukar untuk MAB, AirAsia bergabung: Khazanah

    Sukar untuk MAB, AirAsia bergabung: Khazanah

    KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd menegaskan bahawa sebarang penggabungan antara Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan syarikat penerbangan tambang rendah seperti AirAsia sukar untuk dilaksanakan.

    Pengarah Urusan Khazanah Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, model perniagaan yang berbeza dan budaya kerja yang berlainan membuktikan gabungan dua entiti seperti itu jarang membuahkan hasil.

    “Malaysia memerlukan syarikat penerbangan tambang rendah dan syarikat yang menawarkan penerbangan nilai tinggi seperti Malaysia Airlines untuk wujud bersama berikutan kita perlu memenuhi pelbagai segmen pasaran.

    “Oleh itu, saya fikir untuk strategi jangka panjang Malaysia, penting untuk memberikan pilihan yang mencukupi, bukan hanya kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada pelancong luar untuk datang ke negara ini,” katanya dalam program Money Matters terbitan TV3 pada Sabtu.

    Khazanah Nasional merupakan pemilik penuh MAB.

    Sebelum ini, Shahril dilaporkan berkata, Khazanah sedang menunggu pelan pemulihan strategik yang akan dirangka pengurusan Malaysia Airlines. – Bernama



    Sumber

  • Whollyfitz

    Whollyfitz

    Tahun 2020 ini walaupun dihambat dengan pelbagai isu kesihatan sejagat, kita pasti mahukan perubahan dalam hidup kita betul tak? Whollly Fitz boleh membantu kita mencapai apa yang kita mahukan agar tampak kelainan dari segi tubuh badan yang sihat,  kelihatan lebih bergaya dan lebih menarik.  Wholly fitz membantu mereka yang yang nak kurus dan yang ada masalah berat badan berlebihan.

    Penggunaan produk WhollyFitz pastinya akan membantu kita untuk mencapai bentuk tubuh yang kita inginkan pada 2020 ini. WhollyFitz merupakan produk pilihan utama bagi pengguna-pengguna yang menghadapi masalah berat badan. Whollyfitz dapat membantu mengurangkan selera makan, meningkatkan metabolisme badan, malahan menambahkan tenaga. Formulasi terbaru dari whollyfitz terdapat “extra” pertambahan buah lemon bagi membantu pengguna meningkatkan sistem imunisasi badan. Dengan harga jualan RM 79 WhollyFitz dijamin berkesan untuk membantu mengurangkan masalah berat badan. Baru-baru ini, WhollyFitz telah dirasmikan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur dengan diserikan oleh hos Zizan Razak dan Shaheizy Sam. Malah pelancaran ini juga dimeriahkan dengan sokongan dan kehadiran Datuk Aznil Haji Nawawi, Datin Seri Zizie Ezette, Samzy Fuzette, Khaty Fauziah dan Syatilla Melvin. Bahan-bahan utama WHOLLYFITZ :- Guarana, Hoodia Gardonii, buah markisa dan buah Lemon. Hoodia Gardonii merupakan tanaman jenis kaktus yang berasal dari gurun Kalahari di Afrika Selatan. Ianya digunakan untuk menahan rasa lapar sehingga dapat menurunkan berat badan. WhollyFlush merupakan produk yang diformulasi khas kaya dengan vitamin-C bagi membantu melancarkan sistem pencernaan, selain itu whollyFlush sangat efektif bagi menurunkan berat badan, meningkatkan metabolis serta memyingkirkan toksin jahat didalam badan, dengan harja jualan RM 39 Whollyfitz Flush dijamin berkesan.

    Manakala bahan-bahan utama WHOLLYFITZ FLUSH :- Buah kranberi kaya dengan gizi yang mana amat membantu dalam proses penurunan berat badan, Buah Peachsinamaki melancarkan sistem pencernaan & sangat efektif menurunkan berat badan, Chia seed mengandungi protein yang tinggi untuk meningkatkan rasa kenyang, Garcinia mengawal nafsu makan & membakar lemak, Physilliumhusk mengawal berat badan & mengurangkan paras kolesterol dan Guarana merendahkan kolesterol & asid lemak serta memperbaiki sistem penghadaman.

    Dapatkan segera produk WhollyFitz di pasaran sekarang. Hadiah berupa baucer bernilai RM 50 Ribu untuk dimenangi dan WhollyFlush menawarkan sebuah Kereta AXIA dari 10 ribu kotak pertama. Lumayan kan….

    Dapatkan info di:-

    Instagram Whollyfitz : Whollyfitz_Hq

    Facebook Whollyfitz : Whollyfitz Hq

    Tiktok Whollyfitz :Whollyfitzhq

    #whollyfitz #shaheizysam #kuruscepat #whollyflush #whollyfitzhq #jomkurus #diet #dietsihat #nakkuruskanbadan #nakkuruscepat

  • Malakat Mall sasar 100 pasar raya

    Malakat Mall sasar 100 pasar raya

    MELAKA – Malakat Mall akan memperluaskan jenama itu dengan menyasarkan 100 pasar raya mesra Muslim dalam tempoh 10 tahun bagi menyediakan peluang perniagaan kepada lebih 100,000 usahawan di bawah satu bumbung.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fadzil Hashim berkata, sasaran itu juga dapat memberi peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada satu juta rakyat beragama Islam di negara ini.

    Menurutnya, angka itu tidak mustahil dicapai sekiranya umat Islam di negara ini bersatu dan menyokong perjuangan dengan melabur secara konsisten dalam Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

    “Melalui fasa pertama kebangkitan ekonomi Islam membolehkan kita mengambil alih 30 peratus syer pasaran dalam sektor runcit bernilai RM30 bilion malah nilai berganda pula mencecah RM110 bilion,” katanya ketika Program Ayuh Bangkit Masjid Tanah di Malakat Mall, Masjid Tanah di sini hari ini.

    Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

    Bangunan Malakat Mall Masjid Tanah yang dijangka mula beroperasi sepenuhnya November depan.

    Bangunan Malakat Mall Masjid Tanah yang dijangka mula beroperasi sepenuhnya November depan.

    Hadir sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Othman.

    Jelasnya, lokasi itu dijangka mula beroperasi sepenuhnya hujung November depan dengan menyediakan 50 ruang jualan berkeluasan 3,716 meter persegi.

    “Ia sama seperti Cyberjaya yang merupakan konsep pemilikan bersama komuniti iaitu usahawan, koperasi da komuniti sendiri.

    “Jadi kita mengajak khususnya pengguna Islam untuk menjadi ahli koperasi (KoPPIM),” katanya.



    Sumber

  • Ringgit stabil berbanding dolar US minggu hadapan

    Ringgit stabil berbanding dolar US minggu hadapan

    RINGGIT dijangka stabil dan berada dalam aliran kenaikan pada minggu hadapan, selepas mendapat dorongan akibat kelemahan dolar US berikutan peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China serta menjelangnya mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)

    Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes menjangkakan dolar US akan jatuh minggu hadapan memandangkan lembaga pengarah Rizab Persekutuan akan sangat berhati-hati dalam keputusan mengenai kadar faedah.

    Ini akan memberi kesan ke atas risiko pertukaran asing Asia (FX) tetapi tidak terlalu dramatik.

    “Saya menjangkakan tahap ujian pada jam 4.25 menjelang minggu hadapan dan pemacu utama adalah prestasi dolar US.

    “Kelemahan dolar US akan memberi kelebihan kepada pasaran tempatan memandangkan setiap kali dolar US susut, pasaran Asia akan mendapat faedah kerana kelemahan ini akan menarik pelaburan AS ke Asia,” katanya kepada Bernama.

    Mesyuarat FOMC akan diadakan pada 28 dan 29 Julai ini.

    FOMC pada 16 Mac lepas telah mengurangkan penanda aras kadar faedah kepada sifar disebabkan wabak koronavirus (Covid-19) telah menjejaskan rakyat dan merencatkan aktiviti ekonomi di banyak negara termasuk AS.

    Innes bagaimanapun berkata, disebabkan oleh kesan daripada ketegangan AS-China, mata wang tempatan akan bergerak antara 4.25 dan 4.27 setiap dolar.

    Dari Jumaat ke Jumaat, ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar US pada 4.2620/2660 daripada 4.2630/2680 yang direkodkan tujuh hari lebih awal.

    Berbanding dengan mata wang utama yang lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

    Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0764/0797 semalam daripada 3.0658/0698 yang direkodkan pada Jumaat sebelumnya dan menurun berbanding yen Jepun kepada 4.0068/0117 daripada 3.9774/9836.

    Mata wang tempatan itu susut berbanding pound British kepada 5.4268/4336 daripada 5.3467/3546 dan melemah berbanding euro kepada 4.9426/9481 daripada 4.8649/8719 sebelum ini.

    Ringgit dipengaruhi oleh prestasi dolar US, kes Covid-19 di AS, pergerakan harga minyak dan penutupan konsulat China di Houstan. – Bernama



    Sumber

  • FGV kerjasama dengan pengedar PKS pasar makanan haiwan

    FGV kerjasama dengan pengedar PKS pasar makanan haiwan

    FGV Holdings Berhad (FGV) akan bekerjasama dengan lebih banyak pengedar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam usaha mengembangkan perniagaan makanan dan nutrisi haiwan, serta bagi menembusi pasaran di seluruh negara dengan lebih berkesan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, di bawah sektor Pertanian Bersepadu, makanan dan protein haiwan telah dikenal pasti sebagai aliran pendapatan yang semakin penting bagi Kumpulan FGV.

    Menurutnya, dengan lebihan bahan mentah yang berasal dari ladang dan kilang kelapa sawit, mereka dapat menghasilkan sehingga 400,000 metrik tan makanan haiwan berkhasiat setiap tahun.

    “Sumber dedak isirung sawit yang diperolehi secara dalaman sebagai salah satu ramuan makanan haiwan sangat penting untuk memastikan makanan ini dihasilkan dengan standard yang tinggi demi menjaga kualiti dan kesihatan ternakan.

    “Sumber bahan dalaman juga sangat penting untuk pengesanan yang merupakan ciri utama produk keluaran kami. Kami tahu sumber bahan-bahan bagi penghasilan makanan haiwan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Haris berkata, FGV melalui anak syarikatnya, FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian perkongsian pengedaran dengan My Agro Hub Resources (My Agro Hub) untuk memasarkan anggaran 30 metrik tan setiap bulan makanan haiwan yang diformulasikan kepada petani lembu tenusu, lembu daging dan kambing di Negeri Sembilan dan Melaka baru-baru ini.

    “Sebagai pengedar produk makanan haiwan FGV yang dilantik, My Agro Hub akan menikmati semua faedah dan kaedah yang disediakan oleh FGV.

    “My Agro Hub juga akan menjadi antara beberapa ladang pertama yang menguji makanan kambing formulasi FGV yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Kedua-dua pihak menyasarkan petani tempatan serta kedai makanan haiwan dan peruncit di Negeri Sembilan dan Melaka. My Agro Hub juga adalah pembekal makanan haiwan halal untuk petani tempatan di dua negeri tersebut,” katanya.

    Tambahnya, pada awal tahun ini, FGV menandatangani perjanjian dengan enam pengedar di negeri Pahang, Kelantan, Selangor dan Kedah.

    “FGV merancang untuk menggandakan jumlah pengedar pada akhir tahun termasuk pengedar untuk negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Untuk meningkatkan jangkauan pasaran para petani kepada makanan haiwan dan nutrisi haiwan yang berkualiti, FGV akan mendorong PKS yang berpotensi untuk setiap daerah agar mendaftar dengan FGV sebagai pengedar yang dilantik.

    “Dengan pertumbuhan yang menggalakkan dalam perkongsian pengedar, FGV yakin bahawa sasaran sebanyak 50,000 metrik tan untuk jumlah jualan pada tahun ini dapat dicapai,” katanya.



    Sumber

  • Transaksi TH boleh diakses melalui CIMB Clicks

    Transaksi TH boleh diakses melalui CIMB Clicks

    PELANGGAN CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) kini boleh melakukan transaksi berkaitan Tabung Haji (TH) apabila bank terbabit memperkenalkan perbankan dalam talian (online banking) menerusi CIMB Clicks.

    Perkhidmatan yang memberikan kemudahan kepada hampir sembilan juta pendeposit TH itu membolehkan penyimpan TH melakukan transaksi berkaitan TH seperti pindahan wang dari akaun TH ke akaun CIMB dan sebaliknya, pindahan wang ke akaun TH, pertanyaan baki simpanan serta pendaftaran dan pembatalan link akaun TH kepada akaun CIMB.

    Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata, perkhidmatan berkenaan secara keseluruhannya boleh diakses oleh pelanggan CIMB tidak kira sama ada mereka mempunyai akaun CIMB Bank atau CIMB Islamic di mana-mana dan pada bila-bila masa.

    “Kemudahan dan akses atas talian ini akan ditambah nilai dari semasa ke semasa, selaras dengan iltizam kami untuk membangun CIMB sebagai sebuah Bank Digital untuk masa hadapan.

    “Saya merasakan perkembangan terkini ini adalah tepat pada masanya dalam kita berusaha untuk menyesuaikan diri dengan normal baharu dan memberi alternatif terbaik kepada ‘touch points’ yang lain.

    “Kami dengan sukacitanya menyarankan kepada lebih empat juta pelanggan bumiputera CIMB untuk menghubungkan akaun CIMB mereka kepada akaun TH sedia ada bagi menikmati pelbagai kemudahan perbankan antara kedua akaun ini.

    “Saya berharap kerjasama strategik ini akan berterusan dan memberi nilai tambah kepada para pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Sementara itu, Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mustakim Mohamad berkata, kerjasama strategik itu akan meningkatkan akses perkhidmatan TH daripada lebih 10,000 rangkaian perkhidmatan kepada jumlah lebih tinggi kerana potensi perkhidmatan perbankan dalam talian adalah besar.

    “Ini membolehkan pendeposit untuk melakukan urusan tanpa perlu pergi ke pejabat TH.

    “TH menyokong apa jua usaha rakan strategik kami mengaplikasi teknologi perbankan terkini untuk kemudahan semua pendeposit mengakses perkhidmatan yang ditawarkan TH.” ujar beliau.

    Perkhidmatan perbankan dalam talian CIMB Clicks boleh dicapai menerusi laman sesawang https://www.cimbclicks.com.my.



    Sumber