Blog

  • Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS

    Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS

    KUALA LUMPUR – Ringgit mengekalkan aliran meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas meraih manfaat daripada dolar AS yang lemah memandangkan lebih ramai pelabur beralih menumpukan kepada mata wang negara pesat membangun, termasuk unit tempatan.

    Pada jam 9.15 pagi, ringgit berada pada 4.2480/2510 berbanding dolar AS daripada 4.2500/2560 ketika ditutup semalam.

    Peniaga berkata, pelabur menjadi berhati-hati terhadap mata wang negara maju itu menjelang keputusan dasar monetari oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat minggu ini.

    Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.

    Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0807/0840 daripada 3.0790/0838 ketika ditutup semalam dan turun berbanding yen Jepun kepada 4.0388/0428 daripada 4.0372/0441.

    Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.4905/4948 daripada 5.4702/4796 semalam namun tinggi berbanding euro kepada 4.9791/9830 daripada 4.9840/9927. – Bernama



    Sumber

  • BigPay tambah China dalam senarai kiriman wang

    BigPay tambah China dalam senarai kiriman wang

    BIGPAY telah menambah China ke dalam senarai destinasi perkhidmatan kiriman wang antarabangsanya melalui AliPay.

    Syarikat itu menjelaskan, inisiatif berkenaan bertujuan menawarkan perkhidmatan kiriman wang ke luar negara yang murah, telus dan mudah diakses.

    Menurutnya, pembukaan koridor baharu itu penting sebagai usaha berterusan pihaknya membenarkan pergerakan wang merentas seluruh rantau.

    “Data Bank Dunia menunjukkan bahawa AS$345 juta (RM1.5 bilion) dikirim dari Malaysia ke China pada setiap tahun.

    “Dengan akses kepada pengguna Alipay di China, pengguna BigPay kini boleh memindahkan dana kepada tambahan 900 juta orang,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

    Kenyataan itu menjelaskan, walaupun sekatan perjalanan telah diringankan, namun keperluan terhadap pemindahan wang yang lancar kekal penting bagi menyokong usaha pemulihan ekonomi di rantau ini susulan penularan koronavirus (Covid-19).

    BigPay melancarkan perkhidmatan kiriman wang antarabangsanya pada September 2019 tanpa sebarang caj tambahan atau tersembunyi.

    Pengguna boleh mengirim wang terus dari Malaysia ke akaun bank di Australia, India, Indonesia, Nepal, Singapura, Thailand, Filipina, Vietnam dan terbaru China.

    Pengguna boleh mendepositkan dana ke dalam BigPay menerusi kad bank atau pemindahan bank.



    Sumber

  • Eksport farmaseutikal halal catat pertumbuhan stabil

    Eksport farmaseutikal halal catat pertumbuhan stabil

    NILAI eksport farmaseutikal halal mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan sebanyak RM401 juta pada 2019 berbanding tahun sebelumnya.

    Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation (HDC), Hairol Ariffein Sahari memberitahu, pada 2018 nilai eksport tersebut hanya mencatatkan RM395 juta tetapi kemudiannya menunjukkan pertumbuhan lebih stabil pada tahun lalu.

    Beliau berkata, jumlah eksport halal untuk tahun 2019 pula adalah RM40.2 bilion termasuk perubatan halal yang merangkumi suplemen, produk generik serta produk berasaskan ramuan tradisional.

    “Destinasi eksport utama 2019 adalah Amerika Syarikat, Singapura, Nigeria, Hong Kong dan China.

    “Peningkatan permintaan itu secara langsung memberi peluang kepada pemain industri untuk menambahbaik aspek Halal sebagai nilai tambah kepada produk farmaseutikal halal,” katanya pada sidang akhbar selepas penganjuran Webinar bertajuk ‘Embracing a Halal Pharmaceutical Eco-system’ oleh HDC di Menara KPMG, di sini, hari ini.

    Penganjuran webinar yang disertai 500 pemain industri secara dalam talian itu merupakan kerjasama HDC bersama Duopharma Biotech Berhad dengan KPJ Healthcare Berhad, sementara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bertindak sebagai hos.

    Hairol Ariffein berkata, selain mempromosikan sektor Halal yang baharu seperti farmaseutikal, pihaknya turut menawarkan kepakaran dalam memudahkan penglibatan pemain industri ke ekonomi halal melalui perkhidmatan latihan, perundingan serta ‘business matching’.

    Turut hadir dan menjadi panel webinar adalah Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Berhad, Leonard Ariff Abdul Shatar dan Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang, sementara seorang lagi panel iaitu Pakar Kesihatan Global Senior Bank Pembangunan Islam, Dr Ammar Abdo Ahmed turut menyertai secara dalam talian dari Ottawa, Kanada.

    Sementara itu, Leonard Ariff berkata, webinar tersebut memberi penekanan kepada pentingnya membina komuniti lebih kukuh serta mampan dalan ekosistem farmaseutikal halal sekali gus ke arah penambahbaikan industri penjagaan kesihatan atau ‘healthcare’ di negara ini.

    “Kita bukan saja mengetengahkan trend pasaran serta keperluan penjagaan kesihatan awam yang berhubung kait dengan konsep halal tetapi juga menonjolkan potensi farmaseutikal halal yang begitu meluas bagi industri terbabit.

    “Selain itu, piawaian farmaseutikal halal MS2424:2012 yang pertama diperkenalkan di Malaysia juga mendapat sokongan dan diterima komuniti antarabangsa,” katanya.

    Tambahnya, piawaian seterusnya, MS2424:2019 telah memperluaskan skop pensijilan Halal untuk menangani peningkatan permintaan dalam ‘biologics’ serta pencarian vaksin Halal.

    Katanya, kedudukan Malaysia dalam menerajui industri farmaseutikal halal telah memudahkan laluan pengeluar farmaseutikal tempatan untuk menembusi pasaran farmaseutikal halal global yang dianggarkan bernilai kira-kira ASD134 bilion menjelang 2024.

    “Selain itu, tiga aspek iaitu kebersihan, sanitasi dan keselamatan merupakan pra-syarat utama dalam proses pembuatan farmaseutikal halal dan ia juga bagi memastikan jaminan kualiti dan penanda aras untuk piawaian berkualiti tinggi.

    “Pensijilan Halal kini diakui sebagai nilai tambah yang amat penting dalam industri farmaseutikal,” katanya.



    Sumber

  • AppAsia yakin lebih banyak bank, firma audit guna eConfirm.my

    AppAsia yakin lebih banyak bank, firma audit guna eConfirm.my

    SEBANYAK sembilan buah bank dan beberapa firma audit tertinggi negara telah menggunakan platform eConfirm.my yang diperkenalkan oleh AppAsia Berhad (AppAsia) pada Jun lepas.

    Syarikat itu menjelaskan, mereka yakin lebih ramai lagi firma audit berdaftar akan menggunakan eConfirm.my kerana platform berkenaan dijamin selamat dan mudah digunakan.

    “Antara bank yang menggunakan ialah Maybank, RHB, Hong Leong Bank, Alliance Bank, OCBC manakala firma audit pula ialah Deloitte Malaysia, PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young, KPMG, Baker Tilly International, BDO dan Crowe Horwath.

    “Ini telah memberi keyakinan kepada AppAsia untuk menawarkan perkhidmatan secara eksklusif kepada beberapa projek platform digital yang berpotensi dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

    eConfirm.my merupakan platform pengesahan bank elektronik pertama yang dijalankan secara komersial di Malaysia.

    Ia menyasarkan juruaudit berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan bank beroperasi di Malaysia, termasuk semua bank komersial, bank Islam, bank pelaburan dan institusi kewangan pembangunan.

    Perkhidmatan berkenaan dikendalikan oleh anak syarikat AppAsia iaitu Extol Corporation Sdn Bhd dengan kerjasama Institut Akauntan Malaysia (MIA).

    Sehingga kini, kenyataan itu menjelaskan, terdapat 391 firma di bawah MIA yang telah menandatangani untuk menggunakan eConfirm.my.

    “Kami menjangkakan 2020 adalah tahun untuk mencipta kejayaan setelah syarikat berjaya melancarkan eConfirm.my pada Jun lepas bagi membantu juruaudit dan bank dalam membuat pengesahan secara meluas dalam industri,” katanya.



    Sumber

  • Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS

    Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS

    RINGGIT meneruskan aliran kenaikan semalam apabila dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS berikutan peningkatan permintaan terhadap mata wang berisiko, termasuk unit tempatan itu.

    Pada jam 9.05 pagi, ringgit berada di paras 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2500/2550 pada 6 petang semalam.

    Seorang peniaga berkata, pelabur terus menunggu keputusan Rizab Persekutuan AS membabitkan dasar monetari yang dijadual diumumkan pada 30 Julai ini.

    Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lainnya.

    Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0819/0860 daripada 3.0808/0851 pada Isnin namun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 4.0290/0342 daripada 4.0346/0397, sebelum ini.

    Ringgit bagaimanapun rendah berbanding pound Britain kepada 5.4710/4778 daripada 5.4587/4668 serta susut berbanding euro pada 4.9934/5.0010 daripada 4.9746/9822 sebelum ini. – Bernama



    Sumber

  • Nur Iman pengeluar pau halal

    Nur Iman pengeluar pau halal

    JENAMA pau Nur Iman keluaran Nur Iman Frozen & Food Supply semakin dikenali dalam kalangan pengguna selepas lebih sembilan tahun berada di pasaran.

    Pemiliknya, Mohiddin Abas berkata, beliau memulakan perniagaan dengan mengeluarkan pau ayam, daging dan kacang dalam kuantiti 1,000 biji sehari melibatkan modal sebanyak RM100,000.

    Menurutnya, syarikat milik Bumiputera yang bertapak di Sungai Tua Tanah Gantian di Gombak, Selangor itu kemudiannya menambah lagi variasi produknya kepada pau coklat, kaya dan kelapa serta roti gebu.

    Katanya, tahap pengeluaran produknya pernah mencapai permintaan 8,000 biji sehari namun kini jualannya hanya 5,000 kerana terjejas akibat keadaan ekonomi yang tidak menentu selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas.

    Susulan itu, katanya, beliau terpaksa mengubah strategi perniagaan agar tidak bergantung kepada permintaan pekedai semata-mata, sebaliknya turut meningkatkan pengedaran produk sejuk beku.

    “Walaupun kami terlibat dalam sektor penyediaan makanan, namun kami turut terkesan dengan pelaksanaan PKP.

    “Selepas PKP, kami terus pergiat semula perkhidmatan sejuk beku dan sedang mencari ejen bagi merancakkan lagi promosi pau kami kepada pengguna,” katanya kepada Bisnes Sinar.

    Justeru, beliau mengalu-alukan ibu tunggal mahupun mereka yang baru kehilangan kerja untuk menjadi ejen pau Nur Iman.

    “Tak perlu bayar untuk menjadi ejen sebaliknya cukup hanya mengambil 10 kotak pau pada harga kilang sebagai permulaan.

    “Kalau nak ikutkan kami memang sudah mempunyai ejen tapi kami mahu memperbanyakkan lagi bilangannya,” katanya.

    Katanya, beliau menyasarkan pau sejuk beku mampu mencapai jumlah pengeluaran 10,000 sehari sehingga hujung Disember ini.

    “Pada masa sama, pengeluaran pau harian yang ditempatkan di kedai makan dan petrol pam pula akan ditingkatkan kepada 500 biji pada setiap bulan.

    “Buat masa ini, pengeluaran semasanya adalah 5,000 sehari melibatkan edaran di Lembah Klang termasuk Shah Alam; Bangi dan Klang di Selangor selain Melaka; Seremban, Negeri Sembilan dan Terengganu,” katanya yang mengusahakan perniagaan tersebut kerana mahu membantu orang Islam mendapatkan pau halal.

    Pau Nur Iman menggunakan tepung terpilih.

    Pau Nur Iman menggunakan tepung terpilih.

    Lembut, gebu

    Pau keluaran Nur Iman diadun dengan tepung yang diuli sebanyak 13 kali bagi memastikan teksturnya benar-benar lembut dan gebu.

    Di samping itu, pau berkenaan juga melalui proses pembungkusan yang teliti agar isinya tahan lama ketika dijual.

    Memandangkan pau adalah makanan tidak tahan lama, syarikat berkenaan hanya mengeluarkannya mengikut tempahan.

    Nur Iman Frozen & Food Supply Pau ditubuhkan pada 2011.

    Syarikat yang memiliki sijil halal itu beroperasi dengan bantuan lima orang pekerja.

    Setakat ini, Mohiddin berkata, beliau fokus mengukuhkan jenama produk makanan tersebut di pasaran tempatan walaupun turut menerima permintaan daripada luar negara.

    “Saya fikir pasaran dalam negara pun masih banyak yang belum diteroka. Jadi lebih baik saya fokuskan produk kami di Selangor dan Malaysia dahulu.

    “Tapi kalau ada modal yang besar sudah tentu saya akan kembangkan perniagaan pau ini hingga ke pasaran luar negara,” katanya.

    Di samping itu, tambahnya, beliau juga fokus untuk melatih lebih ramai anak muda melibatkan diri dalam perniagaan.

    “Cuma yang menjadi cabaran utama sekarang adalah cara pemikiran anak muda lebih mengutamakan untung yang besar.

    “Mereka menganggap menjual pau tidak menguntungkan walhal pasaran pau keluaran syarikat Muslim mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna,” katanya.



    Sumber

  • MEDAC, Jakim jalin kerjasama tingkat ekonomi ummah

    MEDAC, Jakim jalin kerjasama tingkat ekonomi ummah

    PENUBUHAN koperasi kariah masjid baharu dan pemulihan koperasi tidak aktif serta dorman akan dilaksanakan dalam pemantapan koperasi dan pembangunan usahawan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi ummah, kata Menteri Pembangunan usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

    Beliau berkata, inisiatif tersebut adalah antara agenda kerjasama strategik yang dijalinkan antara MEDAC dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membangunkan ekonomi kariah masjid.

    Menurutnya, berdasarkan rekod pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), terdapat 446 buah koperasi kariah masjid yang didaftarkan dengan keahlian seramai 30,515 sehingga Disember 2019.

    Katanya, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 300 buah koperasi adalah aktif, 69 koperasi tidak aktif dan 77 koperasi bersifat dorman.

    Jelasnya, ia menunjukkan gerakan koperasi kariah masjid mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan.

    Koperasi kariah masjid yang tidak aktif dan dorman perlu dibantu untuk dipulihkan dan diperkenalkan kepada aktiviti perniagaan yang berpotensi bagi memacu keyakinan kariah di samping menyumbang kepada pendapatan,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

    Wan Junaidi berkata, penubuhan koperasi kariah masjid dengan keahlian minima seramai 50 orang dan terbuka kepada masyarakat setempat merupakan satu inisiatif untuk membangunkan ekonomi kariah masjid melalui aktiviti perniagaan serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada ahli kariah.

    Justeru, beliau berharap kerjasama dijalinkan itu mendapat kerjasama agensi di bawah MEDAC dan Jakim serta exco agama negeri di seluruh negara.



    Sumber

  • SKM perlu kukuhkan prestasi, produktiviti koperasi

    SKM perlu kukuhkan prestasi, produktiviti koperasi

    SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) perlu mengukuhkan prestasi dan produktiviti gerakan koperasi selaras dengan Dasar Keusahawan Nasional 2030 (DKN2030) yang menyasarkan sumbangan perolehan koperasi sebanyak RM100 bilion menjelang 2030.

    Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sasaran tersebut penting kerana sektor berkenaan dilihat berpotensi sebagai pemacu kepada pembangunan sosioekonomi negara yang inklusif.

    “Sehingga 31 Disember 2019, statistik merekodkan sebanyak 14,625 koperasi telah didaftarkan dengan kekuatan 6.09 juta anggota, modal dan yuran berjumlah RM15.39 bilion serta aset bernilai RM146.78 bilion. Dari segi pencapaian, gerakan koperasi telah berjaya menjana perolehan sebanyak RM45.79 bilion,” katanya pada Majlis Perasmian Hari Koperasi Malaysia 2020 (HKM2020) di Bangi, Selangor malam kelmarin. Hadir sama, Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh.

    Menurutnya, MEDAC juga sedang dalam peringkat akhir fasa pertama meminda Akta Koperasi 1993 supaya selari dengan hala tuju kerajaan bagi meningkatkan sumbangan koperasi kepada KDNK dan memastikan koperasi kekal relevan dan kompetitif kepada pembangunan negara.

    Oleh yang demikian, katanya, SKM perlu mempergiatkan usaha untuk dalam mempromosi dan membudayakan koperasi bagi memberi kesedaran serta memupuk minat masyarakat menyertai gerakan berkenaan.

    “Gerakan koperasi juga harus berani mengambil peluang untuk keluar dari kepompong keselesaan menjalankan aktiviti perniagaan tradisional kepada gerakan koperasi yang lebih kompeten, berani merebut pelbagai peluang perniagaan, meningkatkan kapasiti pengetahuan menerusi kreativiti dan inovasi bersesuian normal baharu,” katanya.

    Sementara itu, sebanyak 14 koperasi dari seluruh negara telah menerima Anugerah Koperasi Terbaik Peringkat Negeri bagi 2019.



    Sumber

  • WTCKL kembang bisnes kafe

    WTCKL kembang bisnes kafe

    PUSAT Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) merancang untuk membuka lebih banyak cawangan Riverside Cafe On The Go di institusi pengajian tinggi dan stesen minyak sekitar Lembah Klang bagi meluaskan rangkaian perniagaannya.

    Ketua Pegawai Operasinya, Fauzy Wahab berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan beberapa pihak bagi merealisasikan hasrat berkenaan. Menurutnya, idea tersebut didorong oleh sambutan menggalakkan hasil pembukaan semula Restoran Riverside pada Februari lalu selepas menjalani pengubahsuaian lebih kurang sebulan.

    “Pihak kami berpendapat, dengan pembukaan tersebut ia mampu memberikan peluang pekerjaan kepada pelajar, terutamanya yang berasal daripada keluarga B40,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

    Menurutnya, hasrat menambah cawangan dan meluaskan perniagaan kafe berkenaan sejajar dengan matlamat WTCKL untuk memfrancaiskan jenama Riverside.

    “Dengan mengetengahkan jenama Riverside Cafe On The Go dalam bentuk francais terutama di arena antarabangsa, kita berharap untuk mengetengahkan usahawan muda dalam industri makanan dan minuman ke persada antarabangsa,” katanya.

    Oleh yang demikian, beliau berkata, pihaknya berhasrat untuk bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) untuk memberi ruang dan peluang kepada bakal usahawan muda tempatan.

    Pada 22 Julai lepas, WTCKL telah melancarkan pembukaan cawangan baharu Riverside Cafe On The Go di ruang legar Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

    Pembukaannya telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad.

    Hadir sama, Pengarah Eksekutif WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

    Riverside Cafe On The Go yang tampil dengan konsep santai dan mesra pelanggan menawarkan pelbagai sajian mudah dan ringkas seperti pai daging, croissants dan aneka kuih tradisional Melayu.

    Di samping itu, kafe berkenaan turut mengekalkan sajian tempatan sedia ada Restoran Riverside yang terkenal sejak 20 tahun lalu.



    Sumber

  • KK Super Mart buka outlet ke-450

    KK Super Mart buka outlet ke-450

    RANGKAIAN kedai serbaneka 24 jam KK Super Mart mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuka outlet baharunya yang ke-450 di Negeri Sembilan.

    Outlet yang terletak di Batu 4 itu merupakan outlet ke-3 KK Super Mart di Port Dickson selepas dua outlet sebelumnya masing-masing terletak di Pantai Batu 7 dan Lukut dibuka pada 2018 dan 2019.

    Pengasas dan Pengerusi Eksekutif KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, beliau memilih Port Dickson kerana kawasan berkenaan pesat membangun di samping mempunyai akses jalan raya yang baik. “Kami akan membuka lebih banyak outlet di sini agar memberi kemudahan kepada pelancong sama ada tempatan mahupun luar negara,” katanya pada majlis pembukaan outlet KK Super Mart ke-450 di Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan pada Sabtu lepas.

    Majlis dirasmikan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Hadir sama, Pengurus Besar Kumpulan KK dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa.

    Pembukaan outlet berkenaan sejajar dengan komitmen KK Super Mart yang menyasarkan untuk memiliki 500 outlet menjelang 2020.

    Dalam pada itu, KK Chai berkata, pihaknya turut merancang menjadikan Port Dickson sebagai lokasi strategik KK Super Mart mengembangkan perniagaannya dengan membuka sebuah lagi outlet baharu di Batu 7 pada bulan Ogos ini.



    Sumber