KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd menggesa para pelanggan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 untuk menghubungi pegawainya bagi urusan pembayaran semula pinjaman yang terbaik dengan hanya berbaki dua bulan sebelum tempoh moratorium berakhir pada 30 September 2020.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Muazzam Mohamed berkata, para pelanggan boleh mengunjungi rangkaian cawangan bank itu di seluruh negara bermula 7 Ogos untuk membincangkan penyelesaian yang paling sesuai mengikut keadaan kewangan mereka dan melengkapkan borang permohonan untuk menikmati kemudahan tersebut.
“Dengan tempoh moratorium berakhir pada 30 September 2020, bantuan tambahan ini bertujuan untuk meringankan kekangan kewangan pelanggan dan menstabilkan aliran tunai mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bank itu telah pun mula menghubungi semua pelanggan melalui khidmat pesanan ringkas dan mengemas kini maklumat secara berkala di pelbagai platform komunikasi.
Di bawah bantuan pembayaran semula bersasar itu, Bank Islam menawarkan lanjutan moratorium selama tiga bulan dari penghujung tempoh berakhirnya moratorium sedia ada kepada individu yang kehilangan pekerjaan pada 2020 dan kini tidak bekerja.
Individu yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan yang signifikan akibat waktu bekerja yang dikurangkan, pemotongan gaji dan sebagainya akan ditawarkan pengurangan ansuran bulanan bersesuaian dengan pengurangan gaji, tertakluk kepada jenis pembiayaan.
Mereka juga akan ditawarkan fleksibiliti pembayaran selama enam bulan dari penghujung tempoh berakhirnya moratorium sedia ada.- Bernama
SME Bank telah meluluskan 940 permohonan Kemudahan Bantuan Khas (SRF) berjumlah sehingga RM503.04 juta menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.
Selain SRF, bank berkenaan turut memproses sebanyak 15 permohonan AgroMakanan (AF) bernilai RM7.83 juta.
“Ini merupakan antara dana yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu usahawan terjejas akibat koronavirus (Covid-19) di samping Kemudahan Automasi dan Digital (ADF) serta Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES) yang turut ditawarkan oleh SME Bank,” menurut bank itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Aria Putera Ismail berkata, di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), SME Bank telah diberi kepercayaan untuk menguruskan dua dana penting dalam usaha menyokong kelangsungan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya sektor pembinaan, perkhidmatan dan pembuatan.
“Kami telah memperuntukkan dana sebanyak RM1.6 bilion untuk Skim SME Go dan RM500 juta bagi Dana Transformasi Teknologi PKS (STTF),” katanya. – Bernama
KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka meneruskan aliran kenaikannya berbanding dolar AS pada minggu depan berikutan sentimen terhadap mata wang Asia kekal menarik di tengah-tengah ketidaktentuan mata wang Amerika Syarikat itu.
Pada mesyuarat dua hari yang berakhir pada 29 Julai lepas, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menegaskan pendiriannya yang cenderung untuk menurunkan kadar faedah dan sebarang turun naik dalam pertumbuhan dan hasil bon akan diimbangi dengan sejumlah besar wang Fed yang dilabur dalam pasaran saham.
Penganalisis Kanan Pasaran OANDA bagi Asia Pasifik, Jeffrey Halley berkata, paling penting Pengerusi Fed Jerome Powell mengulangi bahawa mereka akan bertindak sekiranya berlaku sebarang kekurangan dolar AS.
“Ini akan memberi kelekaan kepada pasaran sedang pesat membangun dan membuka jalan bagi memulakan semula jualan dolar AS,” katanya.
Seorang lagi peniaga berkata, sentimen terhadap ringgit akan didorong oleh peningkatan eksport yang dicatatkan pada Jun 2020.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam sorotan bulanannya pada Selasa mengumumkan bahawa eksport Malaysia meningkat semula dengan pertumbuhan sebanyak 8.8 peratus pada Jun tahun ini selepas menguncup 25.5 peratus pada Mei 2020.
Menurut bank pusat itu, eksport dijangka beransur-ansur meningkat pada separuh kedua tahun 2020 susulan permintaan luaran yang bertambah baik berikutan pelonggaran langkah-langkah pembendungan yang dilaksanakan di kebanyakan negara.
Bagi asas Khamis hingga Jumaat, ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada 4.2380/2420 daripada 4.2620/2660 pada minggu sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang utama lainnya.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0806/0849 pada Khamis daripada 3.0764/0797 pada Jumaat minggu lepas dan turun berbanding yen Jepun kepada 4.0350/0400 daripada 4.0068/0117.
Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.5102/5176 daripada 5.4268/4336 dan rendah berbanding euro kepada 4.9826/9882 daripada 4.9426/9481 sebelumnya.
Pasaran tempatan ditutup pada Jumaat bersempena cuti umum Aidiladha.- Bernama
Another victory for realme Malaysia through its e-commerce by getting 2 new achievements for AIoT products in less than ONE HOUR during 22 June 2020.
During the first online sale of realme band on Shopee, a total of 4,300 units of realme band were SOLD OUT in 60 minutes which giving it the title as the ‘Fastest-selling Smart Band on Shopee in June 2020’.
Another remarkable success on the same day is realme Buds Air Neo being noted as the ‘Best-selling True Wireless Stereo (TWS) on Shopee in June 2020’ with a total sale of 1000 units SOLD OUT in 1 hour.

KUALA LUMPUR – Ringgit kekal tinggi berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini seiring dengan mata wang utama Asia yang lain kerana kebanyakan pelabur telah mula beralih daripada mata wang yang lebih selamat, kata seorang peniaga.
Pada jam 9.15 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2400/2450 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2470 ketika ditutup pada jam 6 petang semalam.
Seorang peniaga berkata, dolar AS meneruskan aliran menurun hari ini tatkala Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengulangi janji untuk mengehadkan kerosakan akibat pandemik koronavirus (Covid-19) memandangkan kes-kes baharu telah menjejaskan perkembangan pemulihan ekonomi.
Beliau berkata, kenyataan dasar Persekutuan yang dikeluarkan pada akhir mesyuarat yang berlangsung selama dua hari awal hari ini, secara langsung mengaitkan pemulihan ekonomi untuk mengakhiri krisis kesihatan.
Dalam negara pula, ringgit mendapat sokongan daripada pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam untuk melanjutkan moratorium pembayaran balik pinjaman tiga bulan untuk mereka yang kehilangan pekerjaan kerana Covid-19.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain kecuali euro.
Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0827/0875 daripada 3.0839/0892 sebelumnya dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 4.0350/0402 daripada 4.0414/0475.
Berbanding euro, ringgit susut kepada 4.9909/9972 daripada 4.9819/9894 semalam dan lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.5031/5100 daripada 5.4993/5079. – Bernama
BANK Islam Malaysia Bhd melantik bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ismail Bakar sebagai Pengerusi berkuat kuasa 1 Ogos.
Bank itu berkata, Ismail memiliki pengalaman luas selama lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam dan pernah memegang beberapa portfolio penting termasuk sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan; Pertanian dan Industri Asas Tani; serta Pengangkutan selain pengarah belanjawan di Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan.
“Beliau dilantik sebagai KSN yang ke-14 pada 29 Ogos, 2018 sebelum bersara pada Disember 2019,” menurut bank itu dalam kenyataan hari ini.
Ismail juga merupakan penasihat kanan kepada Kumpulan Bank Dunia, Washington DC bagi tempoh 2008 hingga 2010.
Beliau berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan serta Doktor Falsafah dari University of Hull, United Kingdom.
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, berlandaskan kepakaran dan pengalaman luas Ismail dalam beberapa portfolio, pelantikan ini adalah tepat pada masanya memandangkan bank sedang melakar perjalanan masa hadapannya untuk menjadi bank pilihan utama dalam negara.
Ismail menggantikan Datuk Zamani Abdul Ghani yang bersara pada 1 Mac lepas setelah berkhidmat selama sembilan tahun. -Bernama
KEBANYAKAN jenama telefon pintar kini hadir dengan penawaran spesifisikasi yang menarik serta selari dengan gaya penggunaan pengguna pada masa ini.
Tidak ketinggalan, Huawei Malaysia. Sebut sahaja Huawei ia bukan lagi jenama yang anda boleh ragui!
Sebaliknya, kehebatan jenama ini bergerak pantas dalam industri teknologi serta menampilkan pelbagai fungsi baharu yang menakjubkan di setiap produknya.
Semua orang pasti suka panduan cara yang baik dan inilah panduan yang sesuai untuk mereka yang menggunakan atau yang ingin menggunakan peranti mudah alih Huawei.
Berikut adalah empat tips hebat yang perlu anda ketahui dan dijamin anda akan dapat menambahkan pengalaman yang lebih baik dengan menggunakan telefon pintar atau tablet Huawei, serta ganjaran menarik turut menunggu anda!
Tip#1: Cara memuat turun aplikasi kegemaran anda dengan lebih pantas, lebih selamat dan selesa
Terdapat cara yang lebih pantas, selamat dan mudah untuk memuat turun aplikasi yang anda mahukan pada peranti mudah alih Huawei anda. Berikut adalah 3 langkah mudah:
Langkah 1: Buka aplikasi Petal Search App
Langkah 2: Cari aplikasi yang anda mahukan
Langkah 3: Muat turun aplikasi
Anda juga dapat mencari aplikasi yang anda inginkan tanpa perlu membuka Petal Search App, cukup dengan memasang Petal Search Widget di skrin utama anda. Klik ‘Go’ pada aplikasi yang anda mahukan – hanya dengan satu klik dan peranti anda sudah tersedia!
Petal Search melalui AppGallery memudahkan pengguna dalam menemui pelbagai aplikasi yang diminati.
Petal Search dilihat berfungsi sebagai sebuah aplikasi setempat untuk pengguna Huawei melakukan pencarian aplikasi, dan menemui aplikasi yang diminati mereka. Semua carian dihubungkan terus ke beberapa sumber, dan terus aplikasi berkenaan untuk dipasang pada peranti pengguna.
Anda turut boleh mengemaskini aplikasi anda dengan mudah menggunakan Petal Search Widget.
Untuk mengemaskini aplikasi anda, buka Petal Search Widget, dan pilih ‘Me’ di kanan bawah.
Pilih Muat turun dan pilih Kemaskini, kemudian klik pada aplikasi yang perlu dikemaskini.
Tip#2: Cara mendapatkan semula atau menyambung permainan yang terdahulu di peranti lama yang terikat dengan Google ID anda pada peranti mudah alih Huawei baharu.
Adakah anda bimbang bahawa beralih kepada peranti mudah alih Huawei baru akan bermakna permainan anda pada telefon pintar lama anda akan hilang? Jangan risau, anda boleh log masuk ke dalam akaun permainan anda pada telefon baru anda tanpa hilang dalam permainan.
Yang perlu anda lakukan hanyalah mengikat permainan anda dengan akaun Facebook atau akaun permainan rasmi di telefon lama anda.
Pasang permainan di telefon baru anda dan log masuk ke permainan menggunakan Facebook atau akaun permainan rasmi anda dan teruskan di mana anda berhenti tanpa ketinggalan.
Tip#3: Cara menggunakan simpanan sementara dan pemindahan WhatsApp / WeChat dengan mudah antara telefon bimbit Huawei lama dan baru anda
Kehilangan mesej teks penting adalah mimpi ngeri, tetapi kejadian biasa apabila anda beralih ke telefon baharu.
Dengan Huawei Cloud, anda tidak perlu risau untuk kehilangan maklumat berharga di WhatsApp/WeChat lagi.
Inilah caranya agar semua perbualan anda dapat dipastikan dengan selamat semasa anda menukar ke telefon bimbit Huawei baru.
Langkah 1: Pada telefon lama anda, pilih Setting > Huawei Account> Cloud
Langkah 2: Kemudian pilih Cloud Backup > Backup Options > App Data
Langkah 3: Dalam App Data, berikan akses WhatsApp / WeChat untuk mendapat akses
Langkah 4: Kembali ke Cloud Backup dan pilih Backup
Langkah 5: Tunggu Backup selesai
Langkah 6: Pada telefon baru anda, pilih Setting> Huawei account> Cloud
Langkah 7: Kemudian buka Cloud Backup> pilih Restore Data
Langkah 8: Periksa rekod ‘backup’ dan pilih ‘backup’ terkini
Langkah 9: Pilih App Data > Pilih WhatsApp / WeChat> Klik OK
Langkah 10: Pilih Restore pada kotak pemberitahuan yang muncul dan tunggu pemulihan selesai.
Tip#4: Setia dengan Huawei dan menikmati ganjaran yang eksklusif di AppGallery!
Huawei AppGallery menghiburkan dan bermanfaat
Dilengkapkan dengan semua ciri luar biasa untuk memberikan anda pengalaman segar, menghiburkan, dan bermanfaat, kini anda boleh mendapatkan sebahagian besar aplikasi kegemaran seperti Maybank2u, Facebook, YouTube, Instagram, Shopee, Lazada dan banyak lagi dari Huawei AppGallery.
Anda boleh mendapatkan video untuk dikongsi di platform media sosial anda di sini.
Huawei AppGallery bukan sahaja mempunyai kebanyakan aplikasi yang disukai oleh rakyat Malaysia, tetapi juga selamat, senang dan mudah digunakan.
Dan mereka yang menggunakannya, dapat menikmati hadiah eksklusif.
Antara ganjaran terkini ialah pengembalian wang tunai yang disertakan dengan aplikasi Penang Smart Parking.
10,000 pengguna pertama yang memuat turun aplikasi ini berhak menebus wang tunai RM5*.
Klik pautan di bawah untuk maklumat lebih lanjut mengenai HUAWEI AppGallery:
Penggunaan peranti mudah alih Huawei turut dilengkapi dengan pelbagai kelebihan.
Penggunaan peranti mudah alih Huawei turut dilengkapi dengan pelbagai kelebihan
Banyak faedah luar biasa menanti pengguna peranti mudah alih Huawei yang merangkumi:
1. Pengguna dapat menikmati satu bulan ruang penyimpanan Huawei Cloud 50GB, 200GB, atau sehingga 2,048 GB * secara percuma, antara 1 Julai – 31 Disember 2020*.
Untuk menebus, ikuti langkah mudah ini:
Langkah 1: Pilih Upgrade Storage
Langkah 2: Pilih saiz storage yang anda mahukan (50GB/ 200GB/ 2,048GB)
Langkah 3: Klik Buy> Pilih Next
Langkah 4: Pilih Add Bank Card, masukkan butiran kad bank anda
Langkah 5: Klik Confirm dan storage Huawei Cloud anda berjaya ditingkatkan!
2. Pengguna peranti mudah alih Huawei dapat menikmati keahlian VIP eksklusif 3 bulan * percuma ke TVB, Mango TV, VIU, dan Dimsum.
3. Pengguna peranti mudah alih Huawei dapat menikmati dan belajar dari 300 video pendidikan secara percuma di Huawei Akademi yang merupakan kandungan eksklusif di Huawei Video.
Video tersebut menampilkan 22 pakar terlatih dan berpengalaman seperti Ah Goh Liu Ying, Peter Davis, Sangeeta, dan Syed Adney dalam bidang masing-masing bertujuan untuk membantu penonton mengembangkan, mempertajam dan menguasai kemampuan mereka dalam pelbagai bidang, dari akademik hingga sukan seperti badminton, seni mempertahankan diri campuran, futsal, dan berbasikal.

Kehilangan mesej teks penting adalah mimpi ngeri, tetapi kejadian biasa apabila anda beralih ke telefon baru.
Dengan Huawei Cloud, anda tidak perlu risau untuk kehilangan maklumat berharga di WhatsApp/WeChat lagi.
Inilah caranya agar semua perbualan anda dapat dipastikan dengan selamat semasa anda menukar ke telefon bimbit Huawei baru.
Langkah 1: Pada telefon lama anda, pilih Setting > Huawei Account> Cloud
Langkah 2: Kemudian pilih Cloud Backup > Backup Options > App Data
Langkah 3: Dalam App Data, berikan akses WhatsApp / WeChat untuk mendapat akses
Langkah 4: Kembali ke Cloud Backup dan pilih Backup
Langkah 5: Tunggu Backup selesai
Langkah 6: Pada telefon baru anda, pilih Setting> Huawei account> Cloud
Langkah 7: Kemudian buka Cloud Backup> pilih Restore Data
Langkah 8: Periksa rekod ‘backup’ dan pilih ‘backup’ terkini
Langkah 9: Pilih App Data > Pilih WhatsApp / WeChat> Klik OK
Langkah 10: Pilih Restore pada kotak pemberitahuan yang muncul dan tunggu pemulihan selesai.
Tip#4: Setia dengan Huawei dan menikmati ganjaran yang eksklusif di AppGallery!
Huawei AppGallery menghiburkan dan bermanfaat
Dilengkapkan dengan semua ciri luar biasa untuk memberikan anda pengalaman segar, menghiburkan, dan bermanfaat, kini anda boleh mendapatkan sebahagian besar aplikasi kegemaran seperti Maybank2u, Facebook, YouTube, Instagram, Shopee, Lazada dan banyak lagi dari Huawei AppGallery.
Anda boleh mendapatkan video untuk dikongsi di platform media sosial anda di sini.
Huawei AppGallery bukan sahaja mempunyai kebanyakan aplikasi yang disukai oleh rakyat Malaysia, tetapi juga selamat, senang dan mudah digunakan.
Dan mereka yang menggunakannya, dapat menikmati hadiah eksklusif.
Antara ganjaran terkini ialah pengembalian wang tunai yang disertakan dengan aplikasi Penang Smart Parking.
10,000 pengguna pertama yang memuat turun aplikasi ini berhak menebus wang tunai RM5*.
Klik pautan di bawah untuk maklumat lebih lanjut mengenai HUAWEI AppGallery:
Penggunaan peranti mudah alih Huawei turut dilengkapi dengan pelbagai kelebihan.
Penggunaan peranti mudah alih Huawei turut dilengkapi dengan pelbagai kelebihan
Banyak faedah luar biasa menanti pengguna peranti mudah alih Huawei yang merangkumi:
1. Pengguna dapat menikmati satu bulan ruang penyimpanan Huawei Cloud 50GB, 200GB, atau sehingga 2,048 GB * secara percuma, antara 1 Julai – 31 Disember 2020 *.