Blog

  • Maxis dipilih Ideal Property Group bawa kesalinghubungan fiber

    Maxis dipilih Ideal Property Group bawa kesalinghubungan fiber

    Maxis bekerjasama dengan Ideal Property Group, pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang untuk membawa kesalinghubungan fiber ke kediaman dan perniagaan.

    Maxis bekerjasama dengan Ideal Property Group, pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang untuk membawa kesalinghubungan fiber ke kediaman dan perniagaan.

    SHAH ALAM – Syarikat telekomunikasi gergasi, Maxis bekerjasama dengan Ideal Property Group, pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang untuk membawa kesalinghubungan fiber ke kediaman dan perniagaan.

    Melalui perkongsian ini, Maxis memanfaatkan binaan fibernya sendiri untuk memberikan pengalaman internet yang unggul dan tawaran fiber yang menarik bagi pembangunan bercampur di Pulau Pinang.

    Pemangku Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Claire Featherstone berkata, sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, syarikat itu akan mereka bentuk, membekal dan memasang infrastruktur telekomunikasi untuk perkhidmatan tetap.

    “Ia akan melibatkan 12 projek komersial serta kediaman yang terdiri daripada 12,000 premis perniagaan dan kediaman. Perkongsian ini mewakili kerjasama berterusan Maxis dengan pemaju hartanah di negara ini dalam menyediakan penyelesaian jalur lebar dan kesalinghubungan berkelajuan tinggi.

    “Sebagai penyedia kesalinghubungan konvergen yang terkemuka, Maxis berbesar hati untuk bekerjasama dengan Ideal Property Group. Melalui rangkaian, keupayaan dan tawaran fiber kami yang menarik, terdapat peluang besar untuk perkhidmatan digital bagi lebih banyak kediaman serta perniagaan,” katanya.

    Pengerusi Eksekutif Ideal Property Group, Tan Sri Datuk Alex Ooi Kee Liang pula berkata, kesalinghubungan telah menjadi aspek penting dalam kehidupan masyarakat dan mereka komited untuk membangunkan lebih banyak kediaman serta perbandaran yang memenuhi gaya hidup digital pelanggannya.

    Ujar beliau, keupayaan Maxis dalam infrastruktur dan perkhidmatan rangkaian semestinya akan menambah nilai kepada perbandaran yang dibangunkan.

    “Perkongsian ini merupakan langkah penting demi merialisasikan visi kami untuk menjadi pemaju hartanah bertaraf dunia,” jelasnya.

    Taman Teknologi Pulau Pinang@Bertam dan Penang International Exchange 1 dan 2 adalah antara pembangunan komersial di mana Maxis akan menjadi salah satu penyedia kesalinghubungan utama di bawah perjanjian itu.

    Taman Teknologi Pulau Pinang@Bertam dijangka membawa masuk pelabur yang berpotensi untuk industri seperti semikonduktor, peranti perubataan, aeroangkasa dan lain-lain.

    Sumber

  • Ringgit alami pembetulan teknikal minggu depan

    Ringgit alami pembetulan teknikal minggu depan

    RINGGIT dijangka mengalami sedikit pembetulan teknikal pada beberapa hari akan datang, diniagakan dalam julat 4.40 hingga 4.41 berbanding dolar AS, kata pakar ekonomi.

    Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit sudah berada pada kedudukan terlebih beli berdasarkan kepada carta teknikal, yang membayangkan berkemungkinan besar beberapa pembetulan berlaku dalam tempoh terdekat.

    Sementara itu, laporan Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP) dijangka menunjukkan angka lebih rendah, seolah-olah memberi bayangan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menghentikan sementara keputusan kenaikan kadar faedahnya pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada 2-3 Mei.

    “Bagaimanapun, sekiranya laporan NFP lebih tinggi daripada jangkaan pasaran, terdapat kecenderungan untuk dolar AS menjadi lebih kukuh kerana Fed berkemungkinan akan terus menaikkan 25 mata asas pada bulan Mei.

    “Perkara yang sama juga boleh berlaku jika NFP lebih rendah daripada jangkaan. Mod penghindaran risiko akan berlaku kerana bimbang terhadap kemunculan semula kemelesetan di AS,” katanya kepada Bernama.

    Mohd Afzanizam berkata disebabkan mahu lebih selamat, dolar AS boleh meningkat.

    Pada asas minggu ke minggu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar AS kepada 4.3995/4035 daripada 4.4130/4175 yang direkodkan seminggu sebelumnya.

    Sementara itu, mata wang tempatan itu diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama pada minggu sebelumnya.

    Ia lemah berbanding pound Britain kepada 5.4730/4780 daripada 5.4580/4636 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.3411/3443 daripada 3.3083/3122, tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.8016/8060 daripada 4.8036/8084.

    Ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.

    Mata wang tempatan itu lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.3079/3114 daripada 3.3185/3224 pada minggu sebelumnya dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.08/8.09 daripada 8.12/8.13.

    Ia, bagaimanapun susut berbanding rupiah Indonesia kepada 295.00/295.30 daripada 294.20/294.70 dan jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.9090/9279 daripada 12.9031/9220. – Bernama

    Sumber

  • Ringgit ditutup rendah – Sinar Harian

    Ringgit ditutup rendah – Sinar Harian

    KUALA LUMPUR – Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan ketiadaan pemangkin baharu pasaran, kata seorang ahli ekonomi.

    Pada jam 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.3995/4035 daripada paras penutup 4.3950/4010 pada Khamis.

    Ketua ahli ekonomi dan kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, peserta pasaran sedang menunggu laporan senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi Mac yang dijadual dikeluarkan lewat malam ini.

    Beliau berkata, selepas mencatatkan angka 504,000 pada Januari, NFP susut kepada 311,000 pada Februari dan diunjurkan meningkat kepada 240,000 pada Mac.

    “Ia jelas sekali bergantung kepada keputusan yang akan diumumkan. Sekiranya angka itu lebih tinggi daripada jangkaan pasaran, terdapat kemungkinan dolar AS akan lebih kukuh kerana nalurinya adalah Rizab Persekutuan AS (Fed) akan meneruskan kenaikan 25 mata asas pada Mei, yang akan menjejaskan aset berisiko seperti ringgit,” katanya kepada Bernama.

    Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

    Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3411/3443 daripada paras penutup 3.3465/3514 pada Khamis dan naik berbanding pound Britain kepada 5.4730/4780 daripada 5.4753/4828, tetapi susut berbanding euro kepada 4.8016/8060 daripada 4.7936/8002 sebelumnya.

    Pada masa yang sama, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara-negara Asean lain.

    Unit tempatan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 295.00/295.30 daripada paras penutup 294.70/295.20 pada Khamis dan jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.9090/9279 daripada 12.8893/9145.

    Ringgit menyusut berbanding peso Filipina kepada 8.08/8.09 daripada 8.07/8.09 dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3079/3114 daripada 3.3065/3113 sebelumnya. – Bernama

    Ringgit, tutup, dolar AS, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, NFP

    Sumber

  • World#QuranHour pupuk kesederhanaan masyarakat – Sinar Harian

    World#QuranHour pupuk kesederhanaan masyarakat – Sinar Harian

    SHAH ALAM – Pemilihan Surah Al-Insan sebagai tema bagi program World#QuranHour pada 13 April ini disifatkan sebagai satu usaha memupuk kesederhanaan dalam kalangan masyarakat Islam di seluruh negara selaras dengan konsep Malaysia Madani.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, kesederhanaan itu merangkumi dari segi mewujudkan persamaan dan keharmonian yang kian terhakis berikutan perbezaan pendapat serta pemikiran antara satu sama lain.

    Justeru, pihaknya menyambut baik usaha Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu dan bersedia membantu menyiarkan program tersebut menerusi siaran televisyen mereka.

    “Banyak perbezaan pendapat, kefahaman agama dan politik telah wujud dan membawa perselisihan sesama kita.

    “Oleh itu, tema Surah Al-Insan dalam program tersebut yang mempunyai nilai kemanusiaan serta penghayatan hidup dengan kesederhanaan ini diharapkan dapat menjadi titik tolak terhadap meredakan semua kekusutan berkenaan.

    “Kita juga amat berbesar hati dapat membantu menyiarkan acara World#QuranHour memandangkan sudah beberapa tahun terlibat dengan kolaberasi ini,” kata beliau kepada Sinar Harian pada Jumaat.

    Namanzee menambah, beliau turut menzahirkan kekaguman terhadap beberapa media lain yang turut bekerjasama menyiarkan secara langsung majlis itu.

    Ujarnya, ia sekali gus membuktikan bahawa selain memberi peluang kepada orang ramai bagi menghayati kitab suci al-Quran, acara berkenaan juga menjadi rapat umum antara media di negara ini.

    “Kebiasaannya, kita sentiasa bersaing bagi memberikan yang terbaik kepada audiens. Tetapi menerusi program ini ia nampak mewujudkan suasana kesatuan dalam kalangan media di negara.

    “World#QuranHour kini menjadi acara yang popular kerana membolehkan orang ramai dapat mempelajari al-Quran dan mendapat interpretasinya dengan lebih santai.

    “Maka, kita amat berharap program ini akan mendapat kerjasama penyiaran dan publisiti yang lebih luas dari seluruh media di Malaysia,” katanya.

    Orang ramai yang ingin menjadi peserta World #QuranHour, sila daftar https://bit.ly/KEHADIRANWQH1444H2023. Untuk mendaftar sebagai penganjur di lokasi masing-masing, sila klik di: https://bit.ly/HOTSPOTWQH2023.

    Sumber

  • WUIF sasar 1.6 bilion tanda pagar QuranHour

    WUIF sasar 1.6 bilion tanda pagar QuranHour

    SHAH ALAM – Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) melalui penganjuran World #QuranHour menyasarkan 1.6 bilion tanda pagar (hashtag) QuranHour dari seluruh dunia pada acara terbesar yang bakal berlangsung pada 13 April bersamaan 22 Ramadan.

    Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, jumlah itu berdasarkan pencapaian World #QuranHour pada tahun 2019 iaitu sebanyak 1.46 bilion dengan pelaksanaannya melibatkan lebih 3,000 lokasi di 77 buah negara termasuk Malaysia.

    “Pada tahun ini, kita target lebih 4,000 lokasi di 100 buah negara. Alhamdulillah kami telah mendapat persetujuan untuk mengadakan kerjasama dengan Mesir, Brunei, Indonesia, Thailand, Libya, Turkiye dan banyak lagi.

    “Bagaimanapun menjadi cabaran utama kepada kami adalah bagi memastikan mereka membuat pendaftaran.

    “Kadang-kadang ada yang mengikuti program ini tetapi tidak berdaftar, bila gambar dihantar baru kami tahu mereka menyertainya,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

    World #QuranHour tahun ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), UIAM, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) dan beberapa rakan sinergi media antaranya Sinar Harian, Bernama, Astro Oasis, Astro Awani dan TV9.

    Marhaini sangat berharap agar semua peserta dapat membuat pendaftaran di beberapa laman sosial World #QuranHour seperti Facebook, YouTube dan Instagram.

    “Pendaftaran itu bagi memastikan ketepatan jumlah kehadiran orang ramai sekali gus menilai kejayaan program ini.

    “Selain itu, kami juga mengalu-alukan penglibatan daripada golongan bukan Muslim untuk menyertai World #QuranHour. Pada tahun-tahun sebelumnya, sambutan daripada mereka juga agak menggalakkan,” jelasnya.

    Marhaini berkata, ada dalam kalangan orang bukan Islam suka menghayati maksud yang tersirat dalam kitab suci al-Quran.

    Mengenai pemilihan Surah Al-Insan pada program World #QuranHour 1444H, beliau menjelaskan, ia bertujuan untuk memanusiakan ummah dengan 11 karakter insan Al-Abrar (berkebajikan).

    “Surah ini sangat menarik untuk diketengahkan. Kadang- kadang nilai kemanusian yang ada dalam diri kita terhakis.

    “Jadi apa yang ALLAH SWT beri panduan melalui melalui al-Quran dapat mengembalikan watak insaniah dalam diri setiap individu,” ujarnya.

    Mereka yang berminat untuk menyertai World #QuranHour boleh membuat pendaftaran di www.facebook.com/WorldQuranHour, www.youtube.com/MyQuranTimeOfficial, www.instagram.com/_quranhour.



    Sumber

  • Honor Magic Vs dilancar di Malaysia pada harga RM5,999

    Honor Magic Vs dilancar di Malaysia pada harga RM5,999

    KUALA LUMPUR – Honor Malaysia (Honor) melancarkan dua telefon pintar flagship terbaharu iaitu Honor Magic Vs yang menjadi telefon boleh lipat pertama jenama itu di pasaran antarabangsa dan Siri Honor Magic5.

    Honor Magic Vs yang dinanti-nantikan ramai penggemar gajet di seluruh dunia ditawarkan pada harga RM5,999 bagi memori 12GB RAM dan storan 512GB.

    Ketua Pegawai Eksekutif Honor Malaysia, Justin Li berkata, Honor Magic Vs menjanjikan pengalaman pengguna yang unik kerana menawarkan ciri berbeza daripada pesaing telefon boleh lipat lain di pasaran.

    “Honor Magic Vs bakal mencetuskan revolusi dalam industri telefon boleh lipat kerana menyelesaikan masalah-masalah yang lazim dihadapi pengguna. Paparan luaran Honor Magic Vs membolehkan pengguna menikmati pengalaman yang lebih produktif dan cekap.

    “Honor Magic Vs tampil dengan rekaan lipat tanpa celah di antara skrin untuk menghalang serpihan kecil seperti batu dari tersekat dan masalah ini sering dihadapi pengguna.

    “Paparan skrin peranti ini dibina dengan menitikberatkan ketahanan bagi mengelak keretakan atau kemek yang memerlukan kos tinggi untuk diperbaiki,” katanya pada majlis pelancaran itu di sini pada Khamis.

    Justin memberitahu, sebagai tambahan, Honor Magic Vs mengetengahkan ketahanan bateri yang menakjubkan meskipun mempunyai struktur kompleks dengan pelbagai komponen.

    “Pendek kata, Honor Magic Vs dimuatkan dengan beberapa teknologi inovasi dan ciri-ciri yang menyelesaikan masalah pengguna.

    “Ciri itu adalah skrin dalaman dan luaran yang lebih praktikal. Dilengkapi paparan luaran 6.45 inci dengan nisbah aspek 21:9 dan nisbah skrin ke badan 90 peratus, Honor Magic Vs menyajikan pengguna dengan pengalaman menonton yang mengasyikkan.

    “Berbanding dengan pesaingnya, Honor Magic Vs menawarkan paparan luaran yang lebih besar dan luas agar pengguna melihat dan menaip teks dengan jelas,” ujarnya.

    Menurutnya, peranti tersebut mempunyai kenipisan hanya 12.9mm apabila dilipat dengan berat 267 gram (g) sahaja iaitu amatlah nipis dan ringan untuk telefon boleh lipat.

    “Honor Magic Vs turut menawarkan jangka hayat bateri ultra lama kepada pengguna. Bateri Ketumpatan Ultra Tinggi 5000mAh menjadikan peranti ini memiliki kapasiti bateri terbesar dalam kalangan telefon boleh lipat di bawah 270g di pasaran.

    “Teknologi pengecasan pantas Honor SuperCharge 66W berwayar mengecas bateri sepenuhnya dalam masa 46 minit sahaja, pengguna tidak perlu bimbang masalah bateri lemah,” jelasnya.

    Justin berkata, prapesan Honor Magic Vs bermula Khamis hingga 14 April 2023 di mana pembeli terawal berpeluang membawa pulang set hadiah bernilai lebih RM2,200 termasuk jaminan tambahan selama setahun dan pelindung retak skrin selama 180 hari.

    Maklumat lanjut mengenai promosi Siri Honor Magic boleh diperoleh dengan mengikuti Facebook rasmi Honor Malaysia dan laman web https://bit.ly/HONORMagicDualFlagship.

    Sumber

  • TWO INDIVIDUALS CHARGED UNDER COPYRIGHT (AMENDMENT) ACT FOR SELLING TV BOXES WITH UNAUTHORISED CONTENT

    TWO INDIVIDUALS CHARGED UNDER COPYRIGHT (AMENDMENT) ACT FOR SELLING TV BOXES WITH UNAUTHORISED CONTENT

    For selling TV Boxes that were pre-loaded with illegal content, two people were prosecuted at the Kuala Lumpur Session Court (Cyber) under Section 43AA of the Copyright (Amendment) Act 2022. As the first lawsuit brought under Section 43AA of the Act since the modification went into force in March 2022, this establishes a precedent.

    On 21 Jun 2022, three android boxes pre-loaded with unauthorised Astro content were confiscated by the Royal Malaysia Police (PDRM)’s team from Cyber Crime Investigation Unit, Commercial Crime Investigation Department during a raid at a kiosk in Komplexs Emart, Kuala Lumpur. The owner of the kiosk, Yap Kim Fatt aged 42 years-old, and his salesperson, Chu Kar Wai aged 29 years-old were charged under Section 43AA of the Copyright (Amendment) Act 2022.

    According to Section 43AA of the Act, any person who commits or facilitates copyright infringement by manufacturing, importing, selling, or letting for hire, distributing, or offering to the public a streaming technology is considered committing an offense and once convicted, can be fined up to RM200,000, imprisoned for up to 20 years, or both.

    The Individuals were further charged for violating Regulation 16(1)(b) of the Communications and Multimedia (Technical Standards) Regulations 2000, which may lead to imprisonment for up to six years, or a fine of up to RM100,000 or both, if convicted.

    At the hearing, both individuals pleaded not guilty to their charges and were granted court bail of RM15,000 each.

    The Copyright (Amendment) Act 2022 was gazetted on 10 February 2022. Enforcement of the law was implemented by the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry (KPDNHEP) on 18 March 2022. The key impact of the amendment is the criminalisation of the sale of ISDs and associated software applications that allow unauthorised access to copyright content.

    The public is reminded to channel information of piracy activities to the National Scam Response Centre’s (NSRC) 997 hotline, CCID Infoline 013-211 1222, KPDNHEP through hotline 1-800-886- 800 or 03-8882 6088 at the Enforcement Command Centre, WhatsApp at 019-279 4317, email to e-aduan@kpdnhep.gov.my or via Ez ADU app.

  • MAJLIS PELANCARAN PAKEJ RAHMAH BERSAMA TAMU HOTEL & SUITES KUALA LUMPUR

    MAJLIS PELANCARAN PAKEJ RAHMAH BERSAMA TAMU HOTEL & SUITES KUALA LUMPUR

    Majlis Pelancaran Pakej RAHMAH yang dihoskan di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur telah disempurnakan hari ini oleh Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

    Pelaksanaan Inisiatif Payung RAHMAH di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur melalui Pakej RAHMAH merangkumi promosi pakej Penginapan dan Iftar iaitu pakej Penginapan Dua Hari Satu Malam di Bilik Standard, Termasuk Sahur dan Iftar untuk Dua Orang Bernilai RM250 sahaja.

    Di bawah Pakej RAHMAH Bersama Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur, harga bagi setiap pengunjung yang ingin menikmati ruangan bilik yang lebih luas iaitu di lain kategori pilihan di hotel seperti Bilik Deluxe, Bilik Junior Suite, Bilik Executive Suite ataupun kategori pilihan di Residence seperti Satu, Dua atau Tiga Bedroom Residence, cas tambahan sebanyak RM50 sahaja akan di kenakan bagi setiap permintaan untuk kenaikan taraf bagi kategori pilihan.

    Mengetengahkan Menu Hidangan Makanan Masakan Tradisi Melayu dengan harga mampu bayar dan sajian yang membuka selera. Lebih daripada 45 jenis pilihan hidangan bakal disajikan kepada para pengunjung yang membeli Pakej RAHMAH Bersama Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur. Lokasi Bufet Pakej RAHMAH Bersama Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur adalah di Restoran Tamu Junction Place, Di Aras Lobi bermula pada jam 6.30 petang sehingga tamat waktu berbuka iaitu pada jam 9.30 malam.

    Untuk pengetahuan, Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur merupakan Hotel Pertama Di Malaysia yang melancarkan Pakej RAHMAH dibawah gabungan pakej perkhidmatan dan Iftar.

    KPDN melihat inisiatif ini sebagai salah satu tawaran yang sangat berbaloi untuk dinikmati oleh setiap lapisan golongan masyarakat bukan sahaja tertumpu pada golongan B40 sahaja. Seterusnya KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini. Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh industri sektor perkhidmatan khususnya Hospitaliti di negara ini untuk menggalakan rakyat Malaysia berbelanja dengan berpatutan menjelang musim perayaan yang bakal menjelang.

    Di bawah Inisiatif Payung RAHMAH yang diterajui oleh KPDN, pengguna dijangka dapat merasai menginap di hotel bertaraf 4 bintang dan menikmati menu iftar dengan harga yang berpatutan, disamping dapat mengeratkan tali silaturahim di bulan yang mulia ini. Inisiatif Payung RAHMAH adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang 3 Kerajaan kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat.

    KPDN amat berharap agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia, khususnya pengunjung untuk menikmati Pakej RAHMAH yang di tawarkan dengan harga yang berpatutan dan mampu bayar sebagaimana yang ditawarkan melalui Pakej RAHMAH Bersama Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur.

  • TARUHAN MIERUL HAZLY: ‘DENGAN BISMILLAH’

    TARUHAN MIERUL HAZLY: ‘DENGAN BISMILLAH’

    Bakal guru dan tiktoker ini terus mencari tempat dan peluang untuk memajukan bidang seni vokal tanah air, berbekalkan ilmu yang diperoleh dengan bermain sebagai pemuzik jalanan. Mierul Hazly, seorang rookie yang dilahirkan di Putrajaya dan kini menetap di Rembau, Negeri Sembilan, mempunyai pakej yang unik. Dia baru memulakan kerjayanya dalam persada muzik tempatan dan diuruskan oleh label rakaman teratas, Armani Entertainment Group. (AEG). Mierul telah mengeluarkan lagu sulungnya, “DENGAN BISMILLAH,” yang dia tulis bersama dengan komposer baru Mel Ramlan dan diterbitkan sepenuhnya oleh AEG.

    “Syukur Alhamdulillah kerana setelah sekian lama mencari peluang untuk menjadi seorang penyanyi,  kini peluang itu terbuka luas dengan terhasilnya single ini. Ini adalah rezeki yang tidak disangka sangka, sejujurnya saya tidak pernah terfikir untuk berkarya serta menyanyikan lagu ciptaan bersama komposer hebat seperti Mel Ramlan yang pernah membuat lagu untuk artis ternama seperti Aizat  Amdan & Fattah Amin.

    “Terima kasih kepada pihak AEG kerana sudi melamar saya menjadi artis naungan mereka dan  terutamanya kepada Dato’ KK Chua yang nampak dan juga percaya dengan bakat yang saya miliki,”  kongsi Mierul Hazly yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai seorang guru di salah sebuah  sekolah rendah sekitar Sepang.

    Pelantun suara untuk single DENGAN BISMILLAH ini yang dulunya pernah mewakili Negeri Sembilan  dalam pertandingan nasyid kebangsaan semasa berusia 17 tahun ini, berazam untuk membantu  keluarga dengan menceburi pelbagai bidang termasuklah bidang perniagaan selain ingin mengorak  Langkah dengan mencuba Nasib dalam bidang seni suara tanahair.  

    “Bermula dengan membuat “cover” lagu di platform social media seperti Instagram, Tiktok, Youtube  dan Twitter, saya juga aktif mencuba Nasib di dalam beberapa pertandingan nyanyian sekitar Lembah  Klang dan juga Negeri Sembilan. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah Ketika saya diberi  peluang untuk mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan Nasyid Kebangsaan di usia 17 tahun.  Seterusnya, peluang terbuka luas apabila saya menghantar video nyanyian saya ke Armani  Entertainment, dipanggil untuk ujibakat tertutup dan akhirnya rezeki tertulis bersama Armani  Entertainment” jelas Mierul Hazly.

    Menurut Dato’ KK Chua, Pengasas & Ketua Pegawai AEG, “Di AEG, kami percaya bakat anak muda  tempatan wajar diberikan peluang dan diketengahkan agar ramai penggemar muzik dapat  menikmatinya, saya yakin dengan kesungguhan Mierul Hazly yang mampu pergi jauh jika berada di  landasan yang betul, lagi pula memang matlamat AEG untuk melahirkan lebih ramai bakat-bakat  baharu.

    DENGAN BISMILLAH” adalah sebuah lagu cinta berirama “modern pop ballad”. Sebuah lagu yang  menceritakan tentang doa dan harapan seseorang tentang jodoh dan masa depan mereka. Doa dalam  lagu yang merayu dan meminta kepada Tuhan supaya diberikan pasangan hidup yang baik. Diberikan  seseorang yang sanggup berkorban dan bertanggungjawab, jatuh dan bangun perhubungan. Ribut  dan badai, hujan dan panas, susah dan senang, walau apa dugaanNya, Mereka tetap bersama hingga  ke hujung nyawa dan syurga hendakNya

    “Proses rakaman ini memakan masa selama 1 jam, tetapi panduan lagu sudah diberikan sebulan awal oleh komposer kerana saya perlu mendalami rasa serta vokal yang dikehendaki agar meresap ke  dalam jiwa apabila dinyanyikan. Saya juga menyumbang dalam bentuk lirik dan gubahan juga supaya  ada sedikit suntikan jiwa saya dalam lagu ini” ujarnya.

    “Manakala untuk MV (video muzik) DENGAN BISMILLAH, pihak pengurusan telah merangka strategi  pemasaran dengan menerbitkan “Web Mini Series” khas untuk Dengan Bismillah dengan  mengetengahkan konsep cerita cinta muda mudi, mengejar cita-cita serta konflik dalaman dalam  usaha untuk merealisasikan impian untuk menjadi seorang penyanyi. Konsep “Web Miniseries” ini  juga diselitkan dalam video muzik rasmi. Untuk mengetahui lebih lanjut wajib menontonnya di  YouTube nanti.

    “Mierul berharap peminat dan pendengar dapat memberisambutan yang baik dan disukai oleh semua  pendengar. Saya juga berharap mesej dan maksud lagu ni sampai dekat hati semua peminat muzik  tanahair” tambah Mierul.

    Lagu DENGAN BISMILLAH boleh dimuat turun di iTunes Store, boleh didengar dan dinikmati pada bila bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube  Music, KKBox dan Deezer.

    Manakala “Web Miniseries” khas serta video muzik rasmi single ini pula boleh ditonton secara  eksklusif di YouTube Armani Entertainment.

  • World#QuranHour dorong jadi lebih baik

    World#QuranHour dorong jadi lebih baik

    Kelas Rumah Ngaji Masjid Al-Azim Taman Semarak kini mula mendapat sambutan.

    Kelas Rumah Ngaji Masjid Al-Azim Taman Semarak kini mula mendapat sambutan.

    SEREMBAN – Program World#QuranHour yang akan berlangsung 13 April ini mampu menjadi platform mendorong masyarakat berubah ke arah yang lebih baik.

    Penggerak Rumah Ngaji Masjid Al-Azim Taman Semarak di Nilai, Profesor Dr Norita Md Norwawi berkata, ia bukan saja dapat mendekatkan diri dengan al-Quran tetapi dapat menerapkan jiwa kemanusiaan dan ketakwaan dalam kalangan peserta selaras dengan konsep surah Al-Insan yang akan dibawa.

    “Bila kita dekat dengan kalam ALLAH ini ia sebenarnya dapat mengubah persepsi kita terhadap semua perkara dan secara keseluruhannya mengubah hidup kita.

    “Dengan al-Quran ini juga kita sebagai umat Nabi Muhammad diangkat sebagai umat terbaik dan sebab itulah kita perlu membaca dan menghayati al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

    Menurutnya, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peserta terlibat dalam program berkenaan yang kali pertama akan diadakan di Masjid Al-Azim Taman Semarak, dikendalikan oleh Rumah Ngaji.

    Bagaimanapun katanya, pihaknya mengalu-alukan lebih banyak penyertaan kerana ia terbuka kepada sesiapa saja.

    “Bagi saya sasaran itu realistik dengan jumlah peserta Rumah Ngaji kita. Lagi pun 13 April itu hari orang bekerja, tapi kalau lagi ramai yang berminat turut serta, lagi bagus,” katanya.

    Sementara katanya, Rumah Ngaji Masjid Al-Azim Taman Semarak baharu diwujudkan tahun lalu dan mempunyai peserta kira-kira 20 orang terdiri daripada kanak-kanak seawal usia enam tahun sehingga dewasa 65 tahun.

    Tambahnya, sesi kelas pengajian al-Quran diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad dengan dikendalikan seramai 10 guru sukarelawan termasuk dari kalangan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

    “Kelasnya selama satu jam saja bermula 9 pagi. Tapi pada bulan Ramadan ini kita adakan juga kelas hadis dan tafsir al-Quran pada setiap hari Sabtu.

    “Pada waktu petang pula diadakan kelas Iqrak untuk mualaf dan sesiapa saja yang belum ada kemahiran al-Quran,” katanya.

    Bagaimanapun katanya, kelas berkenaan hanya terbuka kepada peserta perempuan dan kanak-kanak lelaki saja kerana buat masa ini tiada guru lelaki.

    Sumber