Blog

  • MBSB Bank tawar kemudahan patuh syariah kepada pencarum KWSP

    MBSB Bank tawar kemudahan patuh syariah kepada pencarum KWSP

    MBSB Bank Bhd menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) patuh Syariah Ihsan-i kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 7 April 2023.

    Bank itu berkata, kemudahan Ihsan-i yang disediakan bertujuan membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi patuh syariah dengan kadar kompetitif.

    Jumlah pembiayaan maksimum adalah RM50,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 10 tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Datuk Nor Azam M Taib.

    “Pembayaran ansuran bulanan Ihsan-i pada tahun pertama adalah lebih rendah kerana pelanggan hanya perlu membayar kadar keuntungan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

    Ihsan-i oleh MBSB Bank berlandaskan Syariah dan mengguna pakai konsep Tawarruq dan antara kelebihannya adalah kadar keuntungan yang rendah, tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal.

    Ihsan-i juga akan memberi rebat atau Ibra’ atas kadar keuntungan bank sekiranya pembayaran baki pembiayaan ditamatkan lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.

    Permohonan boleh dibuat dalam talian melalui laman sesawang www.fsa2mbsbbank.com bermula 7 April 2023.

    Kelulusan pembiayaan adalah tertakluk kepada kelayakan pembiayaan dan kedudukan kredit para pemohon. – Bernama

    Sumber

  • World#QuranHour dapat sambutan memberangsangkan – Sinar Harian

    World#QuranHour dapat sambutan memberangsangkan – Sinar Harian

    SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] World #QuranHour yang akan berlangsung di setiap Rumah Ngaji seluruh Malaysia pada 13 April ini bakal mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada kalangan pencinta al-Quran.

    Penggerak Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, Manjung, Perak, Datin Maziah Rafie berkata, pihaknya menjangkakan seramai 50 orang menyertai program itu.

    Jelas beliau, majlis tersebut diharapkan dapat memberi makna yang besar kepada masyarakat sekitar dari segi penghayatan al-Quran di sekitar pemukiman berkenaan.

    “Semenjak penubuhannya pada 2018, kami sentiasa turun padang bertemu dengan penduduk dalam memberi penerangan dan tunjuk ajar tentang pendidikan terhadap kitab suci ini.

    “Oleh itu, pada program World#QuranHour, ia sangat diharapkan dapat menjadi satu titik memperkasakan lagi usaha kami memartabatkan al-Quran.

    “Majlis yang mendapat kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di tempat kami ini akan bermula dua hari lebih awal berbanding di lokasi lain atas beberapa faktor,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

    Sementara itu, pihak Rumah Ngaji Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan berharap, program World#QuranHour tersebut dapat menerapkan jiwa kemanusiaan dan ketakwaan dalam kalangan peserta selaras dengan konsep surah Al-Insan yang akan dibawa.

    Penggeraknya, Profesor Dr Norita Md Norwawi berkata, pembawaan surah itu dilihat amat bertepatan dengan sifat kesederhanaan dalam kalangan penduduk di komuniti taman berkenaan.

    “Dengan kesederhanaan yang dimiliki oleh mereka, kita perkuatkan lagi dengan penghayatan al-Quran yang menjadi tunggak kehidupan setiap muslim,” ujarnya yang juga merupakan pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

    Berkongsi pandangan sama, Penggerak Rumah Ngaji Ampang@Akademi Al-Quran Al-Bayan, Selangor, Norhaida Kasim berkata, program World#QuranHour diharapkan dapat menjadi titik permulaan terhadap pembinaan sahsiah dan keinsanan dalam kalangan umat Islam di Malaysia.

    “Dengan pembinaan jati diri dan peribadi yang baik berdasarkan al-Quran, maka di situlah makna kesyukuran yang sejajar dengan surah Al-Insan dapat dibina,” tambah beliau.

    Sumber

  • Ringgit dibuka rendah – Sinar Harian

    Ringgit dibuka rendah – Sinar Harian

    KUALA LUMPUR – Nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Khamis.

    Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.4030/4070 berbanding dolar AS daripada kadar penutup urus niaga Rabu pada paras 4.3970/4020.

    Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) melantun semula sebanyak 0.32 peratus kepada 101.91 mata.

    “Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Amerika Syarikat bagi sektor perkhidmatan pada Mac menyusut kepada 51.2 mata daripada 55.1 mata sebelum ini berbanding anggaran konsensus pada 54.5 mata.

    “Begitu juga, perubahan guna tenaga ADP yang mengukur penghasilan pekerjaan dalam sektor swasta turun menjadi 145,000 pada Mac (Februari: 242,000) berbanding jangkaan pasaran 200,000,” katanya kepada Bernama.

    Mata wang utama lain seperti Euro dan pound Britain (GBP) juga lebih rendah berbanding dolar AS, masing-masing turun 0.01 peratus dan 0.31 peratus kepada AS$1.09 dan AS$1.24.

    “Sehubungan itu, gandingan ringgit dolar (USD/MYR) boleh berlegar sekitar RM4.40 hari ini kerana peserta pasaran mungkin lebih berhati-hati.

    “Setakat ini, data daripada indeks PMI menunjukkan ekonomi global semakin lemah, membayangkan bank-bank pusat boleh beralih untuk memihak kepada pertumbuhan ekonomi dalam tempoh akan datang,” tambah Mohd Afzanizam.

    Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

    Mata wang tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 4.7962/8005 daripada 4.8156/8211 pada penutup Rabu dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4804/4854 daripada 5.4879/4941 tetapi menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.3567/3600 daripada 3.3399/3440 sebelumnya.

    Berbanding mata wang ASEAN pula, ringgit diniagakan bercampur-campur.

    Mata wang tempatan meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.3135/3170 daripada 3.3165/3205 pada penutup Rabu dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9439/9618 daripada 12.9782/9991 sebelumnya.

    Bagaimanapun, ringgit turun berbanding peso Filipina pada 8.09/8.10 daripada 8.08/8.09 semalam dan lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 294.80/295.20 daripada 294.40/294.90. – Bernama

    Sumber

  • “Coast Guard Malaysia: Ops Helang” and “Abang Adik” have been selected by the 25th Udine Far East Film Festival 2023 for the competition section

    “Coast Guard Malaysia: Ops Helang” and “Abang Adik” have been selected by the 25th Udine Far East Film Festival 2023 for the competition section

    Pitt The 25th Udine Far East Film Festival (FEFF) in Italy has picked two films by Hanif and Jin Ong for competition: “Coast Guard Malaysia: Ops Helang” from Hanif and “Abang Adik” from Jin Ong. From April 21 to April 29, 2023, an international film festival will screen “Coast Guard Malaysia: Ops Helang” for the first time.

    Jin Ong’s first feature film, “Abang Adik” won two awards at the recently held 37th Fribourg International Film Festival (FIFF). “I feel very honoured to receive the awards and I’m so glad I could bring a Malaysian film to share with them,” said Jin Ong.

    “Coast Guard Malaysia: Ops Helang” directed by the late Pitt Haniff in collaboration with Malaysian Maritime Enforcement Agency was a box office success hitting RM5 million within two weeks of screening and was selected at FEFF. Producers of this film, Arie Zaharie, Muhammad Hady Yusry Makmor, Rozita Mat Isa and Azlan Zaharie were overjoyed for “ Coast Guard Malaysia: Ops Helang” to be selected in FEFF.

    “On behalf of all Malaysian filmmakers, we are so proud and honored to represent Malaysia in this 25th edition.  Wish us all the best!” said producers of “Coast Guard Malaysia: Ops Helang”.

    Malaysia International Film Festival (MIFFest) as the festival partner of Udine FEFF, the founder of MIFFest Joanne Goh stated, “We are honoured to have these two films to be selected in FEFF. These films have received huge success and can represent Malaysia well. It is truly a privilege for Malaysian films to receive recognition by FEFF. After these two years of partnership with FEFF, we hope to continue to build a long time relationship between Malaysia and Italy.”

    MIFFest and FEFF have once again delivered positive news this year. They have organised special screenings of Malaysian films and facilitated interactions among filmmakers, all with the aim of promoting the concept of “From East To West”. Furthermore, MIFFest has pledged to support local films to ensure that more people from across the globe can appreciate the beauty and significance of Malaysian cinema.

    According to Sabrina Baracetti, the festival director of FEFF, the first year of collaboration with MIFFest was a resounding success. FEFF had the opportunity to visit Malaysia through MIFFest last year, thereby gaining valuable insight into the country’s culture and film industry. This year their goal is to establish a cultural bridge between Malaysia and Europe, using culture as a tool to gain a deeper understanding of the world.

  • Jakel sasar jualan RM1.3 bilion tahun ini

    Jakel sasar jualan RM1.3 bilion tahun ini

    Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel (tengah) bersama selebriti yang juga duta tekstil Jakel, Aaron Aziz (kanan) dan Nabil Ahmad menunjukkan koleksi baharu baju Melayu pada majlis pelancaran lokasi baharu gedung tekstil di Seksyen 7. - Foto Bernama.

    Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel (tengah) bersama selebriti yang juga duta tekstil Jakel, Aaron Aziz (kanan) dan Nabil Ahmad menunjukkan koleksi baharu baju Melayu pada majlis pelancaran lokasi baharu gedung tekstil di Seksyen 7. – Foto Bernama.

    KUMPULAN Jakel menyasarkan jualannya meningkat sekitar 30 peratus kepada RM1.3 bilion tahun ini berbanding RM1 bilion yang dicatatkan tahun lalu, susulan sektor ekonomi yang kembali dibuka pasca Covid-19 termasuk promosi baharu syarikatnya iaitu Jualan Rahmah Baju Raya Jakel.

    Pengarah Urusan Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, syarikat itu menawarkan lebih tiga juta pasang baju terdiri daripada baju Melayu serta pakaian wanita dan kanak-kanak sempena Aidilfitri tahun ini dengan 40 peratus daripadanya telah terjual setakat semalam.

    Pihaknya yakin mampu menjual sekurang-kurangnya 90 peratus daripada jumlah pakaian berkenaan.

    “Pada 2017, 2018 dan 2019, kita mencatat jualan kain sebanyak RM1.4 bilion setiap tahun. Bila Covid-19 melanda, (jualan) jatuh separuh kepada sekitar RM700 juta setahun,” katanya dalam sidang media pelancaran gedung tekstil baharu Jakel cawangan Shah Alam di sini.

    Mengulas berhubung gedung sementara baharu itu yang terletak bersebelahan Hospital Shah Alam, Mohamed Faroz berkata, gedung berkeluasan 80,000 kaki milik Jakel Realty Sdn Bhd itu mampu menampung seramai 10,000 pengunjung dalam satu-satu masa.

    Gedung yang terletak 200 meter dari premis lama di Pusat Komersial Seksyen 7 yang terbakar awal Januari itu telah mendapat kelulusan beroperasi dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Tenaga Nasional Berhad (TNB), bomba serta pihak berkaitan.

    “Gedung sementara yang dibina dengan struktur kukuh iaitu besi serta dinding batu dan bukan khemah sementara itu turut dibenarkan beroperasi selama dua tahun oleh MBSA dan mula dibuka kepada umum pada 25 Mac lalu,” katanya.

    Mengenai premis lamanya yang terbakar, Mohamed Faroz berkata premis itu masih dalam proses ujian kekuatan bangunan untuk melihat sama ada bangunan masih kukuh bagi dibaik pulih atau dirobohkan.

    “Kita akan mendapatkan maklumat pada Mei nanti, jika kita perlu roboh, kita akan robohkan dan bina semula tetapi kalau perlu dibaiki kita akan baiki. Bomba memaklumkan kepada kita kebakaran bangunan itu berpunca dari lintar pintas.

    “Sama ada dilakukan kerja baik pulih besar-besaran atau dibina semula, bangunan lama (yang terbakar) itu dijangka siap dan sedia untuk beroperasi semula pada 2025.

    Mohamed Faroz berkata, pihaknya juga merancang pembinaan Jakel Mall di kawasan premis sementara tersebut dalam tempoh dua tahun akan datang. – Bernama.

    Sumber

  • Bank Rakyat edar 6,000 pek bubur lambuk

    Bank Rakyat edar 6,000 pek bubur lambuk

    Mohammad Hanis (lima dari kanan) bergambar bersama Ahli Lembaga Pengarah bersama-sama Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat menyediakan bubur lambuk.

    Mohammad Hanis (lima dari kanan) bergambar bersama Ahli Lembaga Pengarah bersama-sama Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat menyediakan bubur lambuk.

    BANK Rakyat mengedarkan 6,000 pek bubur lambuk kepada komuniti setempat serta petugas barisan hadapan di sekitar Bangsar, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, penganjuran tradisi pengedaran bubur lambuk itu diadakan pada setiap tahun dan kini memasuki tahun ke-10.

    “Program ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Bank Rakyat bagi mengimarahkan bulan Ramadan.

    “Selain diadakan untuk menghargai petugas barisan hadapan, program ini juga merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat Bank Rakyat untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat, bertepatan dengan elemen kesejahteraan, keyakinan dan ihsan dalam Malaysia Madani,” jelas kenyataan itu.

    Mohammad Hanis (kanan) mengetuai program menyediakan bubur lambuk yang diadakan di Bank Rakyat.

    Mohammad Hanis (kanan) mengetuai program menyediakan bubur lambuk yang diadakan di Bank Rakyat.

    Menurut kenyataan itu, bubur lambuk itu diagihkan kepada orang ramai bermula jam 2 petang di beberapa lokasi antaranya termasuk pekarangan Menara Kembar Bank Rakyat di Jalan Rakyat, Ibu Pejabat Polis Daedah Brickfields, Balai Polis Sri Hartamas serta Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah.

    “Seperti tahun sebelum ini, sebanyak 20 kawah digunakan untuk menyediakan bubur lambuk itu seawal jam 3 pagi yang diketuai tukang masak dari Kampung Baru,” kata kenyataan itu.

    Majlis pengedaran bubur lambuk tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah bersama-sama Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Mohammad Hanis Osman.

    Sumber

  • BANK ISLAM AND BUMITRA INKED A MEMORANDUM OF UNDERSTANDING TO PROVIDE FINANCIAL SOLUTIONS FOR PROSPECTIVE HAJJ PILGRIMS

    BANK ISLAM AND BUMITRA INKED A MEMORANDUM OF UNDERSTANDING TO PROVIDE FINANCIAL SOLUTIONS FOR PROSPECTIVE HAJJ PILGRIMS

    In order to offer financial assistance to potential hajj pilgrims planning to subscribe to hajj packages through 22 Pengelola Jemaah Haji (PJH) firms appointed by Lembaga Tabung Haji (TH), which are also members of BUMITRA, financial solutions were agreed upon by Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) and BUMITRA.

    The MoU also aims to affect a partnership and knowledge-sharing session educating BUMITRA members on financing solutions Bank Islam provides, especially for Hajj and  Umrah. The collaboration area includes disseminating information regarding the facilities  and services offered.

    Among the services include Debit Card-i Bank Islam Visa Tabung Haji. The debit card has  various unique features and exclusive rewards for cardholders. Besides offering a vast  payment network and cash access worldwide, the card facilitates financial transactions  for hajj pilgrims in Arab Saudi, including waiving the charges for cash withdrawals during  hajj season. 

    At the event, Bank Islam also launched a campaign, ‘Once in a Lifetime’, especially for  potential Hajj or next of kin who want to help parents to perform Hajj by applying for this  personal financing with a minimum amount of RM50,000. The campaign runs from 24  March to 31 May 2023 and offers a chance to win Umrah package prizes.

    The personal financing package provides an opportunity for prospective Hajj pilgrims  who can repay the financing in a structured manner according to their respective  financial capabilities.

    Mohd Muazzam said, “Since the cost of the Hajj package is increasing due to external  factors, the personal financing offered is timely to enable more Muslims who can fulfil the  5th pillar of Islam.”

    “Meanwhile, Bank Islam’s role is not only limited to a financial solution hub for pilgrims but  will be expanded comprehensively to more than 600 tourism companies registered under  BUMITRA and their customers,” Mohd Muazzam adds.

    Apart from Personal Financing products and Bank Islam Tabung Haji Visa Debit Card-i,  Bank Islam, as a hub of financial solutions for pilgrims, also offers other products such as  the Al-Awfar investment account, credit card-i, takaful protection products, will-writing,  online and mobile banking facilities and foreign currency exchange at Bank Islam’s  ‘Bureau de Change’ counter. With the existence of these benefits, it is in line with Bank  Islam’s aspiration, which is ‘Urusan Dipermudah, Lebih Tenang Beribadah’

    The MoU was signed by Mizan Masram, Group Chief Business Officer – Retail, Bank Islam  Group and BUMITRA and AB Rahman Mohd Ali, BUMITRA’s Honorary Secretary General.  Mohd Muazzam Mohamed, Bank Islam Group Chief Executive Officer; Harun KC Ahmmu,  President of BUMITRA and Mohamed Ameen S.M.A Abdul Wahab, Executive Director  Operations, TH Group Operations Division, witnessed the signing.

    Customers who want more product information can visit the nearest Bank Islam branch.

  • iQOO is Launching the 120W Fast-Charging iQOO Z7 Series Designed for the Younger Generation in Malaysia

    iQOO is Launching the 120W Fast-Charging iQOO Z7 Series Designed for the Younger Generation in Malaysia

    The younger generation in Malaysia is renowned for being tech-savvy and having particular needs for technologies that fit with their own way of life. In response, iQOO, a well-known smartphone manufacturer, will release the iQOO Z7 and iQOO Z7x on April 10, 2023, to meet the needs of Gen Z customers.

    The iQOO Z7 Series is designed to provide cutting-edge features tailored to the evolving needs of the younger generation. With its powerful processors, impressive cameras and stylish designs, the iQOO Z7 Series is designed to offer users a seamless and immersive experience, making it the perfect choice for users who want to stay connected and be entertained on-the-go. The Z7 Series has already made strides with its slogan ‘Born for Gen Z’ which has created buzz among young minds about the upcoming launch of iQOO Z7’s futuristic features and captivating design.

    Using the slogan “PowerZGiler”, the much-awaited iQOO Z7 smartphone is set to be a game-changer in the smartphone industry. Its inclusion of the 120W Fast Charge feature has generated excitement among tech-savvy individuals, especially users who are always on-the-go and need their phones to keep up with their fast-paced lifestyles. With 120W Fast Charge, users can enjoy a quick and efficient charging experience. iQOO Z7 is a new-age smartphone that will provide robust performance, enabling users unleash their creativity.

    Speaking about the upcoming launch, Jeremy Lin, General Manager of iQOO Malaysia said: “We understand the unique demands of the tech-savvy and fashion-oriented Gen Z users in Malaysia, which is why we, at iQOO, have designed iQOO Z7 to meet their expectations. iQOO Z7 will set a new standard in the smartphone industry with its cutting-edge features, delivering a seamless and immersive experience for its users.”

    iQOO Z7 is equipped with exciting features such as 12GB+256GB storage inclusion and Extended RAM 3.0 technology. It provides ample space for users to store their favourite apps, games and multimedia files, as well as enhances the phone’s performance while providing a smoother and more efficient multitasking experience. With these features, users can enjoy high-performance gaming and other intensive activities without experiencing lag or stuttering.

    From 3 to 9 April 2023, iQOO is opening its Sign Up Interest programme where customers who registers are entitled to a RM20 platform e-voucher which can be utilised on the first sale day on 10 April 2023. Customers who purchase the iQOO Z7 series on 10 April 2023 through vivo Malaysia’s official E-Store and iQOO Malaysia’s official flagship stores on Shopee and Lazada will also be entitled to redeem a iQOO games finger sleeves.

    Stay tuned to iQOO’s social media pages (Facebook, Instagram, TikTok) and website for more updates on the upcoming launch of iQOO Z7 Series.

  • PERASMIAN PEMBUKAAN GEDUNG BAHARU JAKEL SHAH ALAM

    PERASMIAN PEMBUKAAN GEDUNG BAHARU JAKEL SHAH ALAM

    Jakel membuka lokasi baharunya di Seksyen 7 di sini hari ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya meningkatkan jualan persiapan Aidilfitri kepada orang ramai. Bekas lokasi itu, yang musnah dalam kebakaran awal tahun ini, adalah 200 meter dari struktur baharu itu.

    Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, premis berkenaan yang dilengkapi pelbagai kemudahan dijangkakan mampu memberikan lebih keselesaan kepada para pelanggan.

    “Premis baharu kami yang terletak bersebelahan Hospital Shah Alam ini turut menyediakan kawasan letak kereta yang kondusif iaitu berkapasiti 1,000 ruang dalam satu masa.

    “Kita turut menyediakan perkhidmatan buggy khusus untuk membawa pelanggan dari tempat letak kereta hingga ke hadapan kedai,” katanya.

    Sehubungan itu, Mohamed Feroz menyeru warga Shah Alam dan orang ramai untuk meluangkan masa berkunjung ke Jakel Shah Alam yang baharu itu sambil membeli belah dengan tawaran harga yang menarik.

    “Apapun kami bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya, Jakel Shah Alam baharu ini sempat dibuka sempena ketibaan Aidilfitri.

    “Pada masa sama, orang ramai juga berpeluang untuk dapatkan produk jenama Ariani dan Hajrah di sini,” katanya.

    Tambah beliau, di samping itu, selari dengan inisiatif dan hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pihaknya turut melancarkan Kempen Jualan Rahmah Jakel baru-baru ini.

    “Kita ingin turut meringankan beban rakyat pada masa sama memastikan semua orang berpeluang bergaya di hari raya Aidilfitri.

    “Jika dulu samping dijual pada harga RM119, sekarang hanya ditawarkan dengan harga RM39 menerusi kempen ini, ” ujarnya.

    Selain itu, kata beliau, Aaron Aziz dan Nabil Ahmad dipilih menjadi duta Jakel tahun ini, di mana baju Melayu mereka yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM229, kini hanya dijual RM149 termasuk samping dan butang baju percuma.

    Untuk keterangan lanjut, pihak media boleh menghubungi Ketua Pegawai Strategi Jakel, Encik Fuad Ahmad di talian 019-3138884.

  • myTukar unveils first ever Raya film, drives importance of culture and family traditions

    myTukar unveils first ever Raya film, drives importance of culture and family traditions

    myTukar, one of Malaysia’s fastest-growing used vehicle ecosystems, has created its first-ever festive marketing film in honour of Eid al-Fitr, emphasising the value of love, understanding, and community.

    Titled ‘Drive’, the film tells a story of a father and son who are apart as the holiday season approaches. Despite the son’s busy work schedule, the father is determined to bring them closer, as he prepares for an Eid reunion under the pretext of fixing up their old car together. Will the son finally understand his father’s heart and go home to what matters?

    myTukar CEO Derrick Eng says, “As a Malaysian, I know how important Raya is for all of us. And as a Malaysian brand, we want to highlight the true significance of Raya. It is our hope that this short film will resonate with all busy, hardworking Malaysians, and remind us all to carve out time for our family members, not just during festive periods. During this time of the year, we are committed to safely bring countless families together as they balik kampung.”    

    The festive film will also be released in Singapore, Indonesia and Thailand – markets that myTukar’s parent company, Carro, is present in. 

    Carro Creative Director Simond Chew says, “Kinship and love are important threads that bind us tightly and this homecoming story is one that is easily understood across the region. The journey to recognising the love that our family members have for us and vice versa takes more than just a drive home – it’s about the time and care that we intentionally carve out for each other.”

    The short film can be viewed on myTukar and Carro’s respective YouTube channels.

    Have a menangful Raya with attractive myTukar offers

    Customers can also look forward to a massive giveaway with prizes worth RM100,000, and discounts of up to RM27,000 off selected myTukar Certified cars from 1 March to 19 May 2023.

    Prizes include 5 sets of all-expenses paid trip for two to Seoul, South Korea worth RM11,600 each, 11 brand new Philips televisions worth RM1,799, and 300 petrol cards worth RM100 each.

    Other promotions include:

    • 30% discount on whole-car spray paint services, complimentary headlamp coating with all rims respray worth RM800
    • 50% discount on alignment and balancing services

    For more information on the special Raya offerings by myTukar, please visit our microsite or find your nearest myTukar Retail Experience Centre today.