Blog

  • ANUGERAH BOH CAMERONIAN KEMBALI DENGAN LEBIH UMMPH DAN PEMBAHARUAN

    ANUGERAH BOH CAMERONIAN KEMBALI DENGAN LEBIH UMMPH DAN PEMBAHARUAN

    Tiba masanya sekali lagi untuk Anugerah Seni BOH Cameronian. Dengan teater dan tapak seni dibuka semula sepenuhnya kepada orang ramai, acara ini akan menjadi sambutan paling mendebarkan bagi persembahan industri seni tahun ini.

    Bagi meraikan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di atas pencapaiannya di Hollywood, Anugerah Seni Cameronian BOH ke-18 memberi peluang yang dirasakan tepat pada masanya  dan sangat baik untuk ramai bakat di Malaysia.

    Penggiat-penggiat seni baru juga telah membuat penyertaan bagi persembahan mereka yang  memukau. Sambutan penyertaan yang menggalakkan menyaksikan penghibur generasi baharu  akan terus dengan semangat dan antuasias yang menyala untuk seni!

    Bersiap sedia untuk meraikan serta memberikan penghormatan kepada mereka yang telah bekerja dengan berani dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Anugerah Seni Cameronian  BOH ke-18 dimulakan dengan Pengumuman Calon di Performing Arts Centre Petaling Jaya  (PJPAC), 1 Utama.

    Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 merupakan kemuncak persembahan yang diadili sejak  tiga tahun lepas (2020, 2021 & 2022) apabila industri seni terpaksa mengharungi wabak yang  telah mengubah dunia. Walau bagaimanapun, lebih 1010 produksi telah menyerahkan penyertaan yang telah diadili oleh sekumpulan juri yang hebat.

    Para juri merupakan Dr Andrew Filmer, Dominic Luk, Janet Kan, Ng Yuet Sum, Sara Heng, Dr  Sayyid Shafiee, Tan E-Jan untuk Muzik; Alla@Azura Abal Abas, Choong Wan Chin, Foo Chi  Wei, Kenny Shim, Rathimalar Govindarajoo, Mohd Yunus Ismail untuk Tarian; Christopher Ling,  Fazleena Hishamuddin, Dr Muralitharan Pillai, Dr Syahrul Musa, Yves Yap untuk Teater; dan  Colin Kirton, Mervyn Peters, Michael Xavier Voon, Sabrina Hassan, Sandra Sodhy untuk Teater  Muzikal.

    Selain mengiktiraf mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam lakonan, muzik dan  tarian, anugerah ini juga akan diberikan kepada krew belakang tabir termasuk mereka yang  bertanggungjawab menjaga dan menghidupkan kembali produksi seperti Kostum & Solekan,  Muzik & Bunyi , Reka Bentuk Visual & Set dan Reka Bentuk Pencahayaan.

    Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations, Jason Foo berkata, “Ia merupakan sesuatu yang  sungguh menggembirakan apabila Anugerah Seni BOH Cameronian kembali sebagai salah  satu acara kemuncak dalam industri seni. Cukuplah untuk saya katakan bahawa, beberapa tahun kebelakangan ini adalah tempoh ujian bagi kita tetapi ia telah membentuk kecekalan kita  sebagai sebuah industri. Gembira untuk melihat industri seni kembali muncul, bangkit untuk  menakluki cabaran masa lalu dan secara bersepadu bergerak ke hadapan untuk membentuk  masa depan yang menarik. Kita ingin menyemai benih permulaan baharu, semoga Anugerah  Seni BOH Cameronian terus memotivasikan setiap artis yang membuat persembahan untuk  mencapai bintang dan memecahkan sebarang siling kaca yang mungkin menghalang anda.  Tunjukkan keberanian anda dan capai kecemerlangan! Seperti biasa, BOH amat berbesar hati  untuk mengembara bersama anda dalam usaha kreatif dan kami tidak sabar-sabar untuk bertemu semula di majlis Anugerah.”

    Pada tahun 2020, Anugerah Seni BOH Cameronian ke-17 telah diadakan secara acara talian  (maya) buat kali pertama, meraikan pencapaian tahun 2019 dan mengiktiraf produksi terbaik  untuk tahun tersebut.

    Pada tahun yang sama, BOH Plantations telah membantu 15 syarikat produksi yang telah menjadi pemenang dengan sumbangan RM10,000 setiap satu. Syarikat produksi ini dikenal  pasti berdasarkan sumbangan berterusan mereka kepada industri dan kerja-kerja dalam prosesnya kemudiannya telah mengalami gangguan semasa Perintah Kawalan Pergerakan  tahun tersebut.

    Apabila tempoh pandemik berterusan hingga 2022, Geran BOH Cameronian bernilai RM200,000 untuk Produksi Baharu telah dianugerahkan kepada 20 syarikat seni persembahan  untuk membantu membiayai kos pengeluaran produksi baharu, dalam usaha untuk memulakan  semula sektor seni dan diharapkan dapat menggalakkan syarikat produksi yang membuat acara perdana mereka. 

    Low Ngai Yuen selaku Presiden Kakiseni berkata,: “Beberapa tahun kebelakangan ini banyak  menguji bukan sahaja penghibur di negara kita tetapi di seluruh dunia apabila sekatan dan perintah kawalan pergerakan menghentikan seni persembahan, muzik dan kerja-kerja produksi,  menjadikannya sebuah situasi yang amat sukar untuk pengamal seni untuk terus hidup. Tetapi  mereka berjaya melakukannya, beralih kepada penstriman langsung dalam talian dan penyelesaian kreatif lain, sehingga akhirnya pada 2022, sektor itu mula dibuka semula dan bangkit semula. Geran BOH Cameronian diberikan untuk Pengeluaran Baharu bagi membantu  untuk memulakan semula. Beberapa rancangan ini bahkan telah berjaya dalam senarai pencalonan! Oleh itu, ia sememangnya satu peristiwa yang menggembirakan bagi kami untuk  menjadi tuan rumah 18BCAA dan mengumumkan calon-calonnya”.

    Tema tahun ini, A New Day, Setia Pada Senimu, adalah cerminan sebenar semangat masyarakat seni persembahan untuk bangkit semula dari bawah dan kembali dengan semangat yang diperbaharui.

    Sama ada ia diterapkan kepada pengamal di barisan atas pentas atau kru belakang tabir dan  mereka yang terlibat secara langsung, semangat ini mengingatkan kita semua mengapa kita  masih melakukan apa yang masih kita terus lakukan.

    Untuk memperingati cabaran yang terpaksa dilalui oleh industri dan bagaimana semua orang  percaya bahawa hari yang lebih baik akan datang, reka bentuk kanister teh BOH yang sangat  istimewa telah direka untuk memberikan khalayak ‘Ummph’ dan melihat lebih banyak cahayadalam apa yang mereka percayai. Tetap setia dengan panggilan seni mereka telah membolehkan masyarakat kembali meneruskan perjalanan. Kanister terhad akan dihasilkan  dan disediakan pada majlis anugerah.

    Anugerah Seni BOH Cameronian disokong oleh penaja sejak lama iaitu, BOH Plantations, dan  BDO di Malaysia yang muncul debut sebagai Ballot Partner.

    Tahun ini, A Cut Above, Inglot Cosmetics dan SUB International Beauty School, disertai oleh  SOGO akan menjadi sebahagian daripada Anugerah Seni Cameronian BOH ke-18 untuk memberikan sambutan yang lebih glamor dan bergaya.

    Majlis Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 dijadualkan berlangsung pada Ahad, 14  Mei 2023 di PJPAC, 1 Utama E, 1 Utama Shopping Centre.

  • vivo V27 Super Brand Day is Here! Bringing You Tons of Great Deals & Activities

    vivo V27 Super Brand Day is Here! Bringing You Tons of Great Deals & Activities

    From 5 to 9 April, vivo will host the vivo V27 Super Brand Day at Blue Concourse, Sunway Pyramid, to officially introduce its newest member, the vivo V27! Prepare to be delighted at the most recent vivo Superday Roadshow, which has a thrilling lineup of activities and deals!

    Give yourself a treat by getting the newest vivo V27 5G, which comes with special freebies including a personalised tote bag, a TnG RM50 recharge pin, FIFA apparel and a PWP 50% discount on TWS Air. Don’t pass up the opportunity to join up for the RedOne package at this time and receive a discount of up to RM500. Also, switching to the newest technology has never been simpler thanks to the offered trade-in service.

    Exciting perks await when you purchase the vivo V27 5G series! Stand a chance to win from the prize pool of up to RM12,500 in the lucky draw and join the free HOCO D.I.Y. customised phone cover workshop, exclusively available on the 8 and 9 of April 2023. Furthermore, you can even redeem an exclusive Ramadan gift bag from 6PM to 7PM on these two dates.

    For photography enthusiasts, there are photography workshops available throughout the roadshow. Besides that, everyone can experience the industry’s only exclusive colour-changing phone at the colour-changing experience zone from 2PM to 3PM.

    Najumuddin Muif, a well-known photographer, was also invited by vivo Malaysia to share helpful photography advice with Malaysians from 3pm to 4pm. You may reserve your position in the photography master class by pre-registering here.

    For more information, stay tuned to vivo Malaysia’s official Facebook Page.

  • Ringgit terus mengukuh – Sinar Harian

    Ringgit terus mengukuh – Sinar Harian

    Ringgit diniagakan mengukuh pada akhir sesi urus niaga Selasa berikutan penyusutan dolar AS. - Gambar hiasan - Foto 123RF

    Ringgit diniagakan mengukuh pada akhir sesi urus niaga Selasa berikutan penyusutan dolar AS. – Gambar hiasan – Foto 123RF

    KUALA LUMPUR – Ringgit diniagakan mengukuh pada akhir sesi urus niaga Selasa berikutan penyusutan dolar Amerika Syarikat (AS) susulan jangkaan prospek kadar faedah lebih perlahan di negara maju itu serta di peringkat global.

    Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4020/4065 berbanding dolar AS daripada 4.4175/4195, pada Isnin.

    Indeks Dolar AS (DXY) juga susut kepada 101.908 mata berikutan perkembangan terkini seperti data pembuatan AS yang lemah manakala pihak Reserve Bank of Australia (RBA) pula memutuskan untuk menghentikan seketika kadar faedah pada tahap 3.6 peratus.

    “Pada masa ini, RBA bertindak mengekalkan kadar tunainya pada 3.60 peratus. Sebelum ini, Bank Negara Vietnam (SBV) telah mengurangkan kadar faedah utama sebanyak 100 mata asas pada pertengahan Mac.

    “Walaupun kita masih belum pasti sama ada pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin menghentikan seketika (kenaikan kadar faedah) dalam mesyuaratnya Mei depan, namun data sedia ada menunjukkan terdapat tanda-tanda tentatif kelemahan ekonomi negara itu,” kata Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid kepada Bernama.

    Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

    Unit tempatan itu susut berbanding pound Britain kepada 5.5078/5134 daripada 5.4552/4576 pada Isnin; rendah berbanding euro kepada 4.8118/8167 daripada 4.7930/7952 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.3135/3171 daripada 3.3127/3145.

    Berbanding mata wang ASEAN, ringgit turut diniagakan rendah iaitu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3198/3234 daripada 3.3182/3199; sebaliknya mengukuh berbanding dolar Filipina pada 8.07/8.09 daripada 8.07/8.07 namun rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 295.40/295.80 daripada 295.00/295.30.

    Ringgit juga rendah berbanding baht Thailand kepada 12.8612/8800 daripada 12.8419/8537, sebelum ini. – Bernama

    Sumber

  • TNB, Press Metal Aluminium di tempat teratas Global ESG Monitor

    TNB, Press Metal Aluminium di tempat teratas Global ESG Monitor

    [DIKEMAS KINI] Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Press Metal Aluminium menduduki tangga teratas mendahului senarai syarikat lain di bawah FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI) dalam ketelusan perniagaan yang mampan berdasarkan laporan Global ESG Monitor (GEM).

    Pengasas Bersama GEM, Michael Diegelmann berkata, kemasukan 30 syarikat Malaysia dalam GEM 2022 mencerminkan komitmen negara terhadap ketelusan amalan perniagaan seiring dengan prosedur rangka kerja antarabangsa.

    “Dengan purata skor 54 daripada 100 mata, indeks Malaysia menduduki tempat kelima bersama di samping Dow Jones antara 10 indeks yang dikaji.

    “Penarafan FBMKLCI bukan sahaja mempamerkan ketelusan yang mampan, tetapi juga menyerlahkan keperluan untuk pelaporan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang lebih mendalam dan terperinci di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

    Global ESG Monitor (GEM), sebuah inisiatif penyelidikan yang mengkaji ketelusan ESG dalam pelaporan bukan kewangan syarikat terbesar di dunia, mendedahkan bahawa syarikat Malaysia menggunakan rangka kerja, piawaian dan alat strategik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam alam sekitar, sosial dan tadbir urus mereka ( pelaporan ESG).

    Malaysia tidak mempunyai kandungan dan tahap perincian yang sesuai diperlukan untuk ketelusan optimum, sekali gus meletakkan kedudukannya di bahagian tengah dalam kalangan rakan serantau serta global.

    Dalam pada itu, Pengasas Bersama dan Ketua Penyelidikan GEM, Ariane Hofstetter berkata, Malaysia berjaya memenuhi rangka kerja antarabangsa, namun setiap syarikat perlu memberi penekanan terhadap aspek alam sekitar, sosial dan tadbir untuk masa depan yang lebih mampan.

    “Walaupun syarikat Malaysia cemerlang dalam mematuhi rangka kerja antarabangsa, adalah penting mereka menyediakan maklumat yang lebih komprehensif tentang aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus,”jelasnya.

    Sementara itu, Pengarah Urusan Perspective Strategies, Andy See berkata, ketelusan pelaporan ESG adalah penting untuk memaklumkan dan melibatkan pihak berkepentingan kerana ia telah diwajibkan untuk semua syarikat senarai awam Malaysia sejak 2016.

    “Walaupun masih terdapat banyak halangan untuk syarikat Malaysia diatasi dalam hal ketelusan, secara keseluruhannya, ini adalah berita baik untuk pelabur dan pihak berkepentingan lain ketika kami bergerak ke arah yang betul.

    “Kami percaya ini hanyalah langkah pertama usaha untuk menonjolkan kepentingan ketelusan ESG dalam laporan kemampanan untuk syarikat awam di Malaysia,” katanya.

    Sumber

  • Perubahan pengguna berbelanja jadi ancaman terbesar telco

    Perubahan pengguna berbelanja jadi ancaman terbesar telco

    KEGAGALAN syarikat telekomunikasi (telco) untuk membuat penyesuaian semula terhadap pola pemikiran baharu pengguna untuk berbelanja akan menjadi ancaman terbesar kepada telco, kata EY Research.

    Menurutnya, ini berikutan peningkatan kos sara hidup telah mendorong pengguna untuk menyesuaikan semula keutamaan perbelanjaan mereka.

    Berdasarkan laporan telekomunikasi EY 2023 berkenaan 10 risiko utama, dianggarkan sebanyak 60 peratus daripada isi rumah bimbang terhadap kenaikan harga langganan jalur lebar dan 45 peratus lagi percaya mereka membayar lebih untuk perkhidmatan kandungan.

    “Walaupun kebolehpercayaan rangkaian kekal sebagai aspek yang tidak memuaskan hati pengguna, daya tahan dan capaian infrastruktur telah merosot daripada kedudukan pertama ranking buat julung kalinya sejak bermulanya pandemik Covid-19 — kini kepada tangga kelima berikutan cabaran lain yang menjadi lebih mendesak,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

    Pemimpin EY Global Telecommunications Tom Loozen berkata, dalam persekitaran ekonomi hari ini, pengguna amat menumpukan kepada nilai yang diperoleh daripada penyedia telco.

    “Ancaman ini diburukkan lagi dengan meningkatnya tekanan daripada pengawal selia, dan sebahagiannya meminta telco melakukan lebih banyak usaha untuk menawarkan tarif sosial kepada pengguna.

    “Sebagai tindak balas, telco mesti menghasilkan cadangan yang jelas, mudah dan selamat yang melegakan dan menarik pelanggan,” katanya.

    Sementara itu, rakan kongsi Ernst & Young Consulting Sdn Bhd, Susanna Lim berkata, pelanggan dijangka lebih sensitif terhadap penentuan harga berikutan kadar inflasi tinggi.

    “Di Malaysia, kerajaan telah memperkenalkan pelan data prabayar terdiskaun berharga RM5 sebulan, dinamakan Pakej Perpaduan.

    “Pakej ini bertujuan meningkatkan kebolehcapaian Internet di samping mengurangkan kos sara hidup individu bagi kumpulan berpendapatan rendah, terutamanya kumpulan ekonomi B40, veteran, orang kurang upaya dan warga emas,” katanya.

    Sementara itu, EY Research turut mendedahkan sebanyak 76 peratus telco melaporkan peningkatan tahunan serangan siber, menjadikan keselamatan siber sebagai risiko kedua.

    Rakan kongsi Ernst & Young Consulting Sdn Bhd, Jason Yuen berkata, serangan keselamatan siber telah bertambah di Malaysia dan negara-negara jiran yang menyebabkan telco meningkatkan pelaburan ke arah mewujudkan perniagaan yang berdaya tahan dari segi siber.

    Laporan itu turut menjelaskan bahawa pengurusan agenda kemampanan yang lemah menjadi ancaman yang semakin menekan industri, meningkat daripada kedudukan kelima pada tahun lepas kepada tangga keempat untuk ranking 2023.

    “Kualiti pendedahan perubahan iklim dalam kalangan pengendali telco telah merosot tahun ke tahun, dan 39 peratus daripada responden tidak mendedahkan strategi sifar bersih tertentu, pelan peralihan atau strategi penyahkarbonan walaupun permintaan yang semakin bertambah bagi tindakan ketara daripada semua pihak berkepentingan,” katanya.

    Melangkah ke hadapan, Lim berkata syarikat-syarikat ini mesti mengakui peranan penting mereka sebagai ejen untuk mewujudkan masyarakat lebih mampan dan melaksanakan langkah yang sewajarnya. – Bernama

    Sumber

  • Prestasi dagangan Malaysia diunjur naik, separuh kedua 2023

    Prestasi dagangan Malaysia diunjur naik, separuh kedua 2023

    Prestasi perdagangan Malaysia dijangka memaparkan tanda-tanda peningkatan dalam separuh kedua 2023.

    Prestasi perdagangan Malaysia dijangka memaparkan tanda-tanda peningkatan dalam separuh kedua 2023.

    PRESTASI perdagangan Malaysia dijangka memaparkan tanda-tanda peningkatan dalam separuh kedua 2023, dipacu oleh permintaan tinggi bagi barangan serta perkhidmatan susulan pemulihan pertumbuhan ekonomi di peringkat global.

    Dalam nota tinjauannya pada Selasa, RHB Research berkata, tempoh separuh pertama menyaksikan prestasi perdagangan “lebih menyederhana” berikutan penghantaran keluar produk berasaskan perkilangan dan komoditi yang lebih perlahan.

    “Pandangan kami lebih berhati-hati terhadap prospek perdagangan (bagi separuh pertama 2023) itu yang kebanyakannya berdasarkan risiko penurunan susulan daripada pertumbuhan ekonomi negara maju yang lebih perlahan, kesan dasar kewangan yang diperketat, unjuran penyusutan harga komoditi global dan ketidaktentuan berkaitan ketegangan geopolitik,” katanya.

    Bagaimanapun, katanya, tempoh enam bulan pertama tahun ini dijangka menyaksikan penggunaan swasta kekal kukuh pada 5.9 peratus tahun ke tahun susulan pasaran tenaga kerja yang mantap serta momentum pendapatan isi rumah.

    Malah, keadaan pasaran tenaga kerja dijangka kekal baik bagi tahun ini dengan purata kadar pengangguran pada 3.6 peratus tahun ke tahun, didorong oleh kewujudan pekerjaan sektor perkhidmatan yang kukuh.

    Perbelanjaan pelaburan pula diunjur berkembang sebanyak 3.6 peratus dalam separuh pertama 2023 dengan pertumbuhan pelaburan swasta dan awam dipacu oleh perbelanjaan modal dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan yang mendapat sokongan berterusan bagi tujuan peningkatan automasi serta pendigitalan.

    “Pelaburan awam diunjur terus berkembang di tengah-tengah usaha meneruskan projek berkaitan pengangkutan berskala besar seperti Laluan Rel Pantai Timur, Transit Aliran Ringan Laluan 3 dan Lebuhraya Pan Borneo,” kata firma penyelidikan itu.

    Selain itu, RHB Research turut mengekalkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2023 pada 5.0 peratus manakala ekonomi berkembang masing-masing 4.6 peratus pada separuh pertama dan 5.4 peratus dalam separuh kedua.

    “Di sebalik kelembapan permintaan luaran, kami menganggap risiko pertumbuhan ekonomi itu sendiri adalah terhad. Mengikut penilaian kami juga, ekonomi domestik secara relatifnya adalah baik,” katanya.

    RHB Research juga mengekalkan unjuran kemuncak kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.25 peratus berbanding 2.75 pada masa ini manakala inflasi keseluruhan pada 3.0 peratus dan inflasi teras pada 3.5 peratus. – Bernama

    Sumber

  • World #QuranHour 1444H bukti umat Islam bersatu, tidak lemah

    World #QuranHour 1444H bukti umat Islam bersatu, tidak lemah

    Dr Mohaemed Fairooz Mohamed Fathillah

    Dr Mohaemed Fairooz Mohamed Fathillah

    SHAH ALAM – Program World #QuranHour 1444H adalah bukti umat Islam semakin bersatu hati dalam usaha menyebarkan kalam ALLAH walaupun ada pihak yang cuba mencetuskan provokasi dengan membakar al- Quran.

    Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Teras, Universiti Islam Selangor (UIS), Dr Mohaemed Fairooz Mohamed Fathillah berkata, segala gelombang permusuhan yang diterapkan tidak akan melemahkan pertautan antara masyarakat Islam dan al-Quran.

    Katanya, semakin kuat mereka cipta permusuhan, lagi banyak ayat-ayat suci disebarkan di seluruh dunia.

    “Dalam suasana sekarang, di negara barat seperti Sweeden terdapat individu yang bertindak membakar kitab suci al-Quran namun, mudah-mudahan dengan adanya World #QuranHour kita dapat tepis segala sifat permusuhan mereka.

    “Al-Quran sumber kekuatan umat Islam. Ia adalah mukjizat ditinggalkan oleh baginda nabi yang tidak boleh dipertikaikan,” ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

    Tambah Mohaemed Fairooz, kitab suci itu juga berperanan menyatukan semua orang tanpa mengira perbezaan pendapat, bangsa dan warna kulit.

    “Oleh itu, saya menyeru kepada semua umat Islam tidak kira kaum atau peringkat umur untuk sama-sama meluang masa bagi mengikuti World #QuranHour pada 13 April 2023,” ujarnya.

    Asmak Husin

    Asmak Husin

    Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pusat Persatuan Ulamak Malaysia, Asmak Husin berpendapat, program tersebut mampu menarik golongan bukan Islam untuk mengenali al-Quran.

    Beliau memberitahu, golongan bukan Islam biasanya menganggap kalam ALLAH itu seni dan yang sangat teruja untuk mendengarnya.

    “Saya ada kawan dan bekas pelajar yang tertarik untuk mendalami al-Quran lebih-lebih lagi apabila mengetahui maksudnya. Jadi, saya rasa ini adalah platform terbaik untuk mereka mendengar bacaan al-Quran di televisyen atau media sosial.

    “Jadi, pada 13 April ini semua umat Islam terutamanya golongan ibu bapa dapat mengajak anak-anak menyertai World #QuranHour. Didikan agar mencintai al-Quran adalah bermula dari rumah,” katanya.

    Sumber

  • BNM dijangka kekalkan status quo OPR

    BNM dijangka kekalkan status quo OPR

    BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan status quo kadar dasar semalaman (OPR) semasa mesyuarat jawatankuasa dasar monetari (MPC) pada Julai tahun ini, disokong oleh kestabilan makroekonomi semasa Malaysia, kata seorang ahli ekonomi.

    Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed berkata, bank pusat telah menetapkan matlamat monetari yang bijak dan berhemat. Sehubungan itu, ia berjaya mengekalkan kestabilan harga, monetari serta pertumbuhan dan yang paling penting kestabilan struktur ringgit.

    “Pada Oktober 2022, ringgit diniagakan pada RM4.78 dan orang ramai mula mengandaikan yang mata wang tempatan akan mencecah RM5.50 dan RM6 berbanding dolar AS dan ringgit akan jatuh merudum. Kami tidak setuju dengan pandangan ini.

    “Pada 24 November 2022 apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-10, ringgit diniagakan pada RM4.48 berbanding dolar AS. Unit tempatan meningkat 1.5 peratus dalam tempoh kurang daripada empat jam selepas pengumuman itu dibuat.

    “Bagi tahun ini, ringgit dijangka diniagakan antara paras RM4.10 dan RM4.37 berbanding dolar AS dan harga minyak bergerak antara paras AS$83 dan AS$127 setong,” katanya kepada Bernama.

    Shan berkata, ringgit akan disokong oleh tiga pemboleh ubah, iaitu harga minyak tinggi, keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang dijangka berkembang antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus dan kestabilan makroekonomi.

    Beliau juga berpandangan lawatan Anwar ke China baru-baru ini akan menyaksikan lonjakan dalam perdagangan bersama-sama dengan kestabilan makroekonomi dan harga komoditi tinggi.

    “Selain itu, defisit belanjawan dan nisbah hutang berbanding KDNK Malaysia dijangka turun kerana negara akan mendapat manfaat daripada harga komoditi tinggi, yang memberi ruang kepada pergerakan fiskal. Jadi BNM dijangka terus mengekalkan OPR,” katanya.

    Shan juga menegaskan penghargaan perlu diberikan kepada Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus kerana beliau telah mengambil langkah lebih awal yang berhemat pada 2020.

    Gabenor, katanya, telah menurun OPR daripada tiga peratus kepada 1.75 peratus dan secara perlahan-lahan dan sangat berstruktur telah menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas yang menunjukkan keyakinan BNM terhadap ekonomi.

    Sementara itu, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat telah menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas, dan beberapa bank pusat lain malahan sehingga 200 mata asas. Ia menunjukkan situasi panik bank-bank pusat tersebut, katanya.

    “Gabenor BNM telah mengambil beberapa langkah bijak dan BNM menjalankan tugas dengan baik. Dengan OPR berada pada 2.75 peratus ketika ini, saya percaya tidak perlu untuk menaikkan kadar, yang mana ia akan merangsang pertumbuhan KDNK. Apa yang paling penting adalah angka eksport makin meningkat.

    “Kami optimis dengan prospek ekonomi Malaysia pada 2023,” katanya. – Bernama

    Sumber

  • 118 Rumah Ngaji di Perak barakan World #QuranHour

    118 Rumah Ngaji di Perak barakan World #QuranHour

    Normah Hanum (dua dari kanan) mempengerusikan mesyuarat World #QuranHour Peringkat Negeri Perak di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Isnin.

    Normah Hanum (dua dari kanan) mempengerusikan mesyuarat World #QuranHour Peringkat Negeri Perak di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Isnin.

    IPOH – Sebanyak 118 Rumah Ngaji di Perak akan bersama-sama menyertai World #QuranHour di lokasi masing-masing pada 13 April depan.

    Penasihat Rumah Ngaji Perak, Datuk Normah Hanum Ibrahim berkata, jumlah penglibatan Rumah Ngaji pada tahun ini di Perak lebih banyak susulan lebih banyak Rumah Ngaji ditubuhkan.

    Katanya, di Perak terdapat tiga lokasi utama bagi penganjuran World #QuranHour pada tahun ini iaitu di Masjid Sultan Idris Shah II iaitu Masjid Negeri Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Masjid Al-Mursyidin, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

    “Kami bersyukur bagi pihak Rumah Ngaji Perak kerana Masjid Negeri Perak bersetuju untuk menjadi tuan rumah ini merupakan salah satu hotspot terbesar selain daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

    “Kami juga akan maklumkan kepada semua penggerak Rumah Ngaji di seluruh negeri Perak supaya mengadakan World #QuranHour pada masa yang sama mengajak masyarakat setempat dan dibuka kepada semua masyarakat bukan saja orang Islam supaya mereka turut mendengar apa yang dibawa oleh Al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Masjid Sultan Idris Shah II pada Isnin.

    Dalam pada itu, Normah Hanum turut mengajak masyarakat yang berada di sekitar lokasi utama atau di Rumah Ngaji berhampiran untuk turut serta dalam program tersebut.

    Menurutnya, pada kali ini World #QuranHour memilih Surah Al-Insan untuk dihayati bagi melahirkan manusia yang lebih baik.

    “Kita nak melahirkan manusia yang mempunyai 11 karektor baik iaitu pembentukan akhlak yang sangat diperlukan sekarang ini. Ketika ini kita lihat masyarakat terlalu pincang dan ini satu kelainan World #QuranHour setiap tahun.

    “Selain di masjid-masjid dan surau diri Jumaat, program ini juga akan diadakan di sekolah-sekolah di negeri ini selain keluarga masing-masing juga boleh bersama di rumah menonton secara langsung di televisyen,” katanya.

    Sumber

  • Nilai ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS

    Nilai ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS

    NILAI ringgit mengukuh pagi ini dan dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada urus niaga Selasa selepas data indeks pengurus pembelian (PMI) pembuatan ISM Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan adalah lebih rendah daripada jangkaan iaitu 46.3 mata untuk Mac, kata seorang pakar ekonomi.

    Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4030/4075 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Isnin pada 4.4175/4195.

    Terdahulu, data ISM AS dijangka rendah sedikit pada 47.5 mata untuk bulan Mac berdasarkan anggaran konsensus berbanding 47.7 mata pada bulan Februari.

    Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pesanan baharu dan indeks pekerjaan juga turun, masing-masing kepada 44.3 (Februari: 47.0) dan 46.9 (Februari: 49.1) pada Mac.

    “Ini menunjukkan sentimen perniagaan lebih lemah untuk bulan kelima berturut-turut.

    “Situasi sebegitu mungkin boleh mendorong Rizab Persekutuan AS menukar pendirian mereka selepas kenaikan 475 mata asas dalam kadar dana Persekutuan,” katanya kepada Bernama.

    Justeru, indeks dolar AS (DXY) susut 0.44 peratus kepada 102.059 mata.

    “Ini bermakna ringgit boleh meningkat berbanding dolar AS seperti mata wang lain. “Dolar AS dianggarkan dalam julat antara RM4.40 dan RM4.41 hari ini,” tambahnya.

    Sementara itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

    Mata wang tempatan menyusut berbanding pound Britain kepada 5.4637/4693 daripada 5.4552/4576 pada penutup Isnin, merosot sedikit berbanding euro menjadi 4.7988/8037 daripada 4.7930/7952 dan susut berbanding yen Jepun pada 3.3210/3247 berbanding 3.3127/3145 sebelumnya.

    Berbanding mata wang Asean pula, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi.

    Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3173/3212 daripada 3.3182/3199 pada penutup Isnin, mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.06/8.08 daripada 8.07/8.07 dan tinggi berbanding rupiah Indonesian kepada 294.00/294.50 daripada 295.00/295.30 sebelumnya.

    Bagaimanapun, ringgit menyusut nilai baht Thai kepada 12.8607/8799 daripada 12.8419/8537 pada penutup Isnin. – Bernama

    Sumber