Blog

  • MR D.I.Y hasilkan filem web raya terbaharu

    MR D.I.Y hasilkan filem web raya terbaharu

    KUMPULAN MR D.I.Y. (M) Berhad, (MR D.I.Y.) menghasilkan filem web bertemakan Aidilfitri berjudul Raya Serba Baharu-Barulah Raya menyampaikan pengajaran yang bermakna mengenai nilai memberi dan membantu pada musim perayaan.

    MR D.I.Y dalam satu kenyataan berkata, filem web berdurasi empat minit itu memaparkan dua wanita muda, Ara dan Wanie, yang merupakan sahabat dari zaman kanak-kanak.

    “Wanie terkenal dalam kalangan rakan-rakan di sekolah sehinggalah Ara berpindah ke sekolah tersebut dan mengambil alih populariti Wanie. Mereka bersaing dalam segala hal antaranya pertandingan menyanyi, menari dan pertandingan bakat, hinggalah pelajaran, pakaian, hobi, sukan, dan media sosial. Perkara ini berterusan sehingga mereka dewasa.

    “Seorang rakan sekolah mereka, Ema yang menyedari ada konflik yang tidak selesai antara Ara dan Wanie telah mengambil inisiatif sendiri. Dia mencabar kedua-duanya untuk bertanding menghias rumah-rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) sempena Hari Raya Aidilfitri. Hiasan rumah yang mendapat ‘like’ paling banyak di media sosial akan memenangi pertandingan tersebut,” jelas kenyataan itu.

    Menurut kenyataan itu, Ara dan Wanie menerima cabaran tersebut dan memberi sentuhan dekorasi baharu pada rumah-rumah tersebut sambil membuat pelbagai hantaran di media sosial untuk memberi makluman terkini kepada para pengikut mereka.

    “Pada hari penjurian, Ara dan Wanie akhirnya menyedari bahawa rumah-rumah yang mereka hiasi adalah milik seorang ibu tunggal yang mempunyai tujuh anak dan sebuah keluarga yang kurang upaya, dan pertandingan itu sebenarnya adalah untuk tujuan amal.

    “Mereka akhirnya berdamai dan filem tersebut berakhir dengan tarian antara Ara dan Wanie serta penduduk-penduduk di PPR tersebut,” menurut kenyataan itu.

    Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, filem web itu adalah sebagai peringatan bahawa hari raya bukan sahaja mengenai diri kita dan orang tersayang, malah ia juga mengenai membantu mereka yang kurang bernasib baik.

    “Kadang-kadang kita terlalu sibuk dalam melakukan sesuatu perkara sehingga kita lupa untuk mengambil berat, berkongsi dan membantu antara satu sama lain. Dan filem web “Raya Serba Baharu-Barulah Raya” menghidupkan mesej ini,” katanya.

    Buat julung kalinya, peruncit juga telah menghasilkan lagu khas “Raya Serba Baharu” untuk menghiburkan rakyat Malaysia pada Hari Raya Aidilfitri kali ini.

    “Kami berkolaborasi bersama dengan dua selebriti terkenal, Wani Kayrie dan Ara Johari dalam filem web ini, dan kami amat berbesar hati kerana mereka turut menyertai kami dalam sebuah program impak komuniti untuk komuniti di PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur,” katanya.

    Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem web Hari Raya Aidilfitri yang menyentuh hati ini di platform rasmi MR D.I.Y. di Youtube, Facebook, Instagram, dan TikTok. Tonton versi penuh di https://youtu.be/b3XCqiF0slw.

    Sumber

  • Angkasa beri sumbangan raya kepada pelajar

    Angkasa beri sumbangan raya kepada pelajar

    Abdul Fattah (tengah) bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permata, Petaling Jaya kategori asnaf dan B40 yang menerima bantuan.

    Abdul Fattah (tengah) bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permata, Petaling Jaya kategori asnaf dan B40 yang menerima bantuan.

    ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) melalui program CSR CoopCare Sepakat Aidilfitri Angkasa telah memberikan sumbangan kepada 50 pelajar yang merupakan anggota koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Permata, Petaling Jaya.

    Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, mereka merupakan kategori asnaf dan B40 yang terpilih dan menerima kelengkapan pakaian baharu hari raya, bantuan barang keperluan harian menerusi Projek Barang Asas 100 (BA100) dan wang tunai.

    “Angkasa memberi peluang kepada pelajar untuk membuat pemilihan kelengkapan pakaian baharu sendiri di Pasar Raya Besar Mydin Subang Jaya pada Ahad mengikut peruntukan yang ditetapkan iaitu sebanyak RM200 bagi setiap pelajar.

    “Mereka juga menerima 50 pek barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak dan makanan segera menerusi Projek Barang Asas 100 (BA100) serta wang tunai untuk membantu dan menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Angkasa memperuntukkan sebanyak RM15,000 bagi pelaksanaan program tanggungjawab sosial koperasi ini,” katanya dalam satu kenyataan.

    Abdul Fattah yang Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) berkata, program menyantuni anggota koperasi itu adalah salah satu daripada program CSR CoopCare Angkasa untuk berkongsi kemeriahan dan kegembiraan dalam menyambut Syawal serta mengeratkan tali silaturrahim antara agensi itu dan koperasi.

    Hadir sama pada program itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Selangor Datuk Mohd Alias Hamzah, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Angkasa, Halim Ibrahim dan Penolong Kanan Kokurikulum SMK Sri Permata, Noor Azrina Mohamad Anuar.

    Sehingga Disember 2022, terdapat 2,482 buah koperasi sekolah dengan dua juta keanggotaan. Sebanyak 14 buah koperasi sekolah telah mencapai perolehan melebihi RM1 juta.

    Sumber

  • iQOO Malaysia Unveils the Lightning-Fast iQOO Z7 Series Designed for the Younger Malaysians

    iQOO Malaysia Unveils the Lightning-Fast iQOO Z7 Series Designed for the Younger Malaysians

    The iQOO Z7 Series, which comprises of the iQOO Z7 and iQOO Z7x, was introduced by iQOO, an independent sub-brand of vivo, and was created especially for Gen Z to satisfy their need for a durable smartphone. The iQOO Z7 Series is expected to establish new benchmarks for smartphone technology.

    “We at iQOO understand the evolving needs of the younger generation and are committed to providing them with the right technology that caters to their preferences. With the launch of our iQOO Z7 Series smartphones, we aim to capture the attention of young consumers in Malaysia and offer them the ideal experience that keeps them connected and entertained on-the-go. The iQOO Z7 Series smartphones are a testament to our commitment to performance and innovation,” said Jeremy Lin, General Manager of iQOO Malaysia.

    Lightning-fast Charging for Uninterrupted Usage

    iQOO Z7 features a lightning-fast 120W FlashCharge capability, charging the device from 1% to 50% in just 9 minutes, making it an ideal choice for users who lead busy lives and need their devices to be charged quickly. With just a 5-minute charge, the iQOO Z7 can provide up to 5 hours of video-watching time, allowing users to enjoy their favourite shows or movies on-the-go without worrying about battery life.

    Smooth and Efficient Performance

    iQOO Z7 is designed to cater to the needs of users who want to stay connected, entertained and productive on-the-go. Featuring the Snapdragon 782G chipset, it delivers lightning-fast performance and stunning visuals, enhancing CPU performance by 10% and GPU performance by 13% compared to the Snapdragon 778G chipset. With the Extended RAM 3.0 technology that adds up to 8GB of RAM to the existing 12GB, the iQOO Z7 provides a seamless and lag-free performance even when multitasking between multiple apps.

    iQOO Z7 also delivers high frame rate gaming with 4D Game Vibration and a large area Super-Conducting Liquid Cooling Vapour Chamber that ensures the device stays cool even during intense gaming sessions. With dual stereo speakers, the iQOO Z7 offers a rich audio experience that complements its stunning visuals.

    Strong Camera Capabilities

    Featuring a 64MP OIS Ultra-Sensing camera, the iQOO Z7 captures stunning images with incredible detail, even in low-light conditions. It is also capable of recording 4K video to ensure the videos captured are as sharp and vivid as photos.

    More Value to Performance Offering

    iQOO Z7x delivers exceptional value while maintaining excellent performance. With a massive 6,000mAh battery and 80W FlashCharge technology, users can enjoy long gaming sessions and perform heavy daily tasks on the phone with no interruption. Powered by a Snapdragon 695 5G chipset, the iQOO Z7x ensures fast and smooth performance for multitasking between apps and web browsing. Featuring a 50MP Ultra Clarity Camera, users can capture every moment with precise details.

    Pricing and Availability

    iQOO Z7 is now available at RM1,499 for 12GB + 256GB variant and RM1,299 for 8GB +128GB variant, while the iQOO Z7x is priced at RM1,099 for 8GB + 256GB variant and RM999 for 8GB + 128GB variant. Consumers can purchase the iQOO Z7 Series at vivo Malaysia’s official E-Store and iQOO Malaysia’s official flagship stores on Shopee and Lazada.

    From 10 to 18 April 2023, customers can purchase both the iQOO Z7 12GB + 256GB variant and iQOO Z7x 8GB + 256GB variant with an early bird promo at RM1,399 and RM999 respectively, while the iQOO Z7 8GB + 128GB variant is priced at RM1,249 exclusively on Lazada and the iQOO Z7x 8GB + 128GB variant is RM939 exclusively on Shopee.

    Customers who purchase the iQOO Z7 are entitled to receive a 1-year extended warranty, 1-year screen crack protection and free gifts worth RM248, including a RM50 iQOO Student Discount programme voucher and a iQOO backpack or a Marshall key holder. Customers who purchase the iQOO Z7x are also entitled to a 1-year extended warranty and free gifts.

    From 10 April to 10 May, iQOO will also be organising a ‘Dreams Come True’ campaign for consumers who purchase the iQOO Z7 Series, where customers would stand a chance to see their dreams come true. To participate, follow the following steps:

    Step 1: Upload a photo of yourself with the new iQOO Z7 or iQOO Z7x on Facebook and share your dreams in the caption.

    Step 2: Include hashtag #iQOOZ7Series #DreamwithiQOO #iQOOMY #PowerZGiler.

    Step 3: Screenshot the post and share it on the campaign post comment section on iQOO Malaysia’s Facebook page as proof of participation.

  • Coca-Cola kongsi keceriaan bersama komuniti

    Coca-Cola kongsi keceriaan bersama komuniti

    Beberapa warga kerja Coca-Cola menyantuni asnaf yang hadir pada salah satu program yang dianjurkannya sempena bulan Ramadan.

    Beberapa warga kerja Coca-Cola menyantuni asnaf yang hadir pada salah satu program yang dianjurkannya sempena bulan Ramadan.

    COCA-Cola Malaysia (Coca-Cola) meneruskan aktiviti menyantuni golongan kurang bernasib baik dan memberi keceriaan kepada mereka yang kurang berkemampuan pada Ramadan kali ini.

    Ia dilaksanakan seiring dengan falsafah jenamanya ‘Real Magic’ untuk menyatukan komuniti dan membawa kesan positif kepada masyarakat.

    Pada tahun ini, Coca-Cola memperkasakan inisiatif Ramadannya bersama-sama rakan kerjasama baharunya iaitu K Fry Urban Korean dan Pizza Hut Malaysia serta mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada dengan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) dan Marrybrown Sdn Bhd.

    Pengarah Perhubungan Awam, Komunikasi dan Kelestarian – Coca-Cola Bottlers bagi pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei, Khairul Anwar Ab Gahani berkata, Coca Cola berbesar hati dapat menyokong usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Ramadan ini melalui sumbangan ‘Bakul Rahmah’ kepada golongan B40 dan inisiatif ‘Bubur Lambuk Rahmah’bersama-sama Mydin.

    “Sebagai sebuah syarikat minuman tanpa alkohol terbesar di dunia, Coca-Cola telah menyusun beberapa siri Majlis Iftar dan Bantuan Makanan Ramadan di bawah program Fast2Feed yang dianjurkan di seluruh negara.

    “Program Fast2Food merupakan acara tradisi yang dijalankan bersama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Inisiatif ini merupakan kerjasama lebih 10 tahun bersama Muslim Aid untuk membawa kegembiraan kepada golongan dan komuniti yang kurang berkemampuan,” tambah Khairul.

    Beliau berkata, Coca-Cola juga akan menjalankan program bersama rakan kerjasama baharunya K Fry Urban Korean untuk program Ramadan ‘K Fry Kare’.

    “Melalui inisiatif ini, Coca-Cola dan K Fry Urban Korean akan berkunjung ke lapan rumah anak yatim terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan untuk majlis iftar bersama anak yatim dan menyampaikan sumbangan kepada rumah kebajikan, sebagai salah satu cara berkongsi rezeki dengan kanak-kanak ini.

    “Coca-Cola bersama Pizza Hut Malaysia pula akan bersama-sama mengagihkan pek Iftar kepada lebih 200 orang di Malaysia Timur,” katanya.

    Khairul berkata, di Coca-Cola, komuniti adalah nadi kepada operasi dan perniagaannya.

    Coca-Cola juga akan menganjurkan Majlis Iftar di Masjid Enstek bagi membolehkan kakitangan Coca-Cola meluangkan masa berbuka puasa bersama penduduk di kawasan sekitar kilang pembotolannya di Bandar Enstek.

    Sumber

  • Kosma umum dividen 2022 – Sinar Harian

    Kosma umum dividen 2022 – Sinar Harian

    Wan Rosdy (empat dari kanan) mengumumkan kadar dividen Kosma 55 peratus kepada ahli yang layak di Wisma Sri Pahang pada Isnin. - Foto FB Wan Rosdy Wan Ismail.

    Wan Rosdy (empat dari kanan) mengumumkan kadar dividen Kosma 55 peratus kepada ahli yang layak di Wisma Sri Pahang pada Isnin. – Foto FB Wan Rosdy Wan Ismail.

    KUANTAN – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) mengumumkan agihan bayaran dividen bagi tahun 2022 kepada semua anggota yang layak.

    Jumlah agihan itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang, di sini pada Isnin.

    Wan Rosdy berkata, jumlah agihan dividen yang akan dibayar koperasi itu sebanyak RM30.4 juta dan RM30.2 juta pembahagian keuntungan unit ladang.

    Menurutnya, berdasarkan perolehan hasil sektor perladangan tahun 2022, Kosma mencapai hasil RM237 juta berbanding RM222 juta pada tahun 2021.

    “Keuntungan bersih Kosma pada tahun lalu RM84 juta berbanding RM74 juta ringgit pada tahun 2021.

    “Keuntungan ini akan memberi manfaat kepada 1,430 anggota koperasi ini,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi melalui Facebook.

    Wan Rosdy berkata, berdasarkan keuntungan itu, dicadangkan bayaran dividen sebanyak 55 peratus akan dibayar kepada semua anggota yang layak pada tahun 2022.

    “Bayaran ini melibatkan bayaran pendahuluan 10 peratus yang akan dibayar secara berperingkat bermula 13 April ini.

    “Keuntungan unit ladang RM6,500 seunit akan dibayar penuh mengikut unit yang dimiliki ahli,” jelasnya.

    Sementara itu, Wan Rosdy turut menyerahkan van jenazah sumbangan Kosma kepada tiga masjid serta van serbaguna kepada masjid dan sebuah sekolah menengah.

    Sumber

  • MALIS PELANCARAN JUALAN RAHMAH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

    MALIS PELANCARAN JUALAN RAHMAH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

    Majlis Pelancaran Jualan RAHMAH peringkat Negeri Sembilan telah disempurnakan hari ini oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Jualan RAHMAH diadakan di Stor Keluarga di Sikamat, Negeri Sembilan, dan ditaja oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan dan kerajaan Negeri Sembilan.

    Untuk makluman, Jualan RAHMAH peringkat Negeri Sembilan kali ini melibatkan 11 buah Pasar raya di seluruh Negeri Sembilan termasuk Pasar Raya Family Store, Sikamat. 11 buah Pasar Raya yang terlibat adalah seperti yang berikut:

    1. AEON Co. (M) Bhd.;
    2. Billion Shopping Centre (P.B.) Sdn. Bhd.;
    3. Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd;
    4. EconMart Sdn Bhd;
    5. Family Store Sdn. Bhd;
    6. Giant Hypermarket (GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd);
    7. Jakel Trading Sdn. Bhd.;
    8. MYDIN (Mydin Mohamed Holdings Berhad);
    9. TF Value-Mart Sdn.Bhd;
    10. Tunas Manja Group; dan
    11. Zemart Sdn. Bhd.

    Pada masa yang sama, 4 buah pasar raya yang terlibat dengan Jualan RAHMAH ini turut menawarkan Menu RAHMAH kepada pelanggan iaitu Pasar raya AEON BIG, Pasar raya Giant, Pasar raya MYDIN dan juga Pasar raya Lotuss’.

    Pelaksanaan Inisiatif Jualan RAHMAH ini akan diadakan selama tiga (3) hari mulai 7 hingga 9 April 2023 secara serentak di kesemua Pasar raya yang terlibat. Selain itu, Pengunjung Family Store Sikamat hari ini turut diberikan Baucer E-wallet RM20 untuk digunakan semasa membelibelah di pasar raya tersebut

    Turut berlangsung adalah Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin yang merupakan program anjuran Kerajaan Negeri Sembilan dan Agensi Kerajaan seperti FAMA Negeri Sembilan, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Jabatan Veterinar Negeri Sembilan dan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan yang dilaksanakan bagi membolehkan rakyat Negeri Sembilan mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran. Selain itu, YB Timbalan Menteri turut menyerahkan Bakul RAHMAH kepada 80 penerima yang telah dikenalpasti di sekitar kawasan Sikamat, Negeri Sembilan.

    KPDN Negeri Sembilan mengalu-alukan agar lebih banyak pasar raya dan pengusaha makanan menyahut dan menyokong usaha Kerajaan dengan menyertai Inisiatif Payung RAHMAH yang merangkumi lima (5) program utama iaitu Bakul RAHMAH, Jualan RAHMAH, Menu RAHMAH, Pakej RAHMAH dan Kafe RAHMAH yang akan terus dipromosikan oleh KPDN di seluruh negara tahun ini. KPDN Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih kepada semua rakan strategik yang menjayakan Pelancaran Jualan RAHMAH Peringkat Negeri Sembilan pada hari ini.

  • KWSP luluskan 299 dana daripada 18 institusi pengurusan dana

    KWSP luluskan 299 dana daripada 18 institusi pengurusan dana

    KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan senarai kelayakan yang disemak semula bagi 299 dana daripada 18 institusi pengurusan dana (IPD) yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP) dengan 184 dana layak ditawarkan kepada ahli untuk tempoh 2023/2024.

    Menurut KWSP dalam kenyataan pada Isnin, daripada dana yang layak, sebanyak 149 dana atau 81 peratus adalah dana tempatan, dengan 104 dana atau 70 peratus adalah dana ekuiti.

    Ketua Pegawai Pelaburannya, Rohaya Mohammad Yusof berkata, buat pertama kali tahun ini, KWSP telah memasukkan dana unit amanah berasaskan pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) dalam senarai sebagai antara komitmen untuk menyokong pelaburan mampan serta mengarusperdanakan agenda kemampanan.

    Beliau berkata, KWSP menjangkakan lebih banyak dana SRI yang memenuhi kriteria penilaian akan disenaraikan pada masa hadapan.

    “Sebagai insentif untuk menggalakkan pelaburan ahli ke dalam dana berasaskan SRI, caj jualan dikurangkan untuk transaksi yang dibuat melalui platform dalam talian i-Invest KWSP daripada 0.5 peratus kepada sifar peratus; atau tidak lebih daripada 1.5 peratus untuk transaksi melalui ejen,” katanya dalam kenyataan sama.

    Kesemua 299 dana yang diluluskan di bawah KWSP SPA ini dinilai setiap tahun berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh KWSP dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

    Dua kriteria kelayakan untuk penilaian dana termasuk prestasi yang konsisten serta prestasi relatifnya berbanding penanda aras dana.

    Ambang kelayakan yang ditetapkan untuk kriteria ini disemak dari semasa ke semasa untuk memastikan hanya dana dengan kualiti tertinggi disenaraikan.

    Menurut KWSP, di bawah SPA KWSP, ahli diberi pilihan untuk melabur dengan IPD sehingga 30 peratus daripada lebihan jumlah simpanan dalam Akaun 1 mereka, termasuk melabur dengan syarikat pengurusan dana amanah dan syarikat mandat persendirian, bergantung kepada kelayakan berdasarkan simpanan asas.

    Rohaya berkata, sejak pelancaran platform i-Invest pada 2019, kira-kira RM2.15 bilion telah diurusniagakan sehingga Disember 2022.

    “Kami menggalakkan ahli untuk memanfaatkan i-Invest kerana menyediakan caj jualan pendahuluan lebih rendah berbanding saluran lain, lebih fleksibiliti, fungsi dan memudahkan ahli untuk melabur, berurus niaga dan memantau dana pelaburan dalam IPD,” katanya.

    Beliau berkata, ahli juga boleh mengakses maklumat lanjut berhubung kos pelaburan yang berkenaan dan sejarah prestasi dana.

    Ciri penanda aras prestasi dana dalam platform turut membolehkan ahli membandingkan prestasi dana terpilih dengan prestasi penanda aras prestasi dana mereka, katanya.

    Sehubungan itu, ahli disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan mendapatkan maklumat yang betul serta nasihat profesional sebelum membuat keputusan atau transaksi.

    Mereka boleh merujuk kepada khidmat nasihat ahli KWSP di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara sebelum menyertai SPA KWSP.

    Walaupun KWSP telah meluluskan dana-dana ini, ia bukan merupakan cadangan atau pengesahan untuk ahli melabur ke mana-mana dana tertentu.

    Untuk senarai penuh dana unit amanah yang ditawarkan di bawah setiap IPD, ahli boleh merujuk kepada laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/member/investment. – Bernama

    Sumber

  • Agrobank raikan asnaf Sabah – Sinar Harian

    Agrobank raikan asnaf Sabah – Sinar Harian

    Tengku Ahmad Badli Shah (kanan) bersama Foong Hin bermesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Iftar Agrobank Bersama Asnaf Sabah di Kota Kinabalu pada Ahad.

    Tengku Ahmad Badli Shah (kanan) bersama Foong Hin bermesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Iftar Agrobank Bersama Asnaf Sabah di Kota Kinabalu pada Ahad.

    AGROBANK telah meraikan dan menyantuni 60 asnaf sempena Ramadan dan Syawal pada Majlis Iftar Agrobank Bersama Asnaf Sabah yang diadakan di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad.

    Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, program itu dapat mengeratkan perasaan kasih sayang dan memupuk tali persaudaraan sesama muslim sejajar prinsip tanggungjawab sosial korporatnya.

    “Golongan asnaf ini tidak wajar ketinggalan dalam meraikan keistimewaan bulan mulia Ramadan mahupun kemeriahan Aildilfitri seperti orang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

    Majlis itu juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

    Tengku Ahmad Badli Shah (kanan) bersama Foong Hin menyampaikan sumbangan aidilfitri kepada salah seorang penerima pada Majlis Iftar Agrobank Bersama Asnaf Sabah di Kota Kinabalu, pada Ahad.

    Tengku Ahmad Badli Shah (kanan) bersama Foong Hin menyampaikan sumbangan aidilfitri kepada salah seorang penerima pada Majlis Iftar Agrobank Bersama Asnaf Sabah di Kota Kinabalu, pada Ahad.

    Tengku Ahmad Badli Shah berkata, selain majlis berbuka puasa, Agrobank turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM5,000 kepada Rumah Anak Kesayangan Sabah dan pusat Tahfiz Ar Rahmah untuk membantu kos penyelenggaraan operasi masing-masing.

    “Golongan asnaf yang hadir juga menerima duit raya berjumlah hampir RM10,000 secara keseluruhan,” katanya.

    Pada majlis yang sama, Agrobank turut memaparkan tayangan perdana drama pendek Aidilfitri bertajuk ‘Lebaran Yang Dirindukan’.

    Tengku Ahmad Badli Shah (kiri) kepada wakil Pusat Tahfiz Ar Rahmah (kanan) dan disaksikan oleh Foong Hin pada Majlis Iftar Agrobank Bersama Asnaf Sabah di Kota Kinabalu pada Ahad.

    Tengku Ahmad Badli Shah (kiri) kepada wakil Pusat Tahfiz Ar Rahmah (kanan) dan disaksikan oleh Foong Hin pada Majlis Iftar Agrobank Bersama Asnaf Sabah di Kota Kinabalu pada Ahad.

    Drama pendek itu mengangkat tema hubungan kekeluargaan selain elemen Keterjaminan Makanan turut diselitkan.

    Ia dapat ditonton melalui media sosial rasmi Agrobank iaitu di YouTube – Agrobank TV, Facebook – Agrobank dan Instagram – @agrobankmy bermula Selasa, 11 April 2023.

    Sementara itu, Tengku Ahmad Badli Shah berkata, Agrobank telah melancarkan kempen ‘Ramadan Disyukuri, Syawal Dirahmati’ pada 10 Mac lepas yang memperuntukkan pembiayaan sebanyak RM75,000 kepada peniaga bazar Ramadan sempena bulan Ramadan.

    “Kami menjangkakan menerima 2,000 permohonan pembiayaan dari seluruh negara. Kepada usahawan yang berminat mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut di cawangan Agrobank yang terdekat,” katanya.

    Sumber

  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

    Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

    Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4035/4105 berbanding dolar AS.

    Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4035/4105 berbanding dolar AS.

    RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin menjelang pengeluaran minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) serta unjuran global terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) minggu ini, kata seorang penganalisis.

    Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4035/4105 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Jumaat lepas pada 4.3995/4035.

    Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ketua IMF Kristalina Georgiva agak pesimis mengenai prospek ekonomi untuk lima tahun akan datang.

    “Menurut Georgiva, mendapatkan pertumbuhan global yang teguh masih menjadi tugas yang getir berikutan kadar faedah yang lebih tinggi dan perang yang berterusan di Ukraine.

    “Oleh itu, gandingan USD/MYR dijangka bergerak dalam julat yang sempit hari ini iaitu sekitar RM4.40-RM4.41,” katanya kepada Bernama.

    Selain itu, peserta pasaran turut menantikan data Indeks Harga Pengguna (CPI) AS yang akan dikeluarkan pada Rabu.

    Mohd Afzanizam berkata, nilai ringgit telah meningkat sejak awal Mac dan carta teknikal menunjukkan mata wang tempatan berada dalam kedudukan terlebih beli.

    “Sekiranya nada Rizab Persekutuan AS beralih untuk memihak kepada pertumbuhan ekonomi, ada kemungkinan ringgit boleh terus meningkat. Jika tidak, ia akan kekal dalam julat semasa atau memperlihatkan beberapa pembetulan,” katanya.

    Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi tidak berubah berbanding euro pada 4.8016/8092 daripada 4.8016/8060 pada penutup Jumaat lepas.

    Ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.3201/3259 berbanding 3.3411/3443 pada penutup Jumaat lepas dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4674/4761 daripada 5.4730/4780 sebelumnya.

    Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

    Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8487/8759 daripada 12.9090/9279 minggu lepas dan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.3062/3119 daripada 3.3079/3114 sebelumnya.

    Bagaimanapun, mata wang tempatan itu lebih rendah berbanding rupiah Indonesia pada 295.20/295.80 daripada 295.00/295.30 Jumaat lepas dan lemah berbanding peso Filipina pada 8.09/8.11 daripada 8.08/8.09 sebelumnya. – Bernama

    Sumber

  • Sempena bulan Ramadan, Portal Majalah RASA bekerjasama dengan AEON untuk memupuk sikap prihatin kepada masyarakat yang memerlukan sempena bulan Ramadan melalui tajaan daripada AJI-SHIO®.

    Sempena bulan Ramadan, Portal Majalah RASA bekerjasama dengan AEON untuk memupuk sikap prihatin kepada masyarakat yang memerlukan sempena bulan Ramadan melalui tajaan daripada AJI-SHIO®.

    Program kedua RASA Bubur Lambuk Warisa telah diadakan di AEON Mall dan ditaja oleh AJI-SHIO®. Ia telah dimuatkan oleh Majalah RASA dalam talian, yang beroperasi di bawah naungan Nu Ideaktiv Sdn Bhd. Program ini berlangsung dari 8:30 pagi hingga 6:00 petang di AEON Mall di Shah Alam.

    Program memasak dan edaran bubur lambuk ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azli Bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam. Program turut dihadiri oleh Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Kong Lay Ming, Pengurus Kanan Pemasaran AJI-SHIO®, Puan Munirah Azmi, Ketua Jabatan Operasi Mall, Leasing dan Pemasaran, AEON CO. (M) Berhad, Cik Nikki Lee, Ketua Jabatan Pemasaran Mall, Gig dan Pengurusan Acara, AEON CO. (M) Berhad, Encik Kamarul, Ketua Regional Wilayah Tengah AEON CO. (M) Berhad dan kumpulan-kumpulan motorsikal berkuasa tinggi.

    Program Bubur Lambuk Warisan ini dianjurkan oleh Ideaktiv, dibawakan oleh RASA dengan kerjasama AEON dan di taja oleh AJI-SHIO®. Program bersama AJI-SHIO® ini telah berlansung selama lima (5) tahun berturut-turut walaupun pada badai COVID-19 yang lalu. Tahun ini, Majalah RASA berpadu tenaga bersama AEON Mall mendekati masyarakat dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd semasa sesi pengagihan berkata “program memasak dan edaran bubur lambuk yang dianjurkan bersama AEON di bawah tajaan AJI-SHIO ini merupakan salah satu platform komunikasi di antara kami dengan masyarakat di sekeliling kami sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Saya juga amat berbesar hati kerana dapat berkerjasama dengan lebih banyak pihak dalam gabungan program untuk merealisasikan usaha-usaha menyantuni masyarakat disekeliling kami”. 

    AJI-SHIO® turut berkata “Kami amatlah berbesar hati untuk meneruskan kerjasama program bubur lambuk ini bersama Majalah Rasa di atas komitmen yang diberikan setiap tahun. Dalam pada masa yang sama, kami melihat inisiatif seperti ini sebagai sebuah platform untuk kami mempertengahkan resipi bubur lambuk yang lazat dengan menggunakan resipi AJI-SHIO® untuk diraikan oleh semua rakan Muslim kami. Tahun ini merupakan tahun yang kelima kami menyantuni wira barisan hadapan negara dan masyarakat sekeliling yang memerlukan untuk mengimarahkan sambutan bulan Ramadan mereka. Kami amatlah berharap agar usaha ikhlas ini dapat lagi diteruskan untuk Ramadan mahupun hari-hari bermakna akan datang”, Kong Lay Ming, Pengurus Kanan Pemasaran, AJI-SHIO®.

    “AEON amat bersyukur kerana dapat sama-sama menjayakan program Rasa Bubur Lambuk Warisan dan Ride Santai Ramadan yang dianjurkan bersama dengan Majalah RASA di bawah tajaan AJI-SHIO®. Sebagai sebuah pusat beli belah yang menjadi pilihan, AEON bukan sahaja menawarkan pilihan membeli belah yang eksklusif kepada pelanggannya, malah ia juga menjadi pusat aktiviti kemasyarakatan dan gaya hidup terkini yang sihat. Aktiviti ini membolehkan AEON mendekatkan lagi perkhidmatannya dengan komuniti setempat melalui program tanggungjawab sosial korporat di samping dapat menyerikan lagi suasana Aidilfitri yang bakal menjelang,” kata Munirah Azmi, Ketua Jabatan Operasi Mall, Leasing dan Pemasaran.

    Norlidawati selaku Editor Pengurusan Rasa turut menambah bahawa program seperti ini dapat mengukuhkan lagi silaturahim antara warga kerja majalah online tersebut dengan para pembacanya kerana kesemua pembaca yang berdaftar atau pengikut laman sosial media nya bersama majalah online yang lain di bawah naugan Kumpulan Nu Ideaktiv Sdb Bhd turut dijemput ke program edaran bubur lambuk secara percuma ini.

    Melalui kerjasama AEON juga, majlis tersebut dimeriahkan oleh kehadiran selebriti tempatan seperti Rahmad Mega, Baggio Damasutra, Iwan dan Krill Rashid serta kumpulan konvoi motorsikal Harley Davidson oleh Respect Bikers. Selebriti dan konvoi motorsikal akan menghiburkan pengunjung di AEON MALL Shah Alam sebelum turut serta di dalam proses agihan bubur lambuk di kawasan Padang Jawa.

    Selain itu, majalah tersebut turut menganjurkan sebuah rancangan masakan sebanyak 22 episod iaitu Rasa Nostalgia Kampung Style yang dibawakan oleh BABA’S – menampilkan chef-chef terkenal seperti Chef Adu Amran dan Chef Wan bersama beberapa artis tanah air seperti Ezzaty Abdullah Zizi Kirana, Namie Ubi, Sazzy Falak dan ramai lagi. Ketahui pelbagai resipi tradisional yang menarik, tonton rancangan ini setiap hari Rabu hingga Ahad, jam 7:00 malam di Astro Ria.