Blog

  • Midea Raih Pertumbuhan Pesat di Malaysia Dengan Fokus Pada Inovasi Rumah Pintar

    Midea Raih Pertumbuhan Pesat di Malaysia Dengan Fokus Pada Inovasi Rumah Pintar

    Midea, peneraju global dalam bidang perkakas rumah pintar, hari ini melancarkan rangkaian produk terbarunya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting. Majlis pelancaran ini menandakan komitmen syarikat untuk terus memperkenalkan perkakas rumah pintar yang cekap tenaga dan mesra pengguna, dengan tujuan memberi kemudahan kepada lebih ramai pengguna di Malaysia.

    Menurut Mark Tam, Pengarah Urusan Midea Malaysia, “Pelancaran produk baharu pada hari ini membawa makna yang mendalam bagi kami. Ia seiring dengan visi Midea untuk merangkul masa hadapan kehidupan rumah tangga. Gaya hidup pengguna kini semakin sibuk, dan mereka memerlukan teknologi yang lebih bijak dan cekap. Dengan menawarkan inovasi mampu milik, pembuatan berkualiti tinggi, serta sokongan perkhidmatan pelanggan yang hebat, Midea komited untuk memimpin perubahan dengan mengintegrasikan kehidupan pintar yang memenuhi keperluan setiap pengguna.”

    Midea sentiasa mendahului dalam usaha mencipta perkakas rumah pintar yang cekap tenaga dan mesra alam. Dengan kos elektrik yang semakin meningkat, permintaan terhadap produk cekap tenaga semakin meningkat, dan Midea memenuhi keperluan ini dengan menawarkan pendingin hawa dan peti sejuk yang diiktiraf oleh SEDA (Sustainable Energy Development Authority Malaysia). Sebanyak 34 model pendingin hawa dan 13 model peti sejuk Midea telah mencapai penarafan 4 bintang atau lebih tinggi. Syarikat juga melaporkan peningkatan sebanyak 40% dalam jualan model pendingin hawa penyongsang yang cekap tenaga.

    Selain kecekapan tenaga, Midea turut memberikan tumpuan kepada kesepaduan reka bentuk dan kecanggihan teknologi dalam setiap produk terbarunya. Rangkaian produk terbaru ini dilengkapi dengan teknologi RFID dan Wi-Fi, membolehkan pengguna mengawal peralatan mereka dari jauh melalui aplikasi SmartHome untuk pengalaman yang lebih intuitif dan tersambung.

    Midea terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu jenama perkakas rumah yang paling pesat berkembang di Malaysia. Syarikat ini mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun (YoY) melebihi 30% dalam segmen pendingin hawa, dan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) bagi keseluruhan syarikat adalah sebanyak 20% dalam lima tahun terakhir. Untuk tahun 2025, Midea Malaysia menyasarkan jualan tahunan sebanyak RM1 bilion dan pertumbuhan dua angka yang berterusan.

    Selain itu, Midea merancang untuk mengembangkan rangkaian kedai Midea Pro Shops, yang akan memberi fokus kepada penyaman udara dan perkhidmatan berkualiti kepada pengguna. Lebih 50 lokasi baru akan dibuka dalam tempoh dua tahun akan datang untuk memudahkan akses kepada produk dan sokongan teknikal.

    Sebagai sebahagian daripada strategi untuk menjadi jenama yang dipacu teknologi, Midea juga merancang untuk memperbaharui dan menaik taraf lebih 50 kedai Midea Brands Stores di seluruh Malaysia dalam tempoh dua tahun. Kedai-kedai ini akan dilengkapi dengan pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif dan menarik, memberikan pengguna peluang untuk meneroka teknologi inovatif dalam persekitaran yang mesra pelanggan.

    Melalui rangkaian produk rumah pintar terbarunya, Midea bertujuan untuk menyempurnakan pengalaman hidup warga Malaysia. Dari dapur hingga bilik tidur, produk-produk ini direka untuk memberikan penyelesaian yang lebih mudah, moden, dan mesra pengguna. Dengan sokongan aplikasi SmartHome, teknologi seperti Data Besar, Kecerdasan Buatan, Pengkomputeran Awan, dan IoT digunakan untuk menyambungkan peralatan rumah ke telefon pintar, memberi kebebasan kepada pengguna untuk mengawal rumah mereka dengan lebih mudah.

    Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Midea juga menawarkan promosi eksklusif kepada pelanggan yang membeli produk-produk terpilih. Bermula 16 Mac 2025, pelanggan boleh menikmati ganjaran Touch ‘n Go sehingga RM500. Untuk maklumat lanjut dan pengumuman terkini, pengguna boleh mengikuti saluran rasmi Midea Malaysia.

    Dengan pelancaran ini, Midea terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam sektor perkakas rumah pintar, memberikan penyelesaian cekap tenaga yang menyokong gaya hidup pintar dan mampan.

  • Achey Kembali Dengan Single Raya Terbaru, ‘Ragam Raya’

    Penyanyi dan komposer terkenal, Achey kembali memeriahkan Aidilfitri dengan single raya terbarunya berjudul Ragam Raya. Lagu ini turut menampilkan penyanyi baru Baby Feaaa dan penyanyi cilik viral, Tantari.

    “Saya sudah menyiapkan demo lagu pada September, tetapi proses rakaman mengambil sedikit masa kerana perlu mengikut jadual Baby Feaaa dan Tantari. Baby Feaaa pula sedang belajar di Kelantan, jadi ada sedikit kelewatan,” ujar Achey.

    Pemilihan Baby Feaaa dalam lagu ini mempunyai nilai sentimental tersendiri buat Achey, kerana beliau merupakan anak kepada Allahyarham Harun Salim Bachik, individu yang pernah membantu Achey menapak dalam industri seni.

    “Arwah Harun pernah banyak membantu saya pada tahun 2012. Selepas pemergian beliau, saya rasa bertanggungjawab untuk membantu Baby Feaaa mengembangkan bakatnya. Alhamdulillah, sebelum ini kami pernah berduet dalam lagu Kabus, dan kini kami berkolaborasi lagi dalam lagu raya,” jelasnya.

    “Lagu raya ini seperti satu kumpulan kecil yang saya hasilkan untuk menghimpunkan penyanyi-penyanyi yang pernah menyanyikan lagu ciptaan saya. Setiap tahun, saya bercadang untuk mengumpulkan mereka dalam sebuah lagu raya khas,” kata Achey lagi.

    Achey sebelum ini pernah menghasilkan lagu raya bertajuk Raya Rempit, yang menceritakan tentang trend menghias motosikal sempena Hari Raya. Kali ini, beliau mahu mengetengahkan realiti persiapan raya yang biasa berlaku tetapi jarang dimasukkan dalam lagu raya.

    “Saya mahu lagu ini menjadi antara lagu raya yang dimainkan setiap tahun. Terima kasih kepada label rakaman saya, Seventeen Eleven Music, 360 Production, rakan media serta penaja utama, Sepulau Bintang, yang telah membantu dalam penghasilan muzik video ini,” katanya.

    Selain itu, Achey juga merancang untuk menampilkan seorang lagi penyanyi dalam projek muziknya selepas Hari Raya, termasuk anaknya sendiri yang akan membuat pelbagai cover lagu dalam versi kanak-kanak.

    Single Ragam Raya terbitan Seventeen Eleven Music boleh mula distrim di semua platform penstriman muzik mulai Jumaat, 7 Mac 2025. Muzik video rasmi lagu ini juga boleh ditonton di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada hari yang sama, jam 10 malam.

    Tonton muzik video rasmi di sini: https://youtu.be/QAbivSUfiuU.

  • Persahabatan dalam Ujian: Drama Korea ‘Friendly Rivalry’ Penuh Dengan Konflik dan Kejutan!

    Persahabatan dalam Ujian: Drama Korea ‘Friendly Rivalry’ Penuh Dengan Konflik dan Kejutan!

    Friendly Rivalry, drama Korea terbaharu yang sedang mencuri perhatian penonton, kini bersiaran secara eksklusif di platform Tonton sejak 28 Februari 2025. Mengisahkan persaingan penuh emosi antara dua pelajar di Sekolah Menengah Chaehwa, sebuah institusi elit di Korea Selatan, drama ini menjanjikan jalan cerita yang penuh dengan kejutan dan ketegangan yang pastinya tidak akan mengecewakan penonton.

    Drama ini mengisahkan perjalanan Woo Seul-gi (Chung Su-bin), seorang gadis yang dibesarkan di rumah anak yatim dan baru sahaja berpindah ke Seoul untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Chaehwa, sebuah sekolah yang hanya menerima pelajar terbaik di negara tersebut. Kehadiran Seul-gi di sekolah itu memaksa dia untuk menghadapi persaingan yang sengit di kalangan pelajar-pelajar elit yang lain. Namun, satu pertemuan yang tidak dijangka dengan Yoo Je-i (Lee Hye-ri), pelajar paling berpengaruh di sekolah tersebut, membawa perubahan besar dalam hidupnya.

    Yoo Je-i, seorang pelajar yang memiliki IQ luar biasa, latar belakang keluarga kaya, dan rupa paras yang menawan, adalah sosok yang sangat disegani di sekolah tersebut. Kehebatannya menjadikan dia sasaran kecemburuan dan persaingan, tetapi dengan kelebihan yang dimilikinya, Yoo Je-i juga tidak teragak-agak untuk memanfaatkan kedudukannya demi kepentingan peribadi.

    Walaupun berasal dari latar belakang yang berbeza, hubungan antara Yoo Je-i dan Seul-gi mula berkembang dalam bentuk persahabatan yang kompleks, bercampur aduk dengan persaingan sengit. Setiap langkah mereka dipenuhi dengan ketegangan dan konflik yang semakin memuncak, membawa mereka ke persimpangan yang sukar, di mana persahabatan mereka diuji oleh hasrat dan impian masing-masing.

    Dengan arahan daripada Kim Tae-hee, Friendly Rivalry menggambarkan elemen-elemen emosi dan ketegangan yang mendalam, menggabungkan drama psikologi dengan konflik antara watak yang penuh misteri. Penonton disajikan dengan perjalanan yang penuh dengan pergolakan emosi, yang membuatkan mereka tidak sabar untuk mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya.

    Drama ini turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Kang Hye-won sebagai Joo Ye-ri dan Oh Woo-ri sebagai Choi Gyung, yang masing-masing memberi impak besar kepada jalan cerita yang penuh dengan liku-liku kehidupan pelajar di sekolah elit. Setiap watak membawa perwatakan yang unik, memberi dimensi baru kepada ketegangan yang berkembang di setiap episod.

    Tonton kini menayangkan empat episod berturut-turut setiap minggu pada hari Jumaat, dan episod 5 hingga 8 akan disiarkan pada minggu ini. Jangan lepaskan peluang untuk terus mengikuti kelanjutan drama ini yang pasti akan terus menampilkan pelbagai kejutan dan konflik yang mendalam.

    Bersiap sedialah untuk menyaksikan Friendly Rivalry, drama 16 episod yang menguji batas persahabatan dan persaingan! Saksikan sekarang secara eksklusif di Tonton, dan ikuti perkembangan terkini drama ini di media sosial menggunakan hashtag #Tonton. Jangan lupa untuk mengikuti Tonton di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy untuk maklumat terkini mengenai rancangan kegemaran anda.

  • TRELER RASMI Blood Brothers: Aksi Padu Tampil Di Pawagam April Ini!

    TRELER RASMI Blood Brothers: Aksi Padu Tampil Di Pawagam April Ini!

    PETALING JAYA, 3 MAC 2025 – Bersiap sedia untuk aksi mendebarkan! Blood Brothers, filem aksi paling ditunggu pada tahun ini, bakal menemui penonton di pawagam bermula 10 April 2025.

    Diarahkan oleh Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, filem ini menampilkan bintang-bintang hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, dan Syazwan Zulkifly. Kisah ini bertemakan pengkhianatan dan persaudaraan apabila Ariff (Syafiq Kyle), seorang pengawal peribadi, dikejar oleh bekas sahabatnya sendiri setelah dituduh mengkhianati kumpulannya.

    Trailer rasmi Blood Brothers kini hangat di media sosial, menampilkan aksi mendebarkan dan jalan cerita penuh emosi. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya! Nantikan tayangan filem ini pada 10 April 2025!

  • Adi Putra: Adakah Dia Seorang Yang Toksik? Amyra Rosli Pilih Mengundurkan Diri!

    Adi Putra: Adakah Dia Seorang Yang Toksik? Amyra Rosli Pilih Mengundurkan Diri!

    Sekam Di Dada, drama terbaru yang bakal menggegarkan slot Samarinda TV3, menjanjikan kisah penuh konflik, dendam, dan permainan emosi yang memikat. Bermula 11 Mac 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10.00 malam, drama ini membawa penonton menyelami kehidupan Orkid (Amyra Rosli), seorang wanita terperangkap dalam perkahwinan tanpa cinta dan dihantui oleh amarah yang membakar perlahan-lahan.

    Sekam Di Dada mengisahkan Orkid yang, sebagai seorang guru mengaji, akhirnya membuat keputusan mengejut untuk menuntut cerai apabila suaminya, Nasir (Dato’ Adi Putra), jatuh sakit dan kehilangan keupayaan untuk berjalan. Tindakan Orkid mencetuskan kemarahan dalam keluarga, terutamanya anaknya, Nazman (Apich Lo), yang merasa dikhianati. Keputusan Orkid untuk mengejar impian peribadi dan memperjuangkan haknya menambah ketegangan dalam keluarga tersebut.

    Tidak hanya itu, konflik semakin memuncak apabila Nasir terus mempertahankan egonya, malah menyalahkan orang lain atas keadaan dirinya. “Penonton pasti akan meluat dengan watak Nasir,” kata Dato’ Adi Putra. Wataknya yang narsistik dan egois tidak peduli siapa pun di sekelilingnya, malah keluarganya sendiri dianggap musuh. Namun, seperti yang dijanjikan, setiap perbuatan ada sebabnya, dan penonton akan mula memahami kerumitan dalam setiap tindakan Nasir.

    Drama yang diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan dihasilkan oleh penulis skrip berpengalaman, Wan Mahani Wan Hassan, yang juga di sebalik kejayaan Ayahanda dan Andainya Takdir. Sekam Di Dada turut menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Josiah Hogan, Puteri Sarah Liyana, Auni Yusri, Qistina Khaled, Nadia Brian, dan Arash Mohamad, yang membawa watak-watak penuh emosi dan ketegangan.

    Sebagai penutup, drama ini mengajak penonton untuk merasai derita Orkid yang terperangkap dalam dunia yang penuh dengan permainan narsistik dan ego. Sekam Di Dada bukan sekadar cerita biasa, ia adalah kisah hidup yang penuh dengan penderitaan, ketegangan, dan keputusan yang sukar.

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Sekam Di Dada pada 11 Mac 2025, hanya di slot Samarinda TV3. Untuk info terkini, ikuti TV3 Malaysia di media sosial atau lawati Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasanga. Bersedialah untuk terhanyut dalam gelombang emosi yang pasti mengejutkan!

  • Ara Johari Kejutkan Peminat dengan Lagu Zapin Raya

    Ara Johari Kejutkan Peminat dengan Lagu Zapin Raya

    Bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, penyanyi berbakat Ara Johari tampil dengan single terbaru berjudul Zapin Malam Raya. Berbeza daripada kebiasaan, lagu ini mengetengahkan genre zapin Melayu dengan sentuhan moden, hasil ciptaan Affan Mazlan dan Syafiq Al Gambus.

    Lagu ini turut menjadi lebih istimewa dengan kehadiran kumpulan lawak Trio Latah sebagai penyanyi undangan. Menurut Ara, beliau tidak merancang untuk merakamkan lagu raya pada mulanya tetapi selepas bertemu dengan Affan, tercetuslah idea untuk projek ini. “Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyanyikan sebuah lagu raya yang sesuai dengan jiwa,” katanya.

    Salah satu keunikan lagu ini ialah penggunaan dialek Negeri Sembilan dan Kelantan, sesuatu yang jarang ditemui dalam lagu raya sebelum ini. Liriknya pula berkisar tentang kegembiraan seorang suami apabila dapat pulang ke kampungnya untuk menyambut Aidilfitri.

    Bagi melengkapkan pengalaman peminat, muzik video rasmi lagu ini sedang menjalani proses penggambaran dan dijangka dilancarkan pada minggu hadapan. Peminat pastinya teruja untuk melihat bagaimana Ara membawakan elemen tradisional dengan gaya tersendiri.

    Zapin Malam Raya boleh mula didengarkan di semua platform digital bermula 19 Mac menerusi edaran Universal Music Malaysia. Jangan lupa masukkan lagu ini dalam senarai main raya anda!

  • Koleksi Lagu Raya Berbeza: ZUS Coffee Bawa ‘Cerita Malam Raya’ yang Menyeronokkan dan Menggerunkan

    Koleksi Lagu Raya Berbeza: ZUS Coffee Bawa ‘Cerita Malam Raya’ yang Menyeronokkan dan Menggerunkan

    ZUS Coffee mengajak rakyat Malaysia untuk merayakan Hari Raya dengan cara yang penuh keceriaan dan kemeriahan menerusi kempen terbaru mereka, Sembang-Sembang dengan ZUS. Bertepatan dengan semangat perayaan, kempen ini dilancarkan dengan lagu “Cerita Malam Raya”, yang menyatukan elemen lawak dan seram dalam sebuah naratif unik mengenai pertemuan keluarga pada malam Raya.

    Lagu “Cerita Malam Raya” adalah hasil kerjasama antara ZUS Coffee, Faithful Music, Loko Films, Luqman Podolski, dan Zeppo Youngsterz Crew. Menggabungkan elemen komedi dan ketegangan, lagu ini menceritakan pengalaman sebuah keluarga yang berkumpul pada malam Raya untuk berdepan dengan kejadian seram yang turut mengundang tawa. Ia berfungsi sebagai pengingat bahawa kemeriahan sebenar Hari Raya dapat dinikmati apabila kita mengetepikan telefon bimbit dan memfokuskan perhatian pada detik-detik berharga bersama orang tersayang.

    Shafiqah Othman, Pengarah Kreatif ZUS Coffee, berkata, “Projek ini mengingatkan kami tentang keindahan yang wujud apabila kami benar-benar menikmati perbualan tanpa gangguan. Kerjasama ini juga memberi peluang untuk kami menyokong bakat tempatan seperti Luqman, Faithful Music, Loko Films, dan Zeppo Youngsterz Crew, yang bersama-sama menjayakan idea yang memberi impak kepada masyarakat.”

    Pencipta kandungan dan penyanyi Luqman Podolski turut berkongsi kegembiraannya, “Lagu Cerita Malam Raya membawa sesuatu yang baru untuk Hari Raya — ia bukan sahaja menggambarkan semangat perayaan, tetapi juga sentuhan cerita seram yang jarang dilihat. Saya berharap orang ramai akan menikmati suasana yang kami cipta dalam video muzik ini sebagaimana kami teruja semasa penggambaran.”

    Sebagai tambahan kepada video muzik dan rekaan eksklusif produk, ZUS Coffee turut melancarkan koleksi istimewa sempena Ramadan dan Raya. Di antaranya adalah Sampul Raya, Sticker Raya, Sembang Raya Keychains, dan ZUS Raya Card Game yang bertujuan untuk mencetuskan lebih banyak perbualan bermakna semasa sambutan Hari Raya. Koleksi ini dijangka akan dilancarkan pada bulan Mac, manakala tumbler eksklusif boleh didapati secara dalam talian.

    Salah satu aspek menarik dalam kempen ini adalah Cabaran Tarian Cerita Malam Raya, yang mengajak rakyat Malaysia untuk mempamerkan bakat tarian mereka menggunakan lagu Cerita Malam Raya. Peserta berpeluang untuk memenangi kopi percuma selama setahun dengan hanya berkongsi video tarian mereka di TikTok dan menandakan ZUS Coffee. Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk berkongsi cerita Raya mereka yang lucu atau menyeramkan menggunakan hashtag #SembangSembangDenganZUS.

    Video muzik untuk Cerita Malam Raya boleh ditonton mulai 7 Mac 2025, jam 9 malam, di saluran rasmi ZUS Coffee di Instagram, TikTok, dan YouTube, serta di Spotify.

    Melalui kempen ini, ZUS Coffee bukan sahaja meraikan Hari Raya dengan cara yang baharu, tetapi juga terus menyokong dan memperkasa bakat tempatan. Dengan kerjasama artis-artis seperti Luqman Podolski, Zeppo Youngsterz Crew, Faithful Music, dan banyak lagi, ZUS Coffee membuktikan komitmennya untuk menghubungkan rakyat Malaysia melalui karya seni dan perayaan yang penuh bermakna.

  • ILBAI Cracks Down on Luxury Counterfeit Fraud

    ILBAI Cracks Down on Luxury Counterfeit Fraud

    The surge of live-stream e-commerce and social commerce has created a booming marketplace, but it has also opened doors for unethical sellers to exploit consumers seeking luxury goods. Many deceitful businesses have taken advantage of this trend, selling counterfeit products at high prices while pretending they are genuine.

    To address this growing concern, the International Luxury Brands Authentication Institute (ILBAI) has scheduled a press conference on 6 March 2025 at Barrister’s Brew, Desa Sri Hartamas. The event aims to expose the fraudulent operations of “The High Table” and “Unboxing,” two platforms that have been misleading consumers and engaging in unethical business practices.

    According to multiple consumer complaints, Aw Chee Koon, the person behind “The High Table” and “Unboxing,” has been selling counterfeit luxury goods under the guise of authenticity. When customers question the legitimacy of their purchases or request refunds, they are met with threats and intimidation to silence them.

    Despite numerous reports, “The High Table” and “Unboxing” remain active across various social media and e-commerce platforms. Their deceptive tactics include using fake accounts to manipulate sales records during live-stream events and spreading misinformation to discredit victims who speak out.

    Victims who sought refunds after purchasing counterfeit items from “The High Table” and “Unboxing” were frequently denied their requests. Some even received threats and were subjected to malicious defamation. In extreme cases, these platforms allegedly filed false police reports against victims to suppress their voices and discourage further complaints.

    In response to these fraudulent activities, ILBAI has officially filed a lawsuit against “The High Table” and “Unboxing,” along with their responsible parties. To safeguard consumer rights and maintain the integrity of the luxury goods industry, ILBAI will offer free authentication services to all affected buyers. The institute will also provide legal assistance to victims and conduct a thorough investigation into the unlawful operations of these platforms.

    ILBAI urges consumers to be cautious when purchasing luxury goods online and to report any suspicious sellers to the appropriate authorities. The institute remains dedicated to fostering a trustworthy marketplace, free from deception and fraud.

    For more updates on the press conference and legal proceedings, ILBAI encourages consumers to follow their official channels. Victims are urged to seek assistance if they believe they have been misled into purchasing counterfeit luxury goods.

    Together, we can put an end to luxury counterfeit scams and protect consumer rights worldwide.

  • Arish Mikael Pikat Hati Pendengar dengan Antara Puisi dan Rautmu

    Arish Mikael Pikat Hati Pendengar dengan Antara Puisi dan Rautmu

    Selepas kejayaan single pertamanya, Nukilanmu, pemuzik berbakat Arish Mikael kembali dengan lagu terbarunya, Antara Puisi dan Rautmu. Lagu terbitan Luncai Emas ini mengangkat tema cinta dan jiwa seni, mencerminkan kejujuran seorang seniman dalam menginterpretasi keindahan.

    Berasal dari Johor dan dibesarkan dalam keluarga sederhana yang mencintai seni, Arish telah terinspirasi oleh ikon seperti P. Ramlee dan kumpulan Search. Bermula dengan drum sebagai alat muzik pertamanya, kini beliau meneroka dunia nyanyian dan penciptaan lagu.

    Menurut Arish, lagu ini dicipta sejak zaman persekolahan dan bermula sebagai demo di YouTube sebelum mendapat sentuhan profesional daripada Hidayat Pitahati, Izzat Ramayan, dan Faliq Mohd. “Proses produksi ini mengajar saya banyak perkara, terutama dalam mengembangkan bunyi yang lebih matang,” katanya.

    Tanpa meletakkan harapan yang tinggi, Arish berharap lagu ini dapat diterima baik dan memberi inspirasi kepada pendengar. Antara Puisi dan Rautmu akan dilancarkan di semua platform digital pada 21 Februari 2025, bersama visualizer di YouTube.

  • Converse MY Dorong Bakat Baharu Seni Kreatif Tempatan

    Converse MY Dorong Bakat Baharu Seni Kreatif Tempatan

    Pada 28 Februari ini, Converse Malaysia (Converse MY) akan melancarkan Creative Exploration, sebuah aktivasi jenama yang memperkasakan seni dan kreativiti tempatan di bawah kempen global LOVE, CHUCK. Majlis ini akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar, Setiausaha Politik Kanan YAB Perdana Menteri Malaysia, menandakan kolaborasi unik antara jenama fesyen, institusi seni dan akademik.

    Creative Exploration adalah hasil kerjasama antara Converse MY, Balai Seni Negara, serta institusi pengajian tinggi UiTM dan MIA. Program ini bertujuan menyediakan platform kepada pelajar seni untuk mempamerkan kreativiti mereka menggunakan kasut Chuck Taylor sebagai medium utama. Hasil karya mereka akan dipamerkan di Art Depot, Balai Seni Negara dari 28 Februari hingga 12 April, sebelum dipertontonkan di butik Converse terpilih di Lembah Klang.

    Inisiatif ini bukan sahaja membuka peluang kepada pelajar untuk meneroka gabungan seni dan fesyen, tetapi juga mengukuhkan kedudukan Balai Seni Negara sebagai pusat seni kontemporari utama di Malaysia. Melalui program ini, para pelajar berpeluang mendapatkan pendedahan awal dalam industri fesyen dan seni komersil, sekaligus membina rangkaian dengan penggiat seni profesional.

    Menurut Dr. Shaliza Mohd Shariff, Ketua Pengajian Seni Reka dari Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM, Creative Exploration menjadi pemangkin bagi pelajar untuk melangkaui batas akademik. “Projek ini bukan sekadar pameran seni, tetapi platform yang membolehkan pelajar memahami aplikasi seni dalam dunia nyata. Kami berharap kerjasama ini akan terus berkembang dan memberikan lebih banyak peluang kepada bakat muda,” katanya.

    Selain menyokong pembangunan bakat seni tempatan, aktivasi ini turut mengukuhkan kedudukan UiTM dan MIA sebagai institusi pendidikan seni yang prolifik dan relevan dalam industri kreatif. Penganjuran program seperti ini menjadi bukti komitmen mereka dalam membentuk generasi seniman baharu yang berdaya saing.

    Sebagai sebahagian daripada kempen LOVE, CHUCK, Converse MY berharap Creative Exploration dapat membuka lebih banyak ruang kepada seniman tempatan untuk terus berkembang. Dengan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak, program ini dijangka menjadi platform seni yang berdaya tahan dan berimpak tinggi untuk masa hadapan.