Blog

  • Redang Lagoon Chalet

    Redang Lagoon Chalet

    Pulau Redang adalah antara pulau yang terdapat dan terkenal di Malaysia. Terletak 45 km dari Kuala Terengganu, Redang Lagoon Chalet menawarkan percutian dengan menawarkan air jernih, banyak tempat menyelam, pantai yang cantik, servis terbaik, perkhidmatan snorkling dan lain-lain. Pulau Redang juga adalah tempat pembiakan “Green Turtles” dan “Hawksbill Turtles”, dengan bersarang berlaku di pantai-pantai berpasir di pulau itu. Diasaskan oleh usahawan Melayu bumiputera, Redang Lagoon Chalet adalah destinasi pilihan yang seharusnya dikunjungi untuk bercuti dan melihat pembiakan penyu ini.

     

    Redang Lagoon Chalet Servis termasuk:

    • Perjalanan pergi balik ke Pulau Redang
    • 2 sarapan pagi, 2 makan tengah hari, 1 makan petang dan 1 bbq
    • 3 snorling

     

    Kemudahan asas:
    • Restoran yang menyediakan “Malaysian cuisine”- Redang buffet style
    • Risepsi di Redang Lagoon Chalet
    • Peralatan Snorkling
    Aktiviti:
    • Snorkling
    • Trip memancing (tidak termasuk dalam harga pakej)
    •  Bola tampar pantai
    • Karok

    Senarai harga pakej Redang Lagoon Chalet:

     WEEKDAY  WEEKEND  PUBLIC/HOLIDAY
    Quad Sharing 290 320 360
    Triple sharing 290 320 360
    Twin Sharing 300 340 380
    Children 4-11 years 150 150 180

    *perubahan harga pakej bergantung kepada terma dan syarat

     

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:

    Tel         :09-6665018

    Hp          :0199140083

    Fax         :09-6665019

    Email     : admin@redanglagoon.com

    Website: www.redanglagoon.com

     

  • Firefly Park Resort

    Firefly Park Resort

    Firefly Park Resort terletak di Bukit Bimbing Kuala Selangor. Di sini, daya tarikan utama adalah kelip-kelip. Pengunjung akan dibawa ke dunia yang penuh kelip-kelip dengan menaiki bot. Kelip- kelip adalah sejenis serangga yang mengeluarkan cahaya dibadan dan bergerak secara berkumpulan. Pengunjung boleh melihat keindahan ciptaan tuhan ini selepas matahari terbenam.

    Kepada pengunjung yang tidak mempunyai tempat penginapan, jangan risau kerana Firefly Park ini turut menyediakan chalet. Tempahan harus dibuat terlebih dahulu bagi mengelakkan “full book”. Di sini terdapat 12 unit buah chalet. Setiap unit terdiri daripada 2 bilik untuk 4 orang. Bilik ini juga menyediakan kemudahan penghawa dingin,tv ,kipas siling,bilik mandi dan pemanas air.

    Kemudahan lain adalah seperti dewan yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu masa, restoran makanan laut masakan cina halal, peralatan BBQ, tempat letak kereta yang luas dan taman permainan kanak-kanak.

    Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi ditalian:
    The Resort
    FIREFLY PARK RESORT (KS) SDN BHD

    Alamat                    : Jalan Haji Omar, Kampung Bukit Belimbing, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
    Tel                             : 603-3260 1208
    Fax                            : 603-3260 1234
    Nombor restoran: 6019- 669 1398
  • Wings Of KKB 2014: Selangor Birds Race

    Wings Of KKB 2014: Selangor Birds Race

    Wings Of KKB 2014: Selangor Birds Race

    Wings Of KKB 2014: Selangor Birds Race- Telah diadakan pada 25 hingga 27 April 2014 oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan mendapat tajaan Resort World Genting.

    Kuala Kubu Bharu (KKB) dipilih untuk program ini kerana ia adalah merupakan tempat tinggal pelbagai spesis burung dan binatang-binatang. Selain itu, pihak MDHS juga ingin berkongsi kelebihan alam semulajadi di KKB kepada masyarakat dan pelancong-pelancong.

     “Objektif utama penganjuran Wings Of KKB ini adalah bagi memupuk kesedaran orang ramai dan pelajar sekolah khasnya dalam kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti memerhati burung.”

    Gala Dinner yang diadakan khas untuk merasmikan Wings Of KKB 2014 yang bertempat di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort Genting Highland.

    IMG_3556

    Perasmian Wing Of KKB 2014 : Selangor Birds Race

    Seperti tahun-tahun lepas pertandingan mengenalpasti burung diadakan mengikut kategori tertentu seperti kategori sekolah dan kategori terbuka. Tetapi, untuk program Wings Of KKB 2014 ini, ianya lebih meriah kerana ditambah 2 lagi kategori iaitu kategori pelajar universiti, kolej  dan pertandingan fotografi burung. Selain itu, acara Mini Explorace adalah salah satu acara sampingan yang dianjurkan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah .

    IMG_3702

    Pelajar sekolah rendah tengah bersedia untuk memulakan aktiviti Mini Explorace

    Peserta perlu bergerak untuk 10 checkpoint yang telah ditetapkan. Ianya bermula dengan 5 checkpoint di Bandar Kuala Kubu Bharu, Taman Milenium, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan berakhir di Resort World Genting.

    Oleh itu, para peserta berpeluang untuk melihat dan mengenalpasti pelbagai spesis burung dari serata dunia dan mengikut perbezaan ketinggian dari aras laut.

    Pemenang bagi acara Birds Race akan menerima hadiah berjumlah RM10,000.00 dalam bentuk barangan “Outdoor” bagi ketiga-tiga kategori. Manakala bagi pemenang pertandingan fotografi burung pula menerima hadiah kamera Nikon D3100. Pihak Resorts World Genting juga menyediakan hadiah berupa penginapan 2 hari 1 malam di First World Hotel dan hadiah sampingan lain.

    Pemenang bagi kategori sekolah rendah ialah kumpulan Red Eagle dari Sekolah Kebangsaan Ampang Pechah dengan jumlah carian sebanyak 19 spesis. Bagi kategori sekolah menengah dimenangi oleh kumpulan Jentayu dari Sekolah Menengah Syed Mashor dengan jumlah carian sebanyak 21 spesis. Bagi kategori kolej dan universiti dimenangi oleh kumpulan Magpie Robin dari Universiti Teknologi Mara Perlis. Bagi kategori terbuka dimenangi oleh  kumpulan 3 Aquile yang berasal daripada Serdang dengan jumlah carian sebanyak 59 spesis. Pemenang bagi pertandingan fotografi pula dimenangi oleh Suhaimi Bin Mohd Yusof yang berasal daripada Putrajaya.

     IMG_3922

  • Sinar Ramadan

    Sinar Ramadan

    Sinar Ramadan

    sinar-ramadhan

  • Aloft Kuala Lumpur Sentral

    Aloft Kuala Lumpur Sentral

    Aloft Kuala Lumpur Sentral

    Aloft Kuala Lumpur Sentral – Kuala Lumpur Sentral atau sebutan ringkasnya iaitu KL Sentral, adalah merupakan tempat tumpuan rakyat Malaysia mahupun pelancong luar. KL Sentral merupakan stesen keretapi yang terbesar  di Asia Tenggara. Pernahkah anda menginap di hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral?? Ianya terletak betul- betul di hadapan KL Sentral. Ia juga berdekatan dengan Muzium Negara, Taman Burung, Taman Tasik Perdana dan hanya mengambil masa 28 minit dari hotel ke KLIA dengan menaiki ERL yang dikenali sebagai KLIA Express.

    IMG_8327

                                                    Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral

    Hotel Aloft KL Sentral mempunyai 482 buah bilik dan suite. 465 buah daripadanya adalah Urban room dan Loft room. Terdapat dua jenis suite di sini, iaitu Sweet suite dan suite yang terbesar,Breezy suite. Tempat makan? Anda tidak perlu risau kerana terdapat Restoran Nook yang menyediakan aneka makanan tempatan mahupun antrabangsa. Selain itu, re:fuel by Aloft adalah kawasan layan diri di mana anda boleh mengambil makanan pilihan anda.

    IMG_8339

                                                                                                                  Nasi lemak Aloft

    Kolam renang di hotel ini sangat cantik dan menggunakan konsep rooftop pool. Sambil berenang, pengunjung bolehlah menikmati pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur.

    IMG_8531

    Kolam renang

    Bagi yang ingin bersenam bolehlah pergi ke pusat kesihatan re:charge yang buka selama 24 jam dengan kelengkapan bersenam yang lengkap demi memenuhi kehendak dan keselesaan para pengunjung.

    Hotel Aloft KL Sentral juga mempunyai dewan utama untuk penganjuran majlis- majlis tertentu serta ruang mesyuarat yang lengkap dengan kemudahan teknologi canggih.

    Hotel ini sangat sesuai buat pengunjung moden yang sukakan keunikan. Susunan dan hiasan bilik yang biasa tetapi mampu menarik hati setiap pengunjung yang datang. Jika datang ke KL sentral, mari menginap di Hotel Aloft KL.

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:

    Alamat  : No 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
    Tel           :03-2723 1188
  • Cruise Tasik Putrajaya

    Cruise Tasik Putrajaya

    Cruise Tasik Putrajaya

    Cruise Tasik Putrajaya diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. Perkara pertama yang terlintas difikiran adalah “pejabat kerajaan” sekiranya singgah di Putrajaya. Popular sebagai tempat lawatan untuk murid-murid sekolah dan pelancong luar negara, ruginya sekira tidak singgah dan menikmati Cruise Tasik Putrajaya.

    IMG_7618

    Pemandangan Jambatan Putrajaya yang indah

    IMG_7572

    Suasana di dalam bot pakej Footloose & Cruise

    Cruise Tasik Putrajaya juga menyediakan perkhidmatan urutan spa kaki untuk pengunjung yang hadir.

    IMG_7568

    Tempat urutan spa kaki

    Jika anda suka mendengar  muzik sambil bersantai, boleh memilih pakej Footloose & Cruise. Pakej ini adalah pakej minum petang sambil melayari Tasik Putrajaya dengan diiringi alunan muzik daripada beberapa orang artis ataupun band secara live! Harga bagi pakej ini agak berpatutan iaitu RM150 seorang. Oleh itu, jangan lepaskan peluang kerana pakej ini hanya ada setiap malam Sabtu dengan minimum seramai 30 orang.

    Selain dari pakej Footloose & Cruise, terdapat juga beberapa pakej yang lain, seperti pakej  Perahu Dondang Sayang yang amat popular bagi pasangan yang sedang hangat bercinta atau berbulan madu. Membawa yang tersayang ke CTP ini juga adalah pilihan yang tepat sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan! Pasangan anda pasti akan menghargai usaha anda kerana membawanya ke tempat yang romantik seperti ini.

    Manakala, CTP juga menyediakan pakej Cruise & Learn yang lebih sesuai untuk pelajar sekolah ataupun universiti sambil melayari Tasik Putrajaya, dimana mereka dapat menimba ilmu daripada aktiviti-aktiviti yang disediakan sepanjang pelayaran. Akhir sekali, Pakej Moonlight Cruise menyajikan pemandangan indah lampu warna-warni di waktu malam dengan struktur keajaiban senibina Putrajaya.

    Jenis-jenis pakej:

    • Pakej Footloose & Cruise
    • Pakej  Perahu Dondang Sayang
    • Pakej Cruise & Learn
    • Pakej Moonlight Cruise

     

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:

    Alamat              : Jeti Putra,, Jambatan Putra Presint 1, 62000 Putrajaya
    Tel                       :03-8888 5539
    Waktu dibuka : 10:00 am – 6:00 pm
  • Salebration Explorace 2014

    Salebration Explorace 2014

    Salebration Explorace 2014

    IMG_8000

    Salebration Explorace 2014 telah diadakan pada 15 Mac 2014 yang lalu  bertempat di Sunway Pyramid sempena pelancaran 1Malaysia Grand Prix Sale. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh pihak Tourism Malaysia. Pihak media dan blogger dijemput  khas untuk menyertai aktiviti explorace tersebut.

    Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi bertempat di Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant. Selepas pendaftaran, semua peserta diberi makanan untuk sarapan pagi. Manakala, makanan dan minuman sepanjang aktiviti ini disediakan oleh Bubba Gump sendiri. Pertandingan Explorace ini bermula pada jam 10.00 pagi dan setiap kumpulan dianggotai oleh 5 orang peserta.

    Salebration Explorace 2014 ini sangat menarik dan unik kerana peserta tidak perlu berlari keluar dari mall Sunway Pyramid. Peserta perlu menyelesaikan soalan dan teka teki yang agak mencabar dan menguji akal sahaja. Manakala, soalan yang diberikan adalah berkaitan nama-nama kedai di dalam Sunway Pyramid. Oleh itu, dengan menyertai aktiviti ini, semua peserta dapatlah merasai aktiviti larian yang berkonsepkan Explorace Malaysia; lari dalam mall Sunway Pyramid.

    Adat permainan, setiap permainan pasti ada pemenangnya. Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke ketiga. Walaupun kami tidak menang, tetapi ia memberikan pengalaman yang sangat menarik dan dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan media dan blogger yang lain.

  • 100 Doraemon Secret Gadgets Expo

    100 Doraemon Secret Gadgets Expo

    100 Doraemon Secret Gadgets Expo

    100 Doraemon Secret Gadgets Expo- Tahukah anda warna asal Doraemon?? Mesti ramai yang jawab warna biru bukan? Jawapannya ialah kuning. Kenapa warna kuning?? Sebab memang warna asal doraemon warna kuning. Doraemon bertukar kepada warna biru disebabkan daripada satu musibah yang telah berlaku. Pada suatu hari, kedua-dua telinga doraemon telah digigit oleh sebuah robot tikus ketika sedang tidur . Doraemon menangis dan terus menangis selama 10 hari sehingga tubuhnya berubah kepada warna biru kerana air matanya. Jadi, doraemon yang kita kenal sekarang adalah sebuah robot kucing warna biru tanpa daun telinga.

    IMG_7492

    Pameran 100 gajet rahsia doraemon diadakan bagi meraikan 100 tahun sebelum kelahiran Doraemon pada abad ke 22. Pameran ini telah berlangsung di Dewan Ekspo Viva Home Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Animation International (m) Sdn. Bhd. Manakala, harga tiket untuk pameran ini adalah RM25 bagi dewasa dan RM 15 bagi kanak-kanak .Terdapat 100 doraemon bersama gajet- gajetnya rahsia dipamerkan. Gajet yang paling popular dalam kartun doraemon, iaitu pintu rahsia. Ramai pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan doraemon – doraemon yang ada terutama kanak-kanak.

    IMG_7505

    Doraemon bersama gajetnya

    Selain itu, terdapat juga kedai- kedai cenderamata yang menjual pelbagai barangan yang berasaskan doraemon seperti beg, bantal, pakaian kanak-kanak, jam, patung doraemon dan banyak lagi yang menarik hati pengunjung yang berkunjung di pameran tersebut.

    IMG_7515

    Kedai Cenderamata

    Pameran ini turut dimeriahkan dengan permainan-permainan yang terdapat dalam kartun Doraemon. Antara permainannya adalah  ‘Dart Game’, ‘Time Machine’, dan ‘Air Gun’. 

    destina-game-doraemon

    Setelah penat bergambar, membeli belah dan bermain, 100 Café(nama kafe) menjual makanan dan minuman bagi menghilangkan dahaga dan kepenatan para pengunjung. Kuih dorayaki yang disukai oleh doraemon turut dijual di 100 café ini.

    IMG_7526

    Taiyaki yang sangat sedap

  • Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta

    Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta

    Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta

    Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 yang ke-7  telah berlangsung selama empat hari dari 12 hingga 15 Mac 2015 yang lepas di Monumen Alaf Baru Precinct 2, Putrajaya. Acara ini biasanya diadakan setiap tahun dalam bulan tiga. Saat-saat  yang dinantikan oleh setiap pengunjung adalah disaat belon udara panas berlepas satu demi satu memenuhi ruang udara Putrajaya. Kira-kira 300 000 pengunjung telah hadir dan memeriahkan pesta tersebut. Kemeriahan serta keindahan dapat dirasai  dengan warna-warni yang berterbangan di udara diselangi awan dan pemandangan indah bangunan serta pusat membeli-belah Putrajaya. Antaranya ialah Alamanda Putrajaya, Masjid Putra, Intelligent Garden City dan Cruise Tasik Putrajaya.

    Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan dari seawal pagi hingga malam antaranya ialah ‘Meet & Greet Session with the Ballonist’ , ‘Hot Air Balloon Show’, ‘Night Glow’ dan yang paling direbutkan oleh setiap pengunjung adalah ‘Tethered Hot Air Balloon Rides’. Bayaran RM20 dikenakan untuk menaiki belon udara panas tersebut dan ramai pengunjung yang datang seawal pagi untuk mendapatkan tiket tersebut kerana ianya adalah terhad.

    Difahamkan terdapat 17 belon udara panas yang mengambil bahagian pada kali ini iaitu dari pelbagai negara yang dipandu oleh 11 balloonist. Pelbagai bentuk belon yang dipamerkan pada tahun ini antaranya ialah Van Gogh yang dibawa oleh Ton Rentier dari Holland dan Humpty Dumpty dibawa oleh Gary Moore dari Amerika Syarikat. Acara tahunan ini dikendalikan oleh AKA Balloon Sdn.Bhd dan Perbankan Putrajaya (PPj).


     

    Instagram  : #myballoonfiesta

    Laman web: www.myballoonfiesta.com

    IMG_8995

    Belon orang menunggang motosikal dari UK adalah belon yang mencuri tumpuan ramai orang kerana keunikan bentuknya. Saiznya juga dikatakan antara belon yang terbesar di dunia. ( 6 th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014)

    IMG_9028