Blog

  • Wet World Water Park Shah Alam

    Wet World Water Park Shah Alam

    Wet World Water Park Shah Alam terletak di Seksyen 2 Shah Alam dan berdekatan dengan Tasik Shah Alam, Bangunan Sirim, Plaza Kompleks Negeri Selangor, Plaza Alam Sentral, Anggerik Mall dan SACC Mall.

    Lokasi yang strategik menjadikan ia tumpuan pengunjung pada waktu hujung minggu dan cuti sekolah terutamanya. Kepada mereka yang berada berdekatan Shah Alam, Klang dan kawasan sekitarnya boleh jadikan Wet Worlds Shah Alam lokasi berehat hujung minggu anda. Wet World Shah Alam sesuai untuk mereka yang ingin menghabiskan masa hujung minggu dalam situasi yang menyeronokkan tapi menepati bajet. Ini adalah kerana terdapat bahagian mandi untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

    Daya tarikan:

    • Fountain of Youth
    • Cascading Waterfalls
    • Neptune Challenge
    • Atlantis City
    • Big Splash, Lighthouse Escape
    • Tunnel Water Slide
    • Treasure Islan

     

    Harga tiket:

    • Dewasa           : RM 20
    • Kanak-kanak: RM 16 (mengikut ketinggian)

     

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:

    Alamat     : Persiaran Dato Menteri, Seksyen 2, Selangor Darul Ehsan, 40000 Shah Alam
    Tel              : +603 5513 2020 / +603 5510 7695 / +603 5510 2588
    Fax            : +603 5510 7619
  • PNB Ilham Resort Port Dickson

    PNB Ilham Resort Port Dickson

    PNB Ilham Resort Port Dickson

    PNB Ilham Resort Port Dickson mempunyai daya tarikan tersendiri berbanding dengan resort lain yang terdapat disekitar Port Dickson.  Resort ini terletak di pinggir Cape Rachado (Tanjung Tuan), menghadap Selat Melaka dan kira-kira 18 km dari bandar Port Dickson.

    destina-PNBilhamresort

    PNB Ilham Resort

    Resort ini menyediakan kawasan meletak kereta yang luas untuk para pengunjung. Luaran resort ini sahaja telah memukau hati,mari tinjau ke dalam resort pula.

    destina-bilik-resort

    PNB Ilham Resort menawarkan 65 unit apartment dan bilik hotel yang lengkap dengan ruang tamu dan ruang makan, bilik tidur,televisyen dan telefon. Setiap bilik di sini sangat selesa dan amat sesuai untuk percutian bersama keluarga mahupun sahabat handai.

    Manakala restorannya berkonsepkan tradisional Melayu Malaysia. Kepada pengunjung yang ingin percutian berkonsepkan kampung wajib mencuba hidangan disini.

    IMG_9628

    Dewan Makan di PNB Ilham Resort

    Ini adalah antara sajian yang dihidangkan disini. Antaranya lauk Rendang, Ayam Masak Merah, Masak lemak cili padi, Sambal Tempoyak, Ulam-ulam, Sambal Udang dan lain-lain lagi. Makanan ini dihidangkan pada dua sesi iaitu sesi sarapan pagi dan makan malam. Kepada pencinta makanan Melayu Tradisional boleh mencuba rasa asli makanan Melayu Malaysia. Manakala, pertama kali ingin mencuba adalah dinasihatkan mencuba dalam kuantiti yang sedikit dahulu kerana terdapat lauk pauk yang pedas. Selamat mencuba.

    destina-makanan

    Makanan Melayu Tradisional

    Beberapa aktiviti riadah turut disediakan bagi pengunjung yang suka beriadah. Selain itu, berdekatan dengan resort ini, terdapat hutan rekreasi iaitu Hutan Rekreasi Tanjung Tuan yang terletak hanya beberapa meter  sahaja dari resort ini. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di dalam Hutan Rekreasi  Tanjung Tuan ini seperti  ‘ jungle tracking ‘, ‘ nature walk dan melawat tapak Cape Rachado Light House. Percutian anda akan diwarnai dengan keindahan alam semulajadi dengan habitat flora dan fauna yang tidak tercemar .

    IMG_9866

    Tempat-tempat lain yang menarik untuk dilawati sekitar sini adalah Muzium Tentera Darat, Muzium Kota Lukut, Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas dan Pasar Malam Sabtu.

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:

    Alamat   : Batu 10, Jalan Tanjung Biru, 71050 Port Dickson, NEGERI SEMBILAN
    Nombor :06-662 6800
  • Misi dan Visi Destina

    Misi dan Visi Destina

    Misi dan Visi Destina

     

    Destina 

    Web dan blog dwibahasa ini dibuat bagi tujuan berkongsi pengalaman, informasi berkaitan pelancongan khususnya di Malaysia.

    Visi Destina

    Menjadi media pilihan pembaca yang mampu menyalurkan informasi komprehensif lagi bermanfaat relevan dengan keperluan pelancongan semasa.

    Misi Destina

    Menyampaikan maklumat tepat perlancongan dwibahasa serta perkongsian gambar beserta informasi terkini bagi tatapan pembaca.

    Objektif Destina

    Mewujudkan jenama dan identiti Destina dengan lebih meluas