
Hero pembuat gambus Hadramaut
PEMBUAT gambus, Halidan Ithnin adalah insan yang paling gembira apabila Batu Pahat didaftar di bawah Petunjuk Geografi (GI) Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi penghasilan alat muzik gambus. Berkecimpung dalam pembuatan gambus sejak 20 tahun lalu, Halidan, 54, merupakan seorang daripada dua pembuat gambus Hadramaut di daerah Batu Pahat, Johor. Beliau percaya dengan pengiktirafan itu,…