Blog

  • Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS

    Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS

    RINGGIT dibuka tidak berubah berbanding dolar AS pagi ini dengan mata wang Amerika Syarikat itu terus kukuh ketika pendirian dasar Bank Pusat Eropah (ECB) menyokong kadar faedah rendah.

    Pada jam 9.06 pagi, ringgit berada pada 4.1180/1240 daripada 4.1180/1210 semasa ditutup pada Jumaat.

    Peniaga berkata pasaran terus menyuarakan sokongan kadar faedah rendah ECB melalui dolar AS yang kukuh.

    “Ringgit diniagakan berbanding dolar AS dalam julat biasa dengan kekurangan faktor dorongan dan tarikan untuk menguji kedua-dua julat itu.

    “Pasaran kini melihat kepada mesyuarat dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari yang akan bermula pada Selasa dan rundingan perdagangan AS-China yang bermula sekali lagi pada minggu ini untuk petunjuk hala tuju yang seterusnya,” katanya.

    Secara keseluruhan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali yen Jepun.

    Ia kukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0072/0120 daripada 3.0091/0118 pada Jumaat lepas dan naik berbanding euro kepada 4.5854/5937 daripada 4.5879/5920.

    Mata wang tempatan meningkat berbanding pound British kepada 5.0968/1063 daripada 5.1211/1265, bagaimanapun merosot berbanding yen kepada 3.7975/8034 daripada 3.7905/7936 sebelum ini.- Bernama



    Sumber

  • Gajet ini boleh buat anda tidur lena…

    Gajet ini boleh buat anda tidur lena…

    SUSAH melelapkan mata walaupun badan penat dengan tugas seharian? Ada lima gajet menarik mampu membantu anda lena dengan mudah.

    Casper Glow Smart Sleeping Light

    Cahaya yang terang boleh menyebabkan sel otak kekal aktif sehingga menyukarkan anda untuk melelapkan mata. Gajet pintar Casper Glow Smart Sleeping Light membantu memberikan pencahayaan yang lebih lembut dan hangat sekali gus menjadikan minda tenang. Harga dijual RM531.61 ($129 USD).

    Philips SmartSleep Deep Sleep Headband.

    Philips SmartSleep Deep Sleep Headband.

    Philips SmartSleep Deep Sleep Headband

    Gajet dengan diperakui secara klinikal oleh penyelidik dan doktor itu dapat meningkatkan tidur yang berkualiti. Hanya dipakai di kepala ketika tidur, gajet unik yang memiliki 30 pelekat sensor dengan nada audio yang tenang itu dapat merehatkan minda selain direka khas bagi mereka yang tidur kurang tujuh jam sehari. Harga seunit dijual RM1648.36 ($399.99 USD).

    Soundsleep Bluetooth Speaker Pillow.

    Soundsleep Bluetooth Speaker Pillow.

    Soundsleep Bluetooth Speaker Pillow

    Cukup menarik jika bantal mampu mengesan corak tidur anda sehingga tahu berapa lama tempoh tidur setiap malam bahkan boleh mengejutkan lena dengan penggera yang ditetapkan. Lengkap dengan pembesar suara, pengguna boleh menyambungkan peranti pintar termasuk telefon hanya melalui Bluetooth selain memainkan muzik kegemaran. Harga seunit RM257.60 ($62.51 USD).

    Nodpod Weighted Sleep Mask.

    Nodpod Weighted Sleep Mask.

    Nodpod Weighted Sleep Mask

    Topeng muka bukan sekadar menutup mata tetapi turut menghalang cahaya untuk memastikan tidur anda tidak terganggu. Peranti pintar itu membantu mengurangkan tekanan mata, sakit kepala, keresahan dan insomnia. Harga seunit RM164.80 ($39.99 USD).

    Beddr SleepTuner Sleep Breathing Monitor.

    Beddr SleepTuner Sleep Breathing Monitor.

    Beddr SleepTuner Sleep Breathing Monitor

    Peranti yang diperakui Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) mampu membantu memantau kadar pernafasan dan kedudukan ketika tidur selain selesa dipakai dengan hanya pelekat pada dahi sahaja dengan bateri yang mampu bertahan selama 20 jam. Harga seunit RM614.03 ($149 USD).



    Sumber

  • Ringgit dibuka tidak berubaha berbanding dolar AS

    Ringgit dibuka tidak berubaha berbanding dolar AS

    RINGGIT dibuka tidak berubah berbanding dolar AS pagi ini dengan mata wang Amerika Syarikat itu terus kukuh ketika pendirian dasar Bank Pusat Eropah (ECB) menyokong kadar faedah rendah.

    Pada jam 9.06 pagi, ringgit berada pada 4.1180/1240 daripada 4.1180/1210 semasa ditutup pada Jumaat.

    Peniaga berkata pasaran terus menyuarakan sokongan kadar faedah rendah ECB melalui dolar AS yang kukuh.

    “Ringgit diniagakan berbanding dolar AS dalam julat biasa dengan kekurangan faktor dorongan dan tarikan untuk menguji kedua-dua julat itu.

    “Pasaran kini melihat kepada mesyuarat dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari yang akan bermula pada Selasa dan rundingan perdagangan AS-China yang bermula sekali lagi pada minggu ini untuk petunjuk hala tuju yang seterusnya,” katanya.

    Secara keseluruhan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali yen Jepun.

    Ia kukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0072/0120 daripada 3.0091/0118 pada Jumaat lepas dan naik berbanding euro kepada 4.5854/5937 daripada 4.5879/5920.

    Mata wang tempatan meningkat berbanding pound British kepada 5.0968/1063 daripada 5.1211/1265, bagaimanapun merosot berbanding yen kepada 3.7975/8034 daripada 3.7905/7936 sebelum ini.- Bernama



    Sumber

  • Pelihara aurat dengan orang bukan Islam

    Pelihara aurat dengan orang bukan Islam

    KEPADA mereka yang duduk di asrama ketika menyambung pengajian atau tinggal berasingan daripada keluarga, barangkali ada yang pernah tinggal sebilik atau serumah dengan orang bukan Muslim.

    Ya, ia bukanlah perkara yang janggal, malah ada dalam kalangan kita pasti mempunyai rakan baik yang bukan beragama Islam, bukan?

    Namun, apabila Muslim tinggal serumah dengan orang yang beragama lain, bagaimanakah aurat mereka?

    Sebenarnya, umat Islam dibolehkan tinggal serumah dengan orang yang bukan beragama Islam, tetapi hendaklah menjaga aurat.

    Ini kerana aurat orang Islam dengan bukan Islam ialah sama seperti aurat bukan mahram iaitu orang yang boleh dikahwini.

    Bagi orang lelaki, aurat bermula dari pusat hingga ke lutut, manakala wanita pula semua anggota kecuali muka dan tapak tangan.

    Sementara itu, Imam Zakariyya al-Ansari Rahimahullah menyebut dalam kitabnya Asna al-Matalib: “(Dan bermula wanita Muslimah itu berhijab di hadapan wanita kafir) sebagai satu kewajipan. Justeru haram membiarkan wanita kafir merenung ke arahnya berdasarkan firman ALLAH SWT ‘Au nisaihin’ dalam Surah al-Nisa’, ayat 31, maksudnya “atau perempuan-perempuan Islam” dan wanita kafir itu bukan daripada kalangan wanita beriman.

    “Ini kerana kemungkinan wanita kafir itu akan menceritakan rupa paras wanita Muslimah kepada lelaki yang kafir. Justeru, tidak boleh dibenarkan wanita kafir masuk ke dalam hammam (bilik mandi awam) sedangkan ada bersama wanita Muslimah di dalamnya. Benar, diharuskan bagi wanita Muslimah untuk mendedahkan bahagian tubuh yang terdedah ketika bekerja.”

    Menurut Imam Syihabuddin al-Ramli Rahimahullah dalam menghuraikan lagi kalam gurunya: “Ini menunjukkan kepada pensahihan beliau dan perkataan beliau, “apa yang didedahkan ketika bekerja” bererti wajah, kepala, tapak tangan sehingga siku dan tapak kaki sehingga lutut.”

    Justeru, dalam hal itu, pada asalnya, wanita Muslimah perlu menutup aurat di hadapan wanita bukan Islam melainkan bahagian-bahagian badan yang terdedah ketika berkerja.

    Apapun, penjagaan aurat itu amat penting sekalipun antara wanita Islam dengan bukan Islam agar tidak membawa fitnah dan menjatuhkan maruah wanita Muslimah.

    Realiti kehidupan hari ini yang berbeza dengan zaman dahulu dan meraikan keadaan semasa yang bersifat realiti perlu diambil kira.

    Kepada wanita Muslimah yang tinggal serumah atau sebilik dengan wanita bukan Islam, jagalah pemakaian kita sebaik mungkin.

    Jadikan peluang itu untuk berdakwah kepada Islam dengan menunjukkan akhlak dan perilaku yang baik.

    (Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor dan #Al-Kafi #695: Hukum Tinggal Sebilik dengan Rakan Bukan Islam, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)



    Sumber

  • Tahukah anda apa itu Akta Pengurusan Strata?

    Tahukah anda apa itu Akta Pengurusan Strata?

    SETIAP orang mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri yang didaftarkan atas nama sendiri sebagai pemilik harta.

    Namun, dalam usaha mencari kediaman yang sesuai mesti ada yang pernah terbaca istilah hakmilik strata.

    Persoalannya, berapa yang tahu apa yang dimaksudkan dengan Hakmilik strata ini? dan apa yang perlu diberi perhatian sebelum membeli hartanah dengan status strata?

    Memetik perkongsian maklumat yang diperoleh daripada propertyguru.com menyatakan, ‘Strata’ merujuk kepada unit yang dipecah bahagi pada berbilang lapisan.

    Hakmilik strata merupakan satu bentuk pemilikan untuk bangunan atau blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah yang dibangunkan di atas sebidang tanah.

    Contohnya seperti rumah flat, pangsapuri, apartmen, kondominium, townhouse dan rumah-rumah dalam skim berpagar dan berpengawal.

    Sementara itu, ‘Skim Strata’ pula merupakan suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan atau tanah kepada petak-petak individu, petak aksesori dan harta bersama yang ditadbir secara badan pentadbir persendirian oleh sistem perbadanan strata yang dikenali sebagai Perbadanan Pengurusan atau Managemant Corporation (MC) yang mana ia terdiri daripada pemilik-pemilik unit di dalam skim strata terlibat.

    Andai kata hakmilik strata masih belum dikeluarkan, maka pihak pemaju hendaklah menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) dalam tempoh 12 bulan dari tarikh mengambil kunci rumah.

    Dalam strata, petak-petak atau petak individu dikenali juga sebagai unit, iaitu unit setiap rumah pembeli yang boleh jadi ia mempunyai saiz yang berbeza.

    Manakala, ‘Harta Bersama’ pula adalah merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak.

    Contohnya parkir kereta pelawat, lif, tangga, kolam, taman, pondok pegawai keselamatan dan sebagainya.

    Sementara ‘Petak aksesori’ pula merujuk kepada petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya unit hak milik strata.

    Hak milik strata sangat penting kerana ia sebagai bukti pemilikan bagi tujuan urus niaga.

    Contohnya jual beli, pindah milik, gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka. Ia sama seperti geran.

    Jika membeli rumah kediaman jenis hakmilik strata, bagaimana?

    Memetik perkongsian maklumat daripada www.halalmoney.my menyatakan, jika membeli rumah kediaman jenis ini ia diibaratkan membeli sekali komuniti masyarakat yang dikawal selia oleh undang-undang di bawah Akta Pengurusan Strata.

    Sebagai pembeli, bukan sahaja memiliki dan bertanggungjawab untuk unit rumah semata-mata tetapi juga terhadap harta bersama dalam pembangunan atau keseluruhan dalam kawasan perumahan seperti taman, lif, kolam, bangunan, pengawal dan lain-lain.

    Apakah Akta Pengurusan Harta Strata?

    Sekiranya tinggal di dalam hartanah strata seperti kondominium, pangsapuri atau rumah di dalam komuniti berpagar dan terjaga, di bawah adalah perkara yang perlu ketahui mengenai yuran pengurusan.

    Apakah yuran pengurusan?

    Berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2015, atau dikenali sebagai Akta Ketiga Strata 2013 Jadual Ketiga, pemilik harta strata perlu membayar Badan Pengurusan Bersama (JMB) projek supaya badan itu dapat menjaga harta bersama dalam pembangunan.

    Siapa diperlukan untuk bayar bayaran pengurusan?

    • Pemilik unit
    • Jika pemiliknya tidak berada di sekitar, ia boleh menjadi ejen, pemegang amanah atau entiti yang dilantik yang menerima pendapatan sewa dari unit atau menerima wang daripada pemilik
    • Jika unit itu belum dijual, ia adalah kewajipan pemaju harta untuk membayar yuran ini

    Siapa menguruskan dana?

    JMB ialah pembina rasmi pembangunan, kerana pihak berkenaan telah diberikan kuasa untuk mengumpul yuran pengurusan dan wang hanya boleh digunakan untuk pemeliharaan harta bersama projek.

    Wang yang dikutip daripada pemaju hartanah, penyewa atau pemilik strata akan dimasukkan ke dalam akaun penyelenggaraan akaun dana tenggelam di bawah nama Badan Pengurusan Bersama dalam tempoh tiga hari daripada tarikh kutipan.

    Apakah kewajipan JMB?

    JMB ialah entiti korporat yang terdiri daripada pemaju hartanah dan pemilik unit. Tugas utamanya termasuk:

    1. Menentukan jumlah yuran pengurusan yang akan dikutip

    2. Mengumpul yuran pengurusan bulanan

    3. Memelihara, mengawasi dan memperbaiki keadaan bersama pembangunan dengan betul agar ia dapat dinikmati oleh semua penduduk dan pemilik unit

    4. Melindungi pembangunan dengan menginsuranskannya mengikut Akta Pengurusan Strata 2013

    5. Ikut pesanan dan arahan yang sah dari pihak berkuasa tempatan

    6. Buat dan simpan rekod nama semua pemilik unit

    7. Pastikan yuran pengurusan yang dikumpulkan dan penggunaannya diaudit, serta menyediakan satu salinan penyata kewangan teraudit kepada semua pemilik unit

    8. Menguatkuasakan peraturan pembangunan dan undang-undang kecil

    Bagaimana yuran pengurusan dan perbelanjaan penyelenggaraan dikira?

    Yuran pengurusan individu pada mulanya ditentukan oleh pemaju harta tanah. Secara amnya, amaun keseluruhan dibahagikan kepada pemilik unit bergantung kepada nilai harta atau kawasan mereka.

    Khususnya, kos lukisan premis biasa, pembelian harta alih dan pembaharuan lekapan atau kelengkapan di kawasan umum bersamaan dengan 10 peratus daripada jumlah yuran pengurusan yang dipungut.

    Pemaju harta tanah juga perlu menentukan anggaran penyelenggaraan tahunan yang mencukupi sebelum mesyuarat agung tahunan pertama. Semasa mesyuarat agung tahunan pertama, Jawatankuasa Pengurusan yang dipilih (MC) boleh memilih untuk tetap dengan anggaran pemeliharaan tahunan pemaju atau mengubahnya.

    Bagaimana jika tidak bersetuju dengan jumlah yuran pengurusan yang dikumpulkan?

    Jika pemilik unit tidak meluluskan jumlah yuran yang akan dikutip, seperti ditetapkan oleh pemaju atau JMB, mereka boleh mengemukakan surat kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan meminta semakan.

    COB boleh mengesahkan amaun tersebut, atau perintah pemaju atau JMB untuk melibatkan seorang pengurus hartanah berdaftar untuk menentukan jumlah yuran pengurusan.

    Yuran penyelenggaraan yang dikutip dibelanjakan ke mana?

    Yuran yang dikutip ialah semata-mata digunakan untuk mengekalkan harta bersama dalam keadaan baik setiap hari termasuk:

    1. Bayaran untuk perkhidmatan pembersihan dan keselamatan

    2. Pembelian kemudahan awam untuk pemilik dan penduduk projek

    3. Bayaran untuk premium insurans

    4. Lukisan kecil berfungsi untuk kawasan umum

    5. Pembelian harta alih

    6. Menggantikan lekapan dan kelengkapan di kawasan umum

    7. Perbelanjaan yang diperlukan untuk mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan

    8. Membina kos pemeriksaan

    9. Penggantian atau pembaikan sistem pendawaian yang salah

    10. Pemeliharaan jalan dan saliran

    11. Penyelenggaraan dan pembaikan tangki air

    12. Menaik taraf dan membaik pulih harta bersama

    13. Membayar sewa dan lain-lain kos yang diperlukan

    14. Bayaran untuk pengauditan penyata kewangan

    15. Kos pentadbiran atau bayaran untuk ejen pengurusan

    Apa yang berlaku jika pemilik kediaman strata tidak membayar yuran pengurusan?

    Pemilik unit perlu membayar yuran dalam masa dua minggu untuk mendapatkan notis bertulis dari Badan Pengurusan Bersama mereka. Jika tidak, mereka akan menghadapi penalti. Sebagai contoh, mereka yang melakukan pembayaran lewat akan menghadapi caj kadar faedah 10 peratus setahun.

    Pesuruhjaya Bangunan juga mempunyai kuasa untuk merampas mana-mana harta alih seperti TV, perabot dan perkakas yang dimiliki oleh pemilik unit dalam tunggakan. Rampasan itu boleh dijalankan oleh pemaju atau ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) di hadapan pesuruhjaya pada siang hari.

    Pemaju dan JMC dibenarkan untuk menyimpan barangan bergerak tersebut sehingga yuran pengurusan tertunggak dibayar dalam masa 14 hari. Tetapi jika hutang itu tidak dibayar dalam tempoh 14 hari tersebut, barang-barang boleh dilelong oleh JMC atau pemaju di bawah pengawasan Pesuruhjaya, dengan meneruskan membayar yuran pengurusan.

    Mengapa pemilik perlu membayar yuran pengurusan?

    Hartanah strata, mengalami penyelenggaraan yang buruk jika pemilik unit tidak membayar yuran dan berkemungkinan ia akan memberi kesan penurunan dalam nilai pasaran sekiranya mereka mahu menjual unit kediaman. Ini kerana harta yang dipelihara dengan baik boleh dijual semula pada harga yang lebih tinggi.



    Sumber

  • Lexis Hibiscus 2 mampu tarik 400,000 pelancong ke PD

    Lexis Hibiscus 2 mampu tarik 400,000 pelancong ke PD

    LEBIH 400,000 pelancong dijangka ke daerah ini setiap tahun selepas projek pembangunan resort Lexis Hibiscus 2 siap menjelang tahun 2024.

    Resort mewah bertaraf lima bintang itu akan dibangunkan Kumpulan Kuala Lumpur Metro bersebelahan Lexis Hibiscus sedia ada dan dijangka mencatatkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM500 juta.

    Pengerusi KL Metro, Datuk Mat Hassan Esa berkata, melalui projek terbaharu ini kelak, ia mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong luar negara untuk ke Malaysia khususnya Negeri Sembilan.

    Menurutnya, projek pembangunan ikonik terbaharu itu adalah dengan kerjasama Lexis Hotel Group dan diyakini akan terus mengekalkan rekod pengiktirafan diterima dalam Guinness World Of Record, resort yang mempunyai banyak kolam renang.

    “Resort itu bakal memiliki 760 vila berkolam renang terdiri daripada 582 vila atas air dan 178 vila sky pool dengan setiap vila mempunyai kolam renang peribadi untuk keselesaan pengunjung.

    “Berbekalkan kepakaran dan pengetahuan pasaran tempatan yang utuh, kami percaya dapat membantu Lexis Hibiscus 2 mencapai kejayaan setara Lexis Hibiscus dan menjadi pembangunan rumah atas air terbesar dunia.

    “Kita juga mampu menarik ramai pelancong ke PD (Port Dickson). Jika setiap pelancong berbelanja RM600 bagi penginapan satu malam, ini bakal menjana pendapatan RM240 juta setahun sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat melalui 3,000 peluang pekerjaan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Usahasama dan Pengumuman Rasmi Lexis Hibiscus 2 di Port Dickson malam semalam.

    Majlis berkenaan disaksikan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pengarah Urusan KL Metro, Datuk Low Tak Fatt.

    Mat Hassan berkata, pihaknya juga akan menjalin kerjasama dengan kerajaan bagi mempromosi industri pelancongan di Port Dickson dengan menarik pelancong dari segmen pelancong solo dan bebas (FIT), lawatan rombongan, percutian korporat, mesyuarat serta persidangan.

    Sementara itu, Aminuddin pada sidang akhbar berkata, perjanjian projek yang dibina atas tanah kerajaan negeri seluas 32 hektar itu diluluskan oleh pentadbiran lama.

    Bagaimanapun katanya, kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) terpaksa menangguhkan kelulusan projek tersebut untuk membuat semakan semula perjanjian, bagi menangani beberapa isu termasuk melihat kepentingan serta kebajikan nelayan.

    “Menerusi perjanjian baharu dibuat, pihak pemaju hartanah perlu memperuntukkan pampasan RM12 juta kepada 42 keluarga nelayan sebaik proses pembinaan bermula.

    “Kerajaan negeri juga akan mempunyai unjuran pendapatan sebanyak 20 peratus daripada setiap keuntungan resort,” katanya.



    Sumber

  • Harga istimewa buat pelanggan Streamyx!

    Harga istimewa buat pelanggan Streamyx!

    PELANGGAN sedia ada Streamyx hanya perlu membayar RM69 sebulan bagi menikmati internet pada kelajuan 8Mbps berbanding RM160 sebelum ini, bermula September ini, kata Pengerusi Kumpulan TM, Rosli Man.

    Beliau berkata, bagi pelanggan baharu, perlu membayar RM89 sebulan.

    “Kami di TM amat prihatin dengan keluhan pelanggan. Jadi, dengan langkah ini, kami harap pelanggan Streamyx yang telah pergi, datanglah balik kepada kami,” katanya dalam sidang media selepas perasmian Kembara Digital Malaysia (KDM) 2019 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru di sini hari ini.

    KDM 2019 dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim. Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

    Menurut Rosli, TM telah berjaya menaik taraf 973,000 pelanggan Unifi kepada kelajuan yang lebih tinggi.

    Beliau berkata TM akan menangani kekangan jalur lebar rangkaian tembaga menerusi pelbagai teknologi yang bersesuaian termasuk fiber, wayarles dan GigaWire yang akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga 2021. – Bernama



    Sumber

  • Ringgit dijangka didagangkan berhati-hati minggu depan

    Ringgit dijangka didagangkan berhati-hati minggu depan

    RINGGIT Malaysia dijangka didagangkan berhati-hati antara paras 4.10 dan 4.13 berbanding dolar AS minggu depan, berikutan pelabur sedang menunggu keputusan dua mesyuarat penting minggu depan iaitu perbincangan Amerika Syarikat (AS) dan China di Shanghai dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC).

    Rakan kongsi pengurusan Vanguard Markets Pte Ltd Stephen Innes berkata hasil perbincangan Shanghai merupakan titik sensitif kepada pelabur berikutan sedikit sahaja perubahan mampu mempengaruhi pasaran.

    “Pertikaian perdagangan AS-China merupakan isu sensitif kerana keputusannya akan memberi kesan terhadap perniagaan di seluruh dunia,” katanya.

    Berhubung mesyuarat FOMC, katanya ketika bank-bank pusat global mengurangkan unjuran dengan melaksanakan pengurangan kadar faedah, ringgit mempunyai peluang untuk naik lebih tinggi.

    Perbincangan perdagangan AS-China akan berlangsung Selasa depan (30 Julai), manakala mesyuarat FOMC akan diadakan pada Selasa dan Rabu.

    Sementara itu, Melaka Securities Sdn Bhd, dalam nota penyelidikan berkata dengan faktor luaran kekal tidak menentu, mata wang tempatan menyusut kepada purata RM4.15/AS$1.00 pada suku kedua 2019 (2Q2019) berbanding 4.09/AS$1.00 pada 1Q2019.

    “Sementara itu, harga minyak mentah meneruskan aliran meningkat, bergerak pada permulaan 2Q2019 selepas output OPEC menyusut bagi empat bulan berturut-turut pada Mac 2019,” katanya.

    Pada 6.30 petang, penanda aras minyak mentah Brent berada pada paras AS$63.69 setong.

    Untuk minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS susulan sentimen bagi pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan, pertikaian perdagangan AS-China dan pergerakan harga minyak.

    Pada asas Jumaat-Jumaat, ringgit berada pada paras 4.1180/1210 berbanding 4.1100/1130 pada Jumaat minggu lepas berbanding dolar AS.

    Mata wang tempatan didagangkan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.

    Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0091/0118 daripada 3.0236/0269 pada Jumaat minggu ini dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7905/7936 daripada 3.8165/8207.

    Ia juga meningkat berbanding pound Britain kepada 5.1211/1265 daripada 5.1474/1519 dan meningkat berbanding euro kepada 4.5879/5920 daripada 4.6184/6234. -Bernama



    Sumber

  • Isteri berhak tuntut nafkah yang tidak diberi suami

    Isteri berhak tuntut nafkah yang tidak diberi suami

    HUKUM syarak dan undang-undang telah menjamin kemaslahatan wanita untuk menuntut hak mendapatkan nafkah termasuk yang tertunggak ketika mereka bergelar isteri kepada seorang lelaki.

    Peguam syarie, Syafiqah Abdul Razak berkata, isteri berhak menuntut nafkah yang tidak diberi oleh suami di mahkamah.

    Merujuk kepada Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, kata beliau, mahkamah boleh memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.

    “Ia berdasarkan Seksyen 59(1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 yang tertakluk kepada hukum syarak,” katanya.

    Selain itu, Syafiqah berkata, Seksyen 69 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 juga memperuntukkan tuntutan tunggakan nafkah.

    “Nafkah zahir boleh diminta daripada suami secara baik semasa dalam pernikahan. Jika suami gagal memberi nafkah, maka isteri berhak menuntut nafkah di Mahkamah Syariah,” katanya.

    Beliau menegaskan, pemberian nafkah merupakan antara tanggungjawab suami yang perlu dipenuhi dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat jika gagal dilunaskan dengan sempurna.

    ALLAH SWT berfirman: “Kaum lelaki itu ialah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana ALLAH telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafaqah) sebahagian dari harta mereka…” (Surah al-Nisa, ayat 34)

    Merujuk Kitab Al fiqh Al-manhaji, Syafiqah berkata, antara nafkah yang perlu disediakan oleh suami kepada isterinya ialah makanan, pakaian dan tempat tinggal.

    “Bagaimanapun, kadar nafkah yang perlu diberikan berdasarkan kemampuan seorang suami berdasarkan firman ALLAH SWT dalam Surah al-Talaq, ayat 7.

    “Penting bagi suami dan isteri memahami tanggungjawab masing-masing supaya pernikahan yang dibina dipenuhi mawaddah, sakinah dan rahmah,” jelas beliau.



    Sumber

  • Pegangan pasaran trak pikap Ford meningkat 1.7 peratus

    Pegangan pasaran trak pikap Ford meningkat 1.7 peratus

    PENGEDAR tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) melaporkan kenaikan pegangan pasarannya sebanyak 1.7 peratus bagi segmen trak pikap untuk separuh tahun pertama berbanding tahun lalu.

    Pengarah Urusannya, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz menyifatkan, jualan Ranger meningkat dengan stabil.

    Menurut beliau, ia berjaya menarik minat ramai pelanggan yang mahukan sebuah kenderaan yang sesuai untuk kegunaan kerja dan juga santai.

    “Kami yakin momentum penjualan Ford Ranger akan berterusan dalam pasaran Malaysia dan kami akan terus komited dalam usaha meningkatkan mutu khidmat pelanggan dan juga kualiti pengalaman pemilikan,” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

    Terdahulu, Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford, Truong Kim Phong juga berkata, Ranger dengan konsep Built Ford Tough terus menjadi pilihan pelanggan di seluruh negara. Ia menempa kecemerlangan dalam pasaran.

    Baru-baru ini, Ford Ranger telah dinobatkan sebagai Trak Pikap Terbaik Malaysia 2019 di Frost & Sullivan Asia Pacific Best Practices Awards.

    Bersandarkan beberapa kriteria yang disyaratkan untuk pemilihan penerima anugerah tersebut. Antaranya ialah peningkatan, pegangan saham, strategi pemasaran, nilai jualan, kelebihan utama saingan dan Ford Ranger telah membuktikan pencapaiannya.

    Dek prestasi keseluruhan yang kukuh, Sime Darby Auto ConneXion, pengedar tunggal Ford di Malaysia berjaya mengatasi para pencabar yang lain.

    Untuk info lanjut atau untuk membaca laporan pandu uji Ford Ranger yang ditulis penulis-penulis automotif terkenal Malaysia, layari https://www.sdacford.com.my/bm/cerita-ford



    Sumber