Blog

  • PETRONAS RELOCATES ITS FLOATING LIQUEFIED NATURAL GAS FACILITY, PFLNG SATU, TO KEBABANGAN CLUSTER FIELD

    Sabah, 13 March 2019 – PETRONAS relocates its Floating Liquefied Natural Gas (FLNG) facility, PETRONAS FLNG (PFLNG) Satu, from the Kumang cluster field, offshore Sarawak, to the Kebabangan (KBB) cluster field, offshore Sabah, yesterday.

    The PFLNG Satu will be moored at a water depth of 120 metres in the KBB cluster field, located 90 kilometres northwest of Kota Kinabalu, Sabah.

    PETRONAS Executive Vice President and Chief Executive Officer Upstream Datuk Mohd Anuar Taib said PFLNG Satu’s technology, featuring the capability to move from one location to another will strengthen the reliability of PETRONAS’ LNG supply system to meet growing LNG demand.

    “PETRONAS has delivered 19 successful cargoes since the commissioning of PFLNG Satu and we are confident that this success continues in Sabah waters as well,” he added.

    Designed to last up to 20 years without dry-docking, the 365-meter long PFLNG Satu is expected to be able to produce 1.2 million tonnes of LNG per year. It also complements PETRONAS’ global LNG portfolio, making it a leader in FLNG technology and enhancing its reputation as a preferred and reliable LNG supplier.

    Issued by

     

    Media Engagement

    Group Strategic Communications

    PETRONAS

     

    For more information, please contact:

    Nursyazlin Shamsulbaha : +6011 3269 3388 | nursyazlin.shamsulb@petronas.com

    Sonya Natasya :+6012 324 9122 | sonya_natasya@petronas.com

     

  • Kontrak hadapan emas dijangka didagangkan tinggi

    Kontrak hadapan emas dijangka didagangkan tinggi

    KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia derivatif dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan susulan dolar AS yang lemah, yang akan membantu meningkatkan sentimen ke atas logam berharga itu di seluruh dunia.

    Bercakap kepada Bernama, seorang peniaga berkata dolar akan meneruskan penyusutan minggu depan berikutan pendirian Rizab Persekutuan yang memihak kepada kadar faedah rendah, yang memberi gambaran bahawa kitaran kenaikan kadar faedah kini sudah berakhir.

    Pada Rabu, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah selepas menaikkannya empat kali pada tahun lepas.

    Untuk minggu singkat yang baru berakhir, pasaran niaga hadapan emas tempatan diniagakan lebih tinggi.

    Berbanding Jumaat lepas, Januari 2019 mencatatkan 69 mata lebih tinggi kepada RM173.95 segram pada Khamis, manakala Februari 2019, Mac 2019 dan April 2019 masing-masing meningkat 40 mata kepada RM172.50, RM173.00 dan RM173.10 gram.

    Pasaran tempatan ditutup pada Jumaat sempena cuti umum Hari Wilayah Persekutuan.

    Jumlah dagangan mingguan kekal sifar, manakala minat terbuka ditambat pada 23 kontrak.- Bernama

    Sumber

  • Ringgit ditutup rendah, tumpuan pada mesyuarat FOMC

    Ringgit ditutup rendah, tumpuan pada mesyuarat FOMC

    RINGGIT ditutup rendah hari ini berikutan pelabur sedang memantau mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (AS) (FOMC) yang dijadual bermula pada 30 Julai.

    Pada 6 petang, ringgit berada pada paras 4.1230/1270 berbanding 4.1180/1210 semasa ditutup pada Jumaat.

    Seorang peniaga berkata pelabur sedang menunggu keputusan anggota FOMC bagi melihat sekiranya kadar faedah akan dikurangkan sehingga 25 mata asas seperti yang dijangka secara meluas oleh pasaran.

    “Selain dari itu, peserta pasaran juga mengawasi laporan penyata gaji AS pada Julai, yang dijadualkan dikeluarkan pada Jumaat, melihat sama ada pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan diperlukan,” katanya.

    Beliau menambah penyambungan semula rundingan AS-China di Beijing pada minggu ini juga mendorong para pelabur kekal tidak memasuki pasaran hari ini.

    Pada penutupan, ringgit bagaimanapun diniagakan tinggi berbanding mata wang utama, kecuali yen.

    Ia sedikit tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.0062/0096 daripada 3.0091/0118 Jumaat lepas, meningkat berbanding pound kepada 5.0849/0915 daripada 5.1211/1265 dan bertambah berbanding euro kepada 4.5860/5913 daripada 4.5879/5920.

    Berbanding yen, unit tempatan susut kepada 3.7951/7995 daripada 3.7905/7936 sebelumnya. – Bernama



    Sumber

  • Lima item wajah patut lelaki guna pakai

    Lima item wajah patut lelaki guna pakai

    PERINGATAN kepada golongan jejaka. Jangan sesekali mengabaikan penjagaan kulit wajah kerana ia mencerminkan tahap kebersihan penampilan diri.

    Tepis stigma bahawa untuk memiliki kulit wajah sihat dan cantik memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

    Walhal, memadai membeli lima item utama yang mempunyai fungsi tersendiri. Produk tersebut terdiri daripada:

    1) Pencuci wajah

    Baik wanita mahupun lelaki, anda disarankan mencuci wajah sebanyak dua kali sehari iaitu sebelum atau selepas bangun daripada tidur.

    Definisi membersih di sini bukan bermaksud menggunakan air bersih semata-mata, sebaliknya wajar mengaplikasi produk pencuci pada keseluruhan wajah.

    Namun begitu, pastikan produk berkenaan bersesuaian dengan jenis kulit wajah.

    2) Krim pelembap

    Selesai mencuci oleskan krim pelembap yang bebas kandungan terlarang sambil membelai dan mengurutnya. Langkah itu adalah untuk membantu menganjalkan kulit wajah.

    3) Krim pelindung UV

    Sebelum keluar rumah sama ada ke tempat kerja atau beriadah jangan lupa menyapu krim pelindung sinaran ultra violet (UV).

    Rutin penjagaan berkenaan membantu melindungi kulit wajah daripada selaran matahari yang boleh menyebabkan masalah kulit seperti pigmentasi.

    4) Krim pencukur

    Jangan mencukur, janggut, jambang ataupun misai dengan menggunakan pencuci muka atau sabun biasa.

    Seharusnya, anda perlu menyapu krim pencukur terlebih dahulu. Bahan-bahan yang terkandung dalam krim itu membantu melancarkan proses mencukur, sekali gus mengelakkan luka.

    5) Losen cukur

    Selepas mencukur, cuci wajah dengan bersih dan sapu losen bersesuaian mengelakkan kulit menjadi kering.



    Sumber

  • Legasi 5 beradik manfaat teknologi dyno

    Legasi 5 beradik manfaat teknologi dyno

    BERMULA dari belakang rumah, siapa sangka sebuah bengkel kampung kini mempunyai tiga rangkaian kedai di U5 Subang Bestari, Selangor yang kini dikenali dengan label GGR Machine.

    Bisnes keluarga yang dimulakan oleh Muhammad Alqamah Mohamed Azmi, 38, atau Alqamah selaku pengasas syarikat terbabit sejak 10 tahun yang lalu kini membuahkan hasil.

    GGR Machine yang dipelopori lima beradik, Muhammad Alqamah, Ummu Athiyah, Muhammad Mussadiq, Muhammad Uqbah dan Muhammad Fathi membuktikan kerjasama dan muafakat antara darah daging sendiri mampu berjaya dengan cemerlang.

    SEBAHAGIAN daripada 22 mekanik yang menjadi tulang belakang GGR Machine.

    SEBAHAGIAN daripada 22 mekanik yang menjadi tulang belakang GGR Machine.

    Asalnya, dengan hanya bermodalkan selaras sepana dan mesin pam tayar. Kemudian, Alqamah yang merupakan abang sulung dalam keluarga itu meraih kepercayaan para pelanggannya hingga membolehkan mereka menyewa sebuah lot rumah kedai pertama di Subang Bestari untuk bengkelnya beroperasi.

    SEBAHAGIAN daripada 22 mekanik yang menjadi tulang belakang GGR Machine.

    SEBAHAGIAN daripada 22 mekanik yang menjadi tulang belakang GGR Machine.

    Tahun 2016 menyaksikan peminat motosikal dua lejang mula beralih kepada empat lejang. Paling ketara apabila Yamaha 15ZR dan Honda rs150 memasuki pasaran negara seterusnya jentera itu menjadi fenomena.

    Tempoh evolusi dan kecenderungan peminatnya kepada motosikal jenis itu menjadi titik tolak GGR Machine turut mengikuti rapat peralihan mood itu. Modal besar sanggup dikeluarkan bagi membeli sebuah mesin dyno tuning motosikal dari Australia yang bernilai RM85,000.

    SEBAHAGIAN aksesori motosikal barangan yang dijual.

    SEBAHAGIAN aksesori motosikal barangan yang dijual.

    Ternyata, percaturan itu berbaloi apabila GGR Machine tidak menang tangan dikunjungi oleh pemilik motosikal Yamaha 15ZR dan Honda rs150. Kebanyakannya ‘gila’ mahu melakukan modifikasi kerana bengkel Alqamah antara terawal di Malaysia yang mempunyai teknologi seumpamanya.

    Perkara itu diakui oleh Pengurus Besar GGR, Muhammad Mussadiq Mohamed Azmi, 28. Katanya, dalam tempoh lebih kurang setahun setengah, GGR Machine beroperasi di lokasi baharu, dua lagi rangkaian dibuka bagi membolehkan operasi bengkel diperbesarkan.

    PENGENDALIAN proses dyno Yamaha 15ZR oleh staf yang mahir.

    PENGENDALIAN proses dyno Yamaha 15ZR oleh staf yang mahir.

    “Sebenarnya dyno tuning ini membantu memperbetulkan sistem bahan api motosikal supaya lebih selesa untuk ditunggangi.

    “Apa pun kita masih buat ikut kemahuan pelanggan dengan pakej yang ditawarkan,” cerita beliau mengenai syarikatnya yang memerlukan rakan kongsi pada masa itu untuk menyuntik sedikit modal sehinggalah tertubuhnya GGR Machine by Azizan R.

    Penuhi cita rasa

    Meskipun terpaksa bersaing dengan bengkel lain, namun GGR mampu meraih kepercayaan pelanggan. Apatah lagi pengalaman dan fokus utamanya memenuhi cita rasa dan kehendak pelanggan masa kini dalam bidang modifikasi motosikal.

    Menurut Muhammad Mussadiq, bukti fanatik pelanggan terhadap modifikasi dengan mesin dyno tuning apabila hanya dalam tempoh empat tahun, kira-kira 60,000 motosikal pelanggan mendapatkan khidmat di GGR.

    STAF GGR, Muhammad Azri sedang melayan pelanggan melakukan tempahan.

    STAF GGR, Muhammad Azri sedang melayan pelanggan melakukan tempahan.

    Seramai 22 kakitangan terdiri daripada mekanik berpengalaman. Mereka juga sedia bertugas setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad.

    Dek kegilaan pelanggan juga, tambah Muhammad Mussadiq lagi, buat permulaan, pihaknya mengambil keputusan mengeluarkan produk seperti valve spring dan ekzos berjenama GGR. Fokus pihaknya masih kepada model Yamaha 15ZR dan Honda rs150.

    Biarpun ketika pada awal perniagaan mengakui sukar mendapat pengedar yang yakin dengan GGR, namun kini tidak lagi.

    GGR Machine sentiasa teliti agar hasilnya dapat memberi kepuasan kepada setiap pelanggan.

    GGR Machine sentiasa teliti agar hasilnya dapat memberi kepuasan kepada setiap pelanggan.

    “Permintaan modifikasi dengan mesin dyno sememangnya tinggi. Jadi kami bercadang mahu membuka beberapa lagi cawangan GGR Machine di seluruh negara.

    “Bila ada cawangan nanti, lebih senang untuk berurusan kerana pelanggan GGR bukan setakat dalam Kuala Lumpur dan Selangor. Ada yang sanggup berkonvoi dari Johor, Melaka dan Perlis kerana yakin dengan perkhidmatan dan cara kami mengendalikan tempahan untuk modifikasi,” katanya yang bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan-Nya.

    ANEKDOT

    Instagram: ggrmachine

    Facebook: GGR Machine

    Alamat: No 33-1 Jalan Nova U5/N Seksyen U5 Subang Bestari, Shah Alam, Selangor

    Apa itu dyno tuning?

    -Dynometer ialah alat pengukur. Tujuan utama dyno tuning adalah untuk memudahkan pemilik motosikal atau kereta mengetahui keupayaan enjin selepas melakukan modifikasi atau menukar sesuatu alat ganti.

    -Dyno tuning menjadi pilihan kerana ia lebih tepat dan selamat. Penggunaannya boleh dijalankan di bengkel khas berbanding road tuning yang memerlukan kenderaan bergerak di jalan raya.



    Sumber

  • Raudah City mahu bangun semula pusat beli-belah terbengkalai, bantu usahawan Bumiputera

    Raudah City mahu bangun semula pusat beli-belah terbengkalai, bantu usahawan Bumiputera

    BRAINY Bunch dan Raudhah City telah menganjurkan program Ayuh Bangkit 3.0 dalam misi mencetuskan kebangkitan dalam kalangan usahawan Bumiputera dan sekali gus membina kekuatan ekonomi Islam yang berlangsung di Cyberjaya, Selangor kelmarin.

    Pengasasnya, Mohd Fadzil Hashim berkata, dalam konteks Malaysia tiada usaha pun dibuat untuk menyatukan usahawan-usahawan baharu agar mereka mempunyai kekuatan luar biasa, kerana beliau melihat ramai peniaga lebih fokus kepada ingin berjaya sendiri.

    “Justeru menerusi program ini, saya mahu membina usahawan yang benar-benar mempunyai kekuatan perniagaan, sekali gus membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat seperti kemiskinan, tiada akses pendidikan, kelaparan dan sebagainya,” katanya pada program Ayuh Bangkit BootCamp 3.0 di Brainy Bunch International School di Cyberjaya, Selangor kelmarin.

    Ayuh Bangkit BootCamp 3.0 menggabungkan empat speaker hebat iaitu pejuang hartanah, Ahyat Ishak; pakar pembangunan organisasi, Datuk Faridah Hanim Haron; pakar imej, Mary Anni Masarip; dan Mohd Fadzil sendiri.

    Kesemua speaker terlibat hadir atas pentas yang sama dengan satu tujuan iaitu sebagai pencetus kebangkitan ekonomi Islam.

    Mohd Fadzil berkata, Bangkit BootCamp 3.0 lebih memberi fokus dalam usaha mendidik usahawan.

    “Menerusi program ini juga satu pelan strategi turut dibentangkan bagi membantu usahawan melihat bagaimana cara bagi membolehkan membina 100 rangkaian kompleks membeli-belah sendiri dengan mengambil semangat Kota Melaka.

    “Bagi tujuan tersebut, pihak kami telah merancang untuk mengambil-alih dan membangunkan semula kompleks membeli-belah gajah putih memandangkan untuk membangunkan kompleks beli-belah yang baharu belum berkemampuan,” katanya.

    Tingkat penguasaan usahawan Bumiputera

    Mohd Fadzil berkata, inisiatif untuk mengambil-alih dan membangunkan pusat beli-belah terbengkalai berkenaan bertujuan meningkatkan penguasaan usahawan Bumiputera dalam sektor peruncitan di pasar raya.

    Justeru, beliau yakin pendekatan tersebut mampu meningkatkan semula penguasaan usahawan Bumiputera dalam sektor berkenaan.

    “Jika diikutkan saiz pasaran peruncitan negara ia dianggarkan berjumlah RM108 bilion. Namun, 60 peratus daripadanya dikuasai oleh syarikat luar.

    “Oleh demikian, ia menjadi kekangan kepada usahawan Bumiputera untuk menguasai pasaran selain tidak mempunyai kekuatan melibatkan diri dalam sektor tersebut,” katanya.

    Jelasnya, jika idea yang diketangahkan itu dapat direalisasikan, beliau optimis peningkatan di dalam sektor berkenaan dapat dicapai sehingga 38 peratus berbanding sekarang yang berada di bawah paras lapan peratus.

    Sehubungan itu, bagi merealisasikan idea tersebut Mohd Fadzil berkata, Raudhah City tidak akan mengenakan sebarang sewa kepada peniaga, sebaliknya membuat perkongsian keuntungan sebagai rakan kongsi.

    “Bagaimanapun, pemilihan perniagaan dilakukan mengikut kriteria ditetapkan berdasarkan kekuatan produk kerana pihak kami mahu kompleks beli-belah yang akan dibangunkan itu setaraf dengan pusat beli-belah mega yang ada di Kuala Lumpur.

    “Ramai sebenarnya usahawan Bumiputera sudah sampai ke tahap menjana keuntungan memberangsangkan. Malangnya, mereka tidak ada peluang untuk memasuki pasaran peruncitan terutamanya di dalam kompleks membeli-belah,” katanya.

    Sasar 100 pusat beli-belah

    Mohd Fadzil berkata, buat masa ini pihaknya menyasarkan untuk membangunkan semula 100 pusat beli-belah yang merupakan projek gajah putih di seluruh Semenanjung Malaysia dalam tempoh 10 tahun.

    Katanya, usaha tersebut tidak melibatkan sebarang pelaburan daripada pihak luar melainkan gerakan daripada rakyat sendiri.

    “Sebuah pusat beli-belah memerlukan sokongan 15 ribu keluarga untuk berbelanja. Daripada situ, kita mampu menjana jualan tahunan sebanyak RM300 juta,” katanya.

    Tambahnya, satu kad khas perbelanjaan isi rumah akan ditawarkan kepada pengguna bagi menarik minat mereka berbelanja di pusat beli-belah yang akan dibangunkan tersebut.

    “Mereka yang berbelanja sehingga RM20,000 setahun berpeluang memperoleh pendidikan universiti percuma di institusi kami,”

    “Ini adalah tambah nilai yang bakal ditawarkan kepada pengguna yang menyokong agenda murni kami ini,” katanya.

    Tambahnya, beliau optimis impian bagi meningkatkan ekonomi berstruktur seterusnya melihat kepada keperluan yang diperlukan oleh usahawan dan pengguna itu mampu dicapai.

    “Saya yakin dapat membina kekuatan 100 jenis jenama tempatan di dalam kompleks membeli-belah yang dimiliki oleh warga tempatan,” katanya.



    Sumber

  • IRDA, Suruhanjaya Tinggi British jalin kerjasama

    IRDA, Suruhanjaya Tinggi British jalin kerjasama

    ISKANDAR PUTERI – Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA) bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi British bagi mengukuhkan perancangan bandar dan pengangkutan di lskandar Malaysia.

    Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim berkata, kerjasama di bawah Program Kemajuan Global Bandar Masa Depan United Kingdom (UK) yang berlangsung selama tiga tahun hingga 2022 itu membabitkan peruntukan sebanyak RM16 juta.

    “Di bawah program ini, kira-kira RM16 juta telah diperuntukkan untuk kerjasama dalam dua projek yang disiarkan.

    “Pertama, projek Smart Management Integrated Mobility System (SMIMS) yang akan menyaksikan perkembangan strategi pelaksanaan lskandar Smart Integrated Mobility Malaysia Sistem Pengurusan.

    “Kedua, penggunaan data dan pengurusan data untuk Urban Based Evidence dan projek perancangan pengangkutan yang bertujuan untuk memperkenalkan sokongan keputusan perancangan yang menggunakan data dari sistem mobiliti bersepadu untuk mencapai hasil perancangan bandar yang lebih baik,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mewakili IRDA dengan Suruhanjaya Tinggi British yang diwakili Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay serta disaksikan Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

    Beliau berkata, secara amnya, projek-projek yang dicadangkan itu bertujuan menggalakkan pergerakan pengangkutan yang efisien di lskandar Malaysia.

    “Selain itu, ia menggalakkan penggunaan pengangkutan awam selaras dengan operasi hasil sistem Rapid Transit (BRT) pada tahun 2022.

    “BRT turut menggalakkan bandar-bandar yang boleh diakses, bersambung dan inklusif yang menyumbang kepada kemakmuran bandar secara keseluruhan, sejajar dengan matlamat pembangunan mampan dan pelaksanaan agenda bandar baharu (NUA),” katanya.

    Sementara itu, Charles berkata, UK adalah pemimpin dunia dalam konsep bandar raya masa depan yang merangkumi infrastruktur, pembinaan, piawaian dan perkhidmatan kewangan.

    “Kami mengambil pendekatan holistik untuk pembangunan bandar raya masa depan dengan mengambil kira faktor sosial, alam sekitar, ekonomi dan politik.

    “Saya gembira dapat bekerjasama dengan IRDA untuk membangunkan lskandar Malaysia menjadi metropolis antarabangsa yang mantap dan lestari,” katanya.

    Dalam pada itu, Sahruddin berkata, kerajaan negeri amat menggalakkan kerjasama bersama pihak yang berpengalaman dan kepelbagaian sumber dengan hasilnya bakal memanfaatkan rakyat Johor.



    Sumber

  • Hilangkan kesan gigitan nyamuk, gatal kulit bayi

    Hilangkan kesan gigitan nyamuk, gatal kulit bayi

    KULIT bayi lebih mudah menjadi merah dan bengkak apabila digigit nyamuk. Lebih memburukkan, ia biasanya akan meninggalkan kesan parut dan kegatalan.

    Di sini Femina kongsikan bagaimana cara untuk menghilangkan kesan gigitan nyamuk pada bayi:

    1) Kulit kentang

    Kentang mengandungi potasium dan vitamin C yang sesuai merawat masalah kulit.

    Caranya mudah, kupas sebiji kentang dan gunakan bahagian dalam kulit kentang. Sapu bahagian yang terkena gigitan. Kemudian bilaskan semula dengan air bersih selepas beberapa minit.

    2) Bawang

    Bawang putih dan bawang merah memiliki kandungan antibakteria yang sangat efektif untuk mengubati luka. Ia juga mampu mengubati kesan kemerahan akibat alergi atau gigitan nyamuk.

    Caranya mudah, belah bawang merah atau bawang putih, kemudian oleskan pada kulit bayi selama beberapa saat. Jika tiada timbul reaksi, sapukan lagi selama beberapa minit pada kawasan yang terkena gigitan. Cuci semula dengan air bersih.

    3) Gel aloe vera

    Gel aloe vera yang sejuk dan bersifat antiradang sangat sesuai untuk merawat kegatalan, menyembuhkan luka dan membantu hilangkan kesan gigitan nyamuk.

    Caranya juga mudah. Ambil satu tangkai lidah buaya (aloe vera) dan potong bagi mengeluarkan gelnya. Oleskan gel ini secara terus pada kesan gigitan nyamuk tersebut.

    Selamat mencuba!



    Sumber

  • Selalu sakit perut, berisiko besar alami migrain ketika dewasa

    Selalu sakit perut, berisiko besar alami migrain ketika dewasa

    PERNAHKAH anda berhadapan dengan situasi tiba-tiba anak mengadu sakit perut? Anda tidak tahu puncanya dan biasanya hanya menyangka ia disebabkan perut ‘masuk angin’.

    MAKANAN proses boleh menyebabkan migrain perut berlaku. Sentiasa perhatikan makanan dimakan yang menjadi punca kesakitan.

    MAKANAN proses boleh menyebabkan migrain perut berlaku. Sentiasa perhatikan makanan dimakan yang menjadi punca kesakitan.

    Sebenarnya anak anda bukan masuk angin. Ia disebabkan satu masalah yang dikenali sebagai Abdominal migrain atau migrain perut.

    Apakah Abdominal migrain atau migrain perut itu?

    – Seperti migrain biasa iaitu sakit kepala, migrain perut itu pula adalah sakit yang berlaku pada bahagian perut.

    – Abdominal migrain sangat kerap berlaku pada kanak-kanak berbanding orang dewasa.

    – Berlaku antara umur tiga hingga 10 tahun dan secara puratanya berlaku pada umur tujuh tahun.

    – Ia hanya terjadi dalam kalangan antara satu hingga empat peratus daripada kanak-kanak.

    – Kanak-kanak yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah migrain akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami migrain perut berbanding orang lain.

    – Jika pada waktu kecilnya selalu mengalami migrain perut, ketika besar dia mempunyai risiko yang besar untuk mengalami masalah migrain kepala.

    Simptom migrain perut:

    – Sakit pada bahagian perut terutamanya pada bahagian pusat.

    – Sakit memulas seperti mahu membuang air besar. Sakit tersebut boleh berlaku pada kadar sederhana ataupun terlalu teruk.

    – Rasa loya

    – Muntah

    – Kurang selera makan

    – Kulit menjadi pucat

    – Setiap kali migrain datang ia boleh berlaku selama sejam hingga tiga hari.

    Rawatan boleh diberikan:

    – Pastikan mendapat tidur mencukupi.

    – Makan mengikut jadual dan minum air secukupnya.

    – Jika anak muntah, pastikan dia mendapat air yang secukupnya supaya tidak mengalami dehidrasi.

    – Terdapat beberapa jenis makanan seperti coklat dan makanan proses yang boleh menyebabkan migrain perut berlaku. Sentiasa perhatikan makanan apakah yang menyebabkan sakit perut tersebut.

    – Pesakit yang mengalami sakit perut yang teruk perlulah dibawa ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan terlebih dahulu.

    – Rawatan yang selalu diberikan seperti ubat paracetamol dan ubat nonsteroidal antiinflammatory seperti ibuprofen.

    Sumber: TheDiagnosa



    Sumber