Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Technology
  • Midea Kukuhkan Kehadiran di Malaysia di Bawah Visi “Power of One” Serantau
  • Community
  • News
  • Technology

Midea Kukuhkan Kehadiran di Malaysia di Bawah Visi “Power of One” Serantau

Helmi Aziz October 6, 2025 4 minutes read
KV_Midea unites APAC Under the Power of One Vision

Midea, sebuah syarikat teknologi global terkemuka dan antara pengeluar perkakas rumah terbesar di dunia, baru-baru ini menganjurkan persidangan pengedar pertamanya di rantau Asia Pasifik yang berlangsung di Bali. Acara ini menghimpunkan 450 rakan kongsi dari seluruh rantau dengan matlamat untuk menyatukan usaha ke arah menjadi peneraju nombor satu dunia dalam semua kategori perkakas rumah di bawah tema “Power of One”. Persidangan tersebut menonjolkan inovasi terkini Midea menerusi lima zon pengalaman, sambil menegaskan komitmen berterusan terhadap pasaran tempatan seperti Malaysia melalui latihan teknikal, kecemerlangan perkhidmatan dan kerjasama komuniti yang bermakna.

Menurut Presiden Midea Asia Pacific Region, Zeal Jiang, “Power of One” berpaksikan tiga elemen utama iaitu kepimpinan teknologi, kemampuan tempatan untuk tempatan (local-for-local), serta kekuatan kerjasama. Dengan terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta teknologi pintar, memperkukuh rangkaian pengeluaran dan perkhidmatan serantau, dan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi di seluruh Asia Pasifik, Midea kini bergerak pantas ke arah mencapai cita-cita untuk menjadi syarikat perkakas rumah pintar nombor satu dunia dengan sasaran hasil jualan sebanyak USD 1.5 bilion di rantau APAC menjelang tahun 2028.

Sebagai peneraju inovasi, Midea telah memperoleh sembilan pengiktirafan tempat pertama oleh Euromonitor International dalam pelbagai kategori seperti Smart Home Appliances, Air Conditioners, Air Treatment, Microwaves dan Small Cooking Appliances. Ketika persidangan berlangsung, sebanyak 150 produk dipamerkan yang mencerminkan visi kehidupan lebih pintar dan lestari – daripada teknologi AI yang mengawal suhu dan penulenan udara secara masa nyata melalui aplikasi Midea SmartHome, kepada penyelesaian penjimatan tenaga yang mampu mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 30 peratus. Reka bentuk ruang yang efisien turut diperkenalkan bagi meningkatkan kapasiti tanpa menjejaskan saiz, sementara produk penyaman udara kediaman menonjol dengan daya tahan terhadap iklim lembap Asia melalui teknologi Prime Guard dan komponen tahan lama.

Midea turut menampilkan keupayaan industri menerusi Midea Building Technologies (MBT) yang memperkenalkan penyelesaian berskala besar seperti VC MAX VRF dan Magboost Apex chiller yang menawarkan kecekapan tenaga dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah.

Dalam aspek kepimpinan teknologi, Midea telah melabur sebanyak USD 10 bilion dalam R&D dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini dan disokong oleh lebih 23,000 tenaga profesional R&D. Syarikat ini juga telah memegang lebih 100,000 paten, menerima 470 anugerah teknologi utama, dan menyumbang kepada lebih 1,900 piawaian teknologi di peringkat global. Dalam tempoh tiga tahun akan datang, Midea berhasrat untuk melabur lebih daripada CNY 50 bilion (USD 6.96 bilion) dalam bidang kecerdasan buatan (AI), tenaga baharu, robotik dan teknologi kecerdasan terbina. Antara pencapaian terbaharu termasuk pelancaran robot humanoid isi rumah pertama, MIRA, di World AI Conference 2025, serta pelaburan bernilai CNY 1.5 bilion (USD 208.1 juta) bagi membangunkan platform teknologi pintar di Shanghai.

Dari segi strategi pasaran, Midea memperkukuh pertumbuhan APAC melalui pengilangan tempatan dan kecemerlangan perkhidmatan. Dengan 63 pangkalan pengeluaran global, termasuk sembilan di Thailand, Vietnam dan Indonesia, Midea terus memimpin dalam kecekapan rantaian bekalan. Kilang Midea di Thailand telah diiktiraf sebagai Lighthouse Factory oleh World Economic Forum kerana ketahanan rantaian bekalan dan penggunaan teknologi 5G sepenuhnya, menjadikannya kilang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dengan penjimatan tenaga melebihi 40 peratus dan pengurangan pelepasan karbon sebanyak 68.3 peratus.

Untuk memperkukuh perkhidmatan selepas jualan, aplikasi Midea Club kini digunakan di seluruh APAC bagi memudahkan teknisyen mengurus penghantaran, pemasangan, latihan dan jaminan produk dalam satu platform. Syarikat ini turut menganjurkan lebih 200 program latihan dan perkhidmatan setiap tahun, menyasarkan 30,000 jurutera dalam tempoh tiga tahun, dengan lebih 1,800 pusat perkhidmatan rasmi dan rakan servis di rantau ini. Di Malaysia, komitmen ini diterjemahkan melalui sesi latihan suku tahunan untuk memperkukuh kepakaran teknikal tempatan agar kualiti perkhidmatan kekal menepati piawaian global.

Midea turut memberi tumpuan kepada kelestarian dan impak komuniti di seluruh Asia Pasifik dan Malaysia. Syarikat ini telah tersenarai dalam Sustainability Yearbook (China Edition) 2025 oleh S&P Global atas prestasi ESG yang cemerlang, termasuk sumbangan terhadap bantuan bencana, sokongan komuniti dan pemuliharaan alam sekitar. Di Malaysia, Midea menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Badminton Negeri Kelantan bagi menyokong pembangunan belia, selain terlibat dalam bantuan banjir dan sumbangan kepada institusi kebajikan warga emas.

Presiden Midea Asia Pacific Region, Zeal Jiang, turut menekankan inisiatif pemulihan terumbu karang di Bali yang dilaksanakan bersama Mangrove Indonesia Lestari Foundation dengan lebih 1,000 terumbu karang ditanam bagi memulihara biodiversiti marin dan menyokong komuniti pesisir. Dalam masa yang sama, Midea juga memperkukuh hubungan global melalui penajaan sukan bertaraf dunia seperti peranan baharunya sebagai Penaja Lengan Utama FC Barcelona, selain mengekalkan kerjasama jangka panjang dengan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Manchester City Football Club.

Managing Director Midea Malaysia, Mark Tam, menegaskan bahawa visi Midea bukan sahaja untuk menjadi peneraju inovasi global, tetapi juga memastikan setiap produk membawa manfaat nyata kepada keluarga dan komuniti di Malaysia.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Mazleen Rangkul Gelaran Juara Kilauan Emas 2025 Dengan Persembahan Penuh Emosi
Next: “Mengukir Takdir”: The Helmis Bawa Misi Kemanusiaan ke Gaza Melalui Global Sumud Flotilla

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”
  • Industry Workshop by Nippon Paint and CIDB Addresses Gaps in Flooring Standards for High-Tech Industries
  • World-Class Sound Hits Johor: Audience Lab Soundtech Secures Strategic Deal with France’s NEXO
  • Visa Perkenal Agentic Ready di Malaysia Bersama Bank Tempatan bagi Memperkasa Pembayaran Berasaskan AI

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.