Selepas hampir tiga dekad menjadi pilihan utama penonton setiap Ahad, Melodi kini bersedia untuk membawa hiburan ke tahap yang lebih tinggi! Bermula 5 Disember 2024, Melodi akan mengubah cara penonton menikmati gosip dan berita sensasi, dengan tayangan baru yang menggegarkan pada setiap Khamis malam, jam 9.00 malam. Ini adalah perubahan besar yang menjanjikan pengalaman penuh dengan kejutan dan sensasi!
Kehadiran Ain Edruce, hos tetap yang dinamik dan penuh karisma, akan menghidupkan setiap episod Melodi dengan gaya penyampaian yang segar, memikat dan pastinya mengundang gelak tawa. Dengan gabungan Ain bersama artis-artis jemputan yang berbeza setiap minggu, setiap episod akan dibungkus dengan keseronokan dan cerita-cerita terkini yang tidak boleh dilepaskan! Melodi kini lebih daripada sekadar rancangan gosip; ia akan menjadi platform utama untuk berita sensasi dunia hiburan.
Rancangan ini akan mempersembahkan 20 segmen menarik, yang direka khas untuk memberikan pelbagai perspektif dan cerita yang segar. Antara segmen yang bakal ditampilkan termasuk Sensasi, Panas, Kontroversi, Eksklusif, Selidik, Sekilas, Filem, Aduan, Gosip, Tergempar, Prihatin, Betul Ke?, Sila Jawab, Kes, Takziah, Konsert, Tahniah, Potensi, Nostalgia, dan Usik-Usik. Setiap segmen akan memberikan penonton gambaran terbaru tentang dunia hiburan, sukan, budaya dan isu semasa.
Melodi kini bukan sekadar perubahan waktu tayangan, tetapi transformasi total yang akan membawa rancangan ini ke arah yang lebih segar, berani dan menarik. Segmen-segmen yang penuh debaran dan penceritaan yang beremosi akan menjadikan Melodi lebih memikat dan memastikan penonton terus terhibur dengan berita terkini yang mengejutkan!
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Melodi di TV3 setiap Khamis, jam 9.00 malam mulai 5 Disember 2024. Bagi mereka yang terlepas, siaran ulangan dan strim juga boleh ditonton melalui Tonton.
Untuk mendapatkan info terkini tentang Melodi, pastikan anda mengikuti laman sosial mereka di Facebook, X, YouTube dan Instagram di @meloditv3 serta di Tiktok di @melodiberapi. Jangan lupa untuk mengikut juga saluran TV3 untuk info drama dan hiburan terkini di @TV3Malaysia serta @dramasangat untuk drama-drama kegemaran anda!