Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Media Prima Raih Pengiktirafan Antarabangsa di Asian Academy Creative Awards 2025
  • Entertainment
  • Filem
  • Movie
  • News

Media Prima Raih Pengiktirafan Antarabangsa di Asian Academy Creative Awards 2025

Helmi Aziz October 6, 2025 (Last updated: October 6, 2025) 3 minutes read
Screenshot 2025-10-06 151322

Tahniah diucapkan kepada Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) atas kejayaan membanggakan di peringkat kebangsaan (National Winner) di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2025. Media Prima merangkul tiga kemenangan utama menerusi kategori Best Original Production by a Streamer (Fiction) dengan drama BRU yang disiarkan di Tonton, Best Lifestyle Programme melalui Click To Health Season 4 terbitan 8TV, dan Best Animation menerusi filem Ejen Ali The Movie 2 hasil kerjasama Primeworks Studios dan WAU Animation.

Kejayaan ini melayakkan Media Prima serta barisan pengkarya kreatif untuk bersaing dengan wakil terbaik dari seluruh Asia Pasifik di Grand Awards dan Gala Finals yang bakal berlangsung di Capitol Theatre, Singapura pada 3 dan 4 Disember 2025.

Drama BRU arahan Nik Amir Mustapha dari Lumatic Films Sdn Bhd diumumkan sebagai pemenang kategori Best Original Production by a Streamer (Fiction). Diterajui oleh Shukri Yahaya sebagai Shah, lelaki yang obses dengan kopi dan kejayaan, serta Siti Hariesa sebagai Hani, seorang barista berbakat yang mencari kebebasan dalam dunia kopi, drama ini turut menampilkan lakonan mantap Amerul Affendi sebagai Ajan, sahabat setia yang menganggap Shah seperti adiknya sendiri. BRU tampil sebagai karya yang menyentuh hati dengan tema emosi, cita-cita dan persahabatan yang dekat dengan penonton.

Sementara itu, Click To Health Season 4 terbitan 8TV memenangi kategori Best Lifestyle Programme. Dihoskan oleh Desmond Tey, rancangan ini mengupas pelbagai isu kesihatan semasa serta memperkenalkan kaedah rawatan moden yang relevan dengan kehidupan masa kini. Penggambaran dijalankan di pelbagai lokasi termasuk bilik pemeriksaan, bilik pembedahan dan bilik kecemasan bagi memberi perspektif lebih mendalam dan realistik kepada penonton.

Kategori Best Animation pula dimenangi oleh Primeworks Studios dan WAU Animation menerusi Ejen Ali The Movie 2 arahan Usamah Zaid Yasin. Filem ini menampilkan kisah aksi animasi yang sarat dengan emosi, meneruskan perjuangan watak utama, Ali, dalam misi berisiko tinggi di bawah program elit SATRIA. Dengan kutipan pecah panggung melebihi RM62.5 juta di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja dan Thailand, filem ini dinobatkan sebagai filem animasi nombor satu di Malaysia. Ejen Ali The Movie 2 turut mencipta sejarah apabila dicalonkan dalam kategori Best Animated Film di Silk Road International Film Festival ke-12 di China.

Kejayaan di AACA 2025 ini sekali lagi membuktikan komitmen Media Prima dalam menerbitkan kandungan yang berkualiti, kreatif dan inovatif serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Tahniah kepada semua tenaga produksi dan rakan kolaborasi yang terus mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Nantikan malam kemuncak Asian Academy Creative Awards 2025 di Capitol Theatre, Singapura pada 3 dan 4 Disember untuk mengetahui siapakah yang bakal membawa pulang trofi berprestij tersebut.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ghaz Abu Bakar Cipta Kelainan Dengan Filem Seram Pertama, Qifarah
Next: Ejen Ali The Movie 2 Kini di Netflix: Saksikan Aksi Baharu Bersama Lagu Epik Hanya Kamu!

Related Stories

  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.