Majlis Pelancaran Kedai Anda dan Kafe Anda Kendalian Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia.

Pertamanya, Cik Rafizah Amran, TImbalan Ketua Divisyen Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana menzahirkan rasa bersyukur kerana dapat bersama-sama dalam majlis yang cukup signifikan bagi Prasarana dan warga kota di seluruh Lembah Klang.

Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan glamor beliau, Uncle Kentang, yang sudah beliau kenali rapat sejak berkhidmat dengan Pusat Kanser Malaysia.

Tambah beliau lagi, sejak berlakunya penularan wabak covid-19, Prasarana dan Uncle Kentang telah menganjurkan pelbagai inisiatif untuk membantu pelbagai golongan.

Tujuan kolaborasi ini bukan sahaja bersifat jangka masa panjang namun lebih penting lagi bersifat berpotensi untuk berkembang maju khususnya dengan penyertaan daripada orang ramai khususnya para pengguna perkhidmatan LRT.

Prasarana menawarkan pakej khas untuk penyewaan dua lot untuk Kedai Anda 10 sen dan Kafe Anda RM1. Prasarana juga menawarkan satu lot tambahan untuk orang ramai memberi sumbangan untuk memastikan kedua-dua unit perniagaan ini akan terus hidup dan berkembang untuk kemudahan golongan yang memerlukan khususnya mereka daripada kumpulan B40.

“Pasukan media sosial Prasarana akan memberikan sokongan yang serupa seperti yang telah dilakukan untuk inisiaitf ‘Rapid KL Support Lokal’ dan ‘Rapid KL Support Lokal 2.0’. Kedua-dua program ini telah memberikan impak yang besar kepada para peniaga yang terbabit dengan peningkatan besar dalam jualan mereka”, kata Cik Rafizah Amran, Timbalan Ketua Divisyen Komunikasi dan Pemassran Strategik Kumpulan Prasarana.

Beliau berharap warga kota akan memberikan sokongan penuh kepada inisiatif ini. Inisiatif ini dilaksanakan di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat, atau CSR Prasarana untuk tahun 2022 ini. Beliau juga sempat berpesan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan, khususnya barangan makanan dan kegunaan harian, boleh singgah di Stesen Taman Perindustrian Puchong dengan menggunakan perkhidmatan LRT yang mereka sediakan.

Pelbagai pakej perjalanan Rapid KL yang pengguna boleh gunakan, seperti pas perjalanan tanpa had My50 yang berharga RM50 untuk kegunaan sebulan ataupun Pas Keluarga Malaysia yang berharga RM15 untuk kegunaan empat ahli keluarga pada hujung minggu.

Pihak Prasarana merancang untuk mempelbagaikan produk-produk perjalanan ini untuk kemudahan semua lapisan masyarakat.