Kewpie Malaysia Sdn. Bhd. (“Kewpie Malaysia”), peneraju jenama mayonis dan dressing premium, meraikan ulang tahun ke-100 kewujudan Kewpie Mayonis satu abad penuh dengan inovasi rasa, warisan kulinari dan kepercayaan global. Sempena ulang tahun bersejarah ini, Kewpie mengukuhkan komitmennya untuk menyemarakkan kreativiti dan pembangunan bakat dalam bidang kulinari Malaysia melalui pelbagai inisiatif bersama institusi pendidikan dan restoran tempatan.
Kewpie Mayonis mula diperkenalkan di Jepun pada tahun 1925 oleh pengasasnya, Toichiro Nakashima, dengan misi untuk mempertingkat pemakanan dan menggalakkan gaya hidup sihat. Teksturnya yang kaya dan rasa umami yang unik telah menjadikan Kewpie kegemaran di dapur serta restoran di seluruh dunia. Di Malaysia, kehadiran Kewpie sejak tahun 2009 terus kukuh dengan produk yang diperakui halal dan diterima meluas oleh rakyat tempatan.
Ulang tahun ini diraikan dengan tema global “100th Anniversary of Kewpie Mayonnaise”, memperkukuh jenama sebagai simbol inovasi dan hubungan bermakna selama satu abad. Daripada permulaan sederhana di Jepun hingga menjadi jenama antarabangsa yang dipercayai, Kewpie membuktikan bahawa makanan mampu menyatukan budaya dan mencipta detik bermakna.
Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, Kewpie Malaysia memperkenalkan Peraduan Mayonis 100 Tahun Kewpie, menggalakkan orang ramai untuk berkarya di dapur menggunakan Kewpie Mayonis Gaya Jepun. Peserta hanya perlu mencipta hidangan istimewa, merakam foto dan video berdurasi 30–45 saat, kemudian memuat naik ke Instagram, Facebook atau TikTok menggunakan hashtag #KewpieIt100 serta tag @KewpieMalaysia. Penyertaan juga perlu dihantar melalui Mesej Langsung (DM) untuk pengesahan.

Peraduan berlangsung dari 31 Mei hingga 24 Ogos 2025 dengan hadiah utama berupa percutian eksklusif ke Jepun, tempat kelahiran Kewpie, serta pelbagai barangan istimewa. Kempen ini turut selari dengan sambutan global yang merangkumi jelajah trak makanan di Jepun, koleksi edisi terhad dan pengalaman menarik di muzium khas “Mayo Terrace” di Tokyo.
Di Malaysia, Kewpie turut bekerjasama dengan restoran popular, Fei Fei Crab, untuk mempersembahkan menu eksklusif menggunakan Kewpie Mayonis. Hasilnya, pelanggan dapat menikmati hidangan fusion yang menggabungkan cita rasa Jepun dengan sentuhan tempatan satu bukti nyata pengaruh Kewpie dalam dunia masakan moden.
“Kami berbangga dapat meraikan detik bersejarah ini bersama rakan industri pendidikan dan kulinari tempatan,” kata Encik Shimpei Okada, Timbalan Pengarah Urusan Kewpie Malaysia. “Kami percaya bahawa makanan bukan sekadar untuk dimakan, tetapi juga menjadi penghubung budaya dan komuniti. Kerjasama bersama Universiti SEGi dan Fei Fei Crab mencerminkan komitmen kami dalam memperkasakan bakat muda serta memupuk kreativiti masakan tempatan.”
Melalui kerjasama strategik dengan Universiti SEGi, Kewpie memberikan peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam projek industri sebenar menggunakan produk Kewpie. Usaha ini selari dengan matlamat jangka panjang Kewpie untuk menyokong pendidikan kulinari, memperkasa generasi baharu dan memupuk keterlibatan komuniti secara berterusan.
Sambil memperingati 100 tahun pencapaian, Kewpie Malaysia mengukuhkan janjinya untuk terus relevan, inklusif dan inovatif dalam menyemai inspirasi kepada semua penggemar makanan. Dengan setiap titisan mayonisnya yang ikonik, Kewpie terus menyemarakkan rasa dan kreativiti di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, layari www.kewpie.com.my atau ikuti Kewpie Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok.