Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Majlis Anugerah Pilihan Pengguna (CCA) oleh MTPN Selangor
  • ACTIVITY

Majlis Anugerah Pilihan Pengguna (CCA) oleh MTPN Selangor

Helmi Aziz March 28, 2022 (Last updated: March 28, 2022) 2 minutes read
CCA-1

Hotel Le Meridian Putrajaya merupakan lokasi penganugerahan Anugerah Pilihan Pengguna (CCA) 2021-2022 anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MPTN) Selangor turut dihadiri oleh Pengerusi Tetap Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor iaitu Y. B. Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni.

MAJLIS PELANCARAN DAN PENGANUGERAHAN ANUGERAH PILIHAN PENGGUNA (CONSUMER’S CHOICE AWARD) TAHUN 2021-2022, MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGARA NEGERI SELANGOR

MTPN telah melakukan tiga peringkat penelitian terhadap 213 orang calon dan hanya 66 orang sahaja yang berjaya merangkul trofi CCA sebagai bukti pencapaian cemerlang mereka di dalam industri yang diceburi.  YDP MTPN Selangor, Dato’ Dr. Gavin Voon percaya bahawa penganugerahan tersebut mampu meningkatkan daya saing di samping mengembangkan pertumbuhan ekonomi tempatan.  Tambahan pula, beberapa organisasi yang telah berbakti kepada masyarakat sepanjang tahun juga diiktiraf di Majlis Anugerah Pilihan Pengguna (CCA).

Majlis Perasmian CCA – YBRS. TUAN EDDY SOO CHERN HOONG – Setiausaha, Ketua Biro Penerangan Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Negeri Selangor; YBHG. DATO’ DR. GAVIN VOON SHIH CHIN –Yang Di-Pertua Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Negeri Selangor; YANG BERHORMAT TUAN MOHD ZAWAWI BIN AHMAD MUGHNI – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna Dan Industri Halal; EN. TUAN NORAFFENDY BIN ABD KHALID – Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sumber Manusia Agensi Penguatkuasaan Maritim; YBHG. DATO’ PADUKA DR. KEVY KV. YEO – Presiden Kebangsaan Majlis Tindakan Pengguna Negara

Selain itu, para peniaga di seluruh Malaysia disarankan beroperasi menggunakan sistem perniagaan yang sah melalui “Idenfic” serta ditekankan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan sah kepada para pengguna atas galakkan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN).

Penyampaian Cenderahati kepada YANG BERHORMAT TUAN MOHD ZAWAWI BIN AHMAD MUGHNI – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna Dan Industri Halal
Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin (Rosyam Nor) menerima Anugerah Pilihan Pengguna (CCA) bagi pihak syarikatnya – St Rosyam Mart Sdn Bhd

“Perkara yang menarik perhatian saya adalah visi MTPN yang selari dengan misi Kerajaan Selangor yakni ‘Melestarikan Pembangunan dan Kemakmuran Simetri, Pintar dan Peduli Rakyat’.  Dengan ini saya ingin melibatkan diri dengan memberi sokongan kepada MTPN Selangor dengan harapan perniagaan-perniagaan di Selangor berkembang maju” ujar Y. B. Tuan Mohd Zawawi.

Sidang Media Dari kiri, YBhg. Dato’ Dr. Gavin Voon Shih Chin; Yang Berhormat Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni; En. Shim De Zhen (Penasihat Undang-Undang MTPN)

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Unjuran KDNK 2022 boleh dicapai susulan pembukaan semula sempadan
Next: Majlis Sidang Media Dan Pelancaran Undian Atas Talian Anugerah Telenovela Ke-8

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.