Majlis Penyampaian Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500, anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), telah berlangsung dengan penuh gemilang di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur. Acara ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Abu Bakar bin Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif MATRADE, menjadikan majlis ini satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Pihak MTPN telah memilih 34 buah syarikat daripada pelbagai industri sebagai pemenang-pemenang pada majlis ini melalui proses penaksiran dan pangauditan yang ketat dan tulus. Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 merupakan suatu inisiatif (MTPN) untuk mengenal pasti perniagaan yang memberikan perkhidmatan yang unggul dan berintegriti kepada pengguna. Program berprestij ini dapat menggalakkan kecemerlangan perniagaan di Malaysia serta mengenal pasti dan mendidik para peniaga akan pentingnya mengekalkan perniagaan yang beretika. Anugerah Pilihan Pengguna ini juga dapat membantu perniagaan tempatan bagi mendapatkan pengiktirafan istimewa yang menjadi standard pilihan pengguna. “Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 adalah inisiatif Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) di Malaysia. Anugerah ini mengiktiraf syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan boleh dipercayai kepada pengguna. Ia bertujuan untuk menggalakkan kecemerlangan perniagaan dan amalan etika dalam kalangan syarikat di Malaysia,” kata Tuan Abdul Malik Bin Jamaran, Pengasas Program Top 500 semasa memberikan ucapan alu-aluan mewakili Majlis Tindakan Pengguna Negara. “Majlis Tindakan Pengguna Negara ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua syarikat yang memenangi anugerah dan berharap mereka akan terus berinovasi dan berusaha untuk membawa lebih banyak perkhidmatan berkualiti kepada pengguna Malaysia di masa hadapan” tambah beliau. Program berprestij ini berupaya menggalakkan kecemerlangan perniagaan di Malaysia, sambil mengenal pasti dan mendidik para peniaga tentang pentingnya mengekalkan standard perniagaan yang beretika. Anugerah Pilihan Pengguna ini juga berfungsi sebagai platform yang membantu perniagaan tempatan meraih pengiktirafan istimewa, menjadikannya standard pilihan utama di kalangan pengguna. Senarai penerima Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 1. INAI REPUBLIC 2. BEWELL CHIROPRACTIC 3. NAJEEHAH INTERNATIONAL SDN BHD 4. AGENSI PEKERJAAN UKHWAH SDN BHD 5. BRILLIANT SKIN ESSENTIALS TRADING MALAYSIA SDN BHD 6. DORA MILL ONLINE TRADING SDN BHD 7. FANMASTER SDN BHD 8. AGENSI PEKERJAAN KAWASAMA (M) SDN BHD 9. BIOFUNCTION MARKETING SDN BHD 10. OLICELL GROUP (M) SDN BHD 11. DUOLEAF HEALTHCARE SDN BHD 12. CHER’S (M) SDN BHD 13. CEL-ELEMENTS HOLDINGS (M) SDN BHD 14. ALLOY KITCHEN MARKETING SDN BHD 15. EASTERN ECKARE MALAYSIA SDN BHD 16. WIKI CAREER SDN BHD 17. SUMATRAA INDUSTRIES SDN BHD 18. NOROS VENTURE SDN BHD 19. MIMPI NATURAL HEAD SPA & SALON 20. MILI TECH SDN BHD 21. PREMIUM PURE SDN BHD 22. ANTASA ENTERPRISE SDN BHD 23. YES TRAVEL AND HOLIDAYS SDN BHD 24. KYUT SKIN 25. TENQ GROUP SDN BHD 26. VITAMODE 27. HERO 99 SDN BHD 28. EEB BEAUTY SDN BHD 29. FULLY KITCHEN EQUIPMENT SDN BHD 30. THE NATURAL MARKETPLACE SDN BHD 31. MODERNMED SDN BHD 32. PERTIMA TRENGGANU SDN BHD 33. ALG WORLDWIDE SDN BHD 34. SAUNA LUXE SDN BHD Post navigation Program Alumni ‘Sirih Pulang ke Gagang’ 2024 Cipta Memori Program “HELLO KEDAH 2024” – Mengukuhkan hubungan antara masyarakat