Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) telah merasmikan semula stor pertamanya yang diperbaharui di luar Lembah Klang hari ini. Pembukaan semula Lotus’s Melaka Peringgit disambut meriah dengan pelbagai persembahan budaya menarik untuk meraikan kehadiran semula stor yang terletak di bandar bersejarah Melaka ini.
Dalam usaha menghargai kekayaan warisan budaya negeri Melaka, stor ini telah menerima pembaharuan dengan pelbagai dekorasi baru yang terinspirasi daripada seni rekaan Jubin Peranakan. Motif dan harmoni warna dari seni Peranakan memberikan kesan visual yang menonjol kepada pengunjung Lotus’s Melaka Peringgit. Selain penambahbaikan pada aspek elektrik, produk segar, daging, makanan laut, dan bakeri, penampilan ruang Ceria-Yah yang baharu juga menawarkan pengalaman interaktif dan menarik untuk para pelanggan.
“Melaka Peringgit telah berkhidmat kepada komuniti selama 22 tahun. Oleh itu, kami telah melaburkan lebih RM1 juta untuk pembaharuan stor ini bagi memastikan kemudahan dan perkhidmatan pelanggan dapat dipenuhi dengan baik. Kami akan terus berusaha memenuhi jangkaan pelanggan dengan menyediakan persekitaran membeli-belah yang lebih moden dan selesa,” ujar Neil Gurusamy, Pengarah Eksekutif Operasi Lotus’s Malaysia.
Sebelum ini, Lotus’s telah merasmikan pembaharuan bagi tiga stor di Lembah Klang dengan jumlah pelaburan melebihi RM4 juta. Selain itu, Lotus’s bercadang untuk memodenkan lebih banyak cawangannya di seluruh negara.
Sebagai meraikan perayaan Deepavali dan menambahkan keceriaan kepada pelanggan, Lotus’s Melaka Peringgit menawarkan tawaran pembukaan semula yang menarik seperti brokoli pada harga RM1.99, tomato pada RM1.99 sekilogram, dua pek Anggur Muscat pada RM10, ayam seekor dari RM5.99, dan Sos Cili Maggi pada RM1 dengan pembelian dua ayam Rotisserie, serta banyak lagi. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang menanti semua pelanggan sehingga 3 November 2024.
Menangi eBaucar Lotus’s atau Beg Goody (24 Oktober – 27 Oktober 2024)
- Siapa Cepat, Dia Dapat – belanja RM80 dalam satu resit dan berpeluang memenangi produk jenama Lotus’s bernilai RM10 dan baucar Lotus’s Shop Online bernilai RM10 (50 pemenang sehari)
- Timbang, Pastu Menang – capai berat minimum 30kg bagi setiap troli dan bawa pulang Baucar Hadiah Lotus’s bernilai RM10 (300 pemenang sehari)
- Cabutan Bertuah – belanja minimum RM120 dalam satu resit dan berpeluang memenangi baucar e-Lotus’s bernilai RM200.
- Tiga ahli baru My Lotus’s yang mendaftar akan berpeluang memenangi jongkong emas seberat 10 gram bernilai RM4,300, atau baucar e-Lotus’s bernilai RM500 (terhad kepada sepuluh pemenang).
Manfaat Tambahan kepada Ahli My Lotus’s
- Ahli My Lotus’s akan menikmati 2X mata My Lotus’s bagi setiap pembelian di Lotus’s Melaka Peringgit (24 Oktober – 27 Oktober 2024)
- Dari 24 Oktober – 30 Oktober 2024, dengan perbelanjaan minimum RM120 di Lotus’s Melaka Peringgit, ahli My Lotus’s akan menerima baucar dalam aplikasi bernilai RM5 yang boleh digunakan dari 31 Oktober – 6 November 2024 dengan perbelanjaan minimum RM100 pada pembelian seterusnya.
Persampelan Makanan dan Barangan Percuma di Ruang Acara Ceria-Yah
- Pengambilan sampel dan acara promosi oleh 17 jenama terkenal seperti Oatside, Mie Sedaap, Dutch Lady, Maggi, Ambi Pur, Febreeze, Gillette, Mister Potato, Corn Toz, makanan kegemaran tempatan Melaka – Mamee, dan banyak lagi.
- Sertai cabaran Mi Pedas Korea yang baharu di gerai Mie Sedaap secara percuma, dan berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif Touch N’ Go Ahn Hyo Seop.
- Pelanggan juga berpeluang untuk mencuba dan membeli snek Thai kegemaran ramai seperti Lays, Koh Kae, Pocky, PAMA Mi Tom Yum dan banyak lagi dari 17 Oktober hingga 31 Oktober 2024.
Aktiviti dan Tawaran Menarik di Pusat Membeli-belah (24 Oktober – 3 November 2024)
- Dengan perbelanjaan minimum RM20 di Lotus’s Melaka Peringgit, sertai pelbagai aktiviti bertemakan Deepavali seperti:
Aktiviti | Tarikh |
Sand Art | 24 Oktober 2024, 31 Oktober 2024 |
Lukisan Batik DIY | 24 Oktober – 27 Oktober 2024
31 Oktober – 3 November 2024 |
Bengkel Gelang DIY | |
Henna Percuma | 25 Oktober 2024 |
Pertandingan Mewarna | 26 Oktober 2024 |
Pertandingan Kraf Rangoli | 27 Oktober 2024 |
Pertandingan Mengasingkan Muruku | 1 November 2024 |
Aktiviti Kraf Vilaku | 2 November 2024 |
- Nikmati persembahan flash mob khas oleh Tropa De Santa Maria pada waktu berikut: 24 Oktober (9 pagi), 26 Oktober (12 tengah hari), 27 Oktober (5 petang), 2 November (2 petang), 3 November (12 tengah hari).
- Temui Loki the bearded dragon di petting zoo yang terletak di pintu masuk sisi Lotus’s Melaka Peringgit dengan bayaran hanya RM6 setiap orang bagi umur 2 tahun ke atas.
- Pameran motosikal dan kereta vintaj di pintu masuk Lotus’s Melaka Peringgit (24 Oktober – 27 Oktober 2024).
- Nikmati diskaun sehingga 80 peratus, atau tawaran beli 2 percuma 3 di kedai peruncit yang mengambil bahagian di Lotus’s Melaka Peringgit.
- Diskaun 5 peratus bagi menu terpilih di medan selera cawangan tersebut.
Para pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat dan mengikuti aktiviti terkini berkenaan pembukaan semula Lotus’s Melaka Peringgit boleh melayari laman rasmi Lotus’s di Facebook dan Instagram.