Langkasuka Sentuh Jiwa Dengan Single Terbaharu “Baju yang Baru”

Langkasuka bakal melancarkan single terbaharu berjudul “Baju yang Baru” pada 17 Oktober ini di semua platform digital. Lagu ini merupakan hasil ciptaan dan lirik oleh Zuhaili, dengan rakaman dijalankan di home studio. Proses mixing disempurnakan oleh Fai manakala Aliy bertanggungjawab terhadap mastering. Keseluruhan pembikinan lagu ini mengambil masa kira-kira lima bulan untuk disiapkan.

Menurut Langkasuka, “Baju yang Baru” membawa mesej tentang kasih sayang, kesabaran, dan pembaharuan diri dalam kehidupan seharian. “Baju yang Baru mungkin cerita tentang kita, tentang kasih dalam diam, tentang hati yang bingung di tengah perjalanan. Dengarlah kalian lagu ini… mungkin di antara baitnya, anda akan menemui sedikit diri sendiri, atau sekurangnya, akan lebih berhati-hati pada hati-hati yang lain,” ujar Langkasuka.

Kumpulan itu turut menjelaskan bahawa lagu ini menjadi simbolik kepada penghargaan terhadap nilai kekeluargaan dan kasih sesama insan. “Lagu ini adalah pelukan kecil kepada setiap suami yang lupa, setiap isteri yang sabar, dan setiap anak yang sedang belajar memahami kasih orang tuanya. Kadangkala, yang perlu diperbaharui bukan bajunya, tetapi hatinya,” tambah mereka.

Menariknya, pelancaran single ini turut mendapat kerjasama promosi dan edaran digital daripada Empayar Masdo Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang aktif dalam pembangunan bakat tempatan serta pengurusan strategi pemasaran muzik digital.

Single “Baju yang Baru” akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Oktober 2025 di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music, dan YouTube Music.

Golden Crown Bonus Codes change frequently, so players should check updates often. These codes unlock spins, cashbacks, or even 100% deposit matches. With honest terms and clear expiry dates, everything stays transparent. Aussie players appreciate the straightforward approach and reliable support team.