Lama Dinanti, Dee Lestari Kembali Rajut Kisah Cinta Lewat Single “Kabarku”

Adakah kita pernah benar-benar baik apabila insan yang dicintai memilih orang lain? Persoalan itu menjadi inti pati penuh emosi dalam buah tangan terbaharu daripada pemuzik dan penulis tersohor, Dee Lestari, menerusi single ketiga beliau berjudul “Kabarku” yang dilancarkan secara rasmi hari ini.

Susulan kejayaan lagu “(Jangan) Jatuh Cinta” (Disember 2025) dan “Perahu Kertas” (Februari 2026), Dee Lestari kembali mengajak pendengar menyelami dinamika cinta yang tidak berbalas. “Kabarku” menceritakan peritnya sebuah pertemuan apabila kita terpaksa berpura-pura tenang dan menjawab “kabar baik” demi menutup luka di hati yang sedang runtuh.

Diterjemahkan melalui melodi yang indah dan lirik puitis tetapi telus, Dee Lestari sekali lagi membuktikan kehebatannya dalam berkarya. Kali ini, beliau bekerjasama dengan kolektif penerbit muda, Fellow Amateurs, yang diketuai oleh Mikha Angelo. Gabungan ini menghasilkan susunan muzik yang soulful dan moden, menjadikan “Kabarku” sebuah karya yang sangat dekat dengan jiwa pendengar.

Visual lagu ini turut diperhebat dengan video lirik arahan Anthono Congor dan Arie Dagienkz. Single “Kabarku” kini tersedia di semua platform penstriman digital dan bakal menjadi sebahagian daripada album solo Dee Lestari yang dijadualkan terbit pada pertengahan tahun 2026.