Lagu “WIRA PERONDA” membuktikan kemunculan pertama Afif Tirmizie menjadi seri untuk cerita “POLIS PERONDA”.

Wira Peronda : Penyeri drama yang bertajuk Polis Peronda.

Petaling Jaya, 9 Julai 2024 – Penyanyi berbakat Ahmad Alif Afif Tirmizie atau lebih dikenali sebagai Afif teruja dengan mengeluarkan single terbarunya, Wira Peronda. Lagu ini merupakan kolaborasi pertamanya dengan Alternate Records dan merupakan lagu runut bunyi (OST) untuk drama aksi polis terbaharu Polis Peronda yang kini sedang disiarkan di TV3.

Drama ini mula bersiaran pada 28 Jun 2024, dengan lima episod disiarkan setiap Jumaat jam 10.00 malam. Penonton juga boleh menonton episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton, sama ada melalui laman web www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun daripada Google Play dan App Store.

Afif mengakui lagu Wira Peronda sangat penting dalam menambahkan kesan dramatik dan emosi pada setiap episod drama tersebut. “Saya amat terharu kerana diberi peluang menyumbangkan suara untuk drama hebat ini. Harapan saya, lagu ini dapat menyentuh hati penonton,” katanya.

Dia meluahkan perasaan bercampur baur setelah mengetahui lagu ini adalah OST daripada Skop Production. “Saya agak gementar kerana ini kali pertam

a saya menyanyikan lagu dengan rentak seperti ini,” katanya. Proses rakaman hanya mengambil masa dua jam, dan ini juga kali pertama Afif bekerjasama dengan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh. “Pengalaman ini sangat menyeronokkan kerana mereka sangat profesional dan santai. Jika ada peluang, saya ingin bekerjasama semula,” tambahnya.

Biarpun terkenal dengan genre Hip Hop dan balada, Afif melihat cabaran menyanyi Wira Peronda sebagai gangguan yang membawanya keluar dari zon selesa. “Ini cabaran baharu buat saya, kerana saya perlu menyanyi dalam genre berbeza. Namun, peluang ini membolehkan saya menunjukkan kelainan vokal, dan peminat pastinya tidak pernah mendengar saya menyanyikan lagu dalam genre Pop Rock,” jelasnya. Gabungan muzik yang mendalam dan lirik yang bermakna menjadikan lagu ini antara karya terbaik dalam kerjayanya.

Afif berharap pendengar akan terus menyokong lagu ini kerana ia mengandungi mesej positif, penuh semangat dan keberanian, sesuai dengan tema drama tentang dedikasi anggota polis peronda. “Saya harap semua dapat menerima gaya baharu ini. Teruskan menyokong kerjaya saya dalam industri,” katanya.

Menurut Ikhwan Fatanna, “Saya mula menulis lirik dan melodi bersama Wan Salleh selepas Alternate Records meminta lagu untuk drama ‘Polis Peronda’. Proses ini hanya mengambil masa dua minggu.” Dia memuji vokal Afif kerana memudahkan kolaborasi dan mempercepatkan rakaman. “Afif sentiasa mengeluarkan idea menarik dan vokalnya menjadikan lagu ini unik,” tambahnya.

Ikhwan berharap Wira Peronda dapat menghiburkan semua lapisan masyarakat dan memperkenalkan unit rondaan Polis Diraja Malaysia. “Saya harap lagu ini akan melekat dalam ingatan pendengar yang menonton drama ini. Awak mesti dengar, kalau tidak awak kena saman!” Ikhwan bergurau.

Drama Polis Peronda menarik perhatian ramai dengan kisah perjuangan dan pengorbanan anggota polis dalam menegakkan keadilan. Lagu Wira Peronda membawa mesej tentang kewibawaan dan kredibiliti unit rondaan, mencerminkan visi dan misi mereka dalam OST drama, dan memberikan kesan emosi yang kuat dalam setiap babak penting.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu Wira Peronda dendangan Afif Tirmizie yang kini boleh didengari di pelbagai aplikasi dan platform streaming online. Saksikan juga Polis Peronda yang kini disiarkan di TV3, setiap Jumaat jam 10.00 malam, dan strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton.