Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • Kotak x Arda Hatna Kembali! Zepp KL Bakal Bergetar 21 Sept Ini Sempena Ulang Tahun ke-21
  • Artist
  • Celebration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Music
  • music

Kotak x Arda Hatna Kembali! Zepp KL Bakal Bergetar 21 Sept Ini Sempena Ulang Tahun ke-21

Helmi Aziz August 4, 2025 2 minutes read
0408 ardaa

Sudah lebih dua dekad Kotak melakar perjalanan dalam industri muzik Indonesia, ditemani pelbagai suka duka serta pengalaman berharga. Sepanjang tempoh ini, mereka tidak pernah melangkah sendirian. Kerabat Kotak sentiasa setia bersama, walaupun berdepan perubahan anggota, cabaran serta pasang surut dunia muzik.

Kini, selepas 21 tahun menempa nama, Tantri Syalindri Ichlasari, Swasti Sabdastantri dan Mario Marcella bersedia untuk meraikan detik istimewa mereka melalui konsert Road to 21st Anniversary Kotak x Arda Hatna yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 21 September 2025.

Konsert ini merupakan hasil kerjasama GemaWave, sebuah platform yang mengetengahkan muzik pelbagai genre dari seluruh Asia Tenggara, bersama Boomset Planning selaku penganjur acara. Ia dijanjikan sebagai satu pengalaman penuh emosi, membawa penonton menyusuri kenangan sejak awal penubuhan Kotak pada tahun 2004, seiring lagu-lagu yang pernah menyentuh hati ramai seperti Pelan-Pelan Saja dan Masih Cinta.

Menurut Syira Yusof daripada Boomset Planning, konsert ini lebih daripada sekadar persembahan pentas. Ia adalah penghormatan buat era muzik yang telah memberi warna kepada hidup para peminat. GemaWave memilih konsert Kotak x Arda Hatna sebagai pembuka tirai kepada platform hiburan mereka, dan menjanjikan sesuatu yang segar dan berbeza.

Lebih menarik, Kotak akan ditemani oleh Arda Hatna, vokalis kumpulan Naff yang juga suami kepada Tantri. Dikenali menerusi lagu-lagu seperti Terendap Laraku, Kau Masih Kekasihku dan Akhirnya Ku Menemukanmu, kehadiran Arda bakal membawa warna baru kepada persembahan ini. Beliau juga mempunyai karya solo seperti Orang Tak Enakkan dan Pelabuhan Terakhir yang mendapat perhatian dalam kalangan peminat muzik Indonesia.

Gabungan unik antara Kotak dan Arda dijangka mencipta satu malam yang penuh kenangan dan tidak mudah dilupakan. Tantri turut berkongsi keterujaannya untuk tampil bersama suami di atas pentas yang sama, menyifatkan konsert ini sebagai sesuatu yang sangat bermakna buat dirinya dan band Kotak.

Bagi Tantri, peluang berkongsi pentas dengan orang tersayang serta para peminat adalah detik yang sangat ditunggu-tunggu. Beliau berharap peminat dapat turut serta dan merasai kehangatan serta emosi yang bakal tercetus sepanjang malam itu berlangsung.

Peminat boleh mendapatkan tiket dengan harga bermula RM198 untuk kategori standing, RM218 bagi gold, RM248 untuk platinum dan RM3888 bagi kategori box. Pembelian tiket boleh dibuat di laman rasmi www.ticket2u.com.my.

Jika anda salah seorang daripada Kerabat Kotak, pastikan tarikh 21 September 2025 tertera dalam kalendar anda. Konsert Road to 21st Anniversary Kotak x Arda Hatna bakal menjadi antara acara paling bermakna tahun ini.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Lawatan Penanda Aras Perkukuh Kerjasama Komunikasi Strategik antara UPSI dan USIM
Next: Sarat Makna & Emosi, Dato’ Aishah Persembahkan Karya Terbaharu “Taman Keabadian”

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
5 SEBAB KENA TENGOK PEWARIS SUSUK copy 2 (1)
  • Artist
  • Filem Seram
  • Telefilem

5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Luqman Hakim May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.