Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Konsert ‘Lovechestra Mahalini Live In Kuala Lumpur’ Telah Berlangsung Pada 3 Februari 2024
  • News

Konsert ‘Lovechestra Mahalini Live In Kuala Lumpur’ Telah Berlangsung Pada 3 Februari 2024

Helmi Aziz February 5, 2024 (Last updated: February 5, 2024) 2 minutes read

Dengan penuh kehangatan menyambut sambutan hangat dari peminat-peminat setianya di Malaysia, ‘songbird seberang’ yang berasal dari Denpasar, Bali, Indonesia, Mahalini Ayu Raharja atau lebih dikenali sebagai Mahalini, kini kembali ke Kuala Lumpur untuk menyampaikan persembahan yang luar biasa dalam konsert ‘LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KUALA LUMPUR’. Acara yang diterajui oleh jenama kosmetik terkemuka, Alha Alfa, ini dianjurkan dengan penuh gemilang oleh Kharisma Music.

“Terima kasih buat semua yang hadir menyaksikan konsert saya tadi, ‘kalian’ are the best,” kata Mahalini, 23 tahun.

Bermula jam 8:00 malam di ruang hiburan Megastar Arena @ Sg. Wang Plaza, dengan bertemakan ‘all-white’, Mahalini membawakan lagu ‘Bawa Dia Kembali’ sebagai pembuka acara.

Konsert yang bertemakan ‘Lovechestra’ (love + orchestra) turut diserikan dengan iringan kumpulan orkestra seramai 20 orang pemuzik profesional tempatan yang terpilih dengan pengarah muzik khas dari Indonesia iaitu Ronald Steven, Adrian Kitut, Raymond Aditya dan juga Dennis Nusi.

Ternyata, kesemua penonton yang hadir dibuai asyik oleh kemerduan suara yang dimiliki Mahalini selama hampir 2 jam dalam menyanyikan hampir 16 buah lagu kesemuanya seperti Sial, Sisa Rasa, Melawan Restu, Bohongi Hati, Kisah Sempurna dan banyak lagi.

Kongsi salah satu penonton yang hadir, “Sangat menakjubkan, dan persembahan memukau!

“Saya merupakan fan Mahalini, namun tidak berpeluang menyaksikan konsert sebelum ini, terima kasih tidak terhingga buat pihak penganjur kerana membawa Mahalini kembali.

Lebih istimewa, malam konsert juga turut diserikan dengan bintang tamu, Rizky Febian, ternyata penonton bersorak riuh apabila ‘Iky’ muncul di pentas menyanyikan bersama lagu-lagu duet Mahalini seperti Aku Yang Salah, Janji Kita, Satu Tuju dan juga You’re Mine, dan Rizky juga turut mendendangkan lagu Selaras Kata dari album terbaharunya, Berona.

Menurut En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music, “Pertama sekali terima kasih kepada semua pembeli tiket yang hadir memeriahkan konsert, serta terima kasih kepada para penganjur yang menjayakan konsert ini seperti Alha Alfa, radio ERA, Batik Air dan HAPM.

“Ternyata percaturan Kharisma Music dalam membawakan Mahalini ke Malaysia membuahkan hasil kerana pemilihannya dibuat berdasarkan pencapaian beliau dalam meraih pelbagai anugerah serta pengiktirafan di industri muzik Indonesia dengan jumlah penstriman paling tinggi di Spotify (Indonesia), serta lagu-lagu nyanyian sering menjadi viral di media sosial.

“Buat penggemar muzik live di Malaysia, nantikan pengumuman yang seterusnya dari Kharisma Music!

Malam konsert tadi juga turut menjadi malam bertuah bagi salah seorang pembeli tiket yang telah berjaya memenangi hadiah utama cabutan bertuah yang merupakan sebuah kereta, serta pemenang lainnya dengan hadiah-hadiah yang menarik.

 

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tea Garden Makes History: Achieves Two Malaysian Records and Unveils Gateway@KLIA2 Outlet as the Gateway to Malaysian Cuisines
Next: HONOR Magi6 Series competes with Samsung Galaxy S24 in the high-end market

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.