Kentang bakar bersalut kacang panggang

BAHAN-BAHAN:

1 tin kacang panggang sos tomato Ayam Brand (425g)

1 tin kepingan tuna dalam minyak (150g)

2 sudu teh jus lemon

Sedikit lada hitam yang ditumbuk

2 sudu besar mayonis

1 sudu besar daun bawang dipotong dadu

4 biji kentang


10g Mentega

CARA MEMASAK:

1) Hancurkan tuna menggunakan garpu.

2) Masukkan jus lemon, sedikit lada hitam yang ditumbuk dan gaul dengan mayonis sehingga menjadi pes. Biarkan seketika.

3) Basuh kentang dan bungkus menggunakan kertas foil.

4) Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 210C antara 45 hingga 60 minit.

5) Kemudian, potong silang di bahagian atas kentang jaket (kentang bakar) lalu tekankan sedikit ke dalam.

6) Sapukan mentega dan letakkan pes tuna ke dalam kentang jaket.

7) Tuangkan sos kacang panggang di atas dan taburkan daun bawang yang telah dipotong dadu.

8) Hidangan tersebut enak dinikmati ketika ia masih panas.

Sumber: Ayam Brand



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *