Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Karnival Pelancongan Desa KEJORA
  • News

Karnival Pelancongan Desa KEJORA

Helmi Aziz January 5, 2018 2 minutes read
Pelancongan desa

pengunjung Pelancongan desa

Perasmian Karnival Pelancongan Desa

Karnival Pelancongan Desa telah diadakan di tanah lapang berhadapan masjid Sedili. Suasana majlis perasmian meriah walaupun dalam hujan. Penulis mengikuti Day Trip Tourism KEJORA Siri 3/2017 diadakan bersempena Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC).

Karnival Pelancongan Desa ini diadakan sebanyak dua (2) kali pada tahun ini. Objektif karnival ini diadakan bertujuan untuk menjadikan platform bagi mempromosikan keunikan budaya masyarakat warisan dan sumber semula jadi yang terdapat di Kampung Pelancongan KEJORA.

Karnival yang pertama telah diadakan pada 16 & 17 September 2017 (sabtu & ahad) bertempat di Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, Johor. Pengisian utama karnival adalah penganjuran Program Day Trip Tourism KEJORA siri 3/2017.

Seramai 40 orang wakil media telah dijemput untuk menyertai lawatan ini. Lawatan selama tiga hari dua malam mempunyai pengisian program dalam mempromosi produk ekopelancongan seperti keunikan ekosistem tanah lembab (wetland), kepentingan sungai dan penghayatan keatas alam sekitar. Pengunjung juga diberi pendedahan menghayati warisan dan budaya masyarakat setempat serta aktiviti ekonomi penduduknya. Dengan liputan luas yang akan diberikan nanti oleh pihak media dan blogger dalam mempromosi destinasi agro pelancongan sebagai sektor ekonomi yang penting. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi bagi menjadikan sektor pelancongan ini sebagai sektor nombor satu negara.

Pelancongan desa
pengunjung Pelancongan desa

Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai acara yang disediakan. Antaranya bicara ilmu, pertandingan melukis, cabutan bertuah dan banyak lagi. Terdapat khemah jualan makanan dan minuman serta khemah pameran agensikerajaan dan syarikat swasta.Penampilan artis terkenal tanag air membuat persembahan pada malam akhir kemuncak karnival.

Karnival pelancongan desa ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Bahagian Pelancongan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), penganjuran kanival ini dibantu jawatankuasa Gerakan Desa Wawasan (GDW), PDRM Tanjung Sedili, GiatMara Tanjung Sedili, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Tinggi serta masyarakat setempat.

Pelancongan desa launching
Perasmian Pelancongan desa

Karnival dua hari itu dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Tourism Johor, Muhammad Amirul Ardy Abdul Rahim selaku wakil rasmi Pengarah Pelnacongan Negeri Johor. Yang turut hadir, Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid. Encik Hamzah Bin Hj Isa Timbalan Pengurs Besar (Pembangunan) selaku wakil rasmi Pengurus Besar KEJORA, Tuan Haji Ibrahim Bin Yahya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatn Kampung Sedili dan Tuan Imam Sakoor Bin Taslim (imam Masjid Ar-Raudah Tanjung Sedili.

 

 

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Wetland Kampung Belukar Durian dan Paya Bakau
Next: Agro Pelancongan Kuala Kangsar dan Cameron Highlands

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.