StarVendors kembali lagi memeriahkan sambutan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi menerusi penganjuran StarVendors Mega Raya Fest 2022 di WTC pada 22 hingga 24 April 2022.
Festival yang berlangsung selama tiga hari itu dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperassi (KUSKOP), YB Tan Sri Noh bin Haji Omar. Beliau turut meluangkan masa untuk sama-sama berbuka puasa dan seterusnya melawat ruang pameran.
Acara kemuncak festival tahun ini akan diserikan lagi dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada malam 24 April 2022. Acara cabutan bertuah akan turut diadakan yang menawarkan 2 hadiah utama motosikal RXZ.
Menariknya, program yang berlangsung bermula jam 9 pagi 22 April dan akan tamat tepat jam 12 tengahari pada 25 April akan cuba untuk mencatatkan rekod penganjuran acara selama 75 jam tanpa henti.
StarVendors akan menjelajah di beberapa lokasi dalam negara seperti Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak. Tujuan utama StarVendors adalah untuk memberi platform kepada usahawan berniaga.
StarVendors Mega Raya Fest, Festival Gaya Raya 2022 bakal menyaksikan pembabitan 55 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri.
Program ini turut ditaja oleh Serifa Beauty, Secret Desire, Origina, SugarBomb, Todak, Doctor Kayu dan Semblance.
Pada tahun ini StarVendors menyasarkan peningkatan jumlah pengunjung kerana sudah 2 tahun acara seumpama ini tidak diadakan.