Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Filem
  • Jackie Chan Kembali Gegarkan Pawagam dengan Filem ‘A Legend’ pada Usia 70 Tahun
  • Filem

Jackie Chan Kembali Gegarkan Pawagam dengan Filem ‘A Legend’ pada Usia 70 Tahun

Helmi Aziz August 2, 2024 2 minutes read
Movie_A Legend8

Bintang legenda dari Hong Kong, Jackie Chan, yang terkenal dengan aksi dan seni bela diri yang memukau, membuktikan dirinya masih kekal relevan pada usia 70 tahun dengan kembali menggegarkan industri filem melalui naskhah terbaharu berjudul A Legend.

Sekuel kepada filem The Myth yang diterbitkan pada tahun 2005 ini bakal memasuki pawagam tempatan tidak lama lagi. A Legend menampilkan karya ‘berani mati’ daripada Jackie Chan dengan aksi seni bela diri yang lebih mencabar dan menarik untuk ditonton. Unsur pengembaraan dan fantasi yang diselitkan dalam filem ini berpotensi menjadikannya antara naskhah terbaik tahun ini, disebabkan kelainan yang ditampilkan berbanding filem aksi lain.

Jika dibandingkan dengan filem aksi lain yang pernah dijayakan oleh Jackie Chan, A Legend tidak dapat dinafikan kehebatannya.

Filem ini menampilkan sisi berbeza aktor tersohor yang sudah enam dekad berkecimpung dalam industri perfileman. Rata-rata penonton di China memuji naskhah ini selepas terpukau dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang digunakan, menjadikan wajah Jackie Chan kelihatan lebih muda berbanding usia sebenarnya.

Kehangatan filem A Legend terus dirasai apabila penonton tempatan tidak sabar menantikan tayangannya, selepas terpukau dengan trailer yang dimuat naik di media sosial. Filem ini diarahkan oleh pengarah The Myth, Stanley Tong, dan berkisar tentang Profesor Fang, lakonan Jackie Chan, seorang pakar arkeologi yang menyedari bahawa tekstur pada artifak yang ditemui oleh pelajarnya semasa ekspedisi Glasier sangat mirip dengan loket jed yang pernah dilihat dalam mimpinya.

Loket tersebut menghubungkan alam mimpi dengan realiti. Dengan penuh rasa ingin tahu, Profesor Fang mengetuai pasukan penyelidik dalam perjalanan jauh ke Kuil Glasier untuk mencari kebenaran di sebalik impiannya. Mereka memulakan pengembaraan hebat bersama-sama, menghadapi pelbagai cabaran dan misteri sepanjang perjalanan.

Filem berbahasa Kantonis dan Mandarin ini juga membariskan pelakon handalan seperti Lay Zhang, Na Zha, Aarif Lee, Li Chen, Peng Xiaoran, serta Zheng Yecheng, menjadikan naskhah ini lebih memberi impak dalam pelbagai aspek.

Sudah ditayangkan secara rasmi di China pada 12 Julai lalu, A Legend meraih pelbagai maklum balas positif daripada penonton yang terpukau dengan aksi dan lakonan mantap yang ditampilkan oleh Jackie Chan. Dengan gabungan elemen aksi, pengembaraan, dan fantasi, serta sentuhan magis pengarah Stanley Tong, A Legend dijangka menjadi filem yang dinanti-nantikan oleh peminat filem di seluruh dunia.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’ Single Terbaru Ara Johari dari Jakarta
Next: ‘A Legend’ Filem Menggunakan Kecerdasan Buatan untuk Visual yang Memukau

Related Stories

MotherBhumi_Poster_MY_V2
  • Acara & Komuniti
  • Community
  • Event
  • Filem
  • News

Mother Bhumi Hits Malaysian Cinemas May 14 with Fan Bingbing Meet-and-Greet Tour

Farihin Azlan April 22, 2026
“MALAIKAT MALAM” CATAT KUTIPAN RM14 JUTA DI PAWAGAM
  • Box Office
  • Filem
  • Hiburan

“MALAIKAT MALAM” CATAT KUTIPAN RM14 JUTA DI PAWAGAM

Farihin Azlan April 20, 2026
“TARUNG: UNFORGIVEN” LANCAR TRELER RASMI, TAMPIL AKSI PWNUH INTENSITI DAN EMOSI DI PAWAGAM 7 MEI INI
  • Filem
  • Hiburan
  • Seni & Budaya

“TARUNG: UNFORGIVEN” LANCAR TRELER RASMI, TAMPIL AKSI PWNUH INTENSITI DAN EMOSI DI PAWAGAM 7 MEI INI

Farihin Azlan April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.