Ini yang kita rasakan apabila membuat dos

PERASAN atau tidak, jika kita lakukan kesalahan walau sekecil manapun, hati kita akan rasa gundah-gulana dan tidak tenang.

Kenapa ia berlaku? Ini kerana perkara yang berkaitan dengan dosa memang sifatnya akan ‘menggementarkan’ hati kita.

Apabila melakukan dosa, hati kita juga akan sentiasa berada dalam keadaan ketakutan, berdebar-debar, resah gelisah, cemas, bimbang dilihat atau diketahui oleh orang lain.

Ia sebagaimana yang disebut dalam hadis, daripada an-Nawwas bin Sim‘an al-Ansari RA, beliau berkata: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kebaikan adalah akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya.” (Hadith Riwayat Muslim, at-Tirmizi & Ahmad)

Berdasarkan hadis itu, jelas bahawa manusia secara fitrahnya suka melakukan kebaikan dan kebenaran. Kerana itulah akhlak yang baik dan bila kita melakukannya, hati akan jadi tenang.

Bagaimana mahu menjadi baik? Dari aspek teori, menjadi baik tidaklah sukar kerana kebaikan itu adalah dengan mentaati segala perintah ALLAH SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Hati yang tenang adalah jiwa yang memiliki nur (cahaya) sehingga dapat membezakan antara perkara yang benar dan salah, perkara yang jujur dan bohong, perkara terpuji dan tercela.

Kerana itulah petunjuk yang datang dari jiwa seseorang yang sentiasa melakukan kebaikan.

(Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *