Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • ‘FEEL DA STARZ’ ADALAH PROGRAM REALITI UNTUK KOMUNITI FELDA.
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Celebration
  • Entertainment
  • Event
  • News

‘FEEL DA STARZ’ ADALAH PROGRAM REALITI UNTUK KOMUNITI FELDA.

Helmi Aziz February 27, 2024 (Last updated: February 27, 2024) 2 minutes read

Baru-baru ini, telah berlangsung sebuah majlis pelancaran program pencarian bakat ‘FEEL DA STARZ’ yang telah diadakan di Menara Felda, Kuala Lumpur. Program pencarian bakat ini merupakan program realiti nyanyian yang mempertandingkan bakat-bakat nyanyian untuk komuniti Felda.

Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada rakyat felda yang berkeinginan untuk mengembangkan bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Setiap peserta yang menyertai pertandingan ini akan melalui proses penyingkiran di beberapa siri jelajah Felda sebelum mereka mara ke peringkat akhir yang akan diadakan pada Hari Peneroka Felda 2024 (HPF24) pada 12 – 14 Julai di MAEPS, Serdang.

Tujuan utama program ini adalah  untuk menyediakan platform dan menggilap bakat yang sedia ada disamping dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi  keluarga mereka di Felda. Program ini akan berlangsung selama 5 bulan bermula dari bulan Mac ini.

Ujibakat secara online akan mula dibuka di  https://segalanyafelda.com/feel-da-starz/ bermula 1 Mac dan akan ditutup pada 30 Mac. Seramai 40 peserta akan di pilih dari penyertaan secara online. Mereka akan menjalani sesi pembelajaran vokal dan persembahan di ISEF, Bangi (Institut Semarak Felda) dengan tenaga pengajar profesional.Hadiah Utama Pemenang FDS bakal menerima hadiah wang tunai RM10,000, tempat kedua RM7,000.00 dan tempat ketiga RM5,000.00. Juara juga berpeluang untuk merakamkan sebuah album single beserta trofi.

Penerbit Eksekutif program FDS ini adalah Fadzliniza Zakaria berpengalaman dalam penerbitan program – program realiti di TV3 dan Astro. Bersempena dengan majlis pelancaran ini, menandakan evolusi Felda, sebagai jenama gaya hidup untuk orang ramai.

Pada majlis sama, FELDA melancarkan laman web www.segalanyafelda.com. Tujuan laman web diwujudkan untuk menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti yang bakal berlangsung menjelang Hari Peneroka FELDA 2024 pada bulan Julai nanti. Maklumat berkaitan pertandingan ini dan aktiviti lain turut dimuat turun untuk memudahkan akses orang ramai untuk mendapatkan maklumat.

Sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 (HPF24) akan diadakan pada 12 -14 Julai 2024 di Maeps, Serdang dengan anggaran lebih 500,000 pengunjung akan hadir.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Peminat Akan Terpegun Dalam Persembahan Perayaan Vokal dengan Gandingan Tiga Jejaka “ONCE MEKEL, MERCELL & BAMS (EX SAMSONS)
Next: PELANCARAN BUTIK BUSANA BAJU MELAYU ELRAH EXCLUSIVE DI ‘SHOPPES AT FOUR SEASONS PLACE’

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.