PROLAPSED Intervertebral Disc (PID) atau Slipped Disc adalah satu kondisi yang kerap terjadi dalam kalangan orang dewasa berusia antara 20-35 tahun. Antara simptom utama ialah: 1. Kesakitan yang menjalar ke kaki (salah satu atau kedua-dua kaki. 2. Kebas kaki 3. Lemah kaki (boleh libatkan sendi pinggul, lutut, buku lali atau jari kaki) 4. Tidak dapat kawal kencing dan/atau berak (jika tekanan pada bahagian saraf cauda equina) Ia boleh terjadi apabila: 1. Anda mengangkat beban yang berat 2. Anda terjatuh terduduk 3. Anda batuk berpanjangan 4. Sembelit berpanjangan (banyak meneran) Haa… sebab tu kita kena makan sayur tau. Bahaya sembelit ni. Sumber: Perkongsian oleh Pakar Bedah Ortopedik, Dr Ahmad Mahyuddin Mohamed Sumber Post navigation Adakah kamu ada sikap 'stalker'? Hati-hati ya! Mira Filzah bawa tiga peminat bertuah ke Taiwan