Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Food
  • Iftar ‘Dari Dapur TEMU’ Lebih 200 Juadah Tradisional Menanti Anda!
  • Food

Iftar ‘Dari Dapur TEMU’ Lebih 200 Juadah Tradisional Menanti Anda!

Helmi Aziz November 22, 2024 2 minutes read
20241120_215422450_iOS

Raikan kehadiran Ramadan Al-Mubarak 1446 Hijrah dengan pengalaman iftar yang tak terlupakan di Menara Kuala Lumpur! Bermula dari 5 Mac hingga 28 Mac 2025, acara ‘Dari Dapur TEMU’ yang diadakan di TEMU Utama, TH03, Menara Kuala Lumpur, akan membawa anda merasai keunikan lebih daripada 200 hidangan tradisional setiap hari. Program ini berlangsung dari jam 6.30 petang hingga 9.00 malam, menyediakan pelbagai pilihan juadah yang pastinya memikat selera.

Pelbagai Pilihan Menu Istimewa

Tahun ini, Menara Kuala Lumpur menyajikan pelbagai hidangan istimewa yang bakal menggembirakan pengunjung, antaranya:

  • Kambing Golek Manja dengan perapan resipi turun temurun
  • Lidah Lembu Bakar yang lembut
  • Sup Power Rusuk Lembu, Urat Keting
  • Vietnamese Roll 288 dengan sos istimewa buatan sendiri
  • Shawarma Ayam d’TEMU yang enak dan lembut

Menariknya, kesemua hidangan ini disediakan oleh chef berbakat dari MKL Cuisine Sdn. Bhd., anak syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. Tahun ini, Menara Kuala Lumpur mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam penyediaan makanan dan minuman sepanjang bulan Ramadan ini, menjadikan pengalaman berbuka lebih eksklusif.

Pemandangan Indah di Puncak Menara Kuala Lumpur

Nikmati pengalaman berbuka puasa di ketinggian 288 meter sambil memandang panorama menakjubkan Kuala Lumpur, baik pada waktu matahari terbenam mahupun ketika kota diterangi cahaya lampu. Selain itu, suasana akan lebih meriah dengan alunan muzik santai dari ‘The Sky Band’ yang akan menghiburkan pengunjung setiap hari.

Menurut Encik Nazli Saad, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., “Kami amat teruja untuk menawarkan harga ‘Early Bird’ yang sangat berpatutan bermula hari ini hingga 31 Januari 2025. Selain itu, pelanggan yang membeli pakej ‘Dari Dapur TEMU’ juga berpeluang mendapat tiket PERCUMA untuk tarikan Menara Kuala Lumpur seperti Sky Deck, Pelantar Pemandangan TH01, dan TH04.”

Tempah tawaran ‘Early Bird’ sebelum 31 Januari 2025 untuk menikmati harga istimewa:

Pakej

                 Hari Biasa                 (Isnin-Khamis)

Hari Minggu & Cuti Umum  (Jumaat-Ahad)

Dewasa

Kanak-kanak  (5-12 tahun)

Dewasa

Kanak-kanak    (5-12 tahun)

Harga ’Early Bird’ (sehingga 31 Januari 2025)

RM119

RM59 RM129 RM69
Harga Biasa RM169 RM89 RM189

RM99

Sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat, Menara Kuala Lumpur juga menjemput anak-anak yatim, asnaf, serta pelajar madrasah dan sekolah tahfiz dari sekitar Lembah Klang untuk bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati promosi ‘Early Bird’ dari ‘Dari Dapur TEMU’ dan rasai pengalaman berbuka puasa yang unik sambil mencipta kenangan manis di Menara Kuala Lumpur!

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan promosi di Menara Kuala Lumpur, hubungi talian khidmat pelanggan di +603-2020 5421 atau kunjungi media sosial rasmi @menarakl di Facebook, Instagram, dan TikTok serta laman sesawang kltower.com.my.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Huawei and China Unicom Introduce World’s First Large-Scale 5G-Advanced Network in Beijing
Next: Gebyar Nusantara: Festival Kebudayaan yang Mempererat Hubungan Malaysia-Indonesia

Related Stories

Hotel Facade
  • Community
  • Food
  • Lifestyle
  • Lunch Buffet
  • News

Celebrate, Connect and Savour New Dining Experiences at Mercure Kuala Lumpur Glenmarie

Farihin Azlan April 20, 2026
Photo 3 (2)
  • Business
  • Food
  • Health
  • Lifestyle

Kekurangan Vitamin D di Malaysia: Pakar Herbalife Kongsi Solusi Padanan Bijak

Allya Adriana April 7, 2026
PIC 1
  • Budaya Raya
  • Carnival
  • Food
  • Makanan Tradisional

A Taste of Malaysian Heritage: Selera Warisan Ramadan Buffet Returns to KLGCC Convention Centre

Farihin Azlan March 17, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.