
Solois muda berbakat besar kelahiran tahun 2000, Feby Putri, bakal kembali menggegarkan pentas Malaysia untuk kali ketiga. Selepas penampilan sulungnya pada tahun 2023 yang mencuri perhatian peminat tempatan dengan persembahan yang mengesankan, beliau sekali lagi berjaya menakluk Zepp Kuala Lumpur pada Julai 2024. Ketika itu, peminat setia mula beratur seawal jam 2 petang demi mendapatkan tempat terbaik di zon hadapan, membuktikan betapa kuatnya tarikan aura Feby Putri di hati pendengar Malaysia.
Kini, genap setahun sejak persembahan terakhirnya, Feby Putri bakal kembali ke Zepp Kuala Lumpur pada 19 Julai 2025 menerusi konsert istimewa bertajuk “Feby Putri Vol.3: Hitam Putih Live in Kuala Lumpur”. Dalam konsert ini, Feby akan membawakan seleksi lagu dari album pertamanya “RIUH” serta memperkenalkan karya-karya terbaru dari album keduanya yang berjudul “Hitam Putih”.
Album “Hitam Putih” merupakan refleksi perjalanan peribadi Feby Putri, merangkumi segala warna kehidupan yang dilaluinya sepanjang perantauan baik saat-saat manis mahupun getir. Keseluruhan album ini disampaikan melalui lirik-lirik yang jujur serta aransemen muzik yang sangat sinonim dengan gaya unik Feby Putri, menjadikan persembahan kali ini lebih intim dan bermakna buat peminat.
Konsert ini pastinya menjanjikan satu pengalaman yang penuh emosi dan kenangan, membawa peminat lebih dekat dengan sisi peribadi seorang Feby Putri. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada momen eksklusif ini dan rasai sendiri magis pentas yang akan ditampilkan oleh solois kesayangan ramai ini.
Konsert “Feby Putri Vol.3: Hitam Putih Live in Kuala Lumpur” akan berlangsung pada hari Sabtu, 19 Julai 2025 bertempat di Zepp Kuala Lumpur dan bermula pada jam 8:30 malam. Pelbagai kategori tiket ditawarkan bagi memenuhi keinginan peminat. Tiket HALU (berdiri zon belakang) berharga RM159, manakala tiket HITAM PUTIH (berdiri zon hadapan) pula dijual pada harga RM189. Bagi yang mahu keselesaan tempat duduk, tiket USIK (duduk biasa) ditawarkan pada harga RM209, dan kategori DIRI (duduk premium) berharga RM259. Turut ditawarkan ialah pakej VIP BOX dengan harga RM359 seorang (maksimum 10 orang) lengkap dengan barangan eksklusif. Peminat juga boleh memilih tiket Meet & Greet yang berharga RM179 termasuk sesi bersama Feby Putri dan barangan eksklusif.
Konsert ini dianjurkan oleh MIEBIRD PROJECTS dengan kerjasama produksi dari BLACKCAT ASIA dan publisiti oleh OPR NETWORK. Tiket boleh didapati menerusi laman rasmi www.ilassotickets.com/febyvol3.