Hindar kebiasaan ‘buruk’ supaya tidur lebih berkualiti

Hindar kebiasaan ‘buruk’ supaya tidur lebih berkualiti

  • June 27, 2019
  • 0 comments

REHAT yang tidak cukup bukan sahaja menyebabkan anda mengantuk ketika berada di pejabat, bahkan boleh mengganggu tahap kesihatan.

TETAPKAN waktu bangun tidur untuk dapatkan tidur berkualiti.

TETAPKAN waktu bangun tidur untuk dapatkan tidur berkualiti.

Agar tidur lebih berkualiti dan cepat mengantuk hindari kebiasaan berikut:

1. Bangun pada masa yang berbeza

Sebaiknya anda tidak bangun pada waktu yang berubah-ubah. Pastikan anda set jam bangun tidur yang konsisten kerana ia akan membentuk kebiasaan membuatkan anda menjadi terbiasa dengan waktu itu.

2. Hindari pengambilan ubat tidur

Meskipun anda mungkin lebih cepat tidur hasil pengambil ubat tidur namun ia boleh mengganggu proses tidur secara alami. Tidur akan menjadi kurang berkualiti.

3. Tidur ‘balas dendam’

Anda memutuskan untuk berehat seharian pada waktu cuti seolah-olah mahu membalas dendam. Keadaan ini kurang baik kerana waktu terjaga menjadi tidak konsisten. Apabila mula bekerja tubuh anda akan keletihan kerana sebelum ini sudah terbiasa berehat. Ia akan menyebabkan anda berasa mengantuk dan malas membuat kerja.

4. Membuat kerja waktu malam

Bagi membolehkan anda lebih cepat mengantuk, hindari menyelesaikan pekerjaan sebelum tidur. Ia boleh membuatkan otak terus berfikir dan sukar untuk terlelap. Elakkan juga meletakkan telefon bimbit anda di hujung kepala supaya anda dapat berehat sepenuhnya.

5. Lapangkan fikiran

Jika anda berada dalam tekanan lakukan aktiviti yang boleh menenangkan fikiran sebelum tidur. Misalnya dengan berjalan santai dengan melakukan senaman ringan untuk mengurangkan tekanan. Ia boleh membantu otak anda lebih tenang dan mudah untuk tidur.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge