Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Hazama Luah Derita Cinta Tajul Dalam “Aku Bukan Narsisis”
  • Drama
  • Entertainment
  • Music

Hazama Luah Derita Cinta Tajul Dalam “Aku Bukan Narsisis”

Helmi Aziz June 25, 2025 2 minutes read
WhatsApp Image 2025-06-24 at 17.37.09_5012ab83

Penyanyi versatil tanah air, Hazama, kembali mencuri perhatian dengan single terbaharunya berjudul Aku Bukan Narsisis, ciptaan dan terbitan Farouk Roman, dengan lirik hasil kolaborasi bersama Hazama dan penulis Zel Hadauan. Lagu penuh emosi ini turut dipilih sebagai lagu tema rasmi untuk drama adaptasi novel popular Dia Bukan Syurga karya Rissa Ahdiya, yang akan menemui penonton menerusi Slot MegaDrama di Astro Ria bermula 19 Mei 2025.

Aku Bukan Narsisis membawa suara dari perspektif watak utama lelaki, Tajul, yang bergelut dengan kekeliruan cinta serta pergolakan emosi yang meruncing. Lagu ini menyelami dilema seorang lelaki yang kerap dilabel sebagai narsisis terlalu mengawal dan dominan dalam hubungan sedangkan pada hakikatnya, dia sedang bertarung dengan ketakutan kehilangan, rasa tidak cukup baik, dan obsesi terhadap cinta yang sempurna.

Lirik seperti “Engkau Sang mentari menghangatkan, engkau bayang-bayang mendinginkan. Engkau juga seteru, engkau juga kekasih” menggambarkan konflik batin Tajul dengan penuh simbolik dan puitis. Lagu ini menjadi cerminan emosi yang tersembunyi di sebalik sikap keras seorang lelaki yang pada dasarnya hanya ingin dicintai sepenuh hati.

Dalam drama Dia Bukan Syurga, watak Nuha yang dilakonkan oleh Ezzanie Jasny berdepan perkahwinan yang penuh tekanan emosi bersama suaminya Tajul, lakonan Niezam Zaidi, seorang lelaki panas baran dan mudah cemburu. Lagu ini menambah kedalaman naratif drama dengan memaparkan sisi gelap perhubungan yang dipenuhi cinta beracun dan ketidakmatangan emosi yang menghancurkan.

Dengan susunan muzik yang dramatik dan vokal ekspresif Hazama, Aku Bukan Narsisis bukan sekadar sebuah lagu, malah menjadi simbol kepada konflik dalaman Tajul. Lagu ini memberi dimensi tambahan kepada cerita dan menjadikannya lebih menyentuh perasaan serta mudah dirasai oleh penonton.

Petikan lirik seperti “Cinta ini sarat, meski zahir tak terlihat… Hingga akhir hayat” menyampaikan makna cinta yang mendalam tetapi membebankan, memperlihatkan bahawa kasih sayang tanpa kawalan emosi boleh berubah menjadi penderitaan.

Drama arahan Rashid Sibir terbitan Radius One Sdn. Bhd. ini mengetengahkan pelakon hebat seperti Ezzanie Jasny, Niezam Zaidi, dan Nazim Othman. Ia bukan sekadar kisah percintaan, sebaliknya turut menyentuh isu berat seperti penderaan psikologi, kawalan emosi, dan trauma yang ditinggalkan oleh hubungan toksik. Ia membuka ruang buat penonton untuk memahami apa yang sering tersembunyi di sebalik wajah bahagia sebuah perkahwinan.

Lagu Aku Bukan Narsisis kini boleh didengari di semua platform penstriman digital mulai 16 Mei 2025. Sementara itu, drama penuh Dia Bukan Syurga akan mula bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan On Demand, membawakan sebanyak 32 episod penuh emosi dan pengajaran kehidupan.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: WE 4U2C: Kemunculan Semula Ikonik Hip-Hop 90-an Menyentuh Jiwa Peminat
Next: Amira Othman Sentuh Jiwa Wanita Terluka Dalam Lagu Tema “Dalam Sujudku”

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
MTR Penang_carousel_v3 -01
  • Arts & Culture
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • News

Satukan Ahli Majlis, Konsert Ella Edisi 60 Permata Biru Bakal Gegar Utara

Allya Adriana May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.