Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • HAPPENING! HAEL HUSAINI x DOLLA DALAM ‘SUARA LEBARAN KITA’
  • ACTIVITY

HAPPENING! HAEL HUSAINI x DOLLA DALAM ‘SUARA LEBARAN KITA’

Helmi Aziz April 18, 2022 (Last updated: April 18, 2022) 3 minutes read

Kuala Lumpur, 15 April 2022 – Ramadan tahun ini bakal berbeza kerana negara sudah bertukar fasa endemik. Lagi pula, dua label hiburan terkenal tanah air, Rocketfuel Entertainment dan Universal Music Malaysia, sekali lagi berganding bahu mempersembahkan SUARA LEBARAN KITA, gandingan hebat antara penyanyi terkenal Hael Husaini dan kumpulan gadis popular DOLLA, termasuk Sabronzo, Tabby, Angel, dan Syasya.

“Jika sebelum ini lagu-lagu Raya selalunya keseorangan, bagi kali ini saya hendak ‘berteman’ pula, jadi saya menyapa DOLLA di media sosial dan mereka memberi respon baik, jadi terus saya katakana ‘hello, jom masuk studio!’” jelas Hael menceritakan pergabungan ini bermula.

Lagu Raya mempunyai ciri-ciri pop dan tarian; ia mempunyai suasana kontemporari sambil mengekalkan ‘bunyi’ sambutan Hari Raya itu sendiri.

“Lagu ini saya ciptakan bersama-sama Ezra Kong dan kami ada memasukkan elemen K-pop yang sememangnya sinonim dengan DOLLA tetapi telah ‘dimelayukan’, dan pendengar harus mendengarnya sendiri,” tambah Hael dalam nada teruja,

Di sebalik jadual kerja yang padat, kumpulan DOLLA dapat meluangkan masa untuk merakamkan single Raya bersama Hael kerana peluang sebegitu jarang bagi mereka lebih-lebih lagi apabila ia datang daripada seseorang terkenal bernama Hael Husaini.

“Sudah tentunya kami sangat teruja dan terkejut apabila artis sehebat Hael ingin berkolaborasi dengan DOLLA, dan single ini merupakan lagu Raya kedua dari DOLLA dan pertama kalinya berkolaborasi dengan artis lain.

“Kami serasi bekerja dengan Hael dan Ezra kerana ada chemistry, proses rakaman di studio mengambil masa selama 5 jam sahaja disebabkan bimbingan mereka berdua yang sungguh professional. Walaupun lagu ini agak berbeza dengan genre yang biasa kami bawakan, namun melodinya mengasikkan, unik,dan quirky,” kongsi Sabronzo.

SUARA LEBARAN KITA menggambarkan perasaan kolektif kita sebagai rakyat Malaysia yang menginginkan kemeriahan sambutan Hari Raya bersama keluarga dan rakan-rakan sebelum musibah COVID-19 melanda dunia, dan akhirnya akan dipertemukan kembali dengan wajah-wajah yang telah lama dirindui tahun ini.

Apabila dua nama yang cukup terkenal dalam industri muzik Malaysia berkolaborasi, semestinya video muzik yang bakal dilancarkan sama menarik, kata Tabby, “Konsep MV single ini sangat comel dan segar dalam suasana retro yang diselitkan dengan elemen fantasi, dan kalua hendak tahu lagi kenalah tonton!

Kata Encik Erick Yew pula, sebagai Ketua Label dan Penerbitan Rocketfuel Entertainment, “ Kami sememangnya sukakan kelainan, Hael Husaini dan DOLLA Berjaya terjemahkannya melalui sebuah single Raya yang cukup istimewa.

“SUARA LEBARAN KITA tepat mengammbarkan perasaan kita seluruh rakyat Malaysia yang ingin merasai suasana sambutan perayaan seperti sediakala, semoga lagu ini dapat memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

“Bagi Universal Music pula, tahun ini kita memang ingin memeriahkan dan menyuntik semangat untuk beraya tahun ini secara ‘all out’ setelah 2 tahun tidak dapat pulang ke kampong halaman, dan lagu ini amat bersesuaian untuk kemeriahan sambutan hari raya dan juga kombinasi yang terbaik untuk tahun ini” kata Anne Mukhtar, Pengurus Promosi dan Pemasaran Universal Music Malaysia.

“Pada tahun ini, saya dan Sabronzo bercadang mengajak Tabby dan Angel beraya di rumah kami kerana tidak dapat berbuat demikan sebelum ini” luah Syasya.

“Selain itu, DOLLA dan Hael berharap agar peminat-peminat kami #DOLLA dan #Haelers sukakan single Raya ini kerana mesej kegembiraan dan kebersamaan yang ada di dalamnya, semoga Raya pada kali ini memberi seribu keberkatan dan makna buat kita semua” jelas Syasya lagi.

SUARA LEBARAN KITA tersedia untuk dimuat turun di iTunes dan boleh digunakan sebagai nada dering panggilan oleh semua pembawa telekomunikasi tempatan. Ia boleh didengari pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman dalam talian utama termasuk Joox, KKBOX, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Saluran YouTubeRocketfuel Network adalah satu-satunya tempat anda boleh menonton MV single secara eksklusif.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Mydin, PKIBM, Iklanika anjur Karnival Pendidikan MyUni 2022
Next: Bank Rakyat dekati usahawan, mahasiswa UniMAP

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.