Fan Bingbing Hadir ke Kuala Lumpur 23 Ogos Sempena Pelancaran Fan Beauty Diary di Watsons

Fan Beauty Diary, jenama kecantikan dan penjagaan kulit dari China, kini hadir secara rasmi di rangkaian kedai Watsons Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha pengembangan jenama ke pasaran global.

Pengasasnya, pelakon antarabangsa Fan Bingbing, bakal berada di Kuala Lumpur pada 23 Ogos untuk bertemu peminat secara dekat dan berkongsi rahsia penjagaan kulit yang diamalkannya.

Produk fasa pertama Fan Beauty Diary sudah mula dijual di cawangan utama Watsons termasuk The Exchange TRX dan Sunway Pyramid. Antara koleksi yang diperkenalkan ialah siri Spa Mask serta rangkaian penjagaan kulit untuk kulit sensitif.

Beberapa produk yang mencuri perhatian termasuk Seagrape Deep Hydrating Water Gel Mask, Acids Double Cleansing Clay Mask dan Dragon’s Blood Lentinus Fermentation Facial Treatment Mask.

Sempena pelancaran ini, pelanggan yang berbelanja RM488 akan menerima beg mekap edisi khas Fan Bingbing selagi stok masih ada. Sementara itu, pembelian bernilai RM1,288 akan memberikan akses VIP ke Star’s Private Salon, peluang eksklusif untuk berinteraksi secara peribadi bersama selebriti tersebut.

Selain itu, kempen ini turut menawarkan kejutan membeli belah istimewa dalam tempoh terhad. Peminat yang mengikuti akaun rasmi Fan Beauty Diary dan Watsons di Instagram atau Xiaohongshu serta berkongsi hantaran dengan tanda pagar khusus berpeluang menebus masker selebriti percuma dan kad foto Fan Bingbing.

Jelajah promosi Fan Bingbing di Malaysia akan berlangsung pada 23 Ogos 2025 bermula jam 1.00 hingga 3.00 petang di LG1 Watsons Pink Sunway Pyramid dan diteruskan dari jam 4.00 hingga 6.00 petang di Level Concourse Watsons TRX.