Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Estranged: Memperkenalkan Kebudayaan Etnik Borneo melalui Konsert ‘Apa Khabar Teman?’
  • Entertainment

Estranged: Memperkenalkan Kebudayaan Etnik Borneo melalui Konsert ‘Apa Khabar Teman?’

Helmi Aziz November 24, 2023 (Last updated: November 24, 2023) 3 minutes read

Meskipun bertahun-tahun tidak menyapa peminat secara langsung, kehadiran Estranged dalam industri muzik tidak pernah hilang daripada radar. Sebaliknya, sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-22 dengan lagu epik “Itu Kamu” dalam kategori Pop Rock, mereka kini melibatkan diri dalam projek yang dipelopori dengan teliti sebelum kembali bertemu peminat setia.

Kini setelah tujuh tahun tidak aktif di semenanjung, Estranged punya sesuatu yang baharu untuk diperkenal lalu diraikan bersama peminat mereka.

Lewat Konsert Estranged Apa Khabar Teman? kumpulan rock yang dianggotai Rich (vokalis), Din (gitar) dan Hanafi (gitar) akan mengembalikan keghairahan dan mengisi dahaga untuk melihat persembahan secara langsung mereka.

Membawa tema Hancur Aku yang diambil dari hit lagu sama menerusi album Sepenuhnya Vol.1, Konsert Estranged Apa Khabar Teman? akan dilaksanakan pada 3 Februari 2024 diPersada Johor, Johor Bahru.

Konsert Estranged Apa Khabar Teman? merupakan inisiatif yang digerakkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan Estranged menjadi salah sebuah kumpulan yang dianugerahi DKD menerusi Estranged Sdn Bhd oleh MyCreative Ventures SdnBhd.

Inisiatif DKD oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dilaksana untuk memudahkan dan menggalakkan penggiat industri kreatif dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan yang kreatif serta mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif dalam pasaran domestik dan global.

“Selepas tujuh tahun tidak aktif terutama di Semenanjung,kembali menyapa peminat kami dengan Konsert Estranged Apa Khabar Teman? adalah momen yang sangat dinantikan.

“Ada banyak perkara yang kami ingin kongsikan. la lebih daripada sekadar pertemuan biasa tetapi tentang nilai persahabatan yang telah terjalin di antara kami serta peminat Estranged.

“Menerusi Konsert Estranged Apa Khabar Teman? kami mahu memperkenalkan imej atau bunyian baharu dari Estranged kepada semua.

“Inilah (bunyian baharu) yang kami usahakan sepanjang tidak aktif termasuk sewaktu dunia dilanda pandemik dan akhirnya sedia uituk diperkenalkan kepada semua.

“Kami juga mahu Konsert Estranged Apa Khabar Teman? menjadi medan pertemuan Estranged dengan peminat lama dan punya keinginan atau misi mengumpul peminat dalam kalangan pendengar baharu.

“Justeru besar harapan kami agar’misi’ pada 3 Februari 2024 nanti terlaksana dan terima kasih kepada DKD atas inisiatif yang dilakukan sekaligus membawa Estranged kembali ke Selatan untuk bertemu peminat di sana,” ujar Rich.

Pada pertemuan penuh bermakna itu juga, Rich memaklumkan agenda istimewa yang akan dipersembahkan selain sesi nostalgia bersama untaian lagu Estranged adalah sesi’berkenalan’ dengan instrumen instrumen tradisional dan kebudayaan serta warisan etnik keluarga Borneo.

“Kami juga sangat teruja untuk memperkenalkan instrumen instrumen tradisional dan kebudayaan serta warisan etnik keluarga Borneo serta sahabat sahabat barisan artis dariSabah dan Sarawak.

“Ini sesuatu yang sangat istimewa untuk kami tampilkan pada Konsert Estranged Apa Khabar Teman? di Persada Johor nanti,” kata Rich lagi.

Untuk itu jangan sampai terlepas temu janji anda bersama Konsert Estranged Apa Khabar Teman? yang akan diadakan pada 3 Februari 2024 di Persada Johor.

Tiket-tiket akan mula dijual pada 27 November 2023 di www.ticket2u.com dengan harga early bird untuk minggu pertama sahaja-Itu Kamu (139) dan Odoi (RM89).

Manakala harga normal iaitu kategori ltu Kamu (RM149), Odoi (RM99) serta Meet&Greet +merchandise (RM300)-100 pembeli tiket sahaja.

INFORMASI

ACARA:KONSERT ESTRAVGED APA KHABAR TEMAN?

LOKASI:PERSADA JOHOR

TARIKH:3 FEBRUARI 2024

TARIKH PENJUALAN TIKET:

PLATFORM TIKET:

HARGA TIKET: Early bird Itu Kamu (139) dan Odoi (RM89)-minggu pertama sahaja.

                          Harga normal Itu Kamu (RM149) dan Odoi (RM99)

                          Meet & greet+ merchandise (RM300)-100 pembeli tiket sahaja

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Next: Ringgit kukuh berbanding mata wang utama lain

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.