TEKSTUR KULIT, RAMBUT, BULU MATA & BULU ROMA DIPERINCI – MEMBAWA ANIMASI TEMPATAN KE TAHAP LEBIH TINGGI!
Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) bersedia menggegarkan pawagam dengan peningkatan visual dan teknikal yang luar biasa – satu anjakan besar ke arah standard animasi bertaraf dunia. Pendedahan eksklusif melalui Kapsul Di Sebalik Tabir EATM2 terbitan Majalah 3 memperlihatkan kesungguhan pasukan produksi WAU Animation dalam menyampaikan pengalaman sinematik yang bukan sahaja memukau dari segi cerita, tetapi juga mengangkat mutu visual ke tahap yang belum pernah dicapai sebelum ini.
Salah satu peningkatan paling menonjol adalah dari segi rekaan tekstur kulit dan rambut yang jauh lebih realistik. Watak-watak seperti Dato’ Othman dan Ejen Dayang kini ditampilkan dengan perincian wajah yang lebih teliti, termasuk kedutan dan kesan penuaan yang direka dengan penuh ketelitian. Setiap garis halus pada kulit bukan sekadar hiasan visual, tetapi juga menyumbang kepada kedalaman emosi dan keaslian ekspresi yang dirasai penonton.
Menambah lagi nilai produksi, EATM2 memperkenalkan perincian mikro seperti bulu mata dan bulu roma yang lebih nyata – menjadikan setiap watak kelihatan lebih hidup dan menyentuh realiti. Jika dibandingkan dengan filem pertama lima tahun lalu, sekuel ini tampil dengan kelebihan teknologi 3D terkini termasuk penggunaan Unreal Engine dan sistem rigging yang lebih sofistikated untuk memperkayakan pengalaman visual.
Kehalusan kerja produksi turut menyerlah dalam aspek pencahayaan dan warna. Proses color grading dilaksanakan dengan penuh teliti, bagi memastikan setiap babak membawa emosi yang tepat – sama ada mendebarkan, menyentuh perasaan mahupun menyuntik semangat. Konsistensi visual yang mantap ini turut diselaraskan melalui pendekatan skrip warna yang disusun rapi demi menjamin mood setiap adegan sampai kepada penonton.
Perpaduan teknologi canggih, perhatian kepada perincian mikro dan gaya sinematik yang lebih matang membuktikan bahawa EATM2 bukan sekadar sebuah sekuel – ia adalah lambang kematangan industri animasi Malaysia yang kini mampu bersaing di peringkat global. EATM2 tampil sebagai naskhah animasi tempatan yang membawa legasi Ejen Ali ke horizon baharu.
Saksikan Kapsul Eksklusif Di Sebalik Tabir EATM2 oleh Majalah 3 di sini:
🔗 https://youtu.be/XloPHtM8gw0?feature=shared
Jangan hanya dengar cerita alami sendiri transformasi epik dunia Ejen Ali di pawagam bermula 22 Mei 2025! Sebuah filem animasi penuh aksi yang sesuai untuk seisi keluarga pastikan anda menjadi sebahagian daripada pengalaman sinematik yang luar biasa ini! Jangan lupa hastags #EjenAliTheMovie2 dan kongsikan detik kegemaran anda di media sosial!