Tag: #MisiPawagam

  • TEMPAH TIKET AWAL EJEN ALI THE MOVIE 2 MULAI HARI INI!FILEM ANIMASI TEMPATAN PALING DINANTI 2025 KINI KEMBALI DENGAN AKSI LEBIH EPIK!

    TEMPAH TIKET AWAL EJEN ALI THE MOVIE 2 MULAI HARI INI!FILEM ANIMASI TEMPATAN PALING DINANTI 2025 KINI KEMBALI DENGAN AKSI LEBIH EPIK!

    Filem animasi kebanggaan Malaysia, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), bakal menemui peminat di seluruh negara bermula 22 Mei 2025. Melihat kepada sambutan luar biasa terhadap francais ini, dua rangkaian pawagam utama Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas (TGV) telah membuka tempahan awal tiket bermula hari ini, 14 Mei 2025 di lebih 70 lokasi pawagam seluruh negara.

    Menariknya, penonton kini boleh menonton Tayangan Awal EATM2 pada 20 dan 21 Mei 2025, memberikan peluang eksklusif untuk menjadi antara yang pertama menyaksikan sambungan aksi Ali dan pasukannya. Tempahan awal ini membolehkan peminat merancang sesi menonton dengan lebih selesa dan teratur, apatah lagi bersempena musim cuti sekolah yang bakal tiba.

    Langkah membuka tayangan awal ini membuktikan keyakinan tinggi terhadap kekuatan jenama Ejen Ali sebuah karya animasi tempatan yang telah mencipta fenomena sejak kemunculan sulungnya, dan kekal relevan merentas usia daripada generasi muda hingga dewasa.

    Sekuel kali ini menjanjikan pengalaman sinematik yang lebih matang dan emosi. Ejen Ali The Movie 2 memperkenalkan evolusi watak utama, Ali, yang kini dilengkapi dengan sut perisai SATRIA, selain meneroka hubungan kompleks bersama Ejen Alicia. Gabungan elemen futuristik dan kisah menyentuh perasaan menjadikan filem ini bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi juga tontonan bermakna buat seisi keluarga.

    Menambah keterujaan, TGV memperkenalkan pendekatan interaktif istimewa menerusi avatar watak seperti Ejen Ali, Neonimus dan Satria pada laman web dan aplikasi mereka. Setiap tempahan tempat duduk akan dihiasi avatar tersendiri, mencipta pengalaman tempahan yang lebih menyeronokkan dan imersif, selaras dengan semangat pahlawan digital yang dibawa oleh EATM2.

    Inisiatif ini adalah sebahagian daripada kempen โ€œHome of Heroesโ€ oleh TGV sebuah penghormatan kepada karya tempatan yang mengangkat industri kreatif Malaysia ke tahap yang membanggakan. Bermula 23 hingga 31 Mei 2025, peminat yang hadir dengan pakaian bertemakan Ejen Ali ke mana-mana lokasi TGV turut berpeluang menikmati minuman percuma sebagai penghargaan istimewa sempena cuti sekolah.

    Dengan tempahan awal yang kini dibuka, peminat diseru untuk segera mendapatkan tiket mereka bukan hanya untuk menjadi yang terawal menonton filem ini, tetapi juga merasai pengalaman sinematik eksklusif hasil kolaborasi antara WAU Animation, Primeworks Studios, dan Komet Productions.

    Jangan lepaskan peluang untuk menyertai misi epik ini tayangan awal bermula 20 Mei 2025! Saksikan sendiri bagaimana Ejen Ali kembali dengan aksi penuh bergaya dalam sebuah filem animasi tempatan bertaraf antarabangsa.

    ๐ŸŽฌ Tonton Treler Rasmi EJEN ALI THE MOVIE 2 di sini:
    ๐Ÿ‘‰ https://youtu.be/5nD1LWmAeKc?si=xPVusg_hDpqzHoTQ

  • EATM2 BAKAL GEGAR DENGAN VISUAL MEMUKAU!

    EATM2 BAKAL GEGAR DENGAN VISUAL MEMUKAU!


    TEKSTUR KULIT, RAMBUT, BULU MATA & BULU ROMA DIPERINCI โ€“ MEMBAWA ANIMASI TEMPATAN KE TAHAP LEBIH TINGGI!

    Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) bersedia menggegarkan pawagam dengan peningkatan visual dan teknikal yang luar biasa โ€“ satu anjakan besar ke arah standard animasi bertaraf dunia. Pendedahan eksklusif melalui Kapsul Di Sebalik Tabir EATM2 terbitan Majalah 3 memperlihatkan kesungguhan pasukan produksi WAU Animation dalam menyampaikan pengalaman sinematik yang bukan sahaja memukau dari segi cerita, tetapi juga mengangkat mutu visual ke tahap yang belum pernah dicapai sebelum ini.

    Salah satu peningkatan paling menonjol adalah dari segi rekaan tekstur kulit dan rambut yang jauh lebih realistik. Watak-watak seperti Datoโ€™ Othman dan Ejen Dayang kini ditampilkan dengan perincian wajah yang lebih teliti, termasuk kedutan dan kesan penuaan yang direka dengan penuh ketelitian. Setiap garis halus pada kulit bukan sekadar hiasan visual, tetapi juga menyumbang kepada kedalaman emosi dan keaslian ekspresi yang dirasai penonton.

    Menambah lagi nilai produksi, EATM2 memperkenalkan perincian mikro seperti bulu mata dan bulu roma yang lebih nyata โ€“ menjadikan setiap watak kelihatan lebih hidup dan menyentuh realiti. Jika dibandingkan dengan filem pertama lima tahun lalu, sekuel ini tampil dengan kelebihan teknologi 3D terkini termasuk penggunaan Unreal Engine dan sistem rigging yang lebih sofistikated untuk memperkayakan pengalaman visual.

    Kehalusan kerja produksi turut menyerlah dalam aspek pencahayaan dan warna. Proses color grading dilaksanakan dengan penuh teliti, bagi memastikan setiap babak membawa emosi yang tepat โ€“ sama ada mendebarkan, menyentuh perasaan mahupun menyuntik semangat. Konsistensi visual yang mantap ini turut diselaraskan melalui pendekatan skrip warna yang disusun rapi demi menjamin mood setiap adegan sampai kepada penonton.

    Perpaduan teknologi canggih, perhatian kepada perincian mikro dan gaya sinematik yang lebih matang membuktikan bahawa EATM2 bukan sekadar sebuah sekuel โ€“ ia adalah lambang kematangan industri animasi Malaysia yang kini mampu bersaing di peringkat global. EATM2 tampil sebagai naskhah animasi tempatan yang membawa legasi Ejen Ali ke horizon baharu.

    Saksikan Kapsul Eksklusif Di Sebalik Tabir EATM2 oleh Majalah 3 di sini:
    ๐Ÿ”— https://youtu.be/XloPHtM8gw0?feature=shared

    Jangan hanya dengar cerita alami sendiri transformasi epik dunia Ejen Ali di pawagam bermula 22 Mei 2025! Sebuah filem animasi penuh aksi yang sesuai untuk seisi keluarga pastikan anda menjadi sebahagian daripada pengalaman sinematik yang luar biasa ini! Jangan lupa hastags #EjenAliTheMovie2 dan kongsikan detik kegemaran anda di media sosial!