Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Dukes Kembali Menyentuh Jiwa dengan “Bila Kau Datang Menangis”
  • Artist
  • Entertainment
  • Music

Dukes Kembali Menyentuh Jiwa dengan “Bila Kau Datang Menangis”

Helmi Aziz June 26, 2025 3 minutes read
BKDM JPEG

Band indie tempatan yang semakin menyerlah, Dukes, kembali dengan karya baharu berjudul Bila Kau Datang Menangis, sebuah lagu yang menyelami emosi terpendam dan keberanian untuk keluar daripada hubungan yang tidak seimbang. Menyentuh tema harga diri, keinsafan dan kekuatan dalaman, single ini menjadi simbol kebangkitan bagi mereka yang pernah berada dalam situasi menjadi pilihan sementara, hanya ketika diperlukan.

Merupakan kolaborasi kelima Dukes bersama Alternate Records, lagu ini hadir dengan sentuhan pop rock moden yang lebih matang dan sarat emosi. Dicipta oleh Rayyan Razzaq dan Hazim Osman serta digubah sepenuhnya oleh anggota kumpulan sendiri, Bila Kau Datang Menangis mengisahkan seorang lelaki yang sedar dirinya hanyalah pelarian sementara buat seorang wanita. Namun, pada satu titik, dia memilih untuk bangkit dan melepaskan, demi menghargai dirinya sendiri.

“Kami hasilkan lagu ini untuk mereka yang pernah rasa menjadi ‘tempat singgah’ dalam hubungan. Lagu ini bukan hanya tentang luka, tapi tentang keberanian untuk berdiri semula dan mencintai diri sendiri. Dengar dengan hati, kami yakin anda akan temui kekuatan di dalamnya,” kata Dukes. Lagu ini bukan sekadar karya biasa buat kumpulan tersebut, malah ia menjadi ujian dari segi teknikal dan emosi, memaksa mereka keluar daripada zon selesa dalam penyampaian muzik dan lirik.

Menambah keistimewaan, Bila Kau Datang Menangis turut mendapat sentuhan magis daripada Taja, anggota Meet Uncle Hussain yang terkenal dengan karya seperti Pokok dan Lagu Untukmu. Ini adalah kolaborasi pertama Dukes bersama Taja, dan ia membuka ruang eksperimen bunyi serta susunan muzik yang lebih segar dan dinamik. Dukes turut menyatakan bahawa bimbingan Taja banyak membantu mereka membentuk lagu ini menjadi karya yang lebih realistik dan dekat dengan pengalaman sebenar pendengar.

Melalui lagu ini, Dukes berharap dapat memberi suara kepada mereka yang pernah terluka, namun kini bersedia untuk menyembuh dan melepaskan. Bila Kau Datang Menangis adalah lebih daripada sekadar lagu cinta; ia adalah kisah tentang kekuatan, kejujuran dan perjalanan emosi yang mendalam. Lagu ini juga menjadi titik penting dalam evolusi muzik Dukes, sekaligus membuka peluang lebih besar dalam industri muzik tempatan.

Dukes dianggotai oleh Ziggy selaku vokalis, Rayyan dan Jimbo sebagai gitaris, Umar di posisi bass, dan Cheng di bahagian dram. Dengan gabungan pengalaman dan semangat baharu, mereka tampil lebih bersedia untuk melangkah ke tahap seterusnya dalam karier muzik mereka.

Bila Kau Datang Menangis kini boleh distrim di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube. Para pendengar disarankan untuk menghayati lagu ini dengan jiwa terbuka kerana kadang-kadang, bentuk cinta terbaik ialah keupayaan untuk melepaskan demi kebahagiaan sendiri.

Untuk perkembangan terkini mengenai Dukes dan Alternate Records, ikuti laman sosial rasmi mereka di Instagram @alternate.my_, TikTok @alternate.rt_ dan Facebook @alternate.my.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Cakra Khan Divine Concert: Dua Negara, Satu Magis Muzikal
Next: 5G-Advanced and AI Unite to Drive Intelligent IoT for Every Scenario

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
5 SEBAB KENA TENGOK PEWARIS SUSUK copy 2 (1)
  • Artist
  • Filem Seram
  • Telefilem

5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Luqman Hakim May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.